(HASHTAG)Throwback Entry
December 2011…
Seingat saya time saya kerja dekat Public Listed company
dulu, saya terlalu busy dan tak bukak blog sangat sepanjang saya kerja kat sana
selama setahun..BE pon tak banyak..Komen pon takde…huhuhu..Busy teramat!
So kesempatan untuk mencoretkan kisah Travelogue saya ke
Bandung Indonesia, Memang tak ada!
Maka saya tetap nak mengadakan Entry ini sebagai
rujukan..konon-kononnya kalau nak pergi lagi ke sana…heheeee..
So perjalanan kami telah dimulakan dengan sedikit kisah
pahit yang diadakan oleh pihak AirAsia..Flight kami dijadualkan pada pukul 5.15
petang telah pun ditunda pada saat-saat akhir ke pukul 12.15 pagi..Bayangkan
lah macamana perasaan yang ada ketika itu..Semuanya telah disiapkan malah, kami
semuanya telah pun sampai di LCCT dan driver kami telah pun balik..
Mau tidak mau kami terpaksa berehat di Homestay sekitar
Sepang sementara menunggu Flight seterusnya pada pukul 12.15 pagi itu..(ambik
cab lain pulak..)
Semua excited nak pegi Holiday!!
TAPI...
Sick AirASia!
Sampai di Husein Sastranegara International Airport pada
pukul 2.15 pagi (waktu tempatan)..kelihatan semua penumpang Nampak capek amat
plus mengantuk..Aqil ketika itu berumur 2 tahun pun kelihatan sangat tak
selesa..
Airport di sana agak kecil dan sempit..Seperti kebiasaan
pemeriksaan Imigresen telah mengambil masa yang terlalu lama..Sehinggakan saya
terpaksa mengendong Aqil yang ketiduran without any assists! (Stroller tidur takde..tak bawak..)..Luckily…atas sifat keperimanusiaan mereka (Imigresen
Indonesia)..mereka telah menyediakan fast lane buat family yang mempunyai anak
kecil termasuk saya!Alhamdulillah..tidak perlu beratur terlalu panjang dan
lama..Akhirnya kami semua selamat masuk ke Negara Indonesia,wilayah Bandung..
Sesampai di sana..Supir yang telah diupah oleh FIL, telah
pun bersedia untuk mengambil kami..Kelihatan dia pun capek kerana menunggu kami
terlalu lama..Ini semuanya salah AIRASIA!huhuh..
Seterusnyaa..Perjalanan kami pada jam 3.30 pagi itu telah
diteruskan ke Daerah Bogor (kerana akan bermalam di sana untuk pergi ke Taman
Safari TERBESAR DI ASIA TENGGARA)..Perjalanan dari Airport Bandung ke Bogor
amat-amat mencaabar dengan jalan yang berliku-liku dan tidak rata struktur
jalannya, buat kami tak selesa dan badan terlampau sakit! Dan akhirnya selepas
3 jam perjalanan penuh dugaan, kami sampai jua di Bogor pada pukul 6 pagi (7
pagi waktu Malaysia)..
Disebabkan kami sampai terlalu awal,maka semua hotel TIDAK
BOLEH menerima kami sebagai tetamu atas alasan bilik sedang dikemaskan..Check
in Time mereka adalah pada pukul 8 pagi..Ada masa 2 jam lagi..Mahu kemana?tiada
arah tuju…KAMI MAHU MANDI!!
Akibat semua hotel memahal tidak mahu menerima kami, maka
kami terpaksa menerima rumah tumpangan yang sememangnya TERAMAT USANG..at 1st
beberapa rumah tumpangan telah kami jumpa, tetapi ada sahaj slacknya..Bilik air
di luar la..terlampau kotor la…
Akhirnya hanya ada satu pilihan..dan TETAP!!KOTORRRrr…sampaikan
saya tak lalu nak mandi..saya tak lalu nak duduk kat katil yang ada…hahahah…
TERPAKSA mandi
jugak..Arghh!!Stresssssssssssssssssssssssssssss…Cepat2 keluar dari motel
itu..dann..Legaaaaaaaaa…haahahah
Breakfast di kawasan sekitar situ..
Melawat keluarga Supir yang daif..(kesian sangat..)
Seterusnya..
SAMBUNGAN….
5 comments:
adehhh..baca pengalaman aida ni pon dah rasa penatnye..hehehehe..nway, ngs gak ada masa tulis balik pengalaman ke bandung ni kan..leh wat rujukannutk kiotrng2 yg tk pernah ke bandung ni jugak..hihihihi
Assalam momy Aqil n medina :)
lama tak singgah belog momy! hihihi
momy dulu n skng pun nmpk lain, berseri-seri gitew!
wahhh bagus tuh throwback nnt boleh pegi lg.hihi
Seronok baca pengalaman Aida ni.. Atie ni dh lama plan nak kesana, tapi belum berkesempatan..ntah bila lah gamaknya.. boleh rujuk blog Aida ni nti klu nak ke sana:)
Kak Lily:hihihi..tula pasal..aida pon ingat ,boleh refer nanti kalau nak pegi lagi..hihi
Luna:hi dear..rindu uuu..samalah..lama tak singgah 'New Zealand'..hihihi..nanti i singgah k..hihi,,yeke nampak lain?dulu comot!huhuhu
Atie:hihihi..thanks dear..InsyaALLAH,kalau ade rezeki,mesti sampai sini dulu k..
even dh lama tp aida cerita juga pengalaman ker bandung....best la baca
Post a Comment