Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Showing posts with label Medina Amani. Show all posts
Showing posts with label Medina Amani. Show all posts

Feb 3, 2017

#LatePost ~ Medina Amani Turns 4!! @ 25.01.17

Alhamdulillah..anak dara saya dah pun berusia genap 4 tahun tahun 2017..

Masih DIVA sebab still the only girl in the family..the only cucu girl for both sides and still manja girl sebab sangat PANDAI!

Medina ni tersangatlah pandai..Pandai cakap (baca:macam orang tua), pandai buat perangai..pandai menangis..pandai stop menangis..Pandai menyanyi..kerja dia asyik menyanyi dan bercakap je..serious..kekadang terpaksa cakap "Kakak diam sekejap bole tak, mommy nak buat kerja kejap" Terpaksa okay walaupun sebenarnya tak boleh cakap macam tu..huhuhu..

Dia ni sebenarnya kakak penyayang..pandai calm kan adik dia kalau adik kena marah..protective girl!Indeed..kalau adik dia kena marah cepat cepat tarik tangan adik dia naik atas n tido (Kalau malam) Tapi kuat menyakat jugak!kalau dia sakat pastu adik nangis kan..dia akan suruh adik dia puji dia dulu baru dia bagi barang yang dia amik tu..macam ni..

"cakap dulu Kakak comel"
"Kakak Comel" Si adik
"ok nah"

Sabar je lah kan..

Akai jenuh..tu yang saya kata dia ni pandai sungguh!serba serbi..huhuhu..

After all..Happy Birthday Medina Amani..Semoga terus menjadi Kakak yang penyayang dan adik yang terbaik serta anak yang solehah dunia akhirat..Amin!

Nah belanja gambar Medina pulak..









*Medina belum sekolah lagi..tapi ajaibnya..dia dah pandai pegang pensel dengan betul..mungkin jari jemari dia tak bangku kot..hehehee

Photobucket

Sep 22, 2016

Entry Repekan Vol.1.September

Assalammualaikum,

Hi readers!Haih..lama betul tak berkunjung kat sini.teringin nak menulis serancak dulu..sebab terlalu banyak nak diluahkan..terlalu banyak benda nak share..ohh alangkah bestnya kalau hidup tak terlalu busy..kalau tanggungjawab tak seberat ini..Hanya mampu berserah dan bertabah dengan dugaan dan kehendak duniawi ini..

Haiiihh..ber falsampah pulak..

Sorry korang.. emo sikit!

hahahaaa..

So how's everybody's life?

Mine?is like a roller coster..omaigoddd..hahahaa..

rasa tak cukup 24/7 apatah lagi hubs kerja malam every night..memang malam malam saya yang sangat penat dan tak larat..nasib baik upah orang hantar Aqil mengaji..padahal naik motor 5 mins dah sampai..tapiii..

Tempat mengaji Aqil tu tgkat 4!so waktu 1st day daddy kerja malam tu, Mommy pun dukung Ammar, pegang tangan Medina daki Tangga sampai ke tingkat 4..sampai je tangga ke tingkat 2 stgah,terus rasa nak pitam!nak pengsan semua ada..semputtt!

*Opps sorry..lupa nak cerita..saya baru je dapat Asthma since few months ago...

So bila nak sampai ketingkat 4 memang hazab..sengsara babe!

sampai Aqil pun cakap, cepatla mommy...cepat..cepat..hahaha..lawak betul!

ok lepas dari hari tu..tobat dah nak hantar Aqil..tak larat!so kitorang pun hire je orang pegi hantar..which is cousin hubby jugak..upah hantar RM50 sebulan..hamik!hahahha..

takpela..janji Aqil bole mengaji dengan tenang dan mommy pun tak perlu bersusah payah..

motif kena hantar Aqil sampai atas?

Sebab kawasan situ sangat bahaya..dah la flat rumah kedai..pastu banyak foreigner..pastu gelap sunyi sepi..so memang tak harap la dia naik atas sengsorang..dah la dia tu comel!kang orang ter minat..susah pulak!haih!

Pastu kat mana kita tadi..

Kisah Aqil;
Alhamdulillah..masih cemerlang dalam pelajaran dan sembahyang dan mengaji juga..nanti saya nak cerita detail..sebab esok esok boleh saya baca soretan sendiri...hahaha..


Ni gambar time bulan 3 kot..



Sekarang ni Alhamdulillah dah naik Al Quran..


Medina;
Alhamdulillah masih membesar dan cakap dia?Masya Allah..memang macam budak dah sekolah..pandai gila cakap!kitorang as her parents pun ter senyum senyum dengar dia cakap..1st time deal with anak perempuan ..1st time deal with anak yang pandai cakap!omaigoddd





Ammar;
Ok Ammar ni special sikit..dah besar ni makin menyenangkan..Alhamdulillah..pandai bawak diri dan tak banyak ragam.. (so far!)..cakap pun dah pandai dah sikit sikit walaupun dia baru je 1 tahun 9 bulan..1st time la jugak ada anak yang mula berkata kata ketika umur nya bawah 2 tahun..Alhamdulillah..



So tu je dulu untuk hari ni..

nanti kita story mory lagi ye..

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa








Photobucket

Jan 25, 2016

25.01.16 ~ Happy 3rd Birthday Medina Amani~

Assalammualaikum..

Hari ni..genap 3 tahun usia Anakanda Medina Amani Binti Mohd Jeffry..

Alhamdulillah semoga kamu terus membesar dengan sihat dan bijak dunia akhirat..Amin..

Medina..Medina..

Ok lately ni, dia sangat menunjukkan perangai yang memeningkan saya dan husband ..dimana dia sangat Very like a diva..

Kalau time tidur dia terganggu, confirm akan menangis mengamuk satu mid valley boleh dengar!

Contoh..kitorang memang every weekend akan tak lekat kat rumah..ada je lah memana nak pergi kan..sebab reward for mommy sebab settlekan all housechores..chewahh..

So setiap kali keluar mesti lepas pukul 4 petang selepas mengenyangkan perut memasing supaya boleh save duit bila keluar..takdelah asik nak makan kat luar je kan ..so perut dah terisi boleh jalan jalan dengan senang hati..hihihi..

So time tu adalah crucial time for Medina..dia punya waktu tidur..selalu pun on the way ke Sunway pun dia dah selamat beradu (walaupun within 15mins je)..memang macam no function bawak dia keluar sebab bila kitorang dah nak balik, baru dia bangun..bayangkan je lah kan..hihihi..

So hari tu..pergi MidV..dia punya mengamuk sebab dia tak dapat melelapkan mata! so kitorang just bawak dia pergi main main kat Area Aeon Big yang ada Kids Playland tu..lepas tu mengamuk kat situ after main  pn tak payah citerlah kan..dapat jugak pujuk..lepas tu singgah Big Apple jap sebab nak beli Donut..Lepas tu..dia bleh mengamuk sebab nak beli Ais Krim kat Big Apple!

Mana ada Aiskrim kat kedai Donut kan?takde!!

Sekali tu dia taknak faham, boleh pulak dia berguling ala ala pelakon hindustan kat situ semata nak ice cream jugak kat situ!

Stresss!!

Mommy 1st time tau Dina, ada anak yang sanggup baring baring atas lantai..bila orang tengok pun memalukanla jugak sbb kalau nak ikutkan hati kental mommy ni, mommy tinggal je dia kat situ...tapi bila makcik2 berdekatan start pandang-pandang, terpaksa jugak dukung dia dalam keadaan meronta macam tu!

Serik!!

So hangkut pergi McDonalds..dapat ice cream terus diam wlaupun ice cream Oreo tu milik dia sorang!arghh..grrrr..

Dan beberapa insiden lagi selepas itu!

So dengan pertambahan usia Medina yang ke 3 tahun, Mommy harap sangattt Medina dapat berubah dan lebih mendengar kata..bukan nak dengar cakap kakak je!Lebih berlemah lembut dan kurang kan nangis..karang Mommy hantar kakak pergi Gua jumpa Jin Ahmad Albab baru tau!lepas tu baru kakak dah tak nangis dan Mommy akan jadi kaya...Ahahahahha..

