Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Oct 31, 2012

Insurance: PruMyChild (for baby/kids protection) Esp for Preggy Mom!!


Sedikit info dan soal jawab berkenaan INSURANCE khas untuk anak-anak kita:


Apakah sebenarnya PRUmy child?



Soalan 1 : Apakah PRUmy child saya tak paham le ?
Jawapan : PRUmy child adalah insurance plan pertama didalam Malaysia yang memberi perlindungan kepada anak anda sejak daripada didalam kandungan lagi. Jika anda ada anak berumur bawah 18 tahun anda boleh membeli plan seumur hidup ini untuk perlindungan dan simpanan pendidikan anak anda.
Soalan 2. Siapakah yang layak untuk plan PRU mychild
Jawapan : Untuk fetus didalam kandungan 18-35 minggu , dan juga untuk sesiapa sahaja berusia antara 1 tahun ke 18 tahun ( pada hari jadi akan datang).
Soalan 3 . Bagaimana PRUmy Child melindungi anak saya ketika dalam kandungan
Jika anda mengambil plan PRUmy Child ketika anak anda masih didalam kandungan , anda boleh mengambil PRUearly start and PRUbest start yang akan memberikan faedah perlindungan ketika mengandung dan juga faedah perlindungan anak selepas dilahirkan.Dengan PRUearly start and PRUbest start anda akan dilindungi daripada komplikasi ketika mengandung , kematian ,kos untuk incubation dan juga kos rawatan hospital untuk “congenital conditions”
Faedah Faedah PRUearly start
“Death of fetus” = keguguran
Jumlah premium yang dibayar (monthly commiment) atau jumlah unit didalam akaun anda , yang mana lebih tinggi akan dibayar
Maternal Death ( sehingga 30 hari selepas bersalin) , 
akan dibayar RM 10,000
ICU atau HDU untuk bayi tak cukup bulan , 
RM 300 sehari
Kematian bayi ( dalam masa 30 hari selepas bersalin)
Jumlah premium yang dibayar atau jumlah unit didalam akaun anda , yang mana lebih tinggi akan dibayar
Incubation untuk bayi yang baru dilahirkan,
RM 100 sehari maksimum 60 hari.
Rawatan hospital kerana “congenital conditions”
Contoh “congenital conditions” yang dilindungi oleh PRUearly start
1. Congenital Cataract
2. Congenital Deafness
3. Anal Atresia
Reimbursement of hospitalisation claims up to RM 25000 annualy up to age 2
( Ini bukan medical card jadi anda perlu bayar dulu claim kemudian)
Faedah Faedah PRUbest start
Komplikasi ketika mengandung
Eclampsia , abruption placentae,Amniotic fluid embolism , RM 5000
“Death of foetus” = keguguran
Jumlah premium yang dibayar atau jumlah unit didalam akaun anda , yang mana lebih tinggi akan dibayar
Maternal Death ( sehingga 30 hari selepas bersalin) , 
akan dibayar RM 20,000
ICU atau HDU untuk bayi tak cukup bulan , 
RM 500 sehari
Kematian bayi ( dalam masa 30 hari selepas bersalin)
Jumlah premium yang dibayar atau jumlah unit didalam akaun anda , yang mana lebih tinggi akan dibayar
Incubation untuk bayi yang baru dilahirkan
,RM 200 sehari maksimum 60 hari.
Rawatan hospital kerana “congenital conditions”
Contoh “congenital conditions” yang dilindungi oleh PRUbest start
1. Congenital Cataract
2. Congenital Deafness
3. Anal Atresia
4.Infantile Hidrocephalus
5.Atrial Septal Defect
6.Ventricular Septal Defect
7.Congenital Diaphragmatic
8.Tetralogy of Fallot
9.Transposition of great vessels
10.Truncus Ateriosus
Reimbursement of hospitalisation claims up to RM 25000 annualy up to age 2
( Ini bukan medical card jadi anda perlu bayar dulu claim kemudian)
Bagaimanakah PRUmy child boleh membantu anda membuat tabungan pendidikan untuk anak anda?
Bila anda membeli PRUmy child anda boleh menggunakan PRUsaver kid dan PRUedu saver untuk membuat tabungan untuk pendidikan anak anda.Wang yang dimasukkan akan dilaburkan untuk mendapat pulangan yang menarik. Anda boleh mengeluarkan wang itu pada bila bila masa sahaja .
Bolehkan saya menambah medical card untuk anak saya didalam plan PRUmy child anak saya?
Ya anda boleh memasukkan medical card kedalam plan anda tetapi medical card hanya akan diaktifkan 30 hari selepas bersalin.
Andaikata terjadi apa apa kepada saya , adakah anak saya akan mendapat apa apa pampasan?
Jika anda ditimpa critical illness , hilang upaya penuh atau kematian ,
Tabungan dan polisi anak anda akan diteruskan oleh prudential secara percuma , Apabila anak anda meningkat dewasa wang untuk pendidikan sudah tersedia untuk anak anda.
Andaikata terjadi apa apa kepada anak saya, adakah anak saya dan saya akan mendapat apa apa pampasan?
Jika anak anda ditimpa kematian , wang lump-sump akan dibayar kepada anda . Jika anak anda ditimpa hilang upaya kekal atau ” critical illness” wang lump-sump akan dibayar dan tabungan dan polisi anak anda akan diteruskan oleh Prudential secara percuma. Wang untuk kegunaan anak anda akan tersedia apabila anak anda meningkat dewasa.

Untuk keterangan lanjut dan proper presentation boleh contact En Jeffry di talian 012-3816041... Tak kira di mana dan pukul berapa,pasti anda mendapat layanan terbaik!!


Photobucket

Oct 30, 2012

Jalan-jalan bawak Aqil main Playground..

Lokasi: Taman Bukit Jalil

Kalau nak ikutkan kat sini adalah playground terdekat Aqil..momy pon suka bawak Aqil datang sini sebab selain mainan yang banyak (tp dh agak season skit), kat sini jugak ade Monkey (liar punya..kalo datang berdua,mmg tak berani pg tgk), ade turtle jugak..so dapatla jugak aqil berjumpa dengan animal kesayangan dia...hihihi..(kesayangan??)

So hari tu momy pon dengan rajinnya membawa Aqil bersiar-siar setelah membeli bfast kat McD drive thru..

Sampai situ dah pukul 10pg..matahari dah terik so agak kepanasan and Aqil pon dah takde kawan sebab yela org datang taman pukul 7 pagi bukan 10 pagi...hehehe..abis dah Aqil bangun lambat..terpaksa la datang lewat..

Ape-ape pn jom kita layan kepakaran momy menggunakan DSLR dady..(huh!!tak pakar langsung okeh!!)..hihihihi








Bile dady tgk Aqil main menda alah ni..terus dady marah..dia kata bahaya..

Aqil yang berani sangat...huhuhu





Lagi aksi bahaya dari Aqil








Nak main semua benda yang bahaya..huhuhu


Tgk!!siap buat muka happy lagi..boboy kan..harusla adventure skit..




















nak balik dah..kita mkn hashbrown dulu...


Kat bawah tu ade Nissan exhibition day...


Kehausan...











Ok!!jom balik...



Photobucket

Oct 29, 2012

Cerita AidilAdha 2012 K.a.M.i

Hy.. Salam Aidiladha buat semua..

Alhamdulillah..Raya Aidiladha kali ni kami dapat merayakan bersama-sama terutamanya dengan famili tercintaaa...

So malam raya tu kami dah berkampung di rumah mak saya untuk memasak ape2 yang patut..

Agak kelam kabut jugak sbb banyak menda yang takde/tak beli lagi/tak buat lagi..

Menu yang akn dimasak mlm itu adalah:
Kuah Kacang
nasi impit
Rendang Ayam
Agar2 lembut mak saya

So abah saya adalah orang yang paling sibuk membeli itu dan ini..al maklumla..bila dah malam raya tetiba gas abis, mmg takkan jumpa gas dekat kedai yang berdekatan..sumanya sold out!!terpaksa lah abah menjelajah ke luar kaw dari rumah mak saya tu utk mencari gas ..

Dah beli gas...tetiba mak saya baru teringat..nasi impit tak beli lagi..keluar lagi mencari..

Dh jumpa nasi impit, cili kering pulak takde!!haiyooo mmg sangat satu2 kan..huhuhu..

