Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Nov 6, 2012

:.Karnival Upin Ipin 9-11 November 2012:.

Hi semua!!!

Jom kita ramai-ramai ke Karnival Upin & Ipin


Lokasi: Stadium Titiwangsa 
Tarikh: 9 - 11 November 2012
Masa:  9 pagi hingga 7 malam. 

Ada macam-macam aktiviti menarik seperti persembahan maskot, pelakon suara, pertandingan mewarna dan banyak lagi~

Wahh..bestnyaaaa kalo dapat pegi kan..

memang teringin sangat nak bawak Aqil datang sini..Even berdua dengan Aqil je pon Momy sanggup...

Tapi..macam tak dapat pegi..sebab kalo jadi Weekend kali ni nak menjelajah Pantai Timur lagik..

Ade wedding kat sana..

Hotel pon dah tempah..

SudaraBeachResort

So yang akan buat tak jadi pg only kalo dady tetiba change his mind,TAKNAK PEGI...

huhuhu..So just wait n see je la..

**Pujuk hati yang kuat berjalan ni, 'hurm kalo dady taknak pegi Kelantan pon takpela, Janji kena paksa gak dady bawak Aqil pegi Karnival Upin Ipin ni...heeeee...'
Photobucket

DILEMA: Ada usaha nak pisahkan Aqil dengan mommynya?

Malam Ahad..otw ke kedai makan...

Berchit chat dengan Dady..

Sekali tu dengan nada tegas! Dady cakap

"Nanti time bie pantang, Aqil duduk dengan nany dia kat Puchong, nanti seminggu sekali Abg bawak Aqil datang jumpa Bie"
"isy..mana boleh..Abg ingat Bie sanggup ke nak berpisah dengan Aqil?" (diorang pinjam Aqil semalam pon dah terasa 'kehilangan', inikan pulak SEMINGGU!)
"Hisy, Bie ingat senang ke nak handle Aqil n baby nanti..dengan emosi pantang Bie tu nanti..buat Aqil asik kena belasah dengan Bie je.." (ade ke patut?)
"heii..pandailah Bie jaga diorang nanti.."
"dengar cakap abg..nanti kalo tak dengar cakap abg, mulalah macam2 nak jadi..."

dah...Momy taknak dengar dah ape dady cakap dah.....................

On the way balik dari kedai makan..
"bie ingat macam nila..kalo bie tak bleh handle Aqil pon nanti, bile Bie dah kuat skit dalam dua minggu pantang, biarlah bie pantang sendiri kat rumah je...takdela nak berjauhan dengan Aqil sangat"

MUKTAMAD!!

Dady pon iya kan aje..."hurmm okla kalo mcm tu"..deall..

ISy...Dady...dady...
Dady tak tau betapa rapatnya Aqil dengan Momy..
Walaupun Aqil sudah pon berumur 3tahun...
Aqil masih tidur atas lengan Momy every night..
Aqil masih lagi meraba-raba (tuttt) setiap kali tido and setiap kali minum susu..
Dady tak tau betapa manjanya Aqil dengan Momy..

Walaupun Mommy garang dengan Aqil,
Aqil tetap pilih untuk sayang mommy lebih daripada orang lain..

Walaupun Mommy selalu jerit2 n marah2 Aqil,
Aqil TETAP sayang Mommy tanpa ada orang lain yang boleh menggantikannya..

Walaupun Momy suka puk2 Aqil,
Aqil tetap pilih Mommy utk bersama sepanjang masa..

JADI..
Tolong jangan ada usaha utk pisahkan Mommy dengan Aqil..
Sebab kasih sayang kami dah bersatu...
Hati kami sentiasa bersama dalam suka and duka..
Tolong FAHAMI hati kami...


Sunday Pic
Otw balik dari rumah Atuk Kajang..
After Mommy letak kat seat sebelah momy selepas Aqil ketiduran atas riba momy while momy driving back to Puchong...


Photobucket

Nov 5, 2012

Rendang Daging + Ketupat Palas ~Mode raya tetiba ON!!

Okla..nak cerita sikit..hehehe..disebabkan cousin huby bawak balik ketupat palas dari Kedah dengan banyaknya, maka saya pon terpaksa memikirkan lauk yang terbaik buat ketupat palas tersebut untuk mengelakkan ia terbiar dan terbuang..

Nak dijadikan cerita pulak..kebetulan, raya haji hari tu..dapatlah kami sejemput daging korban (itupun puas cakap dekat MIL yang dalam portion dia ade bahagian kami jugak..)... maklumla tahun ni dapat daging tak banyak, so haruslah berebut..huhuhu..

Jadi..dari selasa membawak ke rabu dan dari rabu membawak ke Khamis maka Sabtu terpaksa lah merealisasikan semuanyaaa...Harus buat sesuatu ni!

Malam yang pegi Giant tu, huby dah tanya saya nak buat ape utk dimkn dengan ketupat palas tu??

"Abang nak bie masak ape?"
"terpulang..yang paling sedap la"
**Gulp!!yang paling sedap?? hurmm masak kari daging saya failed, ni nak masak rendang daging..lagilah saya tak penah buat...

Okla..terpaksa try n error..

NEKAD!!masak rendang daging la..according to mak saya masak rendang adalah yang paling kacang!!

SABTU tengahari..selepas semua kerja2 melaundry siap n kemas rumah pon siap..maka saya pon dapatkanlah guidance dari mak saya melalui tepon..

Bla..masukkan..amik daun....bla....blaa....blaaa...

Ok!!siapkan bahan-bahan semua..then terjadilah gambar2 seperti di bawah:


Bahan2 utk di blender...ade bawang putih n merah, halia, lengkuas n cili kering..(cili tu sebahagian je, yang lain still tengah rebus..kasi pedasss sikit..hihihi)


Daging yang telah di potong menjadi potongan kecil...dalam 400g je kot..


Masukkan daging ke dalam kuali dengan sedikit air..


Kemudian masukkan santan (sebiji kelapa)


Masukkan bahan2 yang telah di blender tadi...



Kemudian masukkan sedikit kerisik...

biarkan ia mendidih..


Kemudian masukkan Serai n Daun Limau purut..sesetengah orang suka pakai daun kunyit instead of Daun Limau Purut..tp sy suka daun limau sbb wangiii...



Biarkan ia mendidih sehingga kering..sekiranya daging belum empuk, tambahkan sedikit air dan biarkan ia mendidih lagi...(smpai daging betul2 empuk)

Masukkan garam secukup rasa ...


Ketupat palas telah bersedia utk direbus...

KEMUDIAN..TAraaaaa,....


Dah siap n boleh menikmatinya dengan nyummy..!!!

Alhamdulillah rendang daging PERTAMA sudah berjaya!!Alhamdulillah...
FEEDBACK: "hurmm sedappp" Kata owm
                      " Hurmm sama macam mak buat" kata huby..

Yeayyy..kalo saya tau la mcam ni punya senang buat rendang, dah lama saya buat..tak payah  tunggu mak saya berhempas pulas buat rendang utk kami..hehe..NEXT raya: bolehla bie amik turn buat rendang pulak kan mak??heheheeeee...



Photobucket

Jumaat~Giant~Aqil yang dah pandai demand

After maghrib hari Jumaat lepas,dalam kehujanan, Mom&Ddy n Aqil n Pak lang Owm, pegila ke Giant utk membeli ape yang patut..

Dan Aqil sekarang..
Sangatlah pandai membeli belah di Giant..

On the way nak ke Giant tu..sepuluh kali dia akn cakap

"Mommy kite pg Giant beli Oreo eh" 10X
Sampai kan Mommy n Daddy tak larat nak dengar dah dia cakap..

"Iye..oreo"

Sampai kat Giant, bkn setakat Oreao je dia nk beli,Vitagen la..Ais krim la, Sumi n mcm2 lagi..
Kalo tak bagi, kena replace dengan menda lain..

kalo tak, bising la mulut dia nak yang itu jugakkk..hhuhuhu..

Sudahnya di Giant..Aqil berjaya mendapatkan
Oreo
Vitagen
Mentos
Keropok Pringles
N Lolly pop!!

haihh banyak kan..hurmm. tu semua nak kena control ape yang dia mkn tu..kalo tak confirm gigi dia akn hilang separuh n kehitaman la jawabnya bile mkn sweets bnyk sangat..

nasib la Aqil 'rajin' gosok gigi...(Paksa gosok)...hihhi..kalo tak mesti gigi dia dah lama 'hilang'..hehe..

keluar Giant Kinrara...Mommy terus cakap kat daddy..

"Aqil..nanti Aqil pg school kat situ ye (Genius Aulad BK)"
Dady" kat mana?"
"Situ... bagus GA ni..all in english n yang penting Islamic!!"

Bila dengar Islamic je, dady terus cakap "Haa kita hantar kat situ je la kan bie..tak payah pg MCA..banyak obstacles plak nanti..huhuhu...duniawi je tp takde akhirati, susah jugak.."

Yeayy..bile dady dah bagi Green light tu kira ok la tu kan..sbb susah tau nak pujuk dady terima cadangan Momy..

Roughly for 2013 punya fees:
Registration fees in about RM1k
Monthly RM270
Uniform RM35
Excluding books and misc expenses..

Takpela..yang penting bukan tahun depan nak hantar Aqil pg school...Tahun 2014 nanti..lagipun taknak hantar aqil awl sangat..sbb nanti dia boring..

So tahun 2013, fokus on his adik..
2014 baru fokus on his schooling session..barulah boleh manage perfectly our financial..hehe..


***To all SPM candidates, I wish all of u ALL THE BEST!!..To my youngest sister, good luck cah...Doa n tawakal adalah senjata terbaik skrg..Kalo nk belajar Account in 5days gap, u're welcome!!

Photobucket

Nov 3, 2012

Jom Register BR1M Sekarang!!

Untuk yang benar-benar layak je tau..

Requirement:

 Isi rumah yang layak (RM500):
       (i)       Warganegara Malaysia; 
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan
                  isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
                  > Berkahwin;
                  > Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
                  > Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar
                  bulanan RM3,000 dan ke bawah. 

  •   Individu yang layak (RM250):
       (i)       Warganegara Malaysia; 
       (ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah)
                  dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

  •   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  •   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.



So sesapa yang merasa layak utk apply BR1M ni, boleh apply sekarang kat eBR1M


Apply online je senang..tak payah nak isi borang manually..sbb nanti naak attacch photocopy IC la bagai..so bile isi online senang je..tak payah attach ape2...Juz isi borang je..
Pstu tekan button HANTAR..

Done!!

Then, tunggu feedback je nanti..

Selamat mengisi borang ye!!

***Daging rendang , tak sempat masak lagi ni..haih bilela nak siap..hehe..

Alhamdulillah, kerja-kerja lain dah settle!!Yeayyyy

Photobucket

Saturday activity

Nothing special for today..
Cuma akn mnjlnkn satu misi mustahil..

Things to do today:
Masak mee hoon fr brrakfast (kcg je) hehe..
Laundry bj yg bnykkk..ade bj tpksa basuh dua tiga kali sbb dh terkena hujan..huhuhu..sedih!
Lap2 n sapu2 spe yg patut n followed by owm akn mop satu rumah..wahh dh besih umah..hehe

MISI MUSTAHIL BERMULA...

Masak rendang daging utk di mkn bsama ketupat palas..ouhh nyummynyaaa..tp sblm nyummy tu neves babe..pasal xpnh msk rendang pn sblm ni..hpefully mnjadi!have to call mak to get guidance againnn..hehe..

Lepas dh siap sumanyaaa..jom blk kjg!

Enjoy ur weekend alls...

Nov 2, 2012

Review on ~Areeibaf Homestay ~Kuala Terengganu~

Maaf..dah agak terlalu lama saya menyimpan entry ini...

Hopefully tidak terlalu lambat utk saya buat special review tentang Areeibaf Homestay ini..

29.9.12 - Kenduri Kawin di Marang, kami mengambil keputusan utk stay di Areeibaf yang mengambil masa hanya 15mins ke Marang..

So jom kita bercerita sambil bergambar ye..


Pandangan hadapan keseluruhan rumah..

mempunyai 5 bilik tidur (2 di bahagian bawah dan 3 di bahagian atas)
Ruang tamu terletak di atas
Dapur pun terletak di atas juga..



Mini Garden


Garden yang cantik..


Fish pond


Dari sisi..




Ketika malam


Ruang rehat di bahagian Bawah





Kami sebelum meninggalkan Areeibaf


Ruang tamu di bahagian atas




Bilik no 3 bersebelahan kitchen


Master bedroom a.k.a bilik pengantin


Kitchen


Bilik no 2


Bilik No 4..(di tingkat bawah)

Bilik no 5 takde dlm gambar tapi sebijik mcm bilik no 5 jugak...

Setiap bilik di lengkapi toilet kecuali bilik no 3 (share dengan kitchen) and bilik no 4(share dgn bilik no 5)...

Rate:

Kalo nk sewa by Bilik, semua bilik berharga RM 150 KECUALI bilik No 4 dan 5 RM 100 Sehari...

Kalo nak sewa bahagian atas sahaja RM450 (3bilik tidur, 3 bilik air, Kitchen and living hall)

Kalo nak sewa satu rumah (5 bilik tidur, 4 Bilik air, kitchen, living Hall)
RM550.00

REVIEW:
So far, to me rumah ni ok esp kalo kita bawak ramaaaai family members datang sekali..

Tapi bagi saya kan, rasa cam tak perlu kot sewa satu rumah kalo juz bawak kurang dari 20 orang..sbb at the end semua takut nk tido kat bawah..(takut??hahahha)..sudahnya bersidai la satu bilik 7,8 orang sekali gus...gara2 taknak tido bawah..

Hanya Ucu saya je berani tidur bawah..hikhikhik...

klo bawak famili besar seramai 20 orang atau lebih, better sewa satu rumah sbb satu rumah tu kita conquer..

yang lain2 saya rasa ok..plus kitchen dia bleh masak n ade pinggan mangkuk yang banyak..

CUMA!!Air dia je tak berapa nak kuat n rasa cam tak puas mandi...hihihi

Ok itu shj special review dari saya..

Kalo nak tau lebih lanjut sila ke SINI




US at Master Bedroom


Photobucket

~Pics Taken on Eid Adha 2012~

Genap seminggu baru nak tempek gambar Raya Haji yang lepas..

AL maklumla..Hari tu tak sempat nak keluar camera masing-masing makanya terpaksa tumpang camera org saje...huhuhu..

Jom layan pics yang ade..


With Aqil yang tak sporting sangat hari tu..huh..




ALong, adek drah n acu with Ucu yg suke enterframe..hihihi



Guess??
who's holding boy / girl??



Mak buyong yang comei with Fahmi yang cute


Satu-satunya gambar ramai yang ade..
all my siblings and cousins n auntie n my mom!!


Momy with mama


Angah saya with aakif yang tak tahan panas..
tp mmg panas betul hari tu..



Mak buyung kuasa dua...
Cousie EDD 9.12.12..
tak sempat ank kita nk sekolah sama kan..hihihi




Along saya and makcik kesayangan semua..sesuai dengan namanya..'YANG"..hihihi

d End..


Photobucket

Nov 1, 2012

November ~7 Months ~ 2nd Pregnancy~

NoVeMbEr~ 7 months already~Alhamdulillah..

Mom n baby are doing well..
So far baby sangat baik duduk kat dlm womb momy ni..
Takde meragam or momy rasa sakit2 and kalo mcm ni boleh mengandung tiap2 tahun (bak kata nyah saya..)hhehehe

According to huby..start from dis months dah kena berjaga-jaga dah..
Sbb semua kemungkinan kena amik kira..walaupun kita taknak tp premature birth tu tetap kena pikir..
Juz ber jaga-jaga..takut la kan..
So far momy n baby ok2 je...
Takdela instinct baby nak keluar cepat ke kan..
Hopefully baby akn keluar bila sampai masanya eh..

Kalo di scan..EDD will be on 30.1.2013
tp doc bg 24.1.13..
so kita tunggu je yang mana lebih acccurate..
As long as stilll in January, momy don't mind..
Kalo bole,kali ni tak nak overdue dah..(kalo bole..nanti kesian kat baby n too risky la rsnya..serik time Aqil dulu..) -bleh refer sini

Hopefully kali ni akn lebih bak dari sebelumnya..n Now still tercari-cari tempat nak deliver..huhuhu..
Tak decide lagi biarpun selalu je googling..hehehe..
Mencari the best mmg tak akn mudah kan..haiyoo..
Tapi mcm dah 70% nekad nk pg KPMC Puchong..
InsyaALLAH dis month nk pg walk in kat sana..Tanya2 ape yang patut..
Kalo puas hati, InsyaALLAH deliver kat sana je kot..
(serik dah nak pegi Hospital Serdang)

Nanti lepas saya walk in kat sana, saya bagi review k..Tunggu...



7 Months (28-31 weeks)

Baby

By the end of this month, your baby will be 3 pounds and 16 inches long. Her lanugo is beginning to disappear and is only visible on her back and shoulders. At seven months of pregnancy, your baby’s head hair is starting to grow and she looks more like a newborn. Her body is well formed and her skin is pink and smooth. She has grown eyebrows and even eyelashes, and her eyes that were fused shut have opened. Her nails have reached the tops of her fingers and toes. Her lungs are beginning to be functional and if she were born this month, she would have a good chance for survival. Shine a bright light on your belly, and she may turn towards it.



Photobucket

Menyepi ~ Takziah buat MIL~

Assalammualaikum..

Menyepi seketika...Semalam pn auto publish shj..Alhamdulillah, selamat kembali ke KL after berkampung di Kuala Kangsar sehari semalam..

30.10.2012 : 8.14 mlm..
MIL menerima berita sedih dengan pemergian abah tercinta..seperti yang saya cerita sebelum ini,arwah sememangnya sudah lama menderita akibat pelbagai penyakit dan terlantar di ICU hosp Taiping selama sebulan..dan akhirnya beliau pergi meninggalkan kami semua setelah genap 100 hari abangnya meninggalkan beliau terlebih dahulu dan selepas 12 hari pemergian anak kelimanya..

Sungguh..semua berasa sedih dan saya juga tak terkecuali...Ini kerana, beliau adalah orang yang sangat baik dan bermurah hati serta cukup rajin membeli kan makanan buat sesiapa sahaja... (beliau bekerja dengan FIL saya sebagai supervisor)...Jadi kehilangan beliau sangat terasa oleh semua orang..(pekerja Indon or sesiapa yang mengenali beliau juga turut bersedih..)

Jenazah dibawa pulang ke kampung Semat tepat pukul 12tgh mlm dari Hosp Taiping dan mula dimandikan di rumahnya pada pukul 8pagi dan dikafankan disembahyang dan di kebumi tepat pukul 12tghari..

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..dan semoga roh beliau tenang di alam sana ..Al-Fatihah!!

Takziah buat MIL sekeluarga...

***bertolak pulang ke KL pada pukul 11mlm selepas Tahlil pertama and only arrived at Puchong 1.30pg...So mata ini sangatlah mengantukkk...huhuhu


Photobucket




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...