tapi saya tetap nak abadikan kenangan dan coretan indah di sini..buat kenang-kenangan di masa depan..
Alhamdulillah..
1 Feb 2013 - Genap usia perkahwinan kami yang ke LIMA tahun..Lima tahun yang penuh kenangan dan LIMA TAHUN yang penuh dengan pahit manis sepanjang bergelar suami isteri..
Terlalu banyak perkara yang telah kami lalui bersama..dan terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan..semoga ikatan ini terus kukuh sekukuh usianya nanti..dan semoga kehidupan kami akan lebih bertambah bahagia dengan kehadiran Baby Medina yang telah kami jadikan hadiah ulangtahun perkahwinan kami yang cukup bermakna!
Terima Kasih Allah atas anugerah yang tidak ternilai ini...dan terima kasih kerana telah jadikan kami pasangan yang sabar di antara satu sama lain..yang sanggup menerima setiap kelemahan dan kelebihan masing-masing..Panjangkan lah usia perkahwinan ini..kekalkanlah perhubungan kami ini sehingga ke Jannah...Semoga ALLAH terus merahmati kehidupan kami sekeluarga..
Terima Kasih Allah kerana telah mengurniakan kami zuriat yang akan mendoakan kami di ALAM sana..terima kasih untuk Aqil Juhari kami dan juga Medina Amani kami..semoga kami terus dikurnaikan zuriat yang comel2 lagi selepas ini..InsyaALLAH..
Happy 5h anniversary Abg!!..Love u till Jannah...amin..XOXO..
***No anniversary celebration like last years...still in mode pantang..huhuhu...