Lastly, "mak..kalo mcm ni kan..sehari sebelum raya baik mak listkan ape yang takde..senangla bdk2 ni mencari..ni takdelah satu2 lupa nk beli...hihihihi"

Luckily, adik beradik saya semuanya perempuan n mmg bleh diharap..so semua kerja jadi mudah n cepat n of coz org yg paling lambat tido haruslah si tukang masak a.k.a mak saya..hihihi..nak tolong lagi..den dah tak larat..Along saya pon terpaksa balik sbb baby dia meragam..plus angah saya mmg ank dia jenis meghap (org kedah kata)..cuma Aqil bleh postpone sket tyme tido iaitu pukul 12 mlm barulah saya bersama-sama dia utk tido..

Pagi esoknya..semuanya bersiap siap utk ke rumah nenek saya di Cheras..

Sampai sana..ade spaghethi!!wahh harus melantak yang ini dulu..barulah diikuti dengan Nasi impit,kuah kacang n rendang serta lemang..

Setelah semuanya ade dan berkumpul (tak sempat pon photo session)..jam menunjukkan pukul 12.45tghari..sebentar lagi akn berkumandang Azan Zohor dan sembahnyang Jumaat..huby pon bergegas mengajak saya blik Puchong sbb nk smbhyg di Puchong katanya..



Angah n along with 'handbag' masing2...hihihh


Abg long n Aqil...


3 kiddies yag sgt comel berbaju melayu..


Dady focus bwk car..

Kenapa Aqil tak pakai pink??
sbb baju pink Aqil dah hilang..
tak tau kat mana letak..
huhuhuhu


Momy n dady..
Momy dah gemuk ye buat pengetahuan semua..huhuhu..


Tinggalla semua..sampai ketemua lagi ya..

Sampai di Puchong, makanan tengahari telah tersedia..huby n Fil terus berangkat menunaikan solat jumaat..
Dekat rumah FIL ade:

(western)
Kambing Bakar
Ayam Bakar
Hot dog
Salad
mashed Potato
Salad

(kampung2)
Nasi putih
lemak Pisang
Ikan keli sambal
Ikan goreng
Sambal belacan
Sambal bacang
Ulam ulaman

Rendang
lemang

Agar2..

Wahhh marveles kan..hihihihi...Tetamu pon boleh la dikatakan ramai tp tak ramai sangat pon la..still terkawal n mencukupi..

Berada di rumah FIL sehingga pukul 8.30mlm dek kerana menunggu Aqil bangun dari tido..

Smpai dirumah around pukul 9mlm..dan terus bersenang lenang dirumah tanpa gangguan dek kerana isi rumah yang lain semuanya balik kampung..

HEAVEN!!bile hanya kami bertiga berada di rumah sendiri..bahagia gitu.. Pakai seksi mekci pon takde sape yang nmpak..hihihihi..

***Sabtu dan Ahad??di rumah kami saja..tak pergi memana pon unless baby xpo tu je...huhuhu




Photobucket

Sabtu: Pg Baby Outlet Warehouse Sale 23/10/12-4/11/12

Hari Sabtu yang lepas..

Saya and family pegi Warehouse Sale at baby outlet yang terletak di :

No 5&7 Jalan PJS 11/1, Bandar Sunway..

Saya pegi around pukul5 ptg..Ia dibuka daripada pukul 10pg sehingga pukul 8 malam..

Tau Warehouse sale ni pun kat iklan yang di gantung kat sepanjang jalan area rumah saya..so mmg kena pg la kan bile dah hari-hari nampak bunting tu..heheee..

So pegi dalam kehujanan dengan sangat lebat so gambar sangat la takde sbb dgn kelam kabut nk masuk kat kedai tu plus nk beli brg baby lagi...haish mmg tak bleh nk tgkap gmbr..huhuhuh..

So ape yang saya dapat bile pg sna??

Jom tgk!!


Confident je kan amik kaler gegirll..hikhikhik..

Memula saya amik kaler plain je..

pastu huby tanya.."mana kaler pink nya??"

"bie takut"

"alah..amik je..xpe.."kikikik

So sy pn mengambil kaler gegirl dengan rakusnya..hikhikhik..

Baju2 diatas sumanya brand Anakku..

Price?

RM10/sepasang..

Murah kan??


Mittens and booties..

Antara benda yang paling saya suka kumpul n beli banyak2..

Suka buat collection..

tyme Aqil dulu pn segundi saya ade..

Tp memandangkan suma dh agak buruk,harus beli yang baru..

ye dok??kikikik..

frm left:
ade 3 pasang mittens n booties RM10.00/Anakku
tgh: Sepasang mittens n booties with hat RM8/Anakku
Right: Sepasang mittens n booties with hat jugak RM8/Anakku..

Haa..murah kan??

Ni pon tak cukup lagi ni..harus pg beli lagi...



Towel RM8/2pcs
Bib RM10/2pcs
Blanket with hat (boleh separate) RM10/pcs

Murah kan??

heheheh..



Baby wipes 30 x 2 RM4 (nak bwk p hospital)
Baby Wipes 80 x 2 RM8


Brg Johnson ni kat mana2 harga dia sama je..tak murah sangat..

baby lotion (Milk) : RM20
Travel pack to bwk pg hosp RM9
dlm travel pack tu takde baby oil so kena beli separately RM4



Pampers mamy Poko RM34.00

agak tak murah sbb esoknya Giant buat promotion RM27.90 je..huhuhuhu



So dah siap masuk dalam bakul sbb nak basuh suma baju bajan tu..

yeayy..dah bleh masuk dalam beg nk pg hospital dah...

by 7months dah kena get rady dah..


So inilah Baby Outlet Boutique ..kat dalam boutiques tu semua ade!!
1stop centre utk baby and toddler thingy..


Ni pulak keadaan kat luar kedai yang mana baju bajan sangat banyak yang ade kat sini..

Tp gmbr ni sy gooogle je..

Tyme ni sale bulan Sept..

Tp keadaan sama mcm yg saya pg last Saturday..


Ni plak promotion yang tengah berlangsung sekarang!!


Suma brand pon ade tau..baby Gap pon tak terkecuali..

Kat sini pon ade jual Strollers,Car seat, Swing

and semua la..so sape2 yang berkenaan tu bleh pegi kat sini jugak!!

NEXT aim:

Maternity and baby expo kat Mid Valley



30/11/2012-2/12/2012

Arghh cant wait!!nak beli Momy's thingy plak...
Nursing wear
nursing bra
bal bal bla bla bla....

Layankan aje momy ni yg kuat shopping!!!

*Noticed 1 thing: Dulu tyme Aqil takde nafsu sgt nk membeliiiii je...tak mcm skrg..dady pon noticed menda yang sama..
"dulu ank first tak pyh nk pg sale sana sini..beli je kat Jusco je pon..kali ni nnk pg sale sana sini plak...apela bie ni..kita....Bla Bla bla..(dady start membebell)..."

***Huhuhu..tak pg pon MyDear Sale...huhuhu...takde sape nak teman...takpela..simpan duit nk pg mom n baby xpo tu nanti...hihihihi..



Photobucket

Oct 26, 2012

Makanan yang paling TIDAK SESUAI diambil ketika hamil


Sesetengah makanan adalah paling tidak sesuai 

Semasa kehamilan, anda perlu elakkan daripada mengambil: 
  • Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.

  • Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam laksa itu sebab anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak.

  • Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan supnya dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.

  • Keju dengan kulit ari yang putih dan "bercendawan" seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.

  • Pate, daging kurang masak, ayam itik dan telur (masaklah semua daging sehingga tidak terdapat bahagian merah jambu dan masaklah telur sehingga ia keras). Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.

  • Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan sebab mungkin semua itu mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi anda yang sedang membesar.

  • Sesetengah wanita disarankan supaya mengelakkan daripada mengambil kekacang dan makanan yang mengandungi kekacang. Jika anda, suami anda atau mana-mana anak-anak anda yang lain (jika ada) mempunyai sejarah alahan seperti demam alergiasma atau ekzema, mengelakkan kekacang semasa kehamilan dan penyusuan boleh mengurangkan peluang bayi anda untuk mendapat alahan kekacang yang serius.

  • Ramai wanita memilih untuk mengelakkan atau mengurangkan minuman beralkohol semasa kehamilan. Minum alkohol terlalu banyak akan menyebabkan kecacatan fizikal, kehilangan upaya belajar dan masalah emosi dalam kanak-kanak, jadi ramai pakar mencadangkan supaya anda jangan mengambil alkohol langsung semasa anda hamil.
Jika anda mahu minum alkohol semasa kehamilan, pakar mencadangkan supaya anda minum tidak lebih daripada satu atau dua unit alkohol, tidak lebih daripada sekali atau dua kali seminggu dan jangan minum sehingga mabuk. 

Anda juga mungkin mahu mengurangkan pengambilan kafein. Ini mungkin mudah bagi wanita yang tiada selera dengan kafein semasa trimester pertama mereka tetapi ini tidak bermakna ia berlaku pada semua orang. Kenapa kafein merupakan satu masalah? Kajian telah menunjukkan kaitan mengambil lebih daripada 300mg kafein dalam satu hari dengan peningkatan risiko keguguran dan berat kelahiran yang rendah dan satu kajian telah menunjukkan kaitan pengambilan kafein dalam tahap rendah dengan keguguran. Untuk keselamatan, anda boleh ambil tidak lebih daripada tiga cawan kopi segera, tiga cawan kopi keras, enam cawan teh atau lapan tin kola sehari. Anda juga mungkin mahu lebih berhati-hati dan mengurangkan lagi pengambilan kafein atau bertukar ke minuman panas dan kola tanpa kafein.


Read more: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/diet-kehamilan-sihat/#ixzz2AI910vbK

Photobucket

Di pagi aidil adha

Salam aidiladha dari kami sekeluarga..




Oct 25, 2012

Salam Aidiladha Semua!!!

Saya masih berseorangan di ofis di kala ini..

Nmapaknya percentage nk amik half day adalah sangat tinggi..maka akan menebalkan muka untuk mintak balik awl..agak2 boss bg tak??

Minta kat manager je la..lagipon Boss dah sibuk pg main golf tu..sure takpe punya..so Jom kita menghalf daykan diri...hihihihi..

So di kesempatan ini..

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha

Balik kemana semua??

Saya di KL saja..

Tak sabar nak mkn makanan raya ni..

Ade barbeque plak kat rumah MIL lepas Jumaat esok..

So harus serbuuu...yeayyy..

Berhati-hati di jalan raya ye semua!!

***Semalam pukul 12.30am ...menggagahkan diri untuk pegi bazar larut malam iaitu UPTOWN DANAU KOTA..Semata-mata nk cari dress momy..hihihihi..Aqil dah pon lena dibuai mimpi ketika itu maka kami berpecah untuk membuatkan semua jadi cepat..Momy berhempas pulas cari Dress Pink! dady pg cari DVD smbil membawa Aqil..

Dress Pink dicari telah jumpa!!yeayy..RM35.00 sahaja..murah kan..tu yg suka pg sini tu..Gambar??tunggu next update on Gambar raya nanti ye..

Cuma yang tak best....balik rumah..tgk2 pink dady n momy tak sama..huhuhuh..sedih..takpela redha je..yg pnting baju tu bleh buat photoshoot nanti...wahhh tak saabar!!



Photobucket

Cuti Tahun Depan ..Kita pegi ~ Nanning ,China ~

Assalammualaikum..

Rentetan dari cuti-cuti hujung tahun semalam, jadinya the perasaan nak bercuti tu terbawak-bawak sampai saya sanggup menghabiskan masa berjam-jam kat website Airasia..

Memandangkan, the day before tu MIL suruh tgk tiket murah dua destinasi baru Airasia (Kunming N Nanning), maka saya pon berhempas pulas mendapatkan tiket murah..

hihihihi..

Findings??

Yeayyy..dapat jugak tiket murah on June 2013..

Pegi RM99 balik RM115 sorang..

Murah sangat tau..

balik keja...dalam pukul 10mlm tu (memula taknak pg sbb confirm sangkut kalo pg situ...huby berkeras jgk nk pg sbb nk hntar cek)...Jadi, MIL suruh tgk balik tiket tu..still ade lagi tak yg murah??

Sekali tu time cuti sekolah mmg takde yg murah...So ade satu tarikh yg murah iaitu...

29/6 -2/7/13...

So FIL pon beria suruh ambik tiket tu, maka saya pon semangat mengambil tiket tersebut..

Akhirnya...

Total up RM 2,140.00 untuk 8 orang pegi dan balik inclusive airport charges and tax..

Warghh...akhirnya...kalo jadi pegi, merasa la jugak saya pegi Negara lain selain Malaysia n Indonesia walaupun Malaysia saya tak habis pusing Sabah Sarawak pon lagi..hihihih..

Pasal baby dalam perut saya ni...Setelah menggoogle mcmana nk amik tiket infant, akhirnya saya menjumpai satu QnA kat website Airasia itself...

"they allows us to insert our infant name during check in at the counter or you may call Airasia Service centre once the infant is born"

Copy from tripadadvisor based on her experience

 Re: Booking an unborn baby on a flight (Air Asia
Hi everyone,
Just thought I would update and let you all know that we booked our tickets and under the advice of AA we only booked tickets for myself, hubby, and our daughter. We will add our little man onto our itinerary once he is born, and we have obtained a passport for him.

Quoted from TripadAdvisors



So maknanya..time check in nanti baru saya masukkan nama baby since baby tak perlu seat..Atau will call AA service centre to double insert our infant's name...heeeee...Infant juz cost us Rm100 pegi n balik..maybe ade jugak additional charges kot while check in nanti...

huhuhuhu...

Haih terpaksa bersabar 8bulan lagi untuk bercuti-cuti..kikiki..InsyaALLAH


Nanning Hotel

Nanning ni ,saya pon tak sure ape yang bestnya..

yang saya sempat google, maybe dia pny scenery n tempat2 sejarah yang akn menarik hati kot..

Maybe la..need to google2...

hihihihi...


For the time being, maybe akan ke USS December nanti..gud for me to jalan2 banyak..so that senang nak bersalin nanti..hihihi..



Photobucket

Oct 24, 2012

Mood AidILAdHa Belum Mari..

AidilAdha kali ni kami just sambut di Kajang n Puchong je..

Memandangkan dekat je nak balik kampung, maka saya tak amik ape2 leave pon..sbb Raya itself dah ade 3hari cuti so saya rasa tak perlu nak amik cuti sangat..

Hihihi..So semua juadah raya, saya serahkan kat Mak n kakak2 saya serta adik2 memandangkan tahun ni semua berhari raya Aidiladha di Kajang..

(wahh syok2...last raya Aidilfitri tak dapat nak gather2 sekali bila semua balik rumah MIL)

Heeiii tak sabar nak jumpa Angah sayaaaa...Lama kot tak jumpa..last jumpa pon puasa yang ketujuh!!huhuhu...heii cepatla esok malam!!bleh jumpa2 n sembang2..hihihi..

So saya masih teringin nak makan makanan raya..(tak jemu lagi..hihihi)
According to abah:
Akn masak Rendang Ayam Kampung mak saya (feveret Huby ni)
Kuah Kacang (feveret semua... all the time!!)
nasi impit..
n mungkin lemang...

So pagi raya biasanya akan ke rumah nenek sya di Batu 9, Cheras..
Lepas melantak puas2,barulah akan ke Puchong pulak (huby side)...pastu dah..balik rumah la kot..

Sebab Sabtu nak g shopping kat MyDear..hihihi.. dengan adik beradik saya..lepas tu ingat nak lepak umah mak saya balik sbb mcm tak puas nak lepak with all my families
(kalo huby taknak ikut,lantak dia la..hihihi)

So mood belum ade mungkin sampai pukul 5ptg esok!!mungkin time tu baru ade mood..hihihi..

***haihh..cepatla balik..dah tak larat ni..Sakit Pinggang!!!haiyoooo..takkan awl lagi nak merasa bebannya kot!!oh nooo...huhuuhu

uppsss lupa..maybe Aidiladha tahun ni recycle baju raya tahun lepas ..PINK!! (huby's favourite!!)


And of coz momy takkan muat nak pakai baju ni lagi..
Jom Dady!!kita shopping baju Momy mlm ni..

Aqil's??
hurmm takut tak muat jugak sbb dia dah tinggi..
mlm ni kita try fitting ye sayang..

hihihihi..

So for those yang balik kampung hari ni atau esok..

Hati2 di jalanraya
Semoga perjalanan anda semua dilindungi oleh ALLAH sentiasa..

Buat Angah saya, Selamat sampai di Kajang nanti..
Have a safe journey...







Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...