Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Showing posts with label Eczema. Show all posts
Showing posts with label Eczema. Show all posts

Nov 17, 2014

Medina dan Eczema berpisahnya tiada - Refer KPMC Puchong

Medina di kesan menghidap Eczema ni right after Stop BREASTFEEDING..immediately effect!seriously..kesian kan..Memula sikit je tompokannya.. sekali tu makin lama makin besar..makin merah..saya ada tukar-tukar susu jugak, tapi tak jalan..still sama..

Saya refer gov, diorang bagi cream ape nama ntah..sampai ubat tu habis, eczema tak pernah kurang..makin teruk adalah..so saya pon beli cream kat Farmasi..



***Tak Jalan langsung!Frust!

Sampailah ke bulan ni..eczema dah merebak kat kaki, telinga, leher,ketiak..oh kesian sangat tengok dia..walaupun dia tak pernah merengek, tapi kita tau dia tak selesa..

Minggu lepas, eczema dia dah merebak ke bahagian mata..so saya rasa this is the time!moh kita jumpa pakar!

Dan semalam , barulah ada masa yang sesuai untuk jumpa Dr Azwan, (Paeds Medina since lahir)kat KPMC Puchong..as usual Dr Azwan memang tersngatlah bagusnya dalam bab penerangan n good listener jugak!

Masuk je bilik Doctor, terus Dr Azwan tu bangun n sambut kitorang dekat pintu  n salam each of us except Mommy..terus jemput duduk, lepas tu Medina pon as practiced sbb dia kan peramah ( practiced kat dalam keta, tunjuk tempat sakit) terus Dr cakap ini ECZEMA!

Doctor tanya cream ape pakai all this while?ni eczema dah lama, Eczema dia dah makin tebal n dry sangat!so condition dia memang teruk!huhuhu..Sedihh..

Lepas tu cerita itu ini..n Doctor tu advise how to treat Eczema in correct ways:


  • Kena selalu pakai pelembap..esp kat bahagian yang kering n merah tu..Beli pelembap murah-murah pun takpe tapi janji kena pakai sekerap yang mungkin..So dia suggest beli brand Acqua kat Farmasi.. (RM20++ 500g)
  • Kena kerapkan mandi..supaya kulit dia sentiasa lembap..kalau boleh mandikan dia dalam 3,4 kali sehari.. InsyaALLAH Eczema dia akan terawat
  • Eczema Medina bukan disebabkan susu atau pemakanan sebab kalau dia allergy disebabkan susu n makanan, habis satu badan akan terkena infections. Tapi Medina tak, hanya spot-spot yang tertentu je esp kat pelipat kulit.. (Lengan, Telinga, leher n kelopak mata) so no need to jaga on makan dia n susu..just boleh bagi susu macam biasa.
  • Pastikan kuku dia sentiasa pendek dan bersih.
  • Dan Doctor Azwan ada bekalkan Ubat Syrup untuk tahan gatal yang boleh makan bila nak tidur je supaya dia tak menggaru ketika tidur.
  • Doctor bekalkan jugak Lippocream which is ada steroid sapu kat spot yang infected so that Eczema Medina akan cure..sapu senipis yang mungkin 2 kali sehari.
  • Follow up balik dengan dia dalam masa seminggu dari sekarang.
Semoga Eczema Medina cepat hilang dan sembuh!Amin..





Gambar ni 2 bulan lepas..Gambar sebelum letak KPMC Puchong tak sempat nak tangkap..tak ingat..huhuhu..



Dan ini ubat yang Dr Azwan bagi..

***Alhamdulillah ada improvement..nanti saya update lagi k..


Total cost Hari Khamis hari tu RM124.00 Charge Doctor tak mahal RM30.00 je tapi Ubat yang mahal RM79.00..So far saya puas hati sangat dengan service Dr Azwan ni sebab nampak sangat keikhlasan dia nak membantu n bukan sebab duit semata..dari dulu lagi saya perasan..Hubby pun suka dengan service dia n kalau lah Insurance cover kat KPMC Puchong ni dah lama kalau anak-anak sakit je, senang refer kat sini je..sebab very satisfied with all services provided!kalau anak demam pon. ingat nak refer sini je..sebab puas hati sangat..dari pergi klinik yang tah pape je tu kan..

Okla daa..

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...