Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Showing posts with label Cook by Aida. Show all posts
Showing posts with label Cook by Aida. Show all posts

Aug 16, 2019

Resepi Roti Jala & Kari Daging

Lately ni kerap pula nak tepek resepi..hahaa..
macam ada satu blogger tu buat nama blog dia "Agar Aku Tidak Lupa"
Haa..memang kena sangat la tu kan..sebab saya ni masak selalu tak consistent kalau masak lauk2 yg tak biasa..so harus tepek resepi kat sini dlu..hehe..

RESEPI ROTI JALA

Bahan2:
3 cawan tepung gandum
3 1/2 air
1 biji telur (gred A)
1 sudu teh serbuk kunyit atau perwarna
1 sudu teh garam
1/4 minyak masak

Cara2 membuat Roti Jala
1) Masukkan air kedalam bekas blender
2) Masukkan tepung
3) Pecahkan telur ke dalam adunan tadi
4) masukkan garam, serbuk pewarna dan minyak masak
5) Kacau dan blend kesemua adunan
6) Tapis sebelum tuang ke dalam bekas
7) masukkan ke dalam Acuan dan mulalah menjala

RESEPI KARI DAGING

Bahan2: 
1) 4 beradik (bunga lawang,kulit kayu manis, cengkih & buah pelaga)
2) 4 biji bawang merah- hiris
3) 3 biji bawang putih- hiris
4) 1 inch halia- hiris
5) 3 sudu besar kari daging
6) 1 sudu besar serbuk cili
7) 1 sudu besar serbuk kari ikan
8) 1 sudu besar serbuk kunyit
9) Daging sekati (300g)
10) 1biji kentang
11) Daun kari
12) Asam Keping
13) Garam dan serbuk perasa dan minyak masak

 Cara2 membuat Kari Daging
*campurkan semua serbuk kari dan kunyit ke dalam satu bekas TANPA air
1) Panaskan minyak dan masukkan daun kari..kemudian masukkan pula 4 beradik..
2) Setelah kekuningan, masukkan bawang2 dan halia yang telah dihiris..setelah bawang sedikit garing
3) masukkan campuran serbuk kari kedalam periuk..gaul rata semua bahan di dalam periuk tersebut..setelah sebati,masukkan sedikit air..
4) Masukkan sedikit air setelah air tadi kering..dan biarkan sehingga kari tersebut pecah minyak..
5) kemudian masukkan pula daging dan kentang ..masak sehingga semuanya empuk..
6) masukkan asam keping dan setengah santan kotak..gaul
7) masukkan garam dan serbuk perasa dan siap untuk dihidang..

Menu Daging Korban

Selamat mencuba semua!

Jul 25, 2019

Resepi Sambal ala 3 Budak Gemuk & Tips Telur Dadar Gebu

Semalam berkesempatan masak simple je sebenarnya untuk husband..

Kalau nak diikutkan, saya ni jarang masak kalau weekdays sbb penat..haha

So smlm dia nak jugak makan masakan rumah, so gagah perkasa masak, pukul 8 siapp!

Saya masak apa?

simple je..

Ikan keli Goreng
Kentang Goreng
Telur dadar
Sambal penyet ala 3 Budak Gemuk..

Kalau area KL/Selangor ni 3 Budak Gemuk mmg famous sangat dan terkenal dengan sambal penyet dia yang super pedasss!!

Tiap2 minggu saya pasti makan 3 Budak gemuk ni sbb kebetulan berdekatan dengan ofis saya (Rock Cafe Branch)

So malam tadi, saya acah acah je nak masak sambal tu ikut deria rasa saya yang saya makan tiap2 minggu tu..hehe

Sekali tu..perghh jadii!!hahahaa..padahal saya syok sendiri je masak dia..Husband makan sampai habis nasi 1 stgh pot, ikan keli 1 stgh ekor n telur dadar..dia kata mmg sedap..hahaha..Thank you LOVE!

So resepi?

Sambal Penyet Ala 3 Budak Gemuk
Bahan-bahan:
1. Cili akar dalam 15 biji (kalau nak pedas lagi sila tambah ye)*
2. Cili padi merah 5 biji*
3. Sedikit belacan
4. Bawang merah (kecik) 3 biji*
5. Bawang putih 3 biji*
6. Limau nipis Stgh biji
7. Garam dan serbuk perasa
8. Minyak untuk menggoreng

Langkah-langkah nya:
1. Panaskan minyak dan Goreng semua yang bertanda *
2. selepas di goreng, sejukkan terlebih dahulu, kemudian tumbuk bawang putih n merah dan asingkan di tempat lain
3. Tumbuk pula cili
4. Tumis bawang sampai naik bau dan kemudian masukkan belacan
5. Setelah belacan larut dalam minyak, Masukkan cili api yang telah ditumbuk
6. masukkan sedikit air
7. Goreng sampai cili dan bawang pecah minyak
8. perahkan limau nipis
9. perasakan dengan garam dan serbuk perasa
10. Siap Untuk dihidang

TIPS TELUR DADAR GEBU
masukkan telur kedalam mangkuk dan sedikit garam..kemudian PERAHKAN SEDIKIT LIMAU NIPIS..kacau and goreng!

Serious tips ni buat TELUR DADAR kita jadi GEBU macam kat kedai Thai..

hehe..



Selamat mencuba semua!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...