Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Mar 17, 2011

Tribute to Arwah Mak Mentua Saya..~Al-Fatihah~

Hari ISnin yang lepas adalah ulang tahun kelahiran Arwah Mak huby..14 March 2011..(birthday Arwah Mil hanya sehari selepas harijadi Huby)
Dengan itu..saya ingin mengimbas kembali 'sedikit' kenangan bersama-sama arwah...

Arwah MIL saya ni berasal dari Kedah dan anak jati KEdah dan cuma hanya berkahwin dengan FIL saya barulah beliau berhijrah ke negeri-negeri lain...(ikut FIL sebagai seorang anggota TUDM)...

Genap setahun Arwah berkahwin dengan FIL mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang boleh la dikatakan comel..cume kulit sedikit gelap (hikhikhik..huby jgn marah ok!!) typical kulit orang kedah..Mungkin Kedah panas sgt kut!!hihikhik..(org Kedah jgn marah tau!!saya gurau je)..Tapi arwah mak teruk jugakla waktu lahirkan huby sebab sampai pengsan n tak sedarkan diri...Tapi Alhamdulillah selepas itu mak ok!!

Makla orang yg paling gembira dikurniakan seorang cahaya mata yang dinantikan sebab arwah mak ni sgt sukakan budak-budak..SANGATTTTt...Dalam dua tahun usia Huby Arwah mak adela jugak beberapa kali keguguran..dan apabila genap Huby dua tahun..Arwah mak mula jatuh sakit dan kesihatannya semakin merosot!!sampaikan terpaksa diterbangkan dari Kedah (kalau tak silap saya la) ke KL melalui penerbangan kecemasan TUDM ke HKL..dan Seterusnya Arwah MAk disahkan menghidap penyakit buah pinggang!!Hancur luluh hatinya (mengikut ape yang diceritakan arwah kepada saya)..Dan Arwah pernah cakap kat saya kemungkinan penyakitnya itu berpunca dari waktu dia gugur dulu,dia tak refer kt klinik n tak cuci betul-betul mungkin sedikit sebanyak ia turut memberi Effect!!

DAn bermulala episod DUKA dlm keluarga huby dan Arwah Mak akan menjadi penghuni tetap hospital-hospital yang berkaitan..Dylisis dan Dylisis..Sampaikan ade satu ketika..(saya tak ingat waktu tu hby saya umur berapa tahun mungkin dalam umur 5 tahun kut) huby saya telah naik flight seorang diri sebab Arwah mak terlantar di hospital dan FIL bekerja dan tak mampu jaga huby. SO he was fly ALONE to KEDAH!!waktu tu naik MAS dan bila children fly alone dia akan sentiasa dijaga dan dikawal penuh rapi oleh pramugari-pramugari bertugas..siap kt leher huby tergantung tag tulis FLY ALONE..(rasa cam comel je kan!!)..Apabila sesampainya huby di Kedah..Pramugari tu akan tahan huby sampaila ade waris yang dtg ambil dan sudah pasti Arwah Tok Wan huby yang ambil kt Airport...(kelakar pn ade..sedih pon ade bile huby cerita balik kat saya)...

Sehingga Huby berumur 10 tahun..FIL berkahwin lagi!!UUUPPPPSSSsssss..sudah pasti hati Arwah MIL kecewa kan tapi SAYA TAKNAK cakap pape..hihihi..Dan bermula lah hidup bermadu..(At 1st je cam tak boleh terima lelama tu mcm dah imune sbb it based on TRUST n Justice)..adatla kan hidup bermadu pasti ade pahit dan manis nya  dan Alhamdulillah FIL 'mampu' bersikap adil dan hubungan keduanya cuba untuk di harmonis kan sebaik mungkin...

1st time saya jumpa MIL..saya tengok macam garang je makcik ni..(tak kut!!) salah saya jugak sebab jumpa Makcik huby dulu instead of Mak..then tentulah perception akn lebih baik pada makcik dulu sbb makcik huby tu sgt-sgt-sgt friendly....Pastu bile jumpa MIL,dia cam pendiam tapi dah lelama tu mak saya ni penyayang orangnya and nak kan kasih sayang dari orang sekeliling...

