Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Showing posts with label Current Issue. Show all posts
Showing posts with label Current Issue. Show all posts

Dec 21, 2012

INFO: Dividen ASB 2012 is 7.75 % + Bonus 1.15 %

Alhamdulillah..di pagi Jumaat hari ini telah disajikan dengan BERITA BAIK buat semua pelabur ASB (termasuk saya!!)..hihihi

Baru saja tadi telah diumumkan Dividen utk pelabur ASB bagi tahun 2012 adalah sebanyak 7.75% dan ditambah dengan bonus 1.15%..

Compared to last year, ade peningkatan sedikit dividen tahun ni sebab last year 7.65% je..tapi tak banyak pon peningkatan yang ade...Tapi stil ALHAMDULILLAH..

Adela jugak duit lebihan sikit kan...selalunya dividen yang saya dapat, semuanya habis ke Road Tax+ Insurance keta Putih tu!!huhuhu..(tula sape suruh pakai keta memahal!!bagi saya mahal la kan..) last year road tax + Insurance je RM1900++..this year mungkin kurang sikit kot..mungkin akn jadi RM1700++..Hopefullyla..TAPI!!yang tak bestnyaaa...kena servis jugak dalam masa yang sama ..utk tahun kedua punya servis pulak tu!!KIA pon dah bg estimate harga nak servis..maybe around RM800..huh!!mencekik sungguh kan..

Tu yg kalo dapat dividen pon mmg tak enjoy pon!!sbb habis ke kereta je..Kebetulan pulak 'Birthday' keta tu bulan dua, mmg kena sangatlah duit dividen yang masuk every 1 Jan setiap tahun..haihlaa..lambatnya nak tunggu 9 tahun..hihihi..

Duit nak deliver pon bleh topup skit la ngn duit Dividen yang husb dpt gk..bleh la org kata tu nak hidup..before saya dapat keja bebetul after pantang nanti!!Haih..tak sabar nak keja bebetul n dapat Gaji yang best sikit!!hihihi..

Korang semua ade simpan ASB tak??cepat keluarkan calculator masing-masing..bleh berangan nk shopping skit..hihihi ...ataupun kalo yang amik loan ASB dengan mana2 bank, bleh bayar balik loan yang tiap2 bulan tu kan... :)

Kredit Berita : Utusan Online


IKLAN:
For those yang berminat nak ambil insurance (Prudential/PruBSNTakaful) starting this month (Dec'12), boleh la cepat-cepat contact agent anda di 012-3816041 (Jeffry) utk maklumat lanjut!PROMOSI!! sesiapa yang subscribe this month, akn dpt premium free for next month!!means tak payah bayar utk bulan Jan'13...akn start bayar balik on Feb'13. Menarik bukan???haaaa jom kita dapatkan perlindungan terbaik dari Prudential / PruBSN Takaful...

Free gift akn diberi kepada yang berminat!!

Photobucket

Sep 20, 2011

OffTopic sat:Seperti ada yang tak kene dengan Lirik Berdua Bersatu by Fourteen

Saya suka sangat dengan lagu ni..arrangement music dia sgt best n fresh…

TAPI…

Saya rasa mcm ada yang tak kena la dengan lirik lagu niCuba hayati n amati betul2…
Agak2 kita sependapat tak??

Huhuhuh..

Berdua Bersatu by Fourteen..(Group inspired by K-Pop)

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar

Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas

Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu


Fourteen

Rasa-rasa bleh di sama kan tak dengan kisah Natasha&Hafizuddin dan dengan beberapa kes yang bersepah sekarang ni??What say you??

May 18, 2011

Saya KEMBALI!!Tgk wayang Mode is ON!!

Apa khabar  awak semua??rindu betul saya kt awk2 semua...Awk2 rindu kt saya tak?hehe..
Sehari tak bukak blog rasa mcm hape je!!serius bosan!!hikhikhik..

Semalam bercuti kerana Wesak hari ni dan seterusnya bercuti kerana sedang bercuti..syoknyaaa..
Semalam saya plan dgn huby nk tgk FAST5 kt Sunway..
Siap dah hantar Aqil kt Bibik around 3..sekali tu dah sampai SUNWAY,Mak aiiihhh...panjangnya QUE..
Camano ni..sekali tu tgk kt Screen pukul 4.15 SOLD n 5.40 FEW..pukul 7 ade lagi..tapi mmg harapanla kan nak tgk pukul 7..kalo tak kerana budak botak tu dah lama tgk jugak...hihihi...tapi apakan daya takkan nak tinggalkan Aqil lelama pulak kan..

SUdahnya...Weall juz beli tiket utk hari ni je..pukul 3ptg pny show n siap duduk kt  Couple Seat lg...chewahhh romantik gitu..aahahahhah...bukan senang nak tgk Daddy sesuka hati beromantik sebegitu..kikikik..

So sekarang..dah hantar Aqil pg2 lg kt rumah Bibik ...Senang saya nak buat kerja..saya dah siap kemas n polish bilik sendiri dah sidai kain n ingat nak masak..tapi tetiba malas pulak..kikiki..
tanya En Suami dia kata "ikut Bie la"..memula mmg saya nak masak jgk..TAPI mmg malas sgt...takyah la kan..esok je la..heheheh..

Tgh menunggu-nunggu show pukul 3 ni..n tak sabar nak mkn PopCorn sambil tgk wayang dgn huby tercinta...rasanya mau makan setahun jugakla saya tak tgk wayang gara-gara taknak bw Aqil tgk wayang..rasanya uncontrollable kalo bwk Aqil sekali..huhuhu..Faham2 jela yek..

Fast n Furious 5..Orang kata Best Gilerrrrrrrrrrr...Yeke???

Apr 19, 2011

Kompaun oh Kompaun!!

Last Month kan...Saya ter kena kompaun..
1st time ever saya kena kompaun..
Kejadian ni dah nak dekat sebulan jugak tapi saya tetap tak punya masa nak mem bayornya..
huhuhu..
1st 14 days RM 30 only
14days-28days RM 50
28days plus plus RM 100...



SO cepat-cepatla bayar Pn AIda oiii..takkan nak tunggu dah cecah RM 100 br nak bayar??
haiyoo..
sebenarnya hari ke 13 saya kena kompaun ni saya dah kelam kabut la nak bayar kt Post Office..
tp tetap tak sempat gak..lepas tu dah terpaksa bayar RM 50..saya pon cam taknak la..arhgghhhh nantila dulu..

RUpanya ade hikmah juagk saya nantikan dulu tu..

Sebab..lepas je saya balik dr post office n tak jadi buat postal order,
saya ada terbaca dlm paper yg MBSA ade buat diskaun untuk semua kompaun MBSA..

laa yeker...fuhh nasib baik saya tak bayar pon RM50 tu tadi sebab after discount saya just perlu bayar RM 15 je..hurmm untungkan...
tapi akibat sikap "nantilah dulu" saya ni...RM 15 pon terlepas jugak..
Sekarang ni offer RM 20 pulak..minta-minta saya sempat nak bayar RM 20 only..
Tima kasih MBSA..Love u lahhh...

For the details can refer this...

Courtesy from MBSA Website
Photobucket

Apr 14, 2011

Kerana MAHARAJA LAWAK...Pakej Mustika Harus dibeli!!

Yup!!Since Maharaja Lawak hanya bersiaran dua minggu sahaja bagi tayangan Astro Prima maka Encik Hubby dengan sukahatinya telah menukarkan Pakej Kartun kepada Pakej Mustika!!

Dengan Alasan...

Aqil mana reti tgk kartun lagi...Dia buat tak layan je kartun tu..So Abang tukarla..

Takpela bang..janji abg yang bayar..Bukan Bie!!ahaksssssssssss...

Peminat Maharaja Lawak mmg ramai ...
boleh kata semua menonton Maharaja Lawak ni..
Termasuk anda!!betul tak??

hihihi..

Saya pon jugak...........
(Jambu n Jozan)

Dan saya amat pasti Astro telah berjaya dalam strategi pemasarannya untuk meningkatkan penjualan Pakej Mustika dengan menarik pelanggan melanggan Pakej ini dengan hanya bermodalkan MAHARAJA LAWAK sahaja..

Pandai kan??

uhukkk...

Dulu boleh kata tak pandang gak la Pakej Mustika ni sebab....
 yerla yg ade dlm tu just ulangan ulangan cerita dan kalo bukan ulangan pon akan dimainkan jugak di Astro Warna or Astro Prima...Mcm Adnan Sempit the Series...FIlem-filem yg dah banyak kali ulang..Cerita Hindustan yang pelik-pelik n mcm tak menarikk..
sape nak langgan??betul tak??

Ohh pada sapa yang tak tau Pakej Mustika ni consists of tiga saluran..



AStro Citra ade cerita-cerita bersiri mcm suatu ketika..Si Tanggang..dan filem-filem Melayu yang lain ..mcm Duyung, Cinta SI Pari-pari n mcm2 lagi..

AStro Warna more focus on Lawak...Gelak ketawa n cerita komedi-komedi yang lain...Maharaja Lawak ade dlm saluran ni..

B4U pulak focus on Cerita-cerita Hindustan..ade yg dah pernah tgk n ade jugak yang belum tgk..tp most of them yg tak pernah tgkla..
(tp tak best pn!!)

Dan harga bagi ketiga-tiga saluran ni hanyalah..



Sapa yang berminat dengan pakej ni secara amnya dan Maharaja Lawak secara khususnya silalah langgan Pakej ni secepat mungkin sebab Gelanggang Maharaja LAwak untuk esok HANYA ditanyangkan di Astro Warna Sahaja...

Jom Kita meng kaya kan ASTROOOOOOOOOOO...

Uhukkkk...
Photobucket

Apr 5, 2011

Penampilan isteri di mata suami...

Saya cume hanya untuk berkongsi sesuatu..

Sesuatu yang saya rasa perlu untuk kaum isteri ubah..(sesiapa yang berkenaan saja ye bukan semua)

Saya ade sorang kawan..

Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak..

tetapi saya berpendapat dia mungkin sedang menghadapi masalah rumah tangga dari apa yang di post kan di status FB nya saban hari.. "suami ku buat hal..Hati tak tenang..jgn percaya org terdekat kerana mereka mampu merosakkan rumah tangga anda' dan mcm2 lg lah..
(bukan saya nak sibuk jaga rumah tangga orang..TIDAK!!cuma saya ingin memberi sedikit kesedaran)

Cuma saya tak suka dengan cara dia 'bercerita' pada seluruh dunia tentang masalah dia yang boleh membