Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Nov 20, 2013

Percutian itu Seronok dalam duka.. PNB Ilham Resort..

Assalammualaikum..

Kembali ke arena blog dan beradanya saya di sini hanyalah ingin menceritakan sesuatu..hehehe.. (skema tak ayat?)

Oklah..di sebabkan berlaku kematian pada hari sabtu yang lepas (hari yang sepatutnya kami sampai di PD)..maka kami hanya bertolak dari Kajang pada pukul 8.26 pm dan sampai di Ilham Resort tepat pukul 9.26 pm (genap 1 jam sahaja perjalanan)..

Sesampai di sana, lebih kepada memilih bilik yang berkenan dan bersantai bersama anak cucu dan menyusun-nyusun barang..Ouh ya lupa..Husb saya masih tidak sihat dek kerana perut nya masuk angin terlalu banyak dan meragam di sana sini..Cerry berry bermula dan nasib kami baik sebab kami berkongsi kereta dengan family along saya dan Abang ipar saya yang memandu kereta kami sepanjang perjalanan ke PD...


Acara bergambar bile memula sampai..with my beautiful Mak!


With my Mak n Son!


Aktiviti malam diorang..main snooker..








Ahad
Breakfast - free voucher for 6 persons only tapi orang Ilham tu tak buat spot check pun, then 6 orang menjadi ke 8 orang..cuma saya n family je yang tak pergi breakfast sebab husb saya tak larat bangun,makan n minum..(nightmares-ketidakseronokan langsung)huhuhu...jadinya around pukul 9 macam tu, saya tinggalkan Aqil yang seronok mandi pool dan Medina yang baru bangun tidur, kami terus ke Klinik Mesra,Telok Kemang untuk membawa husb saya yang tiada tenaga langsung bilamana asyik ke toilet membuang..

According to Doctor,bukan keracunan makanan (saya pon merasa begitu - condition yang sama ketika saya kena sakit perut last week-tapi husb saya ni tak suka minum air kelapa,so terpaksa hadaplah kan)- perut pon tak menggelegak - doc bagi Ubat tahan cirit.ubat tahan muntah dan air garam..-balik klinik singgah kedai mamak kat area situ untuk makan breakfast dan balik hotel semula.


Balik klinik,Mommy insists jugak nak berendam dengan Princess..so tetap layannn jugak...hihihi









I'm a happy girl!!

Tengah hari takde ape aktiviti pon cuma makan nasi lemak yang mak saya masak (sepatutnya tak boleh masak,tapi kitorang masak jugak..hahha)..lepas dah pekena nasi lemak,. semuanya mengantuk dan tidooo..cuma saya je..gagahkan diri berjalan-jalan di pantai bersama Aqil dan Asyraff (anak along saya)..sebab saya agak keboringan melepak di bilik tanpa aktiviti sementelah Medina dan Daddy asyiklah tidooonyaaa..huhuhu..


Dua kawan..kadang-kadang musuh..kadang-kadang adik abg..


Si kurus Mommy..


Budak dua orang yang geli dengan pasir...


Ada playground jugak kat Blue Lagoon ni..








Air belum pasang..




Petang..

Barulah aktiviti pantai bermula..yeay!!tapi sebelum tu kami spent time together kat dalam swimming pool dulu around pukul 4ptg..luckily hari Ahad tu cuaca sangat warm je..so memang best sangat merendam-rendamkan diri..hihih..yang syoknyaa abah saya pon sporting sangat main bola beracun dalam pool sampaikan habis semua anak-anaknya dia buli..hihihi..yang tak syok,husb saya n suami along saya tak join pon..sedehh..husb sy still sakit dan terbaring di bilik..huhuhu..suami along saya kena jaga anak bongsu dia yang tak suka main air..




lepas aktiviti di kolam renang,terus kami ke pantai untuk bermain Banana Boat..semua turun pantai kecuali husb saya n husb along saya..huhuhu..so memang hati tergedik-gedik sangat nak naik Banana Boat tu so kena bayar RM15 per person (dulu RM10 je kan..itu dulu..) so naik lah saya,suami angah saya,ain.,aisyah,Fatin,saya dan abah saya..wow!bestnya naik ni walau kena terbalik dua kali..best gilehhh..hihihi..sementara tu,Aqil pon sangat excited nak naik Banana tu tapi mana boleh kan..dia kecik lagi..sampaikan kitorang semua dah naik Banana Boat tu dan ada satu tempat kosong lagi,dia pon kata

"Mommy !Tu..ada tempat kosong lagi.."(Dia nak naik sangat lah tu..)
"Tak boleh..Aqil kecik lagi.."
"alaaaa"..hahaha..kesian kan..


Nampak tak muka excited semuanya..hahahha..


Aqil berkayak dengan Nanny dan Atuk..





Lepas tu diorang naik kayak n Aqil sampai tertido dlm kayak tu dek kerana layann sangat angin laut agaknya...hihihi..dia naik kayak dengan atuknya..

Malam..

Semua bersiap untuk preparation BBQ session..seronoklah jugak walau suami saya tak dapat turut serta..huhuhu..makan pon sedap..ikan pon fresh sangattt...Ayam pon sedap amat..haihlaa..tapi tak sempat ambik gambar plus mood saya ke laut lah jugak sebab tak larat nak handle anak2 sorang diri..Penat!!kendong Medina lah..kejar kan si Aqil lah..haih..memang tak terlarat rasanya..BBQ pon habis awal sebab tak ramai kan..so aktiviti pon takde sangat..hurrmmm..


Sempat celebrate Birthday Asyraff..Happy Birthday Abg Long..


Lepas layan AF sat..terus tido..Husb saya bangun only at 10pm lepas dia kata perut dia dah ok sikit after consumed ubat tahan cirit n muntah.. huhuhu...

Esoknya..


Abah n mak n anak dara


Aqil merajuk -king

Medina mengantuk-king..

hehehehhe








Family angah saya..all the way from Malim Nawar




Muka happy mereka!!


breakfast..mandi pool lagi..pukul 11.30 pagi gerak balik..daaa...lepas tu pergi Sg Gadut N9 untuk rasa Cendol Leman Dawi yang femes tu..then balik!!Yeah..


bubbye Ilham yang Indah!


Till we meet again..


Highly recommended ok!


P/s:so far mood bercuti sangat lah ke laut nya..gambar pon tak tangkap sangat!sebab saya takde masa dan tak menang tangan dek kerana nak layan anak-anak yang dua orang dan husb berubah jadi macam budak2 jugak  memang kudrat saya tak kuat..Letih dan penat!tu je yang saya rasanya..selebihnya,saya rasa fun lah jugak..sapa tak suka kan dapat sepnt time with beloved family..I love my family so much..


Layan cendol pakcik ni..

pakcik ni pun ber baby wearing jugak !

Salute lah Pakcik Leman..


So gambar2 yang ada hanyalah picisan..so nak buat Hotel Review memang tak dapek!MAAF!!



Photobucket

6 comments:

Farah Waheda Wahid said...

seronok nampak gayanya princess berendam tu...

SSulieana said...

akhirnya dapat jugak aida dan family pergi bercuti kan...seronoknya aqil tu...hehe

kayyana said...

alahai kesiannye.. takpelah.. lepas ni holiday lagi k.. harap harap aida akan lebih enjoy.. hehehe

mila said...

amboii medina naik pelampung.mcm best je..nanti nk bwk arfan jugak la mandi kolam hihi

AtieYusof said...

Seronok tgk Medina pkai baju renang tu..msti suka main air tu...hikhik

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen said...

cantik jugak ye ilham resort ni..tak pernah lg smpai..nway syok tol tgk org naik banana boat.akak tak pernah try tau..hihihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...