Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Apr 4, 2011

Pahit akan Manis Jua Akhirnya..

Alhamdulillah..

bersyukur kita dengan limpah kurnia dariNya..

Sedikit kisah yang ingin saya kongsikan..

Tentang seorang hamba Allah yang telah diuji tetapi kelihatan sangat tabah..
Ok..sekarang saya nak recall sesuatu..

Ketika Aqil masih di NICU dan beliau adalah ibu-ibu yang senasib dengan saya dan rasanya nasib nya mungkin tidak sebaik saya kerana after 11 days at NICU Aqil boleh balik dan saya masih dipinjamkan oleh ALLAH untuk terus memiliki seorang anak yang comelll..(perasan sekejap takpe kan)

Tetapi beliau??Beliau tidak berpeluang untuk terus mendakap anak sulungnya kerana genap lebih kurang usia anak kecil itu 60hari,dia telah dijemput oleh ALLAH ke syurga abadi...Sedih dan sayu apabila terkenangkan perjalanan kakak ini... tetapi betul..saya sangat kagum dengan beliau kerana tiada langsung riak sedih+kecewa+cemburu melihat anak orang lain semakin sembuh..yang kelihatan hanyalah riak pasrah dan senyuman ikhlas yang redha dengan setiap kejadian yang menimpa..
(kengkadang huby saya taknak terserempak dengan kakak tu ketika di NICU ketika Aqil sudah sembuh..takut hatinya terguris hiba)

Saya masih ingat lagi ,ketika Aqil dimasukkan ke NICU, kakak tersebut dan anaknya telah berkampung dihospital selama 38 hari..dalam keadaan masih berpantang dan masih berstokin beliau tetap datang..sudah memandu kereta sendirian ketika tempoh berpantang baru dalam dua minggu..Tetap datang tanpa gagal menjaga dan membelai anak kesayangan yang seakan sudah tidak bernyawa..Tetapi beliau tidak pernah putus asa dan di wajahnya kelihatan harapan menggunung supaya dapat melihat anaknya yang terbelit tali pusat itu kembali 'bernyawa'..

Namun takdir ALLAH tiada siapa menduga..Genap lebih kurang baby Naufal 60hari di NICU, baby tersebut telah pergi dengan tenang menghadap penciptaNya ketika umat Islam yang lain sibuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri...Ya !! Ketika saya menerima SMS dr kakak tersebut menyatakan Baby Naufal telah pergi, hati saya hiba..sungguh sedih dan berharap kakak tersebut terus tabah dan kuat untuk menempuh hari-hari yang mendatang..

Selepas itu saya dah tukar Phone n no.. terus kami terputus hubungan..Alhamdulillah..FB mempertemukan kami..dan Alhamdulillah..kini saya lihat kakak tersebut telah mempunyai baby baru..ALhamdulillah..SYukur Ya ALLAH..saya happy untuk beliau..akhirnya kepahitan yang dilalui telah di balas dengan setiap kemanisan yang dikecapinya sekarang...Alhamdulliah semoga Baby Muhammad Aliff Naufal terus menjadi permata ayah dan ibu dan menjadi anak yang soleh..

Al-Fatihah buat Baby Naufal dan adik  Nureen Amni Mia Khalilah dan semua yang sudah menjadi bidadari Syurga...damailah dikau di sana...

Suka Sangat lagu ni...






Photobucket

2 comments:

Mamanurin said...

alfatihah juga buat baby naufal..terima kasih yer mommy sebab sudi kasi hadiah buat mia kata sana..tentu dia suka sb dptg hadiah dari mommy dia yang cute miut ni

NrlAidaHml said...

Sama-sama mama sayang..we love u muchhh!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...