Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Aug 16, 2019

Resepi Roti Jala & Kari Daging

Lately ni kerap pula nak tepek resepi..hahaa..
macam ada satu blogger tu buat nama blog dia "Agar Aku Tidak Lupa"
Haa..memang kena sangat la tu kan..sebab saya ni masak selalu tak consistent kalau masak lauk2 yg tak biasa..so harus tepek resepi kat sini dlu..hehe..

RESEPI ROTI JALA

Bahan2:
3 cawan tepung gandum
3 1/2 air
1 biji telur (gred A)
1 sudu teh serbuk kunyit atau perwarna
1 sudu teh garam
1/4 minyak masak

Cara2 membuat Roti Jala
1) Masukkan air kedalam bekas blender
2) Masukkan tepung
3) Pecahkan telur ke dalam adunan tadi
4) masukkan garam, serbuk pewarna dan minyak masak
5) Kacau dan blend kesemua adunan
6) Tapis sebelum tuang ke dalam bekas
7) masukkan ke dalam Acuan dan mulalah menjala

RESEPI KARI DAGING

Bahan2: 
1) 4 beradik (bunga lawang,kulit kayu manis, cengkih & buah pelaga)
2) 4 biji bawang merah- hiris
3) 3 biji bawang putih- hiris
4) 1 inch halia- hiris
5) 3 sudu besar kari daging
6) 1 sudu besar serbuk cili
7) 1 sudu besar serbuk kari ikan
8) 1 sudu besar serbuk kunyit
9) Daging sekati (300g)
10) 1biji kentang
11) Daun kari
12) Asam Keping
13) Garam dan serbuk perasa dan minyak masak

 Cara2 membuat Kari Daging
*campurkan semua serbuk kari dan kunyit ke dalam satu bekas TANPA air
1) Panaskan minyak dan masukkan daun kari..kemudian masukkan pula 4 beradik..
2) Setelah kekuningan, masukkan bawang2 dan halia yang telah dihiris..setelah bawang sedikit garing
3) masukkan campuran serbuk kari kedalam periuk..gaul rata semua bahan di dalam periuk tersebut..setelah sebati,masukkan sedikit air..
4) Masukkan sedikit air setelah air tadi kering..dan biarkan sehingga kari tersebut pecah minyak..
5) kemudian masukkan pula daging dan kentang ..masak sehingga semuanya empuk..
6) masukkan asam keping dan setengah santan kotak..gaul
7) masukkan garam dan serbuk perasa dan siap untuk dihidang..

Menu Daging Korban

Selamat mencuba semua!

Aug 13, 2019

Tentang Kerja 2019 - Resign mode

Akhirnya selepas hampir 3 tahun berkhidmat dengan ELCO,
Saya bakal berhenti dari sini dalam masa kira2 2 minggu lagi..haihh..perasaan tu bercampur baur sebenarnya..
Kalau ditanya perasaan saya, lebih kepada risau dan sedih..risau akn masuk mulut buaya..sedih sebab bakal berpisah dengan kawan2 yang sekepala..huhuhu..

Main reason saya resign sbb..tak tahan dengan Manager sendiri..hahaa..Manager saya ni mmg lain dari yg lain..boleh kata ramai gila tak suka dia..n ramai jugak tanya saya macamana boleh sebegini kebal??hahahasaya cakap sekarang dh tak kebal dah..sekarang dah jadi bebal (bebai-org kedah pronounce)

So maybe jugak it's about time..kalau kita ada pilihan untuk bahagia, kenapa still nak pilih derita?
applicable when there's an option..kalau takde option tu, duduk diam2 je tahan derita k..HAhaha..

So basically tak tahan dengan dia ni sebab dia seorang yg perfectionist..and selalu tanya why why why
walaupun dia dh tau jawapan tu..suka push benda yg tak boleh push..suka marah sambil baling pen..suka buat benda yang org tak suka..suka treat saya kasar..pendek kata dia sangat annoying!hahahaa..so saya dah tak tahan..

Sayonara je lah..huhuhu..

saya bakal ke somewhere yang pada saya agak baru untuk saya..somewhere yg berada di dalam health industry..
company tu pun tak besar sangat..cuma yg agak baru bagi saya company ni is non profit organization..which is all income mainly derived from donation..interesting kan?saya nak tau jugak how they survive with that kind of income..
dalam masa yg sama jugak, saya risau akn jumpa lagi Manager yg lagi worst dari sekarang..Allahu..mintak dijauhkan sangat..
huhuhu..

So skrg tgh counting days untuk still bergembira dengan adik adik saya kat sini n lepas ni no more happier moment than now..
tak sure sama ada akn jumpa lagi geng sekepala macam diorang..geng gelak tak hingat dunia kalau berkumpul..
and geng main warewolf sambil jerit jerit tak bersalah..ohh i will miss that so dearly..huhuhu..

Hopefully semuanya akan baik-baik je..dan semoga ALLAH mempermudahkan usaha saya dalam mencari rezeki nan halalan toyyiban..

Amin ya rabbla'lamin..

Till then..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...