Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Jul 17, 2013

Fiqh Puasa - Wanita Hamil dan Ibu menyusu tidak perlu Qhodo' puasa....


Tidak ada nas al-Qur’an dan al-Sunnah yang kuat (sahih) dan jelas(sarih) menyentuh tentang cara menggantikan puasa bagi perempuan yang meninggalkan puasa kerana sedang mengandung ataupun menyusukan anak. 

Disebabkan itu , para ulama’ berbeza pandangan berkaitan tafsiran firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 184 

فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ 

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang terdaya berpuasa (lalu mereka meninggalkan puasa) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu), kalau kamu mengetahui. 

Terdapat perbahasan terperinci berkaitan maksud ayat ini dikalangan ulama’ namun secara ringkasnya Ibn katsir mengambil pandangan beberapa sahabat seperti Ibn Mas’ud dan ibn Abbas dan merumuskan bahawa diperingkat permulaan disyariatkan puasa ramadhan , sesiapa dikalangan umat Islam yang mampu berpuasa diberi dua pilihan sama ada untuk berpuasa atau menggantikan puasa dengan membayar fidyah sahaja. Sebaliknya orang yang sakit ataupun bermusafir pula boleh berbuka pada bulan ramadhan dan menggantikannya pada selain bulan Ramadhan. 

Selepas daripada itu Allah mewajibkan puasa untuk setiap orang yang mampu berpuasa(tidak sakit dan musafir) dan mereka tidak dibenarkan menggantikan puasa dengan membayar fidyah lagi.hukum musafir dan orang sakit dikekalkan seperti asal. 

Kata Ibn Abbas sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari 

وَعَلَى الَّذِينَ يُطَوَّقُونَهُ فَلَا يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ 
قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ لَيْسَتْ بِمَنْسُوخَةٍ هُوَ الشَّيْخُ الْكَبِيرُ وَالْمَرْأَةُ الْكَبِيرَةُ لَا يَسْتَطِيعَانِ أَنْ يَصُومَا فَيُطْعِمَانِ مَكَانَ كُلِّ يَوْمٍ مِسْكِينًا 
Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa memberi makan seorang miskin.(Albaqarah :184) 

Kata Ibn Abbas :Ayat ini tidak dimansukhkan.Mereka adalah orang tua lelaki dan perempuan yang tidak mempu berpuasa,maka hendaklah mereka memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan. 

IBn Abbas membacakan Ayat ini dengan perkataan يُطَوَّقُونَهُ dan bukannya يُطِيقُونَهُ 
يُطِيقُونَهُ beerti “mampu” (untuk berpuasa) 
يُطَوَّقُونَهُ pula beerti “terpaksa bersusah-susahan” (untuk berpuasa). 

Secara ringkasnya hukum yang dapat difahami dari perbahasan ini adalah: 

1)Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan disebabkan sakit ataupun bermusafir hendaklah menggantikan bilangan hari yang ditinggalkan pada bulan-bulan lain. 

2)Orang tua dan uzur yang menghadapi kesusahan untuk menunaikan puasa Ramadhan boleh menggantikan puasa mereka dengan memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan. 

Persoalan seterusnya adalah untuk merungkai perempuan yang meninggalkan puasa Ramadhan sebab mengandung ataupun menyusukan anak termasuk dalam ketegori yang mana :orang sakit ataupun orang tua dan uzur?. 

1)Imam al-Syafi’i dan Ahmad berpandangan bahawa orang yang meninggalkan puasa Ramadhan disebabkan mengandung ataupun sedang menyusukan anak hendaklah menggantikan bilangan puasa yang ditinggalkan disamping memberi makan orang miskin sebanyak hari yang ditinggalkan.Ini adalah jalan selamat dan keluar dari dengan menggabungkan kedua-dua keadaan(orang sakit dan musafir serta orang tua dan uzur) 

2)Imam Ibn Hazm berpandangn bahawa perempuan yang meninggakan puasa disebabkan mengandung ataupun menyusukan anak tidak perlu menggantikan bilangan hari yang ditinggalkan dan tidak perlu juga memberi makan orang miskin kerana mereka tidak termasuk dalam ketegori yang diperintahkan untuk menggantikan puasa ataupun memberi makan orang miskin.(Al-Muhalla) 

Kedua-dua pandangan ini adalah pendirian yang terlalu ketat dan terlalu longgar dalam mengeluarkan hukum dari nas. 

Pandangn yang pertengahan adalah menyamakan hukum perempuan mengandung ataupun menyusukan anak dengan salah satu diantara orang sakit ataupun orang tua yang uzur. 

1)al-Hasan al-Basri, ’Ata bin Rabah ,al-Dahhak , al-Nakha’I dan al-Zuhri berpandangan bahawa perempuan mengandung atau yang menyusukan anak hanya perlu menggantikan puasa tanpa memberi makan orang miskin.(Tafsir al-Qurtubi) 

2)Ibn Abbas berpandangan bahawa mereka hanya diwajibkan memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan tanpa perlu menggantikan puasa (R.al-Daraqutni dengan sanad yang sahih) 

Saya berpandangan bahawa dalam bab ini , pandangan yang paling kuat adalah pandangn Ibn Abbas iaitu perempuan yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana mengandung ataupun menyusukan anak hanya perlu memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan tanpa perlu menggantikan puasa atas alasan berikut: 

1)Jika orang tua dan uzur yang meninggalkan puasa kerana kemudharatan diri sendiri dibenarkan sekadar membayar fidyah , sepatutnya ibu mengandung dan menyusukan anak lebih patut kerana mereka meninggalkan puasa kerana kemudaratan orang lain.

2)Bagi perempuan yang meninggalkan puasa untuk tempoh yang panjang kerana mengandung atau menyusukan anak, adalah sesuatu yang sukar bagi kebanyakan mereka menggantikan kesemua bilangan hari yang telah ditinggalkan. 

3)Berpegang dengan hadith sahih riwayat al-Bukhari “Permudahkanlah dan janganlah kamu menyusahkan” 

Sumber : Salman Ali

'
Photobucket

7 comments:

NM02 said...

ok faham! tq sharing

Lee said...

Hello Mommy Aida, this coming to you from Canada...interesting posting. Bahasa saya sebelum Merdeka da out of tune, but still enjoyed reading your this posting.
Saya nak minta ma'af...but I noticed your header your,
"They called me mommy".

Maybe it should be, "They call me mommy". Unless they now call you "mom".
Minta ma'af, ya....
You have a nice day, and keep a song in your heart.
Best regards.
Lee.

Zaila Mohamad said...

haritu tengok rabncangan Fikh dekat Tv al hijrah ustazah ckp kalau kita berbuka puasa kerana bimbangkan keselamatan anak kena bayar ganti puasa & bayar fidyah juga..

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Nice Sharing..TQ..~

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen said...

Ilmu br hari ini..:-)

AtieYusof said...

NIce sharing... TQ Aida...:)

Unknown said...

Memang agak berat juga bila masa mengandung dan berpuasa, ada ketika mmg tak larat sangat nk berpuasa. Khas utk para ibu hamil atau menyusukan yang nak tau cara tambah tenaga di bulan puasa yang bakal tiba, boleh la berkunjung ke blog saya di pautan ini ye. terima kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...