Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Mar 29, 2011

Pemandu wanita bahaya?????????????

KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.



Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.



Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon.



‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita.



‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini.



Kenyataan itu membangkitkan kemarahan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) yang serta-merta meminta Bung Moktar menarik balik kenyataan itu kerana tuduhan tersebut bersifat umum.



‘‘Minta tarik balik Yang Berhormat (YB) terutama perkara berkaitan pemandu wanita kerana ia terlalu umum,” katanya.



Bung Moktar ketika mempertahankan kenyataannya itu dengan tegas berkata, beliau ikhlas menegur kerana ia melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya yang lain.



‘‘Saya tidak berhujah berdasarkan emosi dan itu juga tidak bermakna saya tidak menghormati wanita. Saya tetap menghormati mereka.



‘‘Namun perkara ini perlu diambil perhatian lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pemandu wanita yang baru lulus daripada ujian memandu,” katanya.



Nancy Syukri (BN-Batang Sadong) ketika mencelah berkata, kecenderungan pemandu-pemandu wanita yang baru lulus memandu secara perlahan adalah kerana mereka amat berhati-hati.

Source:UtusanOnline

Komen saya:
Tak semua pemandu wanita bahaya dan tak semua pemandu lelaki tak bahaya..Mungkin tak semua pemandu wanita yang memandu secara berbahaya mungkin % nya melebihi pemandu lelaki dan terpaksa juga akui yang pemandu wanita ni kurang PEKA dengan sekeliling itu yang kadang-kadang sipi2 pun kena langgar..ALASAN:tak perasan la..tak nampak...tak taula pulak paip air ade kat depan...eh..ade motor ke kt belakang??...ingatkan kereta depan dah jalan...huhuhu..

Pikir-pikirkan dan selamat beramal...hihihih..

***Rahsia Besar:yang bagi alasan tu semua adalah tuan punya blog ini sendiri..hikhikhikhik..Jangan Marah naaaa....

Photobucket

6 comments:

munna said...

mmg kebanyakan memandu wanita kurang berhati-hati ....tapi klu lelaki pula terlampau ekstrem... kdg 2 dah tahu pemandu tu wanita yg agak takut 2 memandu diorg lagi takut2 kan dgn hon bagai...mana tak gelabah

kayzie said...

hihi..sy penah di hon dan di tunjukkan isyarat tgn yg tak senonoh tu oleh lelaki gara-gara tak sabar suh sy kuar simpang..tp sy kata'suka ati aku la bila nak kuar,yg kena langgar nnt aku bkn ko..'dlm hati jek la..hehe..laki pun ad yg tak hati2 apa..cb wat statistik bpe bnyk eksiden yg di sebabkan pemandu laki..baru adil..huhu (sowi kmen pnjg..hihi)

MommyAqil said...

betul tu kan kak munna..kengkadang pon disebabkan lelaki kemalangan boleh terjadi..semua pemandu sebenarnya perlu lebih berhati-hati..

MommyAqil said...

huhuhu...betul jugak tu Kayzie..sifat panas baran lelaki pon mengundang sesuatu yang tidak elok terjadi..aida pon penah kena hon jugak,pastu kita pandang slack tau segan jugak...haihla..betul tu kena kuarkan satu statistik rasmi baru sesuatu kenyataan boleh dikeluarkan kan..hihihi..(takpa pon nk komen panjang2,dialu-alukan..hikhikhik..)

ahmad said...

saya rasa tengok tmpat kot..kalau kat bangi org pompuan bawak bahaya gila..dah bnyk kali dah nk kena langgar..jatuh pun bnyk..

MommyAqil said...

Ahmad..yeke ikot tempat?tak pasti pulak..mgkin kt kaw awk ye kot..tp kaw sy ni esp chi...female yg bwk keta cam hape..rasa cm nk luku-luku je rasa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget