Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Nov 16, 2013

Tentang Kematian..Kesakitan...Kekeluargaan

Assalammualaikum..

Salam di hari Sabtu yang Indah..

Kematian itu...

Pagi ni kami dikejutkan dengan berita pemergian Makcik saya iaitu Mak Ngah Suliah ke rahmatullah..Permergiannya sememangnya telah dijangka setelah beberapa hari terlantar tidak sedarkan diri di sebabkan kegagalan organ dalaman untuk terus berfungsi..

Doktor memberi kami masa dalam masa seminggu dari hari Rabu yang lepas, dan hari ini Mak Ngah pergi jua..Beliau telah menghidap Kanser Payudara dan telah melalui proses rawatan sejak dua tahun lepas dan hari ni mak ngah tidak mampu lagi bertahan..

Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..Amin..

Saya tidak dapat menziarah Jenazah arwah buat kali terakhir disebabkan tuntutan kerja..Partner saya telah bercuti untuk menghadiri konvo beliau, maka saya TIDAK BOLEH cuti..sedihnya rasa.. Alhamdulillah saya dapat mengucup dahi panas Arwah semasa melawatnya di rumahnya pada malam Khamis yang lalu..

Kesakitan itu..

Suami saya sedang demam ketika ini..Demam urat..iya..saya tahu..setiap kali kami ingin pergi bercuti,pasti suami saya demam..adakah hanya kebetulan atau ketentuan.. saya tidak tahu (Time pergi China pon suami saya demam)..saya hanya berserah..

Al kisah..Suami saya telah kesakitan di bahagian tangan nya sejak sekian lama..Maka hari Khamis yang lepas, suami saya panggil seorang Indonesia untuk mengurut tangannya..Sakit nya ketika itu hanya Allah saja yang tau..dan bila bangun di pagi Jumaat, semerta tangan Suami saya bengkak..dan angin sudah masuk ke seluruh badannya dan akhirnya cerry berry pon bermula..

Balik kerja semalam, habis satu badan suami, saya picit dan urut..dan

Malam tadi juga, perut nya tidak lega dan disertakan dengan demam..Makan panadol malam dan pagi tadi sebelum saya ke tempat kerja dan mungkin saya akan belikan air kelapa muda buatnya untuk melegakan perut yang meragam..Semoga kondisi suami saya baik-baik sahaja dan semoga dia mampu untuk memandu kereta ke PD nanti..AMin!

Kekeluargaan kami..

Disebabkan kami tidak tahu yang berita sedih ini akan menimpa kami sekeluarga..dan tanpa prejudis, duit hotel telah kami bayar,maka acara kekeluargaan yang telah kami rancang, tetap kami jalankan..

Mungkin kami akan sampai di PD lewat sedikit hari ini sementelah mak saya dan keluarga yang lainnya masih di Selayang untuk menziarah keluarga Pakngah saya..dan mungkin juga saya akan bertolak sedikit lewat untuk menguruskan kereta terlebih dahulu dan kemudian petangnya barulah akan sampai di sana.. InsyaALLAH..

Perancangan asal tetap diteruskan..dan semoga segalanya dipermudahkan dan selamat..Amin..

Selamat berhujung minggu buat semua..

***Bulan lepas kami kehilangan nenek tersayang..bulan ini kami kehilangan makcik tersayang..setiap yang hidup pastikan mati..Al-Fatihah!


Photobucket

6 comments:

norey said...

Salam Takziah & Al- Fatihah...Semoga Aida sekeluarga dapat bersabar dan tabah atas dugaan ini..Ayah Ngah akak pun telah 'pergi' pada hari sabtu lepas. Pemergian mereka membawa semua penderitaan dan kesakitan yg dialaminya. Sama2 kita doakan semoga arwah ditempatkan di sisi org yg beriman..

aTieYusof Family said...

Al-Fatihah buat MakNgah Aida..moga rohnya tenang di sana..byk btl dugaan Aida kan..takpe, itu tandanya Allah syg...moga semuanya dipermudahkan lepas ni ye...amin!
Happy Holiday ...:)

Fara Fadzil said...

Innalillah...salam takziah dan semoga suami cepat sembuh dan percutian yang dirancang berjalan sempurna :)

Jemput ke blog saya..
http://naturally-vitamin.blogspot.com/2013/11/testimoni-berhenti-merokok-dengan-vivix.html

eug|ena said...

Takziah utk mommy sekeluarga!
semoga roh arwah ditempatkan di kalangan org2 beriman..

Seri Selaseh said...

Al- Fatihah. Semua yg berlaku atas ketentuanNya

kayyana said...

Takziah.. semoga roh dicucuri rahmat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget