Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Nov 30, 2012

Kejang lagiii ~Muscle injury~Info tentang kejang ketika hamil

Dah dua hari diserang kekejangan..Sedikit tension..padahal pregnant kali ni lagi banyak saya minum susu compared time Aqil dulu..tapi tak pasti kenapa kali ni punya kejang teruk sangat...

Malam pertama
serangan pertama at 3.30pg..tersedar..tetiba br perasan Aqil takde n husb pon dok layan bola kat bawah...terus call husb suruh naik tolong saya..Malangnya, husb datang agak lewat maka kejang saya dah makin teruk...sakit sangat..
(seeloknya bile kena serang kena cepat2 betulkan
-hujung kaki dibengkokkan ke depan sambil ketuk2 tapak kaki..)...sakit masih terasa sebab terlambat utk betulkan..

Serangan kedua at 6.15pg..husb tak naik2 jugak..call dia lagi suruh betulkan cepat..again dah terlambat, kejang tu dah merebak2 ke mana2 dah..effect:sakit berhari2 sampai hari ni..kena urut pulak dah..hari ni agk worst sbb muscle betis saya dah terkoyak kot..sakit gile..nak jalan pon sakit...

Malam kedua - malam tadi..
Before tido, saya dah prepare siap2..tinggi kan sikit kaki dengan letak bantal kat hujung kaki..Tapi kejang ni minat sangat kat saya nampaknya...pukul 5pg saya diserang lagi..sampaikan husb yg tgh tido pon terkejut dengan jeritan saya..huhuhu..sorylah bang..tapi kali ni pertolongan datang cepat, so sakit tu tak lah berlarutan..huhuhu..haih la kejang oo kejang..

Kat sini saya nak kongsikan infor tentang kejang yang saya amik dari Baby Centre



Mengapa saya mengalami kekejangan betis pada waktu malam? 

Kejang betis adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui. 

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda. 

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan betis berlaku semasa hamil: 
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.

  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.

  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Bagaimanakah saya dapat melegakan kesakitan ini? 

Mujurlah kejang betis adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku: 
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.

  • Urut otot yang kejang itu.

  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Bagaimanakah saya boleh mengelakkan kekejangan? 

Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam. Namun begitu, tidak pasti samada mengambil suplemen seperti kalsium atau garam magnesium dapat membantu mengelakkan kekejangan. 

Anda boleh cuba beberapa langkah berikut untuk melihat samada ia berkesan atau tidak: 
  • Senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.

  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.

  • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.

  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.

  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.

  • Minum banyak air.

Baca artikel kami tentang kaedah rawatan tradisional bagi kejang kaki untuk mendapatkan lebih banyak tip berguna. 

Bagaimana kalau kesakitan itu berlarutan? 

Ada satu lagi masalah yang jarang berlaku, yang turut menyebabkan sakit kaki, tetapi bukan kekejangan otot. Ini berlaku apabila darah terkumpul pada salur darah di bahagian kaki (venous thrombombolisme). Walaupun ia jarang berlaku, masalah ini adalah serius dan memerlukan rawatan segera. Jumpalah doktor jika: 
  • kesakitan pada kaki anda tidak surut-surut, dan nyata sekali ia bukannya kekejangan yang berlaku sekali-sekala;

  • betis anda membengkak.


Read more: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/antenatal-health/kejang-kaki/#ixzz2DfvNqbEQ




For the time being en husb terpaksa melakukan kerja rutin seperti di atas..sbb sakit masih terasa..


***Rasa macam sebelum tido nak gantung kaki tinggi2 utk elakkan terkena kekejangan lagi..huhuhu

Photobucket

Aqil is Back!!! Tungau pain ~Ouh Kesiann~

Alhamdulillah.. semalam petang Aqil selamat mendarat ke pangkuan saya...MommyAqil..hehehe..
Memula sampai rumah FIL tu dia tgh tido, pastu kejutkan dia, terus merengek2 n nampak mommy je terus peluk Mommy ketat2..rindu sangat la tu..siap ciom2 lagi..biasalah anak manja mommy kan..

So selepas itu taknak berenggang langsung dah..berdukung sahaja ok..haihla Aqil oo Aqil...

Nanny dia pon cerita la tentang tungau yang hinggap kat bird dia..Alhamdulillah dah tak bengkak bird dia cuma dia still rasa sakit..tak boleh sentuh langsung...huhuhu...Tungau pon dah jatuh dah after sapu kapur kat bird dia tu jugak..(petua org dulu2...)

Balik rumah, mulut dia pon heboh bercerita, pg mandi pool..besar pool tu..pastu ade bunyi Elephant, Monkey ayat (jahat), frog..Aqil Takut!!..Blaa..blaa..bla....Sambil menatap tablet kesayangan jugak..rindu sangat kat tablet dia jugak la tu..huhuhu..


Baru sampai rumah..baru bangun tido..terus kelaparan makan Mc chicken


Time mandi..dia menangis2 la lagi sbb sakit kat bird...so Mommy pon mandikan dia ala kadar je..takut dia melalak2 dengan dahsyatnya..lepas maghrib smpai malam terus jadi pendiam..tak tau kenapa..asik la ngadap tablet dia tu..muka pon tak ceria..huhuh..Trauma sakit tungau + berjauhan ngn mommy n daddy...

Time nak tido..dia kata dia tak nak kencing maybe takut sakit..sudahnya Aqil tak kencing langsung smpai ke pagi..dia tahan rasanya..tp by the time dia rasa dia nak kencing tu, dia menangis2..sakit mommy..huhuhu..kesian pulak tgk..

Dady bangun ..tgk bird Aqil lagi..tgk2 cam ade luka..tu yang pedih tu..kat pampers pon cam ade kesan darah setompok..sikit..mmg luka..haihla..Mommy dah start risau..risau dia tak kencing langsung dari petang semalam..tambah dengan luka yang takut bernanah pulak..huh..Dady kata, kalo bernanah, pg Columbia la...biar doctor bg treatment...

Hantar Aqil kat rumah Nanny dia..Aqil dah start trauma..takut kena tinggal..tak bagi Mommy pg work langsung!!menangis2 mcm ape je..teruk..kesian pulak tgk..emosi dia terganggu kan...haih tp mommy kena pg work jugak sayang...dah janji nak beli ice cream pon dia taknak stop nangis jugak...pasang upin ipin pon taknak senyap...haihla sayang..Mommy pg work kejap je..Mommy takkan biar Aqil pg jauh dari momy lagi k..Mommy pon tpksa pg jgk tinggalkan aqil yang melalak-lalak taknak berhenti...dia takut kena tinggal lagi..huhuhu..Mmg tak boleh la rasanya, nak tinggalkan Aqil lama2...dalaman dia tak kuat..kita nampak dia mcm ok..tp sbnrnya dia pendam..huhuhu...Alhamdulillah..Aqil dah kembali di sisi mommy n daddy...

***Tadi Nanny Aqil called..dia kata Aqil dah kencing dah..time mandi..Alhamdulillah..nangis tu tetap sbb sakit..tapi lega la jugak sebab kencing dia dh keluar...

Photobucket

Nov 29, 2012

Day 3 ~Kehadapan Aqil yang dirindui~

Day 3 tanpa Aqil di sisi..sunyi rasa nya rumah esp time day 1 hari tu..dah la en dady pg main badminton smpai lewat malam, lagilah sunyi n kesepian je rasa..

Sampaikan after maghrib saya n husb pg mkn kat kedai..sekali cerita Cinta itu Milikku (slot Akasia) belum habis lagi..tetiba ade part yang Papa Zara tu kena tolak, jatuh dari tangga n hampir nak mati, budak tu pn menangis dengan teruknya..saya pon boleh menangis sekali kat kedai tu jugak..tak tahan rindu kat Aqil pny pasal..Husb pn tak berani tegur...sbb takut banjir ,nak2 time tu pn tgh hujan lebat ..mmg syahdu sungguhla..haih..

Semalam call Aqil..dia ok je..tapi dah kurang nak cakap dengan momy dah sbb tak nak rasa sedih kot...huhuhu..

Tapi tadi juz called MIL..malam tadi Aqil melalak la jugak..Sebab??Bird Aqil ter kena tungau time kat LWOT..memula agak gatal pastu dah bengkak sikit..pastu nanny dia dapat petua suruh sapu kapur cepat2 utk mengelakkan bengkak dengan besarnya...So tinggalla kemerahmerahan je..huhuhu..malam tadi pukul 2.30pg, Nanny dia cakap la kat dia, jom kita pg clinic la Aqil..tetiba terus dia tido..tak jadi pegi..huhuhu..

Then, bila saya tanya bile makcik nak balik?dia kata Abah balik hari Sabtu..so makcik pon tak sure nak balik bila..tengok la dulu..tapi kalo kesian kat Aqil ni haa, Makcik balik hari ni jugakla..tapi tak pasti lagi..nanti makcik bgtau balik mcmana..Takut Aqil dah rindu sangat kat Aida ni..huhuhuhu..
(haih dalam hati berdoa, biarlah makcik balik hari ni..takkan nak tunggu sabtu kot!!Rindu!!!)

So masih menunggu kata putus makcik, bila nak bawak Aqil kesayangan balik sini...Tiga hari yang sungguh menyeksakan!!huhuhu..

***Alhamdulillah semalam harimau kembali mengaum!!So Mommy tak bleh tido plak semalam sampai pukul 1.30pg ..maybe terlalu gembira..hahahah..(padahal dok teringat kt ank bujang sorang tu..)Sepatutnya right after tgk bola mlm tadi, dady dah ajak nak pegi tgk Wayang..sekali tu hujan lebat sangat plak, nak keluar rumah pon tak boleh, so Cancel!!akhirnya..bersembang la dengan dady smpai pukul 1.30 pagi tersebut..huhhuh..tetiba terasa hidup masih berdua n dlm perut sekarang ni adalah Aqil..heheee..



Photobucket

Nov 28, 2012

StreetDeal~Gold Coast Morib~RM150 only fr 2D1N

Ini semua gara-gara deal gile oleh StreetDeal!!

Cerita dia macam ni..disebalik kesibukan saya hari ni..tetiba saya terbaca satu deal yg dianjurkan oleh StreetDeal by blogger MamaNad ... Saya pon gatal-gatal la tengok deal tersebut..

Sekali tu..eh macam menarik..

RM150 inclusive for 2 persons:

  • 2D1N in Studio Suite with Private Bath & Jacuzzi
  • • Buffet Breakfast 
  • • Buffet Dinner 
  • • Water Theme Park Admission
Wahh ..ini harus beli ni..kikiki..

So saya buat survey dulu kat serata blog as usual utk mengelakkan di tipu...Sekali tu terjumpa blog diariSeorangAbah ...beliau penah beli street deal ni and dah selamat pon menggunakan voucher ni July lepas..So saya semakin yakin utk memujuk En dady supaya beli voucher ni jugak..

Message2 la si dia...Dia kata nanti...saya cakap tak boleh tunggu sebab akn expire in 9hr (frm that time la)..dia kata lagi tunggu..saya cakap ala...dia cakap ikutlah...saya cakap cam tak ikhlas..sekali tu saya pujuk lagi..(tak putus asa)...dia cakap ha la..(maknanya boleh beli dah..)hehehe...Happy mode..

so saya pon ter beli la deal ni dengan Harga RM150.00 sahaja..InsyaALLAH no hidden cost sbb saya dah cek lagi dengan beberapa blog..InsyaALLAH berbaloi..

Deal ni valid for travel date (Jan 2013- Mar 2013)
Not available on weekends/School Holiday and Public Holiday..Weekdays only..

So saya chose Travel date : 6 Jan 2013 (pegi ahad balik Isnin)
3minggu menjelang delivery date saya..hehe..berani2 je amik tarikh before deliver kan..sbb saya pk kalo nak pegi after pantang, cam lama sangat nak tunggu..So gamble je la..hehee..Agak2 kalo dah nak deliver sangat, saya pass je la voucher tu kat sesapa yang nak pegi..

So excited mode tak bleh ade lagi..sbb takut tak boleh pg..hehehhe

Hurm..tercapai jugak hasrat saya nak pg bercuti-cuti before deliver..InsyaALLAH...
And dlm sejarah jugak selama kitorang kawen, kalo jadi pg, inilah percutian pertama kitorang bersama after 5years...huhuhu...gile tak penah pg bertiga (dengan Aqil) sekali pun...MESTI pegi dengan family ramai2..huhuhu..So biarlah sejarah ini tercipta..

***Uits..boleh dikira sebagai Birthday + 5th Anniversary treats jgk ni..hihihi..InsyaALLAH..(sebab anni ktrg nnti momy dalam pantang harus tak bleh clbr8...huhuhu..)

So ade masa lagi sape2 nak beli voucher ni ye..



Dan ini pulak VOUCHER saya..Wee..


Hehe..bleh bwk Aqil mandi pool!!!

P/s: Update Aqil tiada di sisi..Aqil sangat ok bersama mereka and tak tanya mommy pon!!huhuhu..Hari ni dia keletihan selepas bermandi manda di Lost World...haihla itu budak..sila cepat balik yeee...


Ok Momy nak layan Bola Msia vs Laos dulu ye..InsyaALLAH esok pagi Momy blogwalking eh..tadi tak sempat..sangat BZZZzzzzz


Photobucket

Nov 27, 2012

Pre Mom n Baby Expo 2012 - This WEEKEND!!Kisah Breastpump!

Punyelah mak buyung ni tak sabar , sampaikan siap counting days lagi..isy2..teruk..
Tiap-tiap hari saya menghitung hari...dari awl bulan hari tu lagi dok kira2...Nanti jgn dah sampai harinya tak dapat pegi pulak,dah la..aishh jgn lah...nanti mak kecewa kang..huhuhu..

***gaji dah masuk..haruslah bergembira lebih...hihihi..Alhamdulillah..

So sangat tak sabar menantikan yang ini:


And really hope saya dapat pegi tanpa ade ape2 halangan pon!!InsyaALLAH..

Sangat insists nak beli/survey:
Nursing wear

nak beli yang ini..kat ENJOYBREASTFEED baru RM43.00 kalo kita subscribe jadi member dia..so nak tgk kat expo tu bleh dpt lagi murah tak??hihihi..(nak yang murah je..haruslah kan..)

Nursing Bra


Sekurang-kurangnya nak beli 4-5helai.. (semangat nak fully breastfeed ni!!) hihhihi..

Mittens and booties


Nak beli M&B baby ni banyak2...at least lagi sepuluh pasang ke..kat rumah dah ade 5...

kelambu baby

Baju bajan Aqil (baju harian yang sudah hampir tiada)

Baju Bajan Baby.. (ade sikit lagi yang kena beli)

Barangan Johnsons jugak..macam shower foam...(hari tu tak beli lagi)

Unimom Mezzo Breastpump 


Setelah membuat survey ke serata blog..maka dengan ini saya ingin membeli breastpump ni for a start..during confinement nak guna..kalo beli in a single item, price paling murah saya bleh dapat RM100..kat Fabulous Mom, Enjoybreastfeed, One baby world...tapi kalo yang package punya better beli dekat OneBabyWorld..sebab sangat murah..sangat dapat banyak Free gifts which consists of :

  • Autumnz cooler bag/tote
  • Basic accessories:
    • 1pc of Autumnz Comfort Nursing Bra* worth RM39.90 (Kindly indicate the size of the Autumnz Comfort Nursing Bra worth RM39.90 per piece before checkout).
    • 8 bottles of Autumnz PP Milk Storage Bottles (with FREE 2 bottles and 5 pcs Autumnz Double Ziplock Storage Bag) worth RM38.90
    • 3 packs of Autumnz Reusable Ice Pack worth RM23.00
  • FREE Gifts:  
    • 1 unit of BPA Free Deluxe Bottle Drying Rack worth RM39.90
    • 1 unit of Receiving Blanket worth RM15.90
    • 4 pcs Washable Breastpad worth RM12.90
    • RM10,000 sum insured personal accident insurance
  • RM20 One Baby World voucher to be redeemed against your future purchases 


Tapi different2 price according to jenis bag yang kita pilih ...kalo kita pilih murah dapatlah harga:
Unimom Breastpump + Package PWP = RM100.00+RM92.00 = RM192.00

Kalo pilih bag yang paling mahal RM206.00...hurmm ok je kan price dia??so cepat2 la order dgn OneBabyWorld

Tapi saya nak survey dulu kat Expo tersebut..kalo dapat lagi murah (Murah lagi??), saya beli kat sana je..tapi kalo kat OBW lagi murah , sy beli kat situ..heheheh..nak dapat bargain price harus begitu..kikikik..

Sebab ape saya pilih Unimom Manual?
Sebab saya nak try je dulu pump ni..boleh buat stok EBM banyak tak?

bukan taknak beli yg electric punya, tapi saya takut akn ade obstacles yang akn saya lalui nanti..

(macam2 prob la kan..xde susu ke, susu kering ke, cik B ade masalah ke?-ITU SEMUA ALASAN!)

So bagi baby keluar dulu n tgk saya punya susu dulu..adakah heaven mcm time Aqil dulu??kalo mcm Aqil dulu, mmg bestla kan...(6months exclusive)...Plus saya nak keja sungguh2 after pantang pulak, haruslah cari yang electric jugak...

So semua nya kena tunggu after baby keluar..for a back up..kita beli Unimom manual ni dulu..

Time Aqil dulu takde pump ke?
Takde...sebab saya juz kerja after Aqil 8 bulan...and tak terasa pon nak fully breastfeed during time kerja...sudahnya campur dgn FM jugak..huhuhu..(Tapi for this time..semangat membuak-buak ni..hihihi-insyaALLAH jika Allah mengizinkan..)

Dan bebrapa barangan lagi yang saya rasa perlu...

Antara contoh barang yang saya rasa perlu tp bagi dady tidak perlu (maknanya kena beli senyap2..hihihi)
Thermos air..- Aqil punya dah rosak
Playgym- Nak tgk price je dulu..hihihi
Nursing Cover
feeding bottle for baby (after confinement br guna) - maybe MAM pny brand suitable kot
Blanket baby - kat rumah dah ade dua..tapi kalo ade yang lagi cute n murah, nak beli lagi..hehee
Toys Aqil

And banyakkkk lagi...

***InsyaALLAH kali ni nak pegi sorang je..tapi memang everytime kalo pg Mom n Baby xpo kat MidV ni akn pegi sorang je..Sbb tak suka bawak En Dady..sebab..faham-faham je la kan..org laki mana suka shopping?so better tinggal kat rumah jaga Aqil..and selama ni pun tak penah bawak Aqil jugak...nanti tak jadi shopping..nak shopping ni kena bersesak2..confirmla tak sesuai nak bawak dia kan..hihihi..so Aqil tinggal la dengan dady kat rumah k...Lets Shopping mak mak buyung semua..
(hari tu tak jadi mak buyung pon saya menyibuk jugak pegi (bulan march kalo tak silap)..tolong beli kan barang along saya yang sarat..sanggup tu tau!walaupun saya tak beli pape pon..ntah..sy suka sgt pg expo expo ni...hihihi)





Photobucket

Pagi tadi ~ Aqil tak mahu tinggal~

Sebenarnya balik kerja semalam, saya dah terangkan kat Aqil yang dia kena pegi ikut Nanny Puchong balik kampung n will followed by pg mandi pool..

Then he refused:
"taknak..nak ikut mommy"
"Tak boleh Mommy work"
"daddy ade"
"Daddy pon Work"
"Pak lang?"
"Pak lang pon work"
Pak mizi?"
(Abis satu rumah dia sebut suruh look after him..nampak sangat dia taknak ikut Nanny dia..but he has to..)

Then pagi ni..ber drama la sekejap...
Bangun tido dah menangis-menangis taknak bangun..(dia dah tahu kena pg blk kampung pagi ni)
lepas tu Momy dukung smpai bawah..
Tetiba dady dia plk cakap
"Aqil nak pg mandi pool dengan Na ye?"
Terus menangis sekuat-kuatnya..tanda taknak pegi..

Dady nak dukung masuk car pon dia taknak...taknak..tak boleh sentuh langsung!!kalo boleh taknak keluar dari rumah tu siap...

Last sekali..Momy dukung barulah dia senyap n masuk dalam car terus nak tido blik sebab mengantuk..

Sampai je rumah Nanny..still taknak turun dari car..suruh bangun pon taknak..Momy dukung lagi..masuk dalam rumah, Atuk nak amik, dia taknak...nanny dia nak amik dari Momy pon dia taknak..siap paut kat leher Momy taknak turun dari dukungan...haihla ini budak bijak...

At last pujuk bukak katun..luckily kt 615 ade upin ipin..barulah boleh duduk kat sofa dengan tenang sedikit..tapi siap suruh momy duduk sekali..huhuhu...Momy nak suruh salam, pon dia takank..dia nak ikut momy jugak..haihhh..dia dah faham yang dia akn kena tinggal..huhuhu....

Finally, momy cium2 dia cakap jadi budak baik...nanti Aqil boleh tido dengan momy k..sekarang ni Aqil tido dengan Na dulu...nanti kita jmpa lagi k...

***Arghh touching Mode!!!huhuhuhu

Kisah SEDIH di Pagi SELASA...

Morning everyone!!!

Photobucket

Nov 26, 2012

Esok!!Aqil n Mommy terpisah for next 3 days...Uwaaa

Sukar sebenarnya saya nak buat keputusan ni..tapi saya terpaksa memandangkan bibik Aqil masih tiada..maka saya tiada pilihan..huhuhu..

ESOK:
Nanny Puchong Aqil akan bawak Aqil pulang ke kampungnya utk selama TIGA HARI..(masa yang terlalu panjang buat Mommy)..Disebabkan FIL akn ke Bangkok utk tiga hari juge maka Makcik saya agak ketakutan utk tinggal sendirian di rumah besar itu..Jadi, dia mengambil keputusan utk bertemu anak2 nya di kampung Kuala Kangsar..huhuhu..

At 1st saya mcm tak bagi jugakla Aqil nak ikut plus saya yang tak tahan nak tanggung rinduuu..(selepas dua tiga hari berfikir) Dan memandangkan TIADA siapa yang akan menjaga Aqil, maka dengan berat hatinya saya pon meleppaskan Aqil pergi..SEDIH..

(Tak penah berpisah dengan Aqil sebegini lama except for 2 nights while mommy admitted dulu)

So esok Aqil akn ke KK..tido sana satu malam n esoknya (Rabu) mereka akn ke Lost World of Tambun (berjimba-jimba di sana seharian) dan mlm tu mereka akn menginap di Impiana Hotel Ipoh, then HOPEFULLY Khamis mereka akn kembali ke sini.
(sbb according to makcik, kalo tak khamis, jumaat makcik balik sini..Isy janganlah begitu makcik..lama sangat dah tu..huhuhu)

Minta-minta Aqil akn behave je nanti n TAK TERINGAT kat Mommy pon fr next 3days..sbb nanti susah pulak diorang kan kalau Aqil melalak nak cari Mommy..huhhuhu...
(Dah bagi hint2 sikit kat Aqil yang dia akn tido dengan maksu dia nanti..tapi dia cakap tak..nak tido dengan mommy!!!)huhuhuhu

haihla..minta2 semuanya akn ok2 sahaja..

***Dady adalah individu yang bertanggungjawab utk Mommy buat keputusan ni..Siap cakap "takpelah nanti boleh kita dating..Tengok wayang ke..jalan2 ke"...huh!!takmo2..nak Aqil jugak!!!!!!!!!!UUWwaaaaaa...

Photobucket

15.11.2012 - Birthday Asyraff (nephew) + Saman AES

Entry agak sudah lama sebenarnya tapi saya insists jugak nak letak kat blog ni since ade satu kisah menarik di sebalik birthday celebration ni..

Before tu:
Happy 6th birthday to Abg Long a.k.a. Asyraff!! (our 1st Nephew)
It's just a small celebration but the fud is great!!!serious...tak pernah saya rasa nasi ayam sesedap itu..huhuhu..semua orang yang datang , semua mengatakan benda yang sama..semua bertambah2 pinggan makan..huhuhu..
pandai betul kakak ipar along saya masak.. (kelatanese)..Tapi so far semua makanan dia saya minat..sebab sedap..

So majlis starts on 5pm 15.11.2012..
Saya just sponsored goodies bag je since saya tak reti nak masak pape..hehe..nak buat dadih pon tak reti (birthday Aqil hari tu along sy sponsored Dadih yang yummy 80pcs)...sebagai membalasnya, sponsored la saya 40 goodies bag yang costly in about RM28 sahaja (and ade balance lagi)..murah kan??saya beli semua jajan tersebut kat Taman Medan , PJ..ade kedai borong makanan ringan kat situ..So sesapa yang insists nak buat birthday arty nanti, bleh PM saya ye tuk dapatkan full directions..heheee


Dalam goodies bag ni ade Sumi (2) Keropok angry Bird(1) Sweets (5biji), Blower horn (1), Lollypop (1)


so jom kita layankan gambar2 yang ade..


Birthday Cake order from JasmineHomeDelight

RM100.00










Cutting cake dah nk start dah..




Mak2 orang pon nk menyibuk..hehee




Adik asyraff..Affan with Acu..Comel bangat Affan  ni kan..tapi cengeng sangatt..hehehee




baca Doa...




Tapi semua xnak meng imamkan bacaan doa..Malu kata mereka..










last but not least dah mcm bernasyid plak sekali tgk..




Happy Birthday Abg Long..




Makanan yang sangat nyummy!!!



Ade keropok Moni, Dadih koko, agar2, tembikan n main course Nasi Ayam sedapppp

after tu kitorang pon balik Puchong dalam pukul 8.30mlm...

Cerita di sebalik kegembiraan ini:

Pagi tadi (26.11.12) dapat SURAT CINTA dari PDRM ke JPJ ke tak sure..siap ade gambar lagi ok!!
Lokasi: Kajang/ Hlangat.. 
Tarikh : 15.11.12
Masa: 17.55..

tapi ade kemusykilan kat situ...pukul 17.55 kitorang tak lalu pon kat situ..still ade kat rumah along dok makan kek lagi..haih pelik ni...

Jenis kesalahan: melebihi had laju..had laju yang dibenarkan:70km/j tetapi dady telah pon melebihi nya sehingga 97km/j...huhuhu standard la kan...hukhukhuk..

1-14 hari RM150
15-30 hari RM200
Lebih 30 hari RM300..

Haih..dahla tengah berjimat-cermat nak sambut baby ni..kena sedekah plk kat depa ni..hisy..sangat tidak patut AES ni!!huhuhuhu..

#waktu bukak surat ni, Saya dah berdebar-debar dah..takut saman terjadi time saya yang bawak keta ni, tapi alhamdulillah bukan saya..tapi en husb...so biarlah dia settlekan..hihihihi


Photobucket

Visiting New Born Baby @ KPMC Kajang

Last Saturday, cousin saya dah selamat melahirkan seorang baby comel kat KPMC Kajang...

Alhamdulillah Mom n Baby are healthy without any complication at all..

Congrats akak a.k.a Mija Piza & Mizie...Welcome to parenthood life!!


Ingat gambar ni?Cousin saya ni la yang telah melahirkan baby nya secara normal kat KPMC Kjg @9.50am 24.11.2012...



I'm a boy!!

Haris Furqan Bin Noor Tarmizee
3.0kg
9.50am @ 24.11.2012



Parents of Baby Furqan!!

Happy for both of Youuuuu...

Congratulasi!!!

**FYI, cousin saya ni bunting pelamin tau!haha..at 1st kitorang cam tak percaya yang dia pregnant after 3weeks nikah...Tapi kalo sudah rezeki,rezeki jugak kan..terima rezeki Allah dengan rela hati..
Just married on 020312 and finally have a baby on 241112...
Syukur alhmadulillah..

EDD sepatutnya: 091212...tapi maknya terlalu aktif ber bisnes maka baby pon dah tak sabar nak keluar awl..heheee...


Photobucket

Nov 23, 2012

Pregnant:.Sakit Gigi:.Kinik:.Tetanus injection

Malam tadi adalah malam yang terrible bagi saya sejak pregnant..
Setiap jam akan terbangun ditambah pulak dengan En Aqil kita yang segar bugar selepas bagun tido pukul 9mlm (tido dari pukul 7mlm)..Pukul 2.30pg baru dia boleh tido balik itupun lepas kena paksa tido oleh momy..
(buat drama la kejap sebab kena paksa tido..memang tau itu budak..nangis tipu2 bile kena tutup 'ipad' nya)

KAKI KEJANG
In a meantime Aqil tak tido tu, tetiba kaki saya KEJANG..Dady tak balik lagi time tu (main badminton)...oooo saya rasa cam sakit ya amat n rasa cam nak patah dah kaki..
"aqil tolong qil..kaki Momy sakit.."
"sakit?kat mana?" eceh siap tanya lagi..
Saya pon tunjuk kat betis..dia pon picit2 la sikit sesambil mata tak lepas pandang Ipad dia tu..huhuhu..lepas dia picit2 sikit, saya try tolak2 sendri kaki kt kepala katil..haa lega sikit..tp sengal still terasa..huhuhu..

SAKIT GIGI
Dalam waktu2 tu jugakla..tetiba gigi saya nak sakit..adui..mmg mencabar betul...sampai saya terjaga dari pukul 3.30pg only boleh tido balik pukul 4.45pg..haih..mengantuk la saya esoknya..Dalam waktu tak tido tu gagahkan jugak diri turun bawah buat susu semata-mata nak hilangkan rasa sakit gigi..Tapi tak jugak!!still sakit lagi..

Bangun pagi..sakit jugak lagi..haih..sms colleague, cakap saya lambat sikit hari ni sebab nak g check gigi..Terus pecut ke KK Puchong, nasib baik hari ni memang hari utk outpatiet bukan yang ade appt..Selamat..Tunggu pn tak lama walau patient ramai sangatt,then jmpa doktor..Doktor check yang mana sakit..lepas tu dia kata kena buat appointment sbb nk buat tampalan putih..kena amik masa kalo nk buat tampalan jenis tu...So saya pon kata ok..dia kata sementara tu, guna floss tuk buang yang mana2 yang tersangkut..huhuhu...OK!!balik keja nanti harus beli FLOSS kat Guardian..hihihi..

Alang-alang dah sampai KK tu, saya pon nak terus buat Tetanus Injection yang ter postpone since last week..Bagi buku pink tu, tetiba nurse tu pelik saya nak buat ape?saya pon cakapla hari tu tak sempat nak buat sebab dah sampai lunch hour...then sy plan nk inject hari ni...Ooo baru dia faham...Then kebas n lenguhla tangan kiri sy selepas injection tersebut..huhuhu..(tapi still bleh bwk keta lagi..)hehee..

So 3 December ni penuh sudah hari saya..Pukul 9pg appt kat KK(last anc kt KK ), pukul 11 pagi sambung buat gigi pulak..lepas tu malam checkup kt KPMC pulak...(hurmm ingat nak tukar appointment la kat KPMC tu, nak buat pukul 2ptg..takyah nak datang malam..lagipun otw balik dari KK tu confirm lalu KPMC, so baik sekali kan je..)

So sekarang masih di ofis dengan perasaan mengantuk ya amat!!huhuhuh



Photobucket

Nov 22, 2012

Bag ke Hospital ~Baby's stuff dah siap dah~

Actually semua barang-barang ke hospital ni harus disiapkan seawal 7 bulan pregnancy..(advisable ye not compulsory)..

Sebab..percentage untuk melahirkan baby di usia kandungan 7bulan adalah 50%..By 28weeks, baby dah cukup kuat utk keluar cuma mereka akan diletakkan didalam incubator untuk dipantau keadaannya sebab masih di anggap sebagai pramatang.

jadi semua keperluan ke hospital harus disiapkan seawal usia kandungan 7 bulan..

So selepas saya kumpulkan semua baju Aqil n a few baju baru yang sempat dibeli, maka barang-barang baby sudah pon lengkap!!(untuk ke hospital je)


after siap basuh n lipat..Mittens n booties tak cukup lagi..Aqil punya langsung dah takde..huhuhu..sedihh..semua dah hilang..hihihi..(pass kat anak buah yang lahir slepas Aqil)..so harus tambah kan koleksi lagi ni...

Nasib baik barut Aqil elok n still ada lagi..ade +-15 helai..So tak payah nak beli lagi...


Baby's storage box..(storge box Aqil dulu..still elok lagi)..Box ni akn diangkut ke Kajang upon Baby's arrival...(pantang kat umah mak...)



Few barang Momy n semua barang baby dah masuk dalam beg dah..satu beg je dah bukup dah..malas nak asing-asingkan ...nanti buat banyak beg je nak angkut..Dahla En Jep tu pemalas nk berenyah-renyah..hihihi


Dan inilah saya punya helper malam tu..tolong lipat skali k...hikhikhik...So berangan sekejap nak jadi 'baby' balik..heheee..Bib Aqil dulu..pon still elok lagi..

SEKARANG NI:
Just left barang2 Momy je tak finalised lagi..
Baru ade kain batik sehelai.. (sepatutnya 2helai at least)
Baju berbutang + T-shirt (2helai) -DONE
Maternity pad (tak beli lagi)
Pakaian dalam (Both tak beli lagi-nursing punya..tunggu ujung bulan ni-Maternity Expo)
Instant tudung
Toiletries
Pregnancy book (Buku pink(Gov)+Buku yellow(KPMC)-Letak dalam handbag sentiasa jela..selamat sikit..





Photobucket

Nov 20, 2012

Teringin~Nak Jahit Sarung Bantal n Tilam baby SENDIRI~

hehehe..agak malu sebenarnya nak mengaku yang saya tak pernah sentuh pon mesin jahit..

Tapi saya ade hati nak jahit Sarung bantal n Tilam baby sendiri.. (maybe pembawakan budak kot!!kikikik)

Agak2 saya berjaya tak nak jahit menda2 alah tu nanti??haih tunggu n lihat je la..

So far after googling, saya dah ade idea sikit camana nak buat n camana nak jahit..cume..sekarang ni kena balik Kajang..PINJAM mesin jahit mak saya...Lepas tu pg Kamdar / Nagoya kat area umah mak saya tu..then kite carik fabrik yang sesuai...

Haih..tetiba tak sabar plak nak buat..ade lebih kurang (+-)2months lagi before baby's arrival date..harap2 sempat la ye..

So niat nya mcam nak buat seperti gambar di bawah:


Cantik kan combination dua ni...


Ni pun Sweet...


Yang ni pn nmpk cam simple je nak jahit nya..(ecehh..tak try lagi)

Tilam n bantal kekabu saya juz guna Aqil pny je..tak beli yang baru pun sbb still elok lagi..
Sekarang ni misi mencari kain n alatan tuk menjahit pulak...

Jeng Jeng jeng..

Semoga misi saya BERJAYA!!InsyaALLAH...

(Cuma ade kemusykilan camana nak jahit bolster tu je..haih..kena google lagi ni..)

Update: Aqil n Dady is doing well..both tengah tido since pukul 2 tadi...Momy called pon ceria je dengar Aqil main2 tenet..Haih..tak sabar nak jumpa both my princes tu!!

Esok: Amik coti emergencyyyy....!!!!heheeee...


Photobucket

~Check up 30weeks at KPMC Puchong~

Finally..

Pagi semalam..saya call KPMC puchong tuk buat appointment antenatal check up on yesterday night..
before tu siap tanya dulu..
"Scanner dah ok?"
"Dah..dah ok dah"
"Puan nak check dengan doktor mana ye?"
"Doktor Haslinda"
"Ok..tapi Puan kena bersabar sikit la ye sebab selalunya patient ramai..kalo sekrang (pukul 10 pagi), Puan tak boleh datang?"
"tak boleh sebab saya kerja"
"ok takpela kalo mcm tu..Puan boleh just walk in je malam karang"

Ok done..at 1st saya cam malas dah nak pegi malam tadi sebab bile dia kata kena tunggu lama, saya cam..hurm datang siang la hari yang lain...Tapi tetiba perasaan nak pg sangat tu,memuncak..so have to pegi jugakla..menunggu pon menunggula...

After maghrib, dlm pukul 7.30 cam tu saya pon gerak ke KPMC Puchong yang hanya mengambil masa dalam 20mins je nak sampai..(mmg dekat..kalo nak terberanak pon senang je sbb kejap je dah sampai hospital..)...

So pukul 8mlm dah register n isi form...tunggu sekejap sebab appointment start pukul 8.30mlm..saya saja datang awal sebab kalo boleh taknak terlalu lama menunggu...Waktu menunggu tu, ade sorang ibu mengandung yang dah sampai awal dari saya so mungkin saya orang yang kedua..

8.30malam..
Nurse panggil suruh buat Urine test dulu...
Lepas buat urine test...pegi amik BP n timbang berat..
(berat saya naik lagi bebrapa gram since last week pny check up..haish bahaya betul!!)
SETTLE..
terus naik ke second floor..(Treatment room)

Tunggu dalam 10mins camtu sebab ade patient kat dalam..
lepas tu barulah turn saya..

Masuk-masuk bilik doktor..Terus dia perkenalkan diri dia.."Dr Haslinda" (salam)..BEST!!hehe..1st impression..Doktor ni mungkin tak sombong..

Ok..Have to brief doctor sikit about my history..n terus pass Buku PINK (buku gov)..
Dia baca..n tanya2 sikit pasal Aqil..kenapa masuk NICU..Sebab ape?doctor diagnosed ape?Overdue berapa hari?and etc...
Sebab dia akn handle kes sya nanti so kena transparent betul2 so that ape2 yang jadi nanti, dia akn encounter..

Selak2 lagi buku pink..Jumpa kisah tentang discharge..(discharge ni tentang K*p*t**an ye..)..
Dia baca..dah bagi ubat 1st time tak jalan sepatutnya dah kena swap nak ambil sample..tapi Doc govt tu tak buat pon!Dia agak marah kat situ.. (Siap cakap "Kirim salamm banyak2 kat doktor tu yeee.")

Sebab according to her..

"saya tak kisah kalao awak takde masalah time 1st baby hari tu..tapi 1st baby awk ade lung infections so saya agak risau kat situ..kita kena cek..mana boleh tunggu.."

"actually GBS (Nama bakteria itu) tak bahayakan awk or baby during pregnancy tapi akn bahaya bile baby nak keluar nanti..sebab baby akan melalui jalan yang ade GBS tersebut so saya takut ia akn terjangkit..Kalau betul awk ade GBS tu la..takpe2..kita swap malam ni k..amik sample and tengok"

According to her lagi..if saya diagnosed ade GBS tu, during labor nanti saya kena amik antibiotic tuk prevent bakteria terkena baby..that's y PENTING amik sample tersebut..
(bagus doktor ni kan..sangat concern and bertanggungjawab..hehee..)

"Sekarang kita cek baby dulu"

Baring n nak buat ultrasound...ok..

scan went on as usual..nampak baby..ukur kepala baby..nampak baby tengah sujud pandang ke bawah..so nak cari2 tengok muka tak dapat pulak sebab asyik tunduk ke bawah je...ukur2 tulang pulak..seems everything normal n baby grow as it shud be...

"dah tau gender baby dah?"
"belum!" saja taknak mengaku sebab biar doktor tu cari lagi..heheee..
"Ok..nampak kat sini ade 3 line...InsyaALLAH girl..tapi still tak tepat 100% la ye.."
"yup betul kadang-kadang boleh je berubah kan.." hihihi..ingatkan nak ade second taught..tap still the same..GIRL...

Settle ultrasound...Doctor nak swap bawah plak...agak ngeri sebenarnya..sebab saya cukup tak suka bile seluk2 bawah ni...So procedure sama je mcm buat pap smear..so saya cuba utk rilek je dulu..

Then dah amik sample..n Doctor kata jumpa lgi in 2weeks time..baru bleh tau resultnya..See you on 3rd December ya..

Turun bawah..in 5 minutes..amik ubat tuk treat K*p*ti** tersebut and TOTAL BILL IS RM180.00..

So far..saya rasa ok je cek kat sini..since berbayar kan so mmg differ sangat2 la kalo compared dengan govt..and ape yang saya tau kalo 1st check up mmg mahal sikit...biasanya monthly check up tak sampai RM100 pon..

InsyaALLAH saya akan terus continue check up kat sini sbb sangat puas hati...Doctor pn treat patient dia nicely, so saya ok je nak terus check up n deliver kat sini...(Compared dengan Dr Raja Juhaidah -Columbia Asia Puchong tu saya rasa doktor ni better lagi..sbb banyak cakap jugak..hehee..)


KPMC Puchong


Delivery Package


So kite tunggu 3rd December ni plak utk next review n findings...

**Segan nak tangkap gambar pape pon semalam..sorry..plus just pg berdua je dengan Dady, tak bawak Aqil n mmg tak la nak tangkap2 gambar ni..dady bising..hehehee..


Photobucket

Hari Pertama tanpa BS~Dady jadi Househusband!~

Sambungan dilema semalam..

Disebabkan hari ni dah start takde sape nak jaga Aqil, maka certain decision has been made...
Today it's dady's turn..
Buat para dady kat luar sana mungkkin tak pelik nak jaga anak yang toddler pon..sebab mungkin mereka dah biasa and selalu jaga anak mereka..TAPI tidak bagi dady Aqil..

It doesn't mean dady tak penah jaga Aqil langsung ALONE..Tapi sangat jarang Aqil di tinggalkan bersama dadynya..Meaning that, Aqil akn pelik bile hanya berdua bersama Dady..

So hari ni nak taknak Dady terpaksa jugak jaga Aqil since TAKDE SAPE nak jaga dah..huhuhu...

Dan Pagi ni..
Aqil TERBANGUN AWAL daripada biasa sebab malam tadi pukul 9 dah tido..
Saya agak gelabah jugak  bile tengok Aqil dah bangun sebab takut dia nak ikut saya pegi work..After buat susu n tukar pampers..slow2 pujuk dia ckp dia kena tinggal dengan dady sebab momy nak pegi work..Nanti Momy balik, Momy beli coklat ye.."..at 1st seems like he's not ok..keep on telling me "nak tido dengan Momy (sambil tutup mata)" "tak boleh..momy dah lambat ni..Momy kena g work".. "taknak-taknak" LAST SOLUTION IS..

"Aqil nak tido ke nak main tenet?"
Haaa terus bangun "nak main tenet!Ipad Dady dah charge ye"

Trus ngadap tenet n tak kisah dah Momy nk g work..Alhamdulillah..
Dady pon terus sambung tido sebelah Aqil n tinggallah mereka berdua..

Hopefully everything is gonna be fine..

Cuma saya ade pesan
"kalo Abg tak larat ke (sbb still not fully recover from his fever+Flu+Cough)..Aqil cranky sangat2 ke...Abg call la bie..nanti bie amik half day.."huhuhu..

So esok: Momy's turn
Khamis n Jumaat : maybe Acu will look for him.. (dah berjaya jugak pujuk acu semalam...cuma have to tunggu her Add Maths paper on this Wednesday)..
Then..FINISH for this week..kite tunggu pulak ape nak jadi next week..huhuhu..

***Baru saya tau susahnya takde babysitter ni kan..Sebelum ni tak penah amik kisah pon sebab Bibik always ade..haihlaaaa.....

~Keluhan di pagi Selasa~



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...