Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Showing posts with label Syawal~Raya. Show all posts
Showing posts with label Syawal~Raya. Show all posts

Aug 3, 2016

29 Syawal ~ Cerita 1,2 & 3 Syawal (Photos)


Dear Diary,

Presented Ceritera Syawal JeypFamily In Kedah Darul Aman!!


Medina yang boleh lah kata comel jugak!hihi


Geram je tgk sawah bebudak ni..


Ustaz Ammar








Ammar's Favourite pose!








1st Family Potret..


Second Family Portrait


Third Family Portrait


Ni kat sawah pulak..sebenarnya time ni hujan..gagah jugak nak ber photo shoot









Ok time ni dah petang..memang penat so nak me landing je keja daddynya pun!


Medina dah hilang ayu!





Tgkla tu!


With cousin's hubby





RAYA ke Dua!















Raya ke TIGA









Corat Coret Raya 2016~
  • Kami sampai Kedah Pagi Isnin tepat pukul 9 pagi..sampai sampai memang melepek je keja sebab penat dalam perjalanan..lepas tu..Adoi!panas gila Kedah tau!tak tahan sangat sangat kitorang..sampaikan daddy terfikir nak buat Aircond sendiri..Sudahnya Aircond tu pun tak sejuk langsung!huhuhu..
  • Raya pertama hujan turun selebatnya ..so kami pun bersiap agak lambat..dalam pukul 11 cam tu masih tak siap padahal tetamu dah mula ramai sebab hujan dah mula reda..So Raya pertama hanya di Simpang empat je..tak kemana mana pun!malam pun kami tidoq awai..penat jalan jalan tepi sawah..
  • Raya kedua kami hanya ke Sg Petani dari tengahari sampai makan malam kat rumah mak teh hubby..memang satu rumah je k..
  • Raya Ketiga kami ke Tokai, lepas tu ke Sg petani lagi sebab RUmah mak teh hubby buat open house..so melepak lagi kesana dan malam tu jugak kami balik KL tepat pukul 11 malam di sebabkan semua sepupu husband dah balik ke KL..
  • So tu je..Sabtu kami lepak rumah basuh semua kain baju..Pagi Ahad beraya dengan Family saya di Kajang..tghari tu kami terus shoot ke Genting..nantikan entry seterusnya ye..
Bagi saya raya tahun ni lagi tak best!hahaha..entahlah..dah tak meriah langsung!sedihhh..Open House pun tak banyak..maybe tahun ni tahun gawat kot!tu yang tak terasa meriah pun..huhuhuh

Macamana raya korang?mesti happening kan??

***Looking forward for Raya Haji..sebab raya kat kajang kan, tak sabar nak makan makanan Raya nasi impit kuah kacang n rendang ayam mak!hahahaha




Photobucket

Jul 19, 2016

Teaser ~ Raya Pertama! #GiliranKedahDarulAman

Assalammualaikum..

Saya harap tidak terlalu lambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin..0-0 ye..

Okla..saya sebenarnya agak rushing jugak nak bercerita ni..selain saya baru masuk kerja sebab semalam MC (Athma) so kejap lagi saya nak ke Hospital Kajang pulak sebab mak saya warded kat sana..hopefully takde yang serious n semua ok ok je..Amin!

Raya hari tu?

Nanti kita cerita k..

saya belanja gambar dulu ye sekeping!..


#BlueTeam #TeamKedah


Photobucket

Jul 1, 2016

Tahun Ni Giliran KEDAH DARUL AMAN! #rayakatmana?

Tahun ni beraya di mana?

Alhamdulillah tahun ni giliran beraya di Kedah (kampung suami yang tercinta)… Sebenarnya kat Kedah bukan ada orang tua kami pun, sebab MIL dah meninggal dan FIL pun beraya belah MIL muda..so takkan kitorang nak ikut beraya sebelah MIL muda pulak kan..

Husband saya pernah cakap kat saya walaupun mak dia dah takde..dia tetap nak balik kedah..Sebab jiwa dia masih kat sana..lagipun mak mak menakan still ada lagi dan dia tetap terasa kehadiran Mak dalam kalangan mereka..biarlah husband saya terus mengukir memori..

Saya hanya ikutkan je..lagipun kalau dulu memang kitorang macam gelandangan..tido rumah mak Tam husband..tido pun bersepah sepah sana sini yelah menumpang rumah orang kan..paling lama saya bertahan sampai raya kedua..malam raya kedua tu mulalah paksa paksa husband saya untuk tido Hotel!Bukan mengada tau..tapi dek keselesaan yang jitu saya terpaksa memilih untuk tido kat hotel bajet..demi mu nyamuk..panas dan aurat..tu je nak cakap..harap semua faham..bukan mengada okeh!

Tapi tetap raya kami raikan..bukan memerap je kat hotel..still lepak umah mak mak menakan Cuma time tido je terpaksa cari hotel..hihihi..

Tapi sekarang inshaa Allah tak payah tido hotel lagi..kat kampong husband tu tepi sawah tau..so Mak Njang dia baru je buat rumah ala ala banglo kat belakang rumah mak tam tu..so kami akan berkampung kat situ..kebetulan Mak Njang tu ada anak sorang je..itupun baru je kawen bulan lepas..so bilik bilik kosong still ada..Mak Njang pun kalau datang KL memang tido umah saya, so memang kitorang rapat..

Hari ni pun cousin husband dah wasap tanya bila balik..tido sini tau..bilik dah ready!wahh..1st time rasanya balik Kedah after 8 years ada orang tunggu kami balik.. *lap air mata..hahahah..terharu tau..hihihi..Thanks Mila..hihihi..

So sekarang memang counting days nak balik tapi tengah sakit kepala sebab nak kena settle kan dulu laundry ..supaya dapat balik denagn tenang dan cukup semua barang..hihihi..

Baju baju raya pun tak basuh lagi..tak complete pun ada..adeh!









Nila kg Husband..Memang tepi sawah..damai je pemandangan..tenang je rasa!

Oh I Love Kedah!!hihihi

***Pics ni bulan lepas punya..Balik Kedah sekejap sebab MILA kahwin..


Buat semua yang dalam perjalanan nak balik kampong tu hati hati tau..Semoga semuanya selamat sampai dan kembali ke KL balik..




Selamat Hari Raya semua! Maaf Zahir & Batin!

Photobucket

Jun 10, 2016

5 Ramadhan ~ Persiapan Raya 2016

Assalammualaikum..

Salam Hari Jumaat yang pertama di bulan Ramadhan yang mulia ini..

Saya ni kan, kalau takde mood nak buat kerja memang dataang lah mood blogging..terasa nak cerita satu satu kalau mempunyai masa senggang..

Okla hari ni kita nak bercerita pasal persiapan raya lah pulak..

Tahun ni..buat pertama kalinya..hahaha..pertama kali tau !baju baju raya kami tidak di sponsor oleh PIL..muahahah... (after 8 years been together)

Sebab?hanya mereka yang ketahui lah kan..dan diorang pun tak pernah cakap direct untuk kitorang beli sendiri..just saya dengar orang yang menyampaikan sahaja..so saya tak pernah tanya dan diorang pun tak pernah bagitau sendiri.. (adalah tu konflik masing masing)..huhuhu

tapi takpelah..Nasib baik saya memang da order baju MINAZ..so takdelah ralat sangat kan..

TAKPELA BUKAN REZEKI..

So saya decide untuk recycle je Baju Husband sbb nak save cost sebab baju saya n Medina je dah dekat RM400..hahaha..Jangan terkezut tau..sesekali je saya nak melaram..ape salahnya..reward reward okay!

So tadi saya baru je beli online Baju Ammar untuk match denagn Baju Daddy..tinggal Baju Aqil je nak kena mencari serta shawl2 saya n Medina..saya decide nak jahit sendiri je Shawl saya n tambah accessories sendiri,,lagi murah bukan?hihihi..

Baju baju kasual pulak mungkin akan beli time few days before Raya sebab sekarang daddy sibuk meniaga..so dia taknak amik off day langsung!rugi kan..so better pulun n 1st July dah cuti dah..InsyaALLAH..

Mungkin nak cari baju kasual kat Padini ,H&M or cotton je kot..sbb situ je yang kena dimata hati dan deria rasa mommy nya ini..hihihi..

Bab kuih muih , saya rasa saya tak beli pun kat sesapa kecuali kat kakak sendiri..hahah..baru ada dua jenis..haih malasla nak order..duit lagi sebab bukan ada orang datang rumah pun..kalau datang, saya prefer hidang makanan berat..kuih tak penting sangat!hihih

Dan saya rasa tu jela kot..update dari Jeyp Family..kalau ada stalker, silakan stalk!saya tak kacau hidup korang pun la!ggrrrrr!

Bye..sampai ketemu lagi..

Raya dimana tahun ni???saya haruslah turn KEDAH!!wahhhh..bestnyaaa..hahaha.. (plastic !)

UPDATE: Hari ni MIL call untuk belikan kami Baju Raya jugak!Alhamdulillah..Thanks FIL!!

Photobucket

Aug 18, 2015

Cerita Syawal 1436h K.a.M.i~ Gambar banyak tak hingat!

Assalammualaikum..

Maaflah..syawal dah habis baru terhegeh-hegeh nak cerita pasal Syawal plk kan..so time Syawal hari tu memang saya tak berkesempatan langsung nak buat pape..asik fokus kat kerja n moving time from old office to new office..

Alhamdulillah sekarang dah beroperasi dari New office yang separuh siap..walaupun baru separuh yang siap, still cantik lagi..hihihi..no worries.. tak percaya meh tengok..







Haa..tu office saya..kat belakang tu tempat duduk saya dan saya share bilik ni dengan 2 Manager saya..huhuhu



Tak habis kemas lagi..hihih


Workstations..


Tricor-ians..

So jom kembali bercerita pasal Syawal kami sekeluarga..

Sebenarnya Syawal tahun ni kami sangat dengan penuh kesederhanaan due to beberapa hari sebelum raya tu ada masalah keluarga sikit.. (hubs's side)..so raya kali ni boleh kata sangatlah tak best dan tak meriah pun!huhuhuhu...

Sampaikan shopping raya pun sehari sebelum..balik Kajang pun lepas berbuka puasa Ramadhan terakhir tu dan sangatlah kelam kabut dan rushing (makna sama eh?)hihihi..so bersederhana sahajalah kami..

Dan tak lupa jugak..tahun ni Raya sangat tak best, bila mak saya jatuh sakit dan batuk berterusan tanpa henti sampaikan asik tercungap-cungap kena amik neb kat Hosp Kajang tiap tiap malam..sampaikan raya pertama malam tu terpaksa pergi hosp nak amik neb..sekali tu doctor sruh masuk wad..sementara tunggu turn nak masuk wad tu, mak saya boleh lari,tanggal drip semua kat rumah..sabar jelah kan?mak saya semangat sikit nak raya tahun ni sebab semua ank-anak balik beraya..tu yang dia kuatkan semangat utk sihat..huhuhu..


Mak saya di malam raya..huhuhu


Pagi raya macam biasa bersalaman..dan bersiap lah kami sesiapnya..dengan Ammar baju besar nak mampush..dengan Aqil Samping pendek atas lutut...haih macam-macam..

But the sweetest thing this Raya is Aqil managed to Puasa PENUH This Ramadhan..Alhamdulillah..I really happy for him even ada sehari tak bangun sahur, dia still gagah perkasa Puasa jugak..Alhamdulillah..I'm proud of u son!






Tgk baju Ammar..boleh masuk kan lagi sorang kan?hihihi





My precious family!


My Little Family..


tgk mak saya?sampaikan bergambar pun asik terbatuk..kesian sangat!!huhuhu


My big family.. (abah's side)


Tgk mak saya yang tak sihat di pagi raya..huhuhu


Mommy daughter always melawa..hihihi












 Lepas bersalaman dirumah mak saya, kami ke rumah Makngah (my Abah's side) saya yang terletak hanya diatas bukit je (sebelah taman je)..dan berkampung di situ jugak setengah hari..sebab arwah nenek saya dah takde so kami hanya beraya di rumah makcik sulung saya jelah kan..selepas itu baru ke rumah pak cik tertua saya (my mak's side) kat Selayang plk.. lepas pekena lemang, nasi impit , laksa (saya pantang laksa lagi, terliur tengok laksa),kami pun kembali ke rumah mak saya..tidur kat sana..






Esoknya..sepatutnya keluar dalam tengahri, tapi tetiba ada kawan abah saya meninggal on second Syawal, so Abah saya bergegas ke Hosp Kajang untuk menziarah, dan only dah selesai mandikan Jenazah baru Abah saya balik dan dalam petang jugak lah kami keluar ke rumah adik adik mak saya yang terletak di Damansar Damai dan Sg buloh..Lepas tu terus kami ke Klang..ziarah Abg abah saya yang menginap di Pusat Zakat Selangor..










Pak yob saya ni decide tinggal kat sini since dia nak belajar agama dan berkawan..isteri pun dah lama meninggal, so thats y dia nak duduk sini..rumah anak dia pun selang sejalan je dari tempat ni, so selalu je lah dia jumpa anak-anak dia..












Dan raya ketiga kami sekeluarga balik ke kampung Abah saya di Sg Besar Selangor..ALhamdulillah..kami menginap di Homestay kat sana since rumah kampung n tanah semua dah takde..huhuhu..kat sini ramai sepupu-sepupu abah yang ada, so berjalanlah kami dari rumah ke rumah..kat sini baru terasa haih Meriahnya Raya!hihii











Merasalah jugak beraya di kampung..hihihi..


Sempat lah jugak beraya dan berjumpa Ahmad Muhammad Kembar siam Negara tu..hihihi..Ahmad Muhammad ni anak arwah sepupu Abah saya..kira diorang ni dua pupu ktrg lah kan?hihihi

Malangnya saya n family tak bermalam pun di Sg Besar sebab masalah keluarga Hubs side yang harus diselesaikan..so hanya itulah raya saya..seterusnya hanya menumpukan kepada Hubs's family dan KERJAAA....wuwuwuwuw..sedih makk!makan makanan raya pun tak puas..mihmihmih..








Dan Syawal saya hanya bersambung Sabtu lepas which is 30 Syawal yang mengukhwahkan semua sedara mara sebab FIL's open house!

Nantikan entry seterusnya ye!!

daaa..nanti saya berjalan jalan ke rumah masing-masing ye..saja lepas geram sebab dah lama gila tak update blog kan!huhuhuhu


***Baju raya tahun ni tak mengancam sangat kan?samlah dengan tak mengancamnya mood raya kitorang!huhuhu..dan tahun ni pun tak sempat jumpa Family belah Kedah..duit raya pun tak luak!tukar balik lah duit raya jadi duit mommy plk..hihihihihih

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...