Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Showing posts with label Medan Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Medan Indonesia. Show all posts

Apr 18, 2014

Day III - Medan (ShopTill Drop) and back to KL













Pagi tu Sarapan kat Hotel dan makanan memang marveless amat..rasa macam nak makan je semuaa..tapi apakan daya PERUT KECIK, dapat sentuh sesikit je..rugii..huhuhu

Lepas sarapan..kita ke Swimming pool pulak..time tu dah pukul 10.30..kekonon nak keluar awal sebab nak shopping tak kesampaian sebab anak-anak tetap nak mandi kolam jugak..huhuhuhu..




Hotel kami nan indah lagi permai!hehee..



Medina dah tak tahan sehjukk!





Daddy's sweetheart..








Now we're ready to go out!


Shopping time..Medina dah cranky nak tido..letih bangun awal..letih mandi kolam..huhuhu


Sedondon gituu..hheeee

Selepas tu..kami terus ke Shopping Complex terkemuka kat Medan yang kami dah pun pernah pergi jugak dulu..dan tentunya sama je dengan shopping complex kat KL ni..dan namanya pon SOGO!hahahah..tapi of kos besar gileee..

So kat sini more towards to survey harga..sebab nak tgk original punya price n copyright punya kedai yang kitorang akan pergi nanti..









Ni pulak ragam Medina bosan tunggu Abang Aqil pilih kasut raya..Memang dah jadi kewajipan, kalau pergi mana2 mesti dan wajib beli kasut Abang..tak tahu kenapa..so kat sini after memilih dan size ada dan tiada..akhirnya Aqil pilih jugak kasut pilihan Daddy..kasut scatters Brand DC yang berharga IDR529,000.00.. Mahal gileee kot!

Nasib baiklah Tok Daddy dia yang belanja..heheeheeh..

Lepas tu kami keluar dari Sogo dan ke kedai menjual Telekung n kain pasang..


























Sayangnyaaa..kat sini kitorang hanya stuck kat satu kedai je sebab banyak kedai tutup n sangat kesuntukan masa..Lagipun kedai2 kat sini semuanya tutup awal..huhuhu..So saya hanya sempat beli Telekung for Mak n saya n bibik..dan baju batik for Abah saya dan kain pasang for raya untuk saya dan juga Fridge Magnet kat sana..
(dah habis pun FM tu sebab salah kira dan ramai yang mintak..huhuhu..Sedehhh)

Seterusnya kami ke Kedai Handbag yang semalam kami pergi untuk membeli ape yang tak sempat semalam..dan akhirnya saya terbeli jugak Handbag MK lagi!!heheee

MIL belanja..thnax MIL...kikiki..AKhirnya dapat jugaklah saya handbar yang saya suka dan comfortable..dua pulak tu!!suka..suka..suka..

Hehehe..

Cuma amat mendukacitakanlah jugak for hubby sebab dia tak dapat nak beli apa yang dia nak dek kerana kasut Badminton yang diidam tiadalah size nya pun!

Frust gile gayanya sampai ke malam mencari kasut tidak berjumpa tambah pulak semua kedai tutup on Sunday..Kesian Abang..Sabar ye ..Next visit jangan datang Ahad k..hehee

Balik Hotel area pukul 8malam..dan terus kami ke kolam renang lagi untuk berendam..(gambar tiada.) dan saya pun mula mempacking semuanya untuk pulang pukul 4pagi karang..dan apabila settle..terus tido dalam kepenatan!huhuhu..

Pukul 4 pagi bangun..siapkan semuanya..dan bergeraklah kami ke airport..

Tinggallah Medan..
















Bubbye Medan..

Till we meet again!

Next Year- Bandung !!

Photobucket

Apr 16, 2014

Day II - Danau Toba ke Beras Tagi

Day II –

Keadaan di sini agak janggal jugak bagi saya sebab waktunya yang lebih lewat satu jam dari waktu Malaysia..Jadinya saya ni agak tak biasa dan selalu je terbangun-bangun ketika tidur sebab takut terlepas Subuh sebab masuk waktu Solat nya seawal pukul 5.15 pagi waktu Indonesia dan pukul 6.15 pagi waktu Malaysia..

