Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Nov 30, 2012

Kejang lagiii ~Muscle injury~Info tentang kejang ketika hamil

Dah dua hari diserang kekejangan..Sedikit tension..padahal pregnant kali ni lagi banyak saya minum susu compared time Aqil dulu..tapi tak pasti kenapa kali ni punya kejang teruk sangat...

Malam pertama
serangan pertama at 3.30pg..tersedar..tetiba br perasan Aqil takde n husb pon dok layan bola kat bawah...terus call husb suruh naik tolong saya..Malangnya, husb datang agak lewat maka kejang saya dah makin teruk...sakit sangat..
(seeloknya bile kena serang kena cepat2 betulkan
-hujung kaki dibengkokkan ke depan sambil ketuk2 tapak kaki..)...sakit masih terasa sebab terlambat utk betulkan..

Serangan kedua at 6.15pg..husb tak naik2 jugak..call dia lagi suruh betulkan cepat..again dah terlambat, kejang tu dah merebak2 ke mana2 dah..effect:sakit berhari2 sampai hari ni..kena urut pulak dah..hari ni agk worst sbb muscle betis saya dah terkoyak kot..sakit gile..nak jalan pon sakit...

Malam kedua - malam tadi..
Before tido, saya dah prepare siap2..tinggi kan sikit kaki dengan letak bantal kat hujung kaki..Tapi kejang ni minat sangat kat saya nampaknya...pukul 5pg saya diserang lagi..sampaikan husb yg tgh tido pon terkejut dengan jeritan saya..huhuhu..sorylah bang..tapi kali ni pertolongan datang cepat, so sakit tu tak lah berlarutan..huhuhu..haih la kejang oo kejang..

Kat sini saya nak kongsikan infor tentang kejang yang saya amik dari Baby Centre



Mengapa saya mengalami kekejangan betis pada waktu malam? 

Kejang betis adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui. 

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda. 

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan betis berlaku semasa hamil: 
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.

  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.

  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Bagaimanakah saya dapat melegakan kesakitan ini? 

Mujurlah kejang betis adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku: 
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.

  • Urut otot yang kejang itu.

  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Bagaimanakah saya boleh mengelakkan kekejangan? 

Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam. Namun begitu, tidak pasti samada mengambil suplemen seperti kalsium atau garam magnesium dapat membantu mengelakkan kekejangan. 

Anda boleh cuba beberapa langkah berikut untuk melihat samada ia berkesan atau tidak: 
  • Senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.

  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.

  • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.

  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.

  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.

  • Minum banyak air.

Baca artikel kami tentang kaedah rawatan tradisional bagi kejang kaki untuk mendapatkan lebih banyak tip berguna. 

Bagaimana kalau kesakitan itu berlarutan? 

Ada satu lagi masalah yang jarang berlaku, yang turut menyebabkan sakit kaki, tetapi bukan kekejangan otot. Ini berlaku apabila darah terkumpul pada salur darah di bahagian kaki (venous thrombombolisme). Walaupun ia jarang berlaku, masalah ini adalah serius dan memerlukan rawatan segera. Jumpalah doktor jika: 
  • kesakitan pada kaki anda tidak surut-surut, dan nyata sekali ia bukannya kekejangan yang berlaku sekali-sekala;

  • betis anda membengkak.


Read more: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/antenatal-health/kejang-kaki/#ixzz2DfvNqbEQ




For the time being en husb terpaksa melakukan kerja rutin seperti di atas..sbb sakit masih terasa..


***Rasa macam sebelum tido nak gantung kaki tinggi2 utk elakkan terkena kekejangan lagi..huhuhu

Photobucket

11 comments:

munna said...

kaka munna selalu kena serangan ni... mmg sakit ...

Zaila Mohamad said...

akak pon sekarang selalu juga kena kejang kaki ni..salah satu sebab akak tidur tak selimut & kena air cond direct, manalah tak kena..tapi bila kena tu bengkokkan dulu kaki (jangan cepat lurus sebab nanti lagi sakit)..pil kalsium memang kena ambil..itu sahaja caranya..huhu

kena bersabar untuk beberapa bulan lagi

Lynn Huraiza said...

lynn panggil simpul biawak...memang sakit...baru2 nie waktu hubby out station lynn kena tau...rasa nak nangis tau...

pelangi chenta said...

aduhhhhh camanelah nanti kalau anum preggy then duduk jauh dgn hubby..mesti menjerit sambil terkejut jiran sebelah.hehehe

NrlAidaHml said...

Kak Munna:tu la..sakit giler kan..tensi gile..

Kak Zaila:haih nak kena cari pil kalsium jugakla..rasa mcm tak cukup kalsium dah ni..huhuhu

Lynn:heeii kalo sorang2,lagila tak tau kat sape nak mintak tolong kan..haih ade sebulan lebih je lg ni..bersabarlah wahai kaki..hihi

Mummy Sher said...

Alahai Mommy kita samalah. saya pun sejak akhir2 ni selalu sangat kena penyakit macam ni, tak suka tau. setiap kali kena tuhan je yang tau sakit gila. asben dah urut2 pun tetap sakit, kadang2 kalau sampai buat saya menangis tau. terima kasih sudi share info yang sangat berguna ni :)

Deq's Qienz said...

nice sharing kak..stiap org tak sama kan..sy jnis lain pulak.hehee

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wani ms pregnant dulu pun jd jugak...mmg sakit

Suliana said...

su pun masa prgnt selalu kena. tapi blh dikira la bukan tiap2 mlm.keadaan kita mcm sama, en suami suka tgk bola dan bila kena kejang, lambat plak tu nak naik. huhu.. sabar ye.. dugaan ibu mengandung..

IDAZS said...

saya pun selalu kena time pregnant ni. Sakit kalau masa kena tu tak picit/urut. mmg mkn masa 2-3 hari baru hilang. sob-sob

NrlAidaHml said...

Thanks Mommies semua...drop by kat sini...mmg kejang ni satu masalh bagi ibu preggy kan..sama2 lah kita menghadapinya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...