Pastu kan..bila 1st time jumpa..dan bile MIL sisnsing lengan dia belah kiri, SAYA TERKEJUT sgt!!ape yang ade kat tgn MIL tu???rupanya itulah pistula yang dah tak boleh pakai lagi...Pistula2 inilah untuk buat dylisis (cuci buah pinggang) treatment...Hoh!!dari situ terus saya insaf sgt!!sedih tgk condition MIL..mesti dia lebih merasai deritanya...sebab sudah lebih 22 tahun beliau menderita sakit buah pinggang..

MIL n Madu...
Saya ingat lagi time tu sy baru je berkawan dengan huby..MIL dgn makcik saya ni susah sikitla kalau depa nak cakap mesra sesaja kan but then bila ada kenduri organized by MIL, makcik saya PASTI dtg tolong..and dat time saya boleh nampak diorang mampu communicate dgn baik dan tolong menolong..happy saya tengok depa..

Kenangan 2007..
kesihatan MIL semakin merosot!!tahun 2007 adalh paling worst sekali..boleh kata setiap bulan dua minggu kat rumah dua minggu kat hospital..Sangat sangat teruk!

BIla Hospital Selayang call nak buat pertukaran buah pinggang, MIL adalh insan yang paling bahagia!!tak sabar pon ade..but still kena buat preparation for that pertukaran..Inilah saat-saat yang ditunggu-tunggu MIL saya tapi preparation pon sgt azab dgn terpaksa cucuk ubat kt perut selama berapa lama pon saya tak pasti but then terpaksa dimasukkan ke dalam Wad Hosp Selayang sebab kesihatan Arwah MIL semakin teruk after pengambilan ubat -ubat berkenaan.

Hospital Selayang punya cerita.
Sepanjang MIL dimasukkan di hospital beliau dijaga oleh Maid yang dipanggil Midah..ALhamdulillah Midah masih setia menjaga MIL walaupun pelbagai dugaan dan cabaran mendatang..Berminggu-minggu MIL di wad sehingga lah kesihatan beliau Semakin merosot dan saya masih ingat lagi waktu tu saya tengah kerja (part time cuti sem)..Tetiba FIL call dgn nada sedih dan menyatakan suruh Huby (waktu tu masih title tunang) saya datang Hospital sebab MIL dah tak sedarkan diri..

Kami pon ape lagi..kelam kabut, tinggalkan Opis (waktu tu saya kerja dengan FIL as kerani) terus ke Hospital..sesampai di hospital, sebak terasa kerana MIL sudah tidak kenal sesiapa dan tidak bercakap langsung hanya mata terbuka dan jasad sahaja yang masih bernyawa..Kesal dan sedih rasanya..Doktor menerangkan bahawa ubat-ubatan yang diambil oleh MIL untuk pertukaran buah pinggang tidak sesuai dengan dirinya dan dia tidak koma tetapi boleh dikatakan kehilangan upaya buat seketika..lalu MIL terus sahaja dipindahkan ke HDW (High Dependency Ward) dimana tiada sesiapa dibenarkan menjaganya dan pelawat hanya boleh dibenarkan dua orang sahaja dalam satu-satu masa..

Bermulalah episod sedih dalam hidup huby sekeluarga..Semua saudara-mara dari Kedah satang dan turun ke KL semata untuk melawat adik kesayangan mereka..dan rata-rata dari mereka pasti menitiskan air mata tatkala melawat MIL saya ketika itu..(Abah saya yang melawat pon tetap menitiskan air mata lelaki nya kerana tidak sanggup melihat penderitaan yang ditanggung oleh MIL saya)..

Hampir seminggu di HDW, akhirnya MIL mula sedar dari lena yang panjang dan kesihatannya semakin pulih dan dia tidak lagi berada dalam keadaan koma..Alhamdulillah..dan sinar kebahagiaan mula terpancar dari riak mukanya apabila terpandangkan wajah-wajah kesayangannya yang sudah pasti Kakak-kakak dan abang-abangnya yang datang dari Kedah...

MIL sempat bercerita kepada saya yang dia tidak sukakan Hosp Selayang kerana dia terbayang bayang atau pernah ternampak atau pernah terdengar yang dia telah menjadi bahan Eksperimen oleh Doktor-doktor disana..(hal tersebut saya tidak pasti dan mungkin hanya khayalan nya sahaja)..

Selepas dibenarkan keluar dari Hosp Selayang Mil tdk mahu lagi dimasukkan disana dan lebih rela segalanya diuruskan oleh HKL sahaja..
Kehidupan seterusnya..
Masih berkisar dan berkampung di hospital..masih dan masih..Sehinggalah penghujung tahun 2007 Arwah MIL minta untuk percepatkan perkahwinan saya dgn huby..dia dapat merasakan masanya untuk pergi hampir tiba..Dan rombongan minta dipercepatkan dimajukan ke pihak keluarga saya dan akhirnya keluarga saya bersetuju kerana melihat kepada kondisi MIL saya mereka tidak sampai hati..maka May sudah menjadi kepada February..dan persiapan rancak dilakukan...dalam waktu itu juga MIL masih menerima rawatan di HKL..

Setiap kali saya balik dari USM dan melawat beliau di hospital, beliau selalu berkata begini..
"entah sempat atau tak makcik nak tgk Aida dan EPi kahwin ni"
"Isy sempat nya makcik..ape makcik cakap macam ni..jangan risau ye"
"ntah mak ni..Sempat punya..Maknak pegi mana?" Tanya si anak..
Beliau hanya tersenyum..

Seterusnya..persiapan yang diimpikan khas buat satu-satunya anak tidak dapat dilakukan dek kerana kesihatannya saban hari semakin tidak mengizinkan..saya pula tidak sempat langsung untuk membuat persiapan sedikit pon dek kerana kekangan masa untuk belajar bagi tahun akhir di USM..hanya melalui telefon segala persiapan dilakukan dan berbanyak-banyak terima kasih buat huby,along,mak,adik-adik,angah dan makcik saya sebab sanggup melakukan segala-galanya buat saya..(saya hanya boleh balik dua hari sebelum akad nikah dijalankan..dahsyat kan!!mmg sgt kelam kabut)..

Waktu kt Airport untuk berlepas pulang ke KL..hati saya rasa tak sedap sgt..rasa mcm ada something akn berlaku..dan telinga saya keep on berdengung..(tanda??)saya risau..adakah saya yang akn pergi??saya tidak tahu..

Seminggu sebelum akad nikah dilangsungkan, Mil saya minta izin dari doktor untuk pulang ke rumah bagi meraikan perkahwinan anak tunggalnya..Akhirnya doktor membenarkan dan rawatan susulan harus dilakukan selepas itu..

Perkahwinan..
Akad nikah dilangsung dengan suasana yang hiba..Hiba kerana saya sudah bukan lagi menjadi anak manja abah saya dan saya telah 'berpisah' dengan seluruh family saya..Ohh..touchingnyaaa..ditambah pulak Mil saya tidak dapat datang di hari bersejarah kami sampaikan saya tertanya-tanya 'mana mak?mak mana?' pada makcik saya..mak tak dapat datang..tak larat katanya..

Keesokannya persandingan sebelah saya..Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan MIl sempat dan masih mampu datang..


Tuuu..MIL saya berkerusi roda dan sanggup gagahkan diri untuk datang walau kesihatan sangat tidak baik..dan sepanjang kami bersanding MIL hanya mampu berbaring di rumah jiran saya tapi masih mampu menepung tawar dan kami sangat terharu dengan kesungguhan MIil untuk bangkit dari kerusi rodanya semata-mata untuk menunaikan hajat dihati..

Persandingan di sebelah lelaki keesokan harinya iaitu hari Ahad..
Mil sudah mula tunggu di depan khemah untuk menyambut kedatangan tetamu-tetamu yang datang dan Mil kelihatan sangat gembira walaupun dalam ketidak laratannya dia masih mampu menguntum senyum dan dikerahkan segala tenaga untuk mengalu-alukan kedatangan tetamu..Alhamdulillah..

Persandingan VIP
Ia dibuat di malam hari bagi meraikan tetamu VIP Fil saya dan ia dijalanakan dalan kehujanan yang sgt lebat tetapi masih sebuah perkahwinan yang hebat..(heheheh..perasan sudah)..
Selesai majlis sekitar pukul 12 malam dan semua tetamu sudah beransur pulang dan hanya kelihatan saudara-maa terdekat..Masuk je ke rumah saya terus ke bilik Mil kerana beliau sudah tidak mampu bangun dek kerana keletihan di siang hari..Ketika itu semua saudara mara huby sedang giat memujuk beliau untuk pergi cuci darah kerana beliau sudah tidak mahu berbuat demikian..semua pelik..kerana sebelum ni Mil sangat disiplin dlm membuat segala treatment yang harus dilakukan..

Dan kemudian, saya pon bersama-sama mereka memujuk dan terus memujuk Mil pergi Dylisis..
'mak taknak pergi la..semua hajat mak dah terlaksana'
'isy..mak kena pergi jugak..nanti lagi mak sakit'
'taknak'..

Keesokannya,mak tidak mahu pergi dan sewaktu kami buka hadiah dia kelihatan sangat gembira..cuma adakalanya dia sudah tidak sedar dan sudah mula memanggil mak dan ayah Mil..kami jadi risau..

Malam itu..
Saya dan huby balik Kajang sekejap sebab ade post wedding party..(takdela party sangat cuma meraikan jiran-jiran dan sedara mara yang datang membantu sewaktu kenduri kami)..Sampai di Puchong dah lewat sangat..dalam pukul 12..yang ade dirumah ketika itu hanya Midah n Mil sebab semua sedara mara dari Kedah sudah pulang semula ke Kedah..

Saya perasan mlm tu, Mil keep on ulang alik toilet sebab sakit perut katanya..saya pelik sebab Mil tidak makan langsung dan mcmana boleh cirit birit..Malam tu jugak saya pujuk Mil supaya pegi Dylisis sebab condition dia sangat Worst..Akhirnya dia bersetuju..

Hari itu..Selasa..5/2/2008

Seawal pukul 7 kami ke Balakong untuk Dylisis..sewaktu ditinggalkan, Mil kelihatan sangat penat dan pucat..tapi itu kelihatan biasa bagi pesakit buah pinggang..dan saya dan huby pon berangkat pulang dan akan mengambil Mil kembali pada pukul 11 pagi..

Pukul 10 pagi dapat panggilan dari pusat dylisis itu yang mengatakan Mil pengsan..Tidak sedarkan diri..kami segera ke Balakong semula dan terus mengahntar Mil ke HKL..sesampai di HKL..Mil mula sedar dan hanya tidur sahaja..ditempatkan di Wad, dan Mil mula meracau-racau dan biji butir percakapannya sudah tidak dapat di fahami..

Sehingga pukul 3 ptg kami masih setia menunggu Mil di wad sambil memerhatikan Mil meracau2 namun masih sempat kami bacakan surah Yassin..Tiba-tiba..Mak andam kami telefon suruh kami pulangkan baju2 pengatin sebab ade wedding lagi lusanya..dalam kepayahan untuk meninggalkan Mil dalam keadaan begitu kami terpaksa pulang juga sebab Mak Andam tersebut kelihatan seperti mendesak!!kami terpaksa..

Sebelum kami beredar..dalam racau, tiba-tiba Mil sebut..
'Jeffrrryyyyy..' sambil kedua-dua belah tangan Mil pegang kepala huby..
tanda seperti sedih bila kami ingin meninggalkannya seketika..Iya!!saya sendri melihat keadaan itu terasa ingin menangis semahunyaaa..

Huby saya yang tidak menyangkakan apa2 hanya berkata..
'ye mak..nanti epi datang balik..epi nak pulang baju pengantin' Selepas Mil kami cium kami pon beredar dalam kepayahan..

Selepas itu setiap jam pasti Midah menelefon kami suruh kami datang segera sebab keadaan Mil sangat merisaukan dia..Kami cuba.. dan ketika kami di Kedai mak Andam tersebut, sebaik sahaja keluar dari Taman Medan, Kami mendapat panggilan..

pukul 5.45 petang..'Mak dah pergi'
"epiii..mak dah takde!!!"Midah menjerit dalam tangisan..
saya dah berdebar-debar..Terus huby yang tengah drive kereta terus pass telefon tersebut pada saya dan berkata
'nah bie..cuba dengar ape midah cakap' terus saya dengar..dan yang kedengaran hanya jeritan Midah yang mengatakan MIL dah takda...Dah meninggal dunia..terus berjuraian air mata saya..saya menangis semahunya..sedih..dan apabila pandang Huby..dia semacam tiada perasaan walaupun berkali-kali saya katakan padanya yang Mak huby dah meninggal sampaikan saya terpaksa cakap..
'abg jgn cm ni ..tolong bang..menangis la bang jika itu mampu meredakan kesedihan abang'
tapi huby masih diam..diam sediamnya..

Jalan Jem..dan apabila hampir sampai di HKL barulah huby bersuara..
'bie..betul ke mak abg dah takda?Mak abg dah meninggal?'
saya hanya angguk dan memeluk huby supaya dia mampu mengawal emosi..

Setiba di wad neurology HKL..kereta Mayat telah bersedia di bwh wad dan kami terus ke tingkat ats..Apabila kami sampai di depan pintu Wad..Arwah Mil baru ingin disorong dan dibawa ke bawah sambil ditemani Fil dan arwah Pak Chak..Ouh..Time tu saya rasa episod paling sedih..tatkala ternampakkan trolley mayat, Huby terus terjelepok ke bawah dan Menangis semahunya sambil ditenangkan Arwah Pakchak supaya tabah...

Langsung kami ke rumah mayat dengan kesedihan masih bersisa dan tiada berpenghujung....Selesai proses dirumah mayat, terus Jenazah di bawa pulang ke rumah kami di Puchong..Semua saudara mara di Kedah yang baru sampai di Kedah terpaksa berpatah balik ke KL semuala apabila mendapat perkhabaran hiba ini..

Keesokannya..jenazah selamat dikebumikan di Puchong juga..Saat dikapankan..saya teramat sedih bile huby mula menangis dan menangis tanpa mahu dipujuk oleh sesiapa..Saya pilu melihat keadaan itu..Dan bermulalah episod sedih dan sunyi dalm hidup huby..

Huby tinggal keseorangan apabila saya kembali ke USM dan saya sangat berat hati untuk meninggalkannya dalam kesdihan tapi saya tiada kuasa untuk tidakmenghabiskan pengajian saya..Lantas huby saya titip kan semangat yang kuat supaya terus tabah dan sabar walaupun tersangat perit kerana kehilangan satu-satunya insan yang paling huby sayang...


Walau mengambil masa yang panjang dan terdapat sedikit perubahan dalam diri huby (sedikit pendiam) lama-kelamaan huby sudah mampu menerima takdir Ilahi..Kami sudah mampu menerima walau keinduan terhadap arwah masih tidak bernoktah..

Buat Mak..Siti Hajar binti Yaakub..tenang dan damailah dikau disana walau tidak bersama kami  lagi tapi ingatan kami pada mak tetap terpahat di hati kami...



14 March 1961 - 05 February 2008



Al-Fatihah!!






Photobucket

6 comments:

MaMaNuRiN said...

Al-fatihah..moga arwah dicucuri rahmat allah..
Bila membaca coretan mummy, teringat juga pada arwah MIL mama.. Sedih sgt sb tak dapat temankan dia di saat terakhir dia..meninggal kat HKL juga..kami on the way je masa tu, betul2 depan jalan raya HKL.. Sian kat hubby sb dia anak bongsu, lagipun Kitaorg stayed dgn MIL

MommyAqil said...

Mama..kita banyak sangat persamaan kan..Mommy percaya kita mapu berkongsi apa shaja apabila ditemukan oleh Allah suatu hari nanti...Hubby Mama ank bongsu..hubby mommy ank tunggal..pasti perasaan mereka sedih sekali apabila kehilangan ibu tersayang kan mama..

munna said...

Al-Fatihah buat arwah MIL... at least dapat juga dia tgk anak dia berkahwin

MommyAqil said...

betul tu kak Munna...Alhamdulillah..tercapai jugak hajat nya..

Anonymous said...

aida...k.teh dah nangis teresak2 dah ni...tq sbb mengembalikan memori terindah ni.kenangan dgn arwah mmg k.teh tak pernah lupakan...(k.teh kedah)

MommyAqil said...

kak teh nangis aida pon ikot nangis jugak..terasa rindu sgt..terasa kehilangan mak bile saat2 susah kami hidup bersama tanpa mak..sedihla kan..Al-Fatihah!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget