Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Showing posts with label 1 year old. Show all posts
Showing posts with label 1 year old. Show all posts

Dec 15, 2015

15/12/15~ Happy 1st Birthday Ammar Jauhari!

Assalammualaikum..

Hari ni gagah jugak mencoret sesuatu di blog walaupun kerjaan sangat banyak plus assistant dah berhenti mengejut!so workload, terlampauuuu lah banyaknya!sedihhh..

So hari ni adalah hari istimewa buat anakanda tersayang ~ Ammar Jauhari Bin Mohd Jeffry

Alhamdulillah..dah setahun kamu nak..

Mommy doakan semoga Ammar terus membesar dengan sihat dan bijak duniawi akhirati..Amin!

Plan nanti nak hantar Ammar pergi Tahfiz, selaras dengan nama diberi, yang beriman permataku/yang kuat beragama permataku..Amin...InsyaALLAH!

So milestones SETAHUN?

Alhamdulillah semuanya POSITIF walaupun masih belum berjalan lagi..setakat dua tapak lepas tu cecepat turun..sebab Ammar ni penakut sikit..Gayat sesangat so mungkin tak lama lagi jalan lah tu..

Setiap anak anak memang tak sama perkembangannya..so jangan COMPARE!

Gigi dah tumbuh dengan rapidnya!(saja mentioned walaupun bas RAPID dah dipupuskan..)hihihi

Gigi atas je dekat 6 batang kot!gigi bawah je maintain dua..Gigi atas dia kan yang tengah tu dah lah KAPAK lepas tu jarang pulak..haihlah anak..hahaha..

SPECIALNYA Ammar ni yang takde kat anak anak yang lain:
~Anak manja Daddy! 1st time tau ada anak yang rapat gila dengan daddy..anak anak lain?hurmm jangan harap!hahaha..

~dia ni kuat tido..kuat sesangat..sometimes sampai 4 jam pon bole..kalau bangun pagi tu selalunya dia akan bangun pukul 10.30pagi dan ke atas..so ini sangat menyenangkan kerja mommy!hihihi..

~dia ni jenis manja sikit..kena sentiasa ada dengan dia, kalau kita tak de kat depan, memang dia akan mencari..dan memanggil manggil..so kena attach je tapi yang best dia tido lama kan so time dia tido tu lah kita amik kesempatan nak makan, masak ke kemas ke..semuanya kena buat time tu..

Kiranya Ammar ni anak yang mudah dijaga la..senang accept botol susu, senang accept susu FM..dan senang semuanya except kita kena ada sentiasa dengan dia ketika jaga..tu je..tido malam pun dia tido sendiri..Mommy tak payah tunggu anak anak tido, sampai ngantuk anak akan tido janji kepung je dia supaya tak terlepas kandang ke dangerous area..

Last but not least ..

Happy 1st Birthday Daddy's sweetheart!Love you to the moon and back..

Lovee youu forever..terus membesar dengan sihat ye sayang..Amin!

Jom layan gambar gambar Ammar di HASHTAG(#)AmmarJauhari in IG..memang keluar semua Ammar's photo only..












Alhamdulillah nama anak anak saya memang unik..hashtag je nama anak anak confirm gambar anak anak saya je yang keluar..hihihi..cuma baru dua minggu lepas je saya nampak ada sorang baby girl nama Medina Amani..ohh keciwaa mak!hihih..padahal bukan unik sangat pon!hahaha

Happy Birthday my Cutie boy!nanti mommy order kek untuk Ammar k!kita potong kek je dahlah kot yang..Abang nak sekolah ni banyak nak pakai duit..wuwuwuwuwww...
Photobucket

Dec 10, 2014

WW - Abang & Kakak to be









Gambar mereka-mereka yang comel before pergi konsert hari tu


Ni teacher dia Make over sampai merah menyala bibir..hahaha








Ni plk aktiviti cuti yang kalau diorang boring, mula bukak buku n coloring time!

Photobucket

Jan 4, 2014

Menjelang Medina Setahun - Susu Drop!!

Saya tak tahu kat mana silapnya..

dan saya tak faham kenapa..

Susu saya semakin sikit and still dropping extremely..

Nak kata saya stress..takdelah jugak..nak kata saya makan makanan mengarut,pon tak jugak!

Saya always positif gitu tau..

Cuma kadang-kadang je kerap berfikir yang bukan-bukan..(kerisauan tentang satu-satu benda tu..)

Dan selainnya saya tetap jalani hidup macam biasa..

Haih..sigh..(mengeluh banyak sangat pon tak boleh jugak kan..)

Dah la weekend hari tu kan..saya boleh tak perasan yang Freezer saya tak function sebab plug longgar..yang Bibik pon tak bagitau saya yang Medina tarik plug tu..so bila dah malam saya perasan,ais jadi cair n boleh kata 10 botol stok EBM dah mencair..

Frust rasa nak nangis memang semuanya adalah tau..sebab yelah bukan senang saya nak kumpul stok sekarang ni dan boleh sesenang je stok tu terbuang..nasib 5 daripadanya boleh dipakai keesokkan hari nya..

Haih..memang kalau bukan sebab mak saya ada kat rumah saya waktu tu,memang saya dah menjerit macam nampak tikus!Geram tau..haih entahlah..malas nak fikir dah..


Frust gileehh tengok gambar ni.


(Sampai sekarang susu yang tak boleh pakai lagi tu saya simpan kat fridge..saya nak buat ape pun saya tak tau..huhuhu)

Dan condition sekarang...saya pump sehari hanya dapat 4 botol..sedangkan Medina minum 5 botol sehari..dan saya amatlah rasa bersalah sebab still tak dapat tampung kekurangan sebotol itu..

Nampak gayanya saya kena buat schedule baru dan dapatkan frukensi pumping dengan lebih kerap lagi..esp kat rumah..terpaksalah kan..kalau tak,impian nak capai 2 tahun memang angan -angan kosong je lah..

Semoga Allah akan memurahkan rezeki penyusuan saya selepas ini..dan Journey to 2 years old akan dipermudahkan dan tercapai! Amin!!








Budak yang makin lasak dan sangat berminat dengan Baby sofa dia tu..




Photobucket

Feb 21, 2011

Cara Penjagaan Gigi Bayi Anda~bila pengasuh tidak menggosok gigi anak anda~

MOrning!!Pagi Sabtu hari tu,saya pon mandikan Aqil seperti biasa..n bila nak gosok gigi time..Aqil cam takmo...ketap mulut serapat yang mungkin n bila pujuk-pujuk pun still taknak (as usual actually)..then..saya pon baringkan kepala dia atas riba saya n bukak mulut dia dan teruskan aktiviti pemberusan gigi dengan sepantas yang mungkin lagi pun gigi dia tak banyak lagi coz just ade 4batang atas n 2batang kt bawah..so agak mudahla nak memberusnya plus dengan lidah so dia pon takla meronta sangat...

But..ade sedikit rasa kecewa bila saya perhatikan gigi aqil mula kekuning-kuningan..hurmm..mungkin pengasuh Aqil takde masa atau taknak paksa Aqil gosok gigi..Mengeluh berat saya then bila cakap dengan Huby, huby cakap 'bibik taknak paksa la tu,takpe before dia amsuk tido bie gosok gigi dia'..hurmm..ok!!

So Hari ni saya nak share tips penjagaan gigi anak2 kita..saya ade jumpa satu info yang sgt berguna untuk kita manfaat kan penjagaan our baby/toddler's tooth..here are the info:

Pemberusan gigi anak anda-Bila dan Bagaimana?

Mengajar anak memberus gigi adalah sangat penting. Tentu ramai yang mempunyai masalah yang anak mereka tidak suka memberus gigi atau tidak mahu diberus giginya oleh anda. Bagaimana anda mahu memupuk sikap suka memberus gigi dikalangan anak anda? Bagaimana cara memberus gigi anak anda?


Bayi


Kunci utama untuk memupuk tabiat suka memberus gigi adalah memulakannya dari AWAL. Paling bagus jika anda memulakannya beberapa hari selepas lahir. Selepas bayi anda menyusu, lapkan gusi, lidah dan langit-langit bayi anda dengan kain lembab. Ini bertujuan untuk :

1. Membersihkan gusi, lidah dan langit-langit bayi anda dari plak yang terbentuk

2. Membiasakan anak anda merasa ada jari atau sesuatu di dalam mulutnya supaya anak anda tidak akan berasa tidak selesa atau takut apabila anda mahu menggosokkan giginya kelak



Selepas 6 bulan



Gigi pertama bayi anda biasanya akan tumbuh apabila umur bayi anda sekitar 6 bulan. Biasanya gigi bawah di bahagian hadapan akan tumbuh. Ada yang tumbuh awal dan ada juga yang tumbuh lambat jadi jangan risau sekiranya hal ini terjadi. Selepas gigi pertama tumbuh, anda boleh membeli berus gigi bayi. Terdapat bermacam-macam berus gigi bayi di pasaran. Ada yang boleh disarungkan pada jari dan ada yang berbentuk seperti berus gigi biasa. Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana sesuai untuk bayi anda. Pastikan berus gigi itu cukup kecil dan mempunyai berus yang lembut.



Saya lagi suka menggunakan berus gigi yang boleh disarungkan pada jari untuk permulaan kerana kita boleh mengagak berapa dalam kita memberus dan apa yang kita berus. Selepas bayi mempunyai lebih banyak gigi, dan anda telah biasa memberus gigi anak anda, anda boleh bertukar kepada berus gigi yang berbatang.



Ubat gigi



Tidak perlu menggunakan ubat gigi bila memberus gigi anak anda yang berusia di bawah 18 bulan. Anda boleh menggunakan ubat gigi berflorida selepas anak anda berusia 2 tahun ( apabila anak anda sudah tau berludah). Sekiranya anak anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies ( gigi berlubang), anda disarankan untuk menggunakan ubat gigi berflorida tetapi pastikan anda hanya meletakkan jumlah yang kecil sahaja ( sebesar kacang pis) di atas berus gigi . Ini adalah kerana, jika anak anda berusia kurang dari 6 tahun dan menelan ubat gigi berflorida dalam jumlah yang banyak, gigi kekal anak anda akan mendapat fluorosis ( tompok-tompok putih – kecoklatan). Ada juga ubat gigi tanpa florida untuk kanak-kanak dan sekiranya anak anda tidak mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies maka ubat gigi tanpa florida amat sesuai untuk digunakan.



Cara memberus gigi anak anda



Berus gigi anak anda 2 kali sehari, pagi dan juga malam sebelum tidur.



1. Posisi paling bagus untuk anda berdiri ialah di belakang atau tepi anak anda dan memegang rahang bawah anak anda dengan lembut.

2. Berus bahagian permukaan gigi belakang dahulu kerana bahagian ini digunakan untuk mengunyah makanan dan sangat senang mendapat karies. Kemudian, teruskan dengan bahagian permukaan tepi gigi dan juga bahagian sebelah dalam gigi belakang.

3. Selepas itu berus pula bahagian gigi hadapan, permukaan luar dan dalam gigi.

4. Gunakan teknik berusan secara bulatan kecil seakan gegaran supaya seluruh permukaan gigi dibersihkan dengan sempurna.

5. Luangkan masa dalam 3 minit untuk memberus gigi anak anda. Nyanyikan lagu semasa memberus supaya apabila habis lagu dalam masa 3 minit, maka pemberusan gigi pun habis.

5. Suruh anak anda berkumur dan ludahkan semuanya. Jangan risau sekiranya anak anda tertelan sedikit ubat gigi yang mempunyai kandungan florida rendah. Jika anak anda selalu menelan ubat gigi, gunakan ubat gigi tanpa florida.

6. Jangan lupa memuji anak anda kerana telah memberus gigi.



Apa perlu buat jika anak tidak mau memberus gigi



Ada kanak-kanak yang tidak suka anda menggosok gigi mereka. Mereka mahu membuatnya sendiri. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak akan menggosok gigi dengan betul kerana mereka masih tidak tahu menggunakan berus gigi dengan betul. Jadi, anda perlu memberus semula gigi anak anda selepas anak anda memberusnya. Anda juga boleh mencuba beberapa tip untuk menjadikan aktiviti memberus gigi disukai anak anda:



1. Pastikan aktiviti memberus gigi sesuatu yang seronok dan bukannya satu tugas yang perlu dibuat oleh anak anda setiap hari

2. Biarkan anak anda memberus gigi anda, kemudian memberus giginya sendiri dan kemudian anda pula menyudahkan pemberusan gigi.

3. Biar dia memilih berus gigi dan ubat gigi kesukaannya

4. Nyanyikan lagu atau buatkan aktiviti gosok gigi seperti satu permainan

5. Bacakan buku mengenai gigi, pemberusan gigi dan juga doktor gigi

6. Jangan gunakan paksaan semasa memberus gigi anak anda, sekiranya anak anda tidak mahu memberus nasihatkan anak anda secara perlahan-lahan sehingga dia mahu memberus gigi



Jika anda jadikan gosok gigi ini seperti sesuatu yang menyeronokkan tentu anak anda sukakannya. Anak anda juga akan suka memberus gigi jika mereka melihat anda memberus gigi. Mulakan dari awal, supaya senang mendidik anak menggosok gigi kelak. Ingatlah bahawa gigi anak anda amat penting walaupun gigi itu akan diganti dengan gigi kekal kerana tanpa gigi, anak anda akan menghadapi masalah untuk makan dan boleh mengganggu tumbesaran mereka.



Selamat mencuba!Kredit info to DrLEen ~Gigi Sihat Senyuman Menawan~


Photobucket

Dec 15, 2010

Mata Aqil Berdarahhh...

huhuhu...
smlm smpai je umah FIL...
tetiba aqil ade kt luar ngn bibik...
saya turun keta je, bibik dah bersuara..
"Aqil jatuh!"
"haaa?macamna bole jatuh?" (time tu tak dekat ngn aqil lagi)
"atuk dia la"
tengok2..kelopak mata dia berdarah..ade luka sikit...
Isy..
ni yg bengang ni!!
camner bleh lebam n luka??-Dlm Hati je..malas nak besar-besarkn cite..
"dia nak mandi dlm bath tub..sekali tu air tak penuh, dia dah masuk  n tergelincir la kt dlm tu..terhantuk kt tpt letak tangan.."
hurmm..sy diam je...
"kesiannya anak mommy ni..camane bleh jatuh?"
bile saya dah nak balik..tetiba FIL sy kuar..
Explain camana aqil bleh jatuh..
"mula2 tak perasan pn luka ni tp bile ada darah mengalir br perasan..ade luka..tapi dia tak nangis pn!"
dlm hati..mmg la dia tak nangis..Aqil mommy ni kuat!!
"Okla..balik dulu"
Mode:agak bengang..Walaupun saya takkan salahkan sesiapa sebab saya tau Aqil Aktif macamna..TAPI..Lu pikirla Sendiri!!!


Nampak tak merah2 kt mata kiri Aqil tu?

Close Up


Still bleh gelak lagi..Chill Mommy!!

NOtes: Punyala Payah nak tgkap gambar Aqil lately...Takmo..takmo..takmo...


AKtiviti di malam hari


Aqil In His Playpen


Bola-bola yg bnyak...


D END...........
Photobucket

Nov 24, 2010

Aqil's condition

Alhamdulillah..
He's now in recovering stage from his viral fever..
but still have cough+flu n sumtime got hi-temperature..but still in under controll...

lupe nak citer..
hari Isnin hari tu..mommy tpksa amik half day coz waktu lunch tu MIL sy called..
"badan Aqil panas la da.."
"yeker makcik?haa okla..aida balik skrg jugak!!"
Sampai rumah,badan dia sikit panas n takmo letak nk dukung je..
area kul 2 tu mommy n daddy pon bwk aqil ke Klinik Kesihatan Petaling Bahagia..(dh malas nk g swasta coz tade perubahan and tak bg antibiotik instead)

tunggu tak lama pon coz tak ramai org..
cek temperature, hi fever as nurse said..
see the doctor..(indian-garang giler!!menyampah I-biasalah kerajaan)

"u mandi dia air panas ke air sejuk?"
"air sejuk"
terus tempelak..
"see!!pasal tu la batuk dia tak baik-baik!"
"u kena mandi dia air suam..jgn bg buah..jgn bagi sayur..jgn cium2 dia..faham tak?tu semua kuman!"
ek eleh doktor ni..kerek plak..
"sejuk-sejuk semua jgn bg ok!"

finish!!amik ubt kt farmasi n kami pon balik dgn hati yg sabar kerana melayan doktor yg arrogant tuh!!huhuhu..


as of now, Aqil is getting better n dah pandai sepah2 balik..yg tak tahan tu,setiap kali nk tido (since last two weeks, asik nk pegang boobs mommy je, pastu baru bleh tido..)arghh Mommy tak selesa la sayang..ni suma keje bibik..-kadang2 sy tak suka ape yg bibik ajar sebab kadang-kadang mengarut!!nak tegur, saya tak pandai nak tegur orang tua..so saya pon terpaksa diamkan n ajar anak saya dengan cara yg terbaik..


Photobucket

Nov 22, 2010

Weekend K.a.M.i. Lumpuh!!!

Ahhh chumm...
ahhhchummm...
kohkohkoh..
koh..kohh..kohh..
(ini adalah current situation kami)
Kami diserang virus feverrrrrr....oh feverrrrkuuu...
balik dari kerja hari jumaat hari tu,tetiba mommy rasa cam tak sedap badan..asyik terbersin je n rasa tak selesa sangat..mlm tu ckp ngn daddy,daddy kata dia pun sama..tapi baru nak kene..(mommy dari opis lagi dah asik terbersin je)..malam tu,telan ubat batuk n selsema..terus tumbang tak ingat ape dah..(dengan harapan esok akan kembali sihat)- kesian aqil..mommy tak dapat layan dia mlm tu-

tetiba esoknya..
mommy n daddy langsung tak boleh bangun!!tak boleh bangun...rasa cam berat sangat kepala..n mommy have to bangun gak coz aqil kata pampers dia dh penuh!!dia nak mandi..dlm mamai2 tu,terpaksa mandikan dia n teman dia mkn roti..main2 kejap..pastu mommy dah tak tahan sangat..
mommy baring dlm bilik n ajak aqil main dlm bilik je..
sekali tu,dia pun tertido sekali mungkin sebab boring kut..takde orang nk main dgn dia..

dlm tengahari..luckily, his bs datang..
"aqil!!Aqil!!..tido ke?"
Dalam ketidaklaratan yg amat sangat..mommy pn pg bukak pintu n minta dia tolong bg aqil mkn n main dgn aqil kejap sbb mommy sangat2 tidak larat...
BS dia pn ok!!

dlm kul 3 aqil balik coz dia lapar susu..
pas minum susu..Aqil tido..syiann anak mommy ni sbb boleh tertido dgn mommy jugak..
tak lama tu,daddy ajak pg clinic sbb dia pn dah tak tahan sebab sakit satu badan..
bisa sangat rasanya...dengan kepala sangat berat rasanya..(tak bawak aqil pn sbb dia tgh tido dgn nyenyaknya)
jumpa doctor..
doctor kata..ade jangkitan kuman kt paru-paru mommy n ade bnyak kahak..
demam yg agak panas..
n dia bg ubt selsema,antibiotik,demam,batuk+kahak,ubt sakit tekak..
Same goes to daddy cume differ on selsema(coz daddy tak de flu) n takde kahak..

Balik..mkn n telan ubt..pas maghrib teros tido..both plak tu..
again..kesian aqil coz takde mommy n daddy nk teman dia sepanjang sabtu tu...
nasib baik kwn2 daddy ramai..boleh tolong tgk kan aqil..
ntah pukul berapa aqil masuk bilik ntah nk tido padahal kalo nk ikotkan belom time tido die..
tp mungkin dia boring sgt kut..huhuh...

Ahad..
daddy's condition wasn't gud enough...still in high temperature and yet still weak!!oh no daddy..come on!!be strong!!
mommy..ok...boleh bangun dah tp sengal2 badan tetap ade..batuk n selsema still ade cume dah tak demam dah kot..tenaga je takde sbb takde selera nk mkn..
Semalam pn tak mkn sgt..tak lalu..
Daddy sampai mlm pn asik tido je..
risao gak..tengokla hari ni kalo tak ok lg nk pg hosp kerajaan..amik darah kut..

n finally..
last nite..after aqil happy+active(dia sorang je aktif sgt)..n aqil demam jua..mlm plak tu..huhuhu..time suma clinic dh tutup, time farmasi hanya bukak sampai pukul 9 mlm je..huhuuh..
agak susah jugak nk tido smlm coz badan aqil sangat panas..
kejap2 cek..38.5/38.3/37.8/38.5 n finally was 38.8..no choice!have to sumbat montot aqil ngn peluru..(nasib baik ubt time kt clinic langkawi hari tu still ade walaupun pelurunya dah meletup..!!)

lepas je sumbat peluru,,alhamdulillah baru la semua boleh tido termasukla daddy..
tido dengan lena kesemuanya..
huhuhuhu..

setakat ni badan semuanya dah tak panas..Alhamdulillah cuma bisa2 still ada..so bersabarlah ye sayang2 semua!!
Daddy u've to be more jantan ok!!dun lembik2 anymore..(daddy aqil ni anak manja..maklumla anak sorang arwah mak dia so kalo dia sakit time dulu2,dilayan bagai raja..dgn mommy sorry eh!!mommy tak larat!!dengan mommy pn taksihat..ade aqil lagi..so cukupla layanan berpada-pada sahaja)



Notes: Niat murni kami nak meng pack barang weekend lepas tidak terlaksana bile dua hari penuh kesakitan..bile la keserabutan rumah tu akan reda??

Nov 19, 2010

Ubat Cacing???

Salam..
since hari raya hari tu makngah saya ada tanya..
"aqil ni kurus je tapi perut dia buncit"
"mmg dia kurus je mak ngah"
"bie ade bagi ubat cacing tak?"
"ubat cacing?kena bagi ke mak ngah?nak beli kt mana?"
"a'ah kena bagi..sbb budak-budak kan suka mengutip,so bnyak cacing dlm perut dia"
"ooo..kat farmasi ada jual tak?"
mak saya menyampuk"ade!dulu mak ade bagi korang mkn,tapi tak ingat la namanya"
mak ngah tanya lagi.."aqil ade tak nangis2 ke..sakit perut ke?"
"takde pon"

dan mlm tu,tetiba dia nangis2.. tgh mlm plak tu..so sy pn ckp ngn huby esok beli ubt cacing..lagipon perut aqil mengeras..

Mlm tadi..kami pon pegi la Guardian cari ubat cacing for aqil..
then jumpa champs brand n tablet pny type..cari yg fluid pny..tp takde..huhuuu..
sambil tu kitorang pn survey mknan yg bleh bg vit C tk Aqil since his flu n cough did not recover yet plus all medicines was finished!!
our choice must be Scott Emulsion..orange flavour..try bli yg small bottle pnya coz afraid if Aqil cannot accept its taste..

Dlm keta..Aqil bleh mengamuk nk mkn ubt cacing tu..dia ingat gula2 ke ape..tak sempat nak baca,tpksa gk bg..pastu baru tersenyum-senyum mcm kerang wangi..
For below 2years juz need 1 tablet only..in 6months time rasanya...
but..its has side effect after mkn that tablet..
will vomits/diarrhea ..and if it persits,have to see the doctor..


dan apabila bangun pagi..
Mommy sudah berwangi-waangian serta ayu berbaju kurung keler pink..
Apabila mommy mula mendukung aqil..
tiba-tiba...
Aqil boleh muntah dengan banyaknya....
"uwekkkkk.."
Aqilllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll...
Mommy sudah lambat tau...nak hantar aqil lagi...waaa..
terpaksa tukar baju n mandikan si kecik tu dlm kelambatan juga..
sudahnya,saya tak pakai baju kurung pon!!berkemeja sudahh...

Punch card saya tidak menunjukkan red kaler..
lambat dua minit je..rilekla bosss...hihihihi...

Photobucket


Notes:we juz gave Scott Emulsion to aqil at last nite rite after we reached home..Alhamdulillah..he'll lovin it..heeee...for his own gud!!

Nov 12, 2010

Sorry sayang..Mommy tak jaga sayang betul-betul..

daddy thought he's always rite...but he is!!

huhuhu..(nak nangis sikit!!)isk..isk..isk...

semalam kan...
sekitar pukul 10.30..selepas aqil bersiap-siap utk tido,Mommy n Daddy had a short discussion bout our financial..hhiheee...lepas tu,daddy meminta diri tuk ke toilet sebentar..(dah macam nak bercerita ape daa)
waktu tu, aqil dah dua tiga kali memanjat side table tuk amik barang-barang yg ade kt ats almari baju die..
(bile dh dpt satu brg,die sengih..heheehe..then turun n panjat lagi) kt bawah sebelah kiri side table tu ade almari baju aqil(comel lote n rendah jer almarinya)..sebelah kanan plak ade terbentang luas our tilam (takde katil,tilam semata)
dari dalam toilet lagi daddy dh bg warning!
"bie!!jatuh aqil tu kang"
tanpa rasa ragu-ragu mommy membiarkan saje aqil memanjat sebab tak risau coz ade tilam yg empuk disebelah..(di hati mommy kata takpe,tak bahaya dan mommy ketika itu sedang leka menulis dan mencongak di atas kertas)
Sejurus selepas daddy menghabiskan ayatnya..
tetiba...


tanpa disangka..aqil jatuh juga..
sangat tragis ke jatuhan nya..
dengan sebelah badan yakni kepala terjatuh di atas tilam n perut ke bawah jatuh atas toto (disebelah tilam)
yg menjadikan ianya tragis adalah..
Dagu aqil terhantuk ke meja tersebut..

akibatnya???
Lidah aqil berdarah!!!!!!!!!!wahhhh..mommy ape lagi..menjerit sakanla...!!!!
Daddy tak dapat keluar dari toilet sebab tengah melabur..
dengan kelam kabut sebab sgt takot tengok darah bertakung dlm mulut aqil,mommy pn keluar dari bilik dan mintak tolong org yg ade kt luar...huhuh..(kojek n owm ade kt luar)
Amik kain lap2 lidah dia..n aqil keep on crying..(sakit yer sayang..mommy tau..sabar yer!!!)
sambil lap2 tu aqil sempat gak gigit jari mommy..mommy pn jerit la..dia pn jerit jugak sebab dia ingat kite marah dia..(tak..tak..sayang..mommy tak marah..cume sakit sikit je)..


lepas dah lap2 lidah dia..darah dah stop sikit..
bagi minum air masak..(takut dia taknak minum because of his luka) pastu dia minum gk..minum dengan banyaknya..
alhamdulillah..
dia dh rasa ok sikit..
n cranky nk tido..
bagi susu,dia taknak..
takut sakit kut!!
pastu..sambil pelok2 n cium dia..Aqil pn tido dengan nyenyaknye..
tanpa minta susu langsung sampai ke pagi..
Mommy pn bagi gak susu tanpa dia minta..(around 6.30am)
nasib dia minum tanpa ragu2..Alhamdulillah...


MOmmy janji!!
mommy takkan bagi aqil panjat2 lagi ok!!
no more..
MOmmy jaga aqil bebetul lagi pasni yer sayang..
Mommy minta maaf...

Photobucket

Nov 11, 2010

Aqil's Story...~Got Bad Flu~

hurmm...disamping dengan dugaan2 yg menimpa Aqil jauhari sy,sy tetap bersyukur sebab ade org lain yg lagi teruk dugaannya..

okies currently,
Aqil Jauhari is having his bad flu...
always cranky since last two days...

semalam..after balik keje (selepas sy siap masak,sy amik aqil kt umah MIL)..
his flu was getting worst..
lepas tu terus pg farmacy junun nak beli ubt selsema je coz malas nk mengadap doctor..
Sekali tu,pharmacysts tu kata,
"for baby below than 2years, kite tak jual ubt coz terllau kecik n hav to see doctor instead"
"ho ok!!"

So after dinner we all pn pg la klink panel aqil..
"doc diagnose ade kahak dlm paru-paru dia so sy bagi ubt kahak,ubt selsema n ubt titis kt dlm hidung"
"okies!!thanks doc!!"


Malam tadi aqil sgt cranky..
dengan sape2 pun taknak!!merengek je keje dia..
nak mommy only..
then mommy pn tido dgn suka hati sambil aqil meniarap di atas bdn mommy...
daddy kata..
budak manja mmg macam tu...uhuhuh...
mmg aqil budak yg sgt manja...

hopefully after penangan ubt yg 40 hengget tu aqil akn fastly recover from his flu...
get well soon sayang..



Notes:
Lately i noticed aqil sgt kerap diserang penyakit-penyakit common mcm ni...bak daddy kata kalo sebulan tak melabur 100 just for his treatment mmg tak sah...uhuhuhu(daddy melawak ok!!)nak buat camana takdir tuhan yg Aqil terpaksa harungi demam/slesema/batuk dlm selang dua minggu...SeMoGa AqIL JaUhAri Mommy akn cepat sembuhh!!!
Photobucket

Nov 4, 2010

IOI mall~Jusco~Piza Hutt

sEMalam kan..
Kami pegi IOI mall Puchong...


Inilah IOI nya di waktu malam..

Sampai-sampai teros Aqil terjah benda alah ni..


Sian aqil..nak main yer...


Laju kan benda ni mommy...
Oklaa..jom kita naik sesame...nak kuda or ruse?daddy kata ape barang kuda..kite naik ruse teros..

Inilah reaksi aqil yg sgt happy bile dpt naik mende alah ni...


Happy Mode



Wah bahagia je rasa...




ho..ho...ho...(muke pelik dia bile kagumkan sesuatu)





Daddy panggil plak..kene pandang la..nanti daddy kecik hati plak..hihihi...
Dan aqil pun happy sgt bile naik ruse tu..Besh kan mommy?bile dah habis naik, tetibe aqil boleh muntah...huhuhu...maybe dia pening kut!lagi plak baru je minum susu...huhuhu..ape laa aqil ni...eheheheh...
After that kami pun ke Piza Hutt (niat asal ke IOI)...gambar time mkn tak sempat snap sbb sangat laparrr....tp smntara tunggu makanan tu aqil n mommy smpat la cuci mata kt Jusco..without Daddy..selamat duit daddy abisss duit Mommy...ala berapa sen sgt yg abis pun utk ank mommy kan...
pukul 10 lebih kami pun balik....IOI's scenery..(Mommy snap dari dlm keta n cume tgn je yg kuar-without looking at camera either)hihihih...


View from Mommy's Eye...



Inilah yg sempat dibeli..(since botol air Aqil dah Out dated!!Tak buleh dipakai lagi, so mommy decide nak beli yg ni)
Notes:insists sgt nak bli Avent's brands tp Avent pny tkde yg straw pny type..Aqil takmo minum like minum guna cawan..dia suka straw lg..lg senang..sedut je..So hanya ini pilihan terbaik since straw's type very limited!!


Ubt gigi n berus gigi Kodomo Lion...(walaupun gigi aqil hanya lima..saya rasa dah tiba masanya Aqil belajar memberus gigi supaya gigi dia sentiasa bersih!)
~Yg ni utk Bibik pny tugas~


Yg ni Mommy pny tugas plak...
~Silicone finger tooth brush~
Senang sikit kut guna benda alah ni...


Photobucket

Notes: Interview tadi saya dah laluinye n rasa cam tak sesuai dengan saya kut..sebab paling utama: Saturday kene kerja...arghhh saya tak suke!!!So kita reject saja ok!!







Sep 6, 2010

Blog kepam Dah!!!~Aqil Jauhari's 1st birthday!!~

Assalamualaikum...


Hy All!!lama sangat..tersangat lama..berkurun lama..eheheheh...bnyknye perkataan lama..betul!!dah terlalu lama saya tak update blog ni..bukan taknak update,tapi mood mengupdate tu hilang..xde!!sadis jer rasa...uhuhuhu..sampaikan terlalu bnyk berda berlaku dalam 2 minggu sebelum ni..Let us starts...



Birthday Aqil Jauhari~Birthday Party on 280910

Layankan ajela gambar ni ek..Actually kt Fb sy dh lama upload..cuma kt blog je lmbt sket..uhuhuhu...



Juadah Berbuka Puasa..(hurmmm Nyummy..)
Bibik Aqil membungkus makanan...

Desert dah tinggal sikit..(info:ade Bubur pulut Hitam dlm termos merah tu,anggur n sunkist,kuih muih yg macam2)


Gambar Blur (our Guests)


Daddy Aqil still mkn lagi walau org dh lama berhenti makan (actually die tolong jaga Aqil dulu sementara Mommy mkn)


Bleh Layan BPL lagik


Semua Kekenyangan menantikan Majlis Potong kek


Our lil toddler..(1 Year old dh shayangg Mommy ni)

Kek Aqil..Comell kan..


Aqil Seronok bile orang ramai startt Nyanyi Happy Birthday to him..


Ade hati nk sentuh2 kek tu...

Sukee sangatttla haih...

Muka bangga+bahagia

Dia Pun Nak sibukk gak...

aummmm cedapnye kek ni mommy...

Die Suke lagikk

Tepukk tangannn..

Start nak suapkan kek kat mommy plak..







nah Mommy..Mkn kek cedapp ni...

BTS: There's no relatives from Mommy's side and even atuk n nanny Kjg cannot attend this event for so many reasons...It's Ok babe n this entry is for you...

Mommy was set up this event in last minute time coz it's clashed with fasting month n preparation for Hari raya..But in fortunate time Mommy still can create this event even its qiute kelam kabut at first..h/ever luckily, still in undercontrol and the most important my Aqil Jauhari is now 1 year old and he got unforgettable 1st birthday celebration..i'm really happy sayang..everything I have is Just for you!!Love you always...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...