Selepas solat Subuh saya sempat menikmati keindahan alam kerana hotel yang kami duduki itu sangat berada di atas bukit dan Seluruh Danau Toba dapat dilihat dengan jelas..













Oh lupa..kami menginap di Danau Toba International Cottage ..Hotel Rate : RM150/cottage yang tiada aircond atau kipas sebab keadaan di sana sangat mendinginkan sampaikan malamnya kami trtidur kesejukan!!

Pagi itu..activity kami makan at Hotel n swimming time..Saya tak pulak terasa nak berenang padahal saya ni kaki pool..entahlah malas nak basahkan baju..hanya menemankan anak-anak dan melihat mereka berenang..Air dia sangatttt sehjukkk!!Tapi Medina memang tahan…asyik nak terjun je..hehee..

















Tepat pukul 11.30 pagi kami pun memulakan perjalanan kembali ke Beras Tagi..Antara tempat terkenal di Medan selain Taman Semalam dan Niagara Falls mereka..kami tak sempat mengunjungi lagi tempat2 menarik seperti itu sebab sangat kesuntukan masa..hanya berkesempatan ke Beras tagi sementara itu berhenti makan di pertengahan untuk menikmati makanan tengahari..Jam ketika itu tepat pukul 3.30 petang..





















Sesampai di Beras Tagi memang ingin menaiki Kuda dan menunggang secara sendiri tapi tak berkesempatan pulak kerana kuda-kuda yang ada masih dalam training..so terpaksa ditarik sahaja..

Kami menghabiskan masa di sana hanya 1 jam dan memulakan kembali perjalanan ke Bandaraya Medan..Akan terus ke belakang Hotel Soechi sebelum pukul 7 ptg kerana kedai-kedai di sana akan tutup..di sana ibarat Jalan TAR yang banyak menjual seperti alatan Sukan Handbag Branded dan Mainan kanak-kanak dan beberapa lagi barangan..

Sayangnya ketika kami sampai di sana,tepat pukul 6ptg kedai kebanyakannya dah tutup..dalam 100 kedai hanya 15 kedai je yang bukak dan semuanya kedai bag 10 kedai,kedai sukan 3 kedai n kedai mainan 2 kedai sahaja yang bukak..aduhaii..nak shopping dalam keadaan rushing memang bukan sayalah..menyusahkan je kan..So saya just survey..tapi MIL dah stuck kat satu kedai tu dan borong sampai 7,8 bag kat situ je..huuh
Saya pergi dari satu kedai ke satu kedai semuanya tak berkenan di hati..sampai lah terjumpa satu kedai dengan berteman kan hubby sebab saya kena melalui QC dari dia dulu..kalau dia kata ok,baru saya beli..kalau tak,saya tak beli pun..akhirnya membeli lah jugak saya satu handbag Micheal Kors dengan harga IDR200,000.00 sahaja..murah!!hehee..

Selepas itu..terus kami ke Grand Aston Hotel untuk menginap disana..













Selesai mandi,kami bergegas pulak ke Restaurant Wirama for Birthday Celebration For Aina..Adik bongsu hubby..Makan,memang marveless..udang..sotong..fuh heaven..memang sedap ggileee..

Lepas tu kami ke Merdeka Walk yang berhadapan dengan Hotel kami sahaja..untuk berjimba-jimba sebab kat situ ada mini Fun Fair..heheee





Hotel kami di belakang saya tuu..

Tepat pukul 12 sampai hotel dan memulakan sesi berurut pulak..urut satu badan di bilik..tapi tak best sangat pon orang tu urut..maybe dia rushing nak balik..huhuhu

Seterusnya Tidooo..

NEXT!!




Pssss: Nanti saya Blog walking tau..InsyaALLAH hari Sabtu nanti..Rindu nak jengah 'rumah' kalian semuaaa..Tunggu yeee..





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...