Semoga terus Bijak dunia akhirat..jadikan Abang Aqil sebagai contoh dan role model pleaseee..Amin!


1st year.. 



2nd Year..



3rd Year..!

Yeayy!!Rambut dah banyak!hihihi..


P/s: For those who may concern, please stop spoiling my Daughter like no one ever do!like seriously..please STOP!it really makes us struggle to raise her up!

Thank you..



Photobucket

Oct 10, 2015

Babysitter cuti sebulan setengah!Aqil medina nak fly ke Langkawi without Mommy Daddy Ammar

***Scheduled Entry yang delay ***

Assalammualaikum..

Salam Jumaat..

Dah potong kuku? (DAH)

Dah pakai wangi wangian (DAH tapi jangan over tau)

Dah baca surah Al-Kahfi (BELUM - bila nak baca ni??)

Hihihi..

Oklah tajuk panjang kemain lagi kan..

So hari ni episod berduka lara lah saya dan anak-anak untuk sebulan setengah yang akan datang ni..

Sebab Bibik Tina tersayang akan fly balik Surabaya pukul 7pm nanti..wuwuwuwu..sedih..sedih lah jugakkan..

esp bibik sendiri sebab tetiba dah tak jaga Ammar rasa macam pelik..hari pertama tu bergenang jugaklah air mata dia sebab rindu kat Ammar..tapi InsyaALLAH lelama nanti dia akan lupa jugak Ammar..InsyaALLAH.. (Saya yang tengok dia pun jadi sebak tau sbb faham sangat perasaan dia yang jaga saban hari..)uhuhuhu...

Ammar dah selamat berada di rumah Opah Yah..Alhamdulillah Opah tu penyayang dan tau nak take care Ammar ni yang nak berkepit je kerjanya!haih..sigh!walaupun kawan kat situ raamaaaii..adalah dalam 7 budak yang opah tu jaga..

Cuma Medina n Aqil MIL terpaksa jaga..Alhamdulillah MIL pun tak kisah since bebudak ni pun dah besar kan..huhuhu...so nak taknak suka ke tak kemana MIL pergi harus bebudak ni ikut sama..huhuhu..

Dan MIL plan nak pergi holiday ke Langkawi Ahad sampai selasa ni..So dengan berat hati nya saya lepaskan jugak Aqil Medina pergi dengan ditemani MIL,SIL,BIL n gf BIL..huhuhu..sedih lagilah saya ni yang susah nak berenggang dengan anak-anak walau sehari..diiorang sure ok punya..berjalan kan, sapa yang tak seronok..

Hopefully diorang dapat menjaga Aqil Medina dengan sebaiknya esp Aqil..sebab ?hanya saya yang tau dan rasa..wuwuwuuw.. *Nangis! (tak boleh reveal kat sini sbb ada stalker)

Dan semoga ALLAH lindung..

3 hari tanpa mereka sudah semesti sunyinya rumah..harus keluar berjalan sakan ni..tak nak duduk rumah..ajak hubby tiap tiap hari pergi makan jejauh sikitlah..tak yah pikir diorang ada ke takde..

Diorang belum pergi pun lagi Mommy dah touching lebih..Acaner ni?wuwuwuuw..

Photobucket

Oct 5, 2015

Al Kisah Potty Train Medina Amani~

Buat yang nak mengetahui Alkisah Potty Train Aqil Jauhari boleh refer SINI

Alhamdulillah..saya tak tau lah medina ni anak jelmaan dari mana..

Sehingga kan saya selalu tertanya tanya Medina ni anak dugaan atau anak anugerah?

Bukan saya tak bersyukur..bersyukur yang tak terhingga tapi she's soooooooooo adorableeeeeee!

Saya tak lah nak masuk bakul angkat sendiri dan saya tak naklah orang kata saya puji anak melampau lampau..tapi itulah hakikatnya..sampaikan saya jadi takut..sentiasa berjaga-jaga ..adakah dugaan selepas ini..

Ok stop melalut!

Medinaaaaaaaaa..

Medina ni semenjak lahir sehingga SEKARANG semuanya berkaitan dia semua jadi mudah!

Mudah mengandungkan dia..

Mudah melahirkan (Ammar lagi mudah kalau ikut degree of kesakitan)

Mudah nak jaga semasa pantang dan baby

Sangat mudah mesra dengan sesapa..

Paling cepat dan pandai cakap menjelang usia dia 2tahun 3 bulan..dia cakap pun tak pelat ..cakap terus..alhamdulillah..

Bila nak wean off hari tu pun cepat je..senang nak accept Formula Milk..(Ammar lagi senang)

Dan bila tiba harinya untuk Potty Train lagi cepat dan senang dari Aqil..

Medina ni rasa nya saya train dia 3 hari je kot..Alhamdulillah sekejapan boleh wee wee dalam toilet..cepat je..Mommy kakak nak k*nc*ng..

Cuma memula dulu saya ajarlah jugak dia kalau nak Poo poo pakai pampers sementara sebelum pandai poo poo kat toilet..

Rupanya nak poo poo pn dia pandai cari toilet..oh alangkah senangnya rasa ..

Cuma ada jugak dalam tempoh seminggu tu dia terbabas ke sana sini..terkucil atas sofa..atas carpet..takpe..itu biasa..saya tak menjerit sebab learning process bak kata orang..

Cuma hari tu je Daddy dia yang menjerit..kata nak poo poo bawak pergi toilet takde pulak..pakai seluar balik...lepas tu bawak lagi sbb nak poo poo katanya..tak jadi..last last sedap je dia meneran atas carpet yang buatkan daddy dia menjerit macam tarzan..berubah character terus daddy..hihihi..

So after all saya rasa potty train Medina lebih mudah berbanding Aqil walaupun sama je dua orang ni simpan taik sampai pergi toilet baru buang ..Mungkin sebab Medina pandai cakap kot, tu sebab prosesnya jadi mudah..

Cuma malam je saya still pakaikan pampers sbb takut dia terbabas..tapi ada jugak semalam dua saya pakaikan pampers dia pukul 5 pagi, dan Alhamdulillah dia tak terbabas pun..Good girl la kakak ni!eheee..

Hopefully lepas ni Medina akan fully off diapers as soonest!



Next update kita citer pasal makanan sedap kat atas ni k!!
Photobucket

Aug 25, 2015

25.08.15 - Medina 2 Tahun 7 bulan~

Assalammualaikum..

Dah lama rasanya tak update pasal anak-anak..So kali ni giliran Medina Amani yang lebih selesa dipanggil KAKAK! "Medina ke kakak?" "Kakak" "Kakak ke Amani? "Kakak!" okla kakak pun kakak la..

Sedikit info:

Sebenarnya saya tak suka dengan panggilan Kakak, Abang, kepada anak-anak saya, sebab saya pernah terbaca atau mendengar Ustaz (tak ingat) pernah membincangkan bahawa seeloknya panggillah anak anak kita dengan panggilan nama mereka sendiri..Ini kerana sekiranya jika kita memanggil anak2 kita dengan panggilan Kakak, Abang, dikhuatiri mereka susah untuk mendengar dan mengikut cakap ibu bapanya kerana kita telah memanggil mereka dengan panggilan yang lebih tua (pangkat kakak dan abang )..jadi seeloknya jauhkan dengan panggilan sebegitu.. Waalahua'lam..

Ok berbalik dengan Milestones Medina yang saya rasa sangat positif seiring dengan usianya..

Medina ni saya kena treat dia lain sikit..dia sangat sangat sangattt berbeza dengan Aqil..Aqil sangat mendengar kata dan menurut perintah yang jitu..Kalau Medina ni jangan harap nak buat dia ikut cakap kita..saya n hubs tak boleh berkeras langsung dengan dia..kalau kita berkeras, dia takkan ikut dan dengar..kalau cakap baik-baik secepat itu dia akan ikut!oleh kerana itulah Medina ni sangat lah manja..kita kena ikut cakap dia, tak boleh tidak, kalau tak, dia akan mengamuk dan menangis tapi sekejapan, dalam masa sesaat pon boleh berhenti tangisan tersebut bila kita pujuk dia balik.. Sooo drama queen!

Sekarang ni hobi dia adalah make up..menyanyi dan menyanyi..sampai tak larat nak dengar suara dia yang taklah sedap mana kan..hihihi..Kalau dah bersiap tu, cecepat tadah muka..nak make up..nak pakai lip tik!adoi doi lah anak..(Belajar dari mil's side)huhuhu

Dah pandai baca doa tidur..

Asik nyanyi nursery rhymes..twinkle2..baa baa blackship..

Addicted to tab..(lately dah kurang sikit sbb mommy sorok tab dia)..huhuhu

Bila bukak tab, asik bukak utube..

Bila mommy tak bagi bukak tab.."Bagilah mommy..sikiittt je..satuu jee kakak nak tengok mother finger"dahlah siap bukak mimik muka tau!

Bila kita marah marah dia..dia akan ckp plk camni.."ape ni?asyik marah jee"

"tak boleh cubit tau..tak baik"

Kalau adik nangis,"takpe takpe..jangan nangis..kakak ada" sambil peluk adik padahal adik paling lah tak suka dia..sebab dia suka sakt adik..letak tangan kat muka adik dia lah..cucuk mata adik la..haih..annoying sangat adik dia pun!hihih

Potty Train:

Actually Medina dah berjaya lah jugak untuk tidak memakai pampers since dia pandai cakap kan..so bila weekend, saya train dia bebetul, dan hari Ahad tu selalunya dia berjayalah seharian tak pakai pampers walaupun pernah Ter Poo poo dalam seluar sambil dia berjalan datang kat Mommy dan sedang memegang taik dia..kikiki..tapi itu dimaafkan!

So bila weekdays, saya pesanlah jugak kat bibik yang dia dah pandai tak pakai pampers, so tak payahlah pakai pampers tau..TAPI ..bila sekali Medina terkucil atas kerusi ke mana ke, terus dianggap tak berjaya dan diorang give up!

So saya sangatlah frustrated!sebab diorang xnak usaha dan membantu saya..terus saya feel like nak berhenti kerja lah,!ahahah semata..sebab time Aqil dulu,saya jugak lah yang train dia walaupun dua minggu terkucil sana sini..standardlah kan?time tu saya tak kerja..so saya yang train Aqil..

Haih..ntahlah..hopefully diorang akn lebih supportive lepas ni..Amin!


Overall..perkembangan Medina ni sebenarnya sedikit cepat berbanding Aqil esp on non educational activities like Cakap,nyanyi..tapi kalau bab educational like ABC order 123 semua menang kat Aqil..

For me..cukuplah Medina pandai berkawan, bawak diri dan menjaga diri sendiri dengan baik itupun cukup menggembirakan hati saya..

Cuma tak tahan, suka merengek dan buat bising bila Adik dalam buaian..tab addictive tu perlu dikurangkan dan all negativity must faster go away from her life..

Semoga Medina membesar dengan sihat dan bijak dunia akhirat..Amin!






Photobucket

Mar 25, 2015

Kisah Kakak Kawasan - Medina Amani - 2y2m

Assalammualaikum..

Isnin kisah si abang..

hari ni kisah si kakak..Alhamdulillah Hari ni genaplah Medina Amani umurnya 2 tahun 2 bulan..

Alhamdulillah membesar dengan baik..

Cepat bertutur

Alhamdulillah..Medina Amani ni sangatlah banyak mulut..kekadang kalau dia nak cepat cakap, semberono je cakap laju n semua orang pun takkan faham.hehe..kalau nak dibandingkan dengan Aqil, Medina memang cepat cakap..Aqil umur 3 tahun lebih baru boleh cakap sesikit..(Setiap perkembangan anak2 tak sama kan..)

So far dia dah boleh cakap nak itu nak ini..kalau tanya nama sapa?kakak..nama kakak sapa?Amani..(Tak pandai sebut Medina)..Baby sapa nama? Ammar.. Nama Daddy sapa? Effie (Jeffry).. Nama Mommy sapa ? Ada (Aida)..Nama Abg sapa? Aqing (Aqil)..kikikiki..

Tak Sabar

Lelahnya menjaga TWO babies (Medina&Ammar) ni bile time Medina nak susu dan saya tengah susukan Ammar..Dia nak susu, kena buat time tu jugak!tak  boleh delay..so kalau delay mulalah menangis macam ape tau..suruh sabar pun dia taknak..fuh..sabar jelah..

Penyayang

Adik dia untunglah jugak dapat kakak macam Medina ni..sebab sangat penyayang..tak buat adik..cuma kalau tiba time geram dia, dia akan picit pipi adik dia..kalau adik dia nangis-nangis cecepat dia masukkan jari suruh adik dia diam..kreatif bukan?hahaha

Lagi satu kan..kalau mommy nak pergi mandi ke..nak tinggalkan dia kejap atau Daddy nak pergi hisap rokok kat luar, mesti nak salam..lepas salam..nak peluk..lepas peluk nak cium satu muka..PENYAYANG kan?boleh jadi annoying jugak kadang-kadang..hahah..dia tak buat kat saya n daddy je..buat kat semua orang..SEMUA okay!hahahah

Boleh mengira dan kenal warna

Ok sekarang ni dia dah boleh mengira..sampai 5 je dulu..mungkin lepas ni boleh train sampai 10 in both langguage..InsyaALLAH..

Warna pun sikit2 dia boleh..pink..orange..black..


Manja & Peramah

Manja sangatttt..esp bila ada adik..tapi dia tak jeles dengan adik still tahap memahami..dia sekarang kalau tengah hisap susu, mesti nak attach dengan sesapa..sebab nak gentel tangan..so kalau saya tengah pegang adik, saya suruh dia baring n pegang tangan abang..dia ok je..janji nak tangan..huhuhu..

Lepas tu pantang nampak orang bersiap esp Mommy..dalam mamai nak tidur tu boleh tetiba bangun cakap nak ikut..nak berjalan je keja nya..sabar je lah kan..hihihi...

Peramah ni terjadi sejak lahir..dia memang very the friendly person..jumpa lah sesapa..confirm nak buat kawan..kalau jumpa kawan saya for the 1st time, confirm Medina lah orang yang paling di sukai..sebab according to them Medina sangat cute n sporting..(Ok sila muntah..)hihihi

Penghidap Atopic Eczema

Sejak saya start berpantang hari tu, Eczema Medina memang menjadi terlampau teruk esp bila saya stop ubat steroid..sampailah saya rasa nak pergi buat blood test untuk medina..tapi saya dah jumpalah jugak penyelesaiannya..InsyaALLAH..tapi susah nak kawal sebab Medina susah nak pantang..so dia jadi on n off..memang sengsara tengok dia..

Akan buat special Entry untuk Eczema dan Medina ni nanti..sebba ceritanya terlampau lah panjang..heheheh

Jom Layan Gambar Medina yang dah bersarang dalam IG..sbb dalam handphone tak dapat nak retrieve..stress mak!







Happy sangat sebab PINKY stuff semua dapat kat dia..maklumlah cucu perempuan satu-satunya..bahagialah sangat..hehee


























Photobucket

Mar 20, 2015

Dulu kes BOTAK..Sekarang kes GELAP pulak..haih!

Assalammualaikum..

Salam Jumaat..

Baca tajuk je dah tau nada saya camana kan?

Haih..entahla..bernanah gak la telinga ni dengar..sebenarnya saya tak kisah org nak highlight yang anak saya hitam..anak saya botak..saya tak kisah..tapi tak payah la berulang kali..dia boleh jadi menyirap jugak saya dengar..siap boleh samakan Amamr ikut kulit Pak lang owm dia..so sapa yang pernah jumpa Om dia akan tau betapa gelapnya anak saya kalau nak di samakan dengan Pak Lang Om dia..buat yang tak pernah jumpa, cuma boleh ckp Om lebih gelap dari Daddy..so agak-agak lah kan kalau nak buat persamaan!

Saya tau dan percaya kulit anak saya takkan seputih artis K-pop n even nak sama putih dengan mak saya pun takkan boleh..saya tau..tapi anak saya taklah segelap kulit I****..diorang semua sama je..coklat or mungkin Medina cerah (tak putih tau) sedikit..tu je..So tak payah la nak highlight anak saya gelap so on so forth..

Cukup lah waktu Medina dulu telinga saya ni dah bernanah telinga dengan Baby Girl botak n bile nak ada rambut n whatsoever tuh!Cukup..sebab setiap kejadian.. Allah dah ciptakan yang terbaik..Yang penting bersyukurlah!anak saya cukup sifat, sihat dan pandai cukup untuk saya..Alhamdulillah sangat so stop to be soo Judgmental!kang sakit mental susah pulak kan.. :p






Waktu umur mereka lebih kurang sama..

Ammar memang sedikit lebih coklat dari medina..

Medina lebih tembam dari Ammar

Ammar lahir ada rambut..Medina takde..


Tgk Medina masa baby..takdelah cerah sangatt..still sama je dengan Ammar..

Yang penting sebenarnya Aqil Medina Ammar semua nya sama!kulit coklat..




Buat yang mengata Medina botak tu, nah..sekarang rambut Medina dah boleh ikat toncet tau..


Anak-anak adalah harta saya dunia akhirat..tak kira diorang hitam,coklat,koko,putih,ke..yang penting anak-anak saya semuanya comel! (ok sila muntah!) hahahahaha

***Yang mengata anak saya tu pun bukan lah putih sangat..so sila balik tengok cermin dulu eh!




Photobucket

Dec 12, 2014

Activity on Sultan Selangor's Birthday - Reka Zone IOI Mall


Assalammualaikum..

Semalam saya n Husband cuti..dan kami hanya ber malas-malasan je kat rumah..

Pukul 3.30 petang baru keluar rumah..Itupun husband cakap, kita tak boleh pergi jauh-jauh..boleh pergi dekat dengan hospital je.. ehehee..So ke IOI Mall lah kami semalam..

Saya ni fikir lepas ni kalau dalam pantang, kesian pulak kat Aqil sebab tak ke mana-mana pon cuti sekolah ni.. (sebab plan nak redeem Agoda Voucher tu bulan ni n travel date lepas pantang)..hihihi..SO saya fikir bwk diorang pergi playland lah..

Kebetulan kat IOI ada Reka Zone tu, so lepas je kitorang makan kat Food Court Jusco tu, teruslah kami ke Reka Zone..

Luckily sempena cuti sekolah ni diorang ada buat disc sikit..

On weekend/Public Holiday:
Single Entry Kid : RM20.00 (NP : RM22.00)
Two Kids            : RM36.00 (NP : RM44.00)
Untuk yang above two years old


On Weekdays :
Single Entry Kid : RM15.00 (NP : RM17.00)
Two Kids            : RM26.00 (NP : RM34.00)


Kalau 2 years old n below : RM11.00 (Weekends) RM9.00 (Weekdays)

So agak murah di situ bile kami just membayar RM31.00 je untuk Aqil Medina..

Bermain lah diorang sepuasnya sebab kat dalam tu agak besar n banyak mainan yang penting AqilMedina Enjoy! Alhamdulillah..

Seronok tak datang sini?

Seronok! siap Medina tunjuk sign GOOD lagi kat tangan dia..hehe..


















































Nak dekat pukul 8 malam kami pun balik dengan sepatutnya mereka kepenatan..tapi bila dah sampai rumah n mandi, penat tu terus hilang..haih!



Siap boleh buat revision lagi..

Adoidoi.. Mommy exhausted sangat ni sayang..huhuhu

So kalau berpeluang lagi, dan Mommy still tak deliver lagi, boleh pergi kat Mega Kidz Mid Valley lah pulak..hihi (Sebab ada tiket free hari tu kan?)..

Sebab..Next Week Mommy dah start cuti!

Yeayy..

Saja ambik cuti dah sebab badan is tak larat..

Baby kali the heaviest baby yang Mommy pernah carry..huhuhu..so exercise untuk cepat bersalin takpe kot..daripada datang kerja n duduk je sehari suntuk!sakit pinggang mak nak..huhuhuhu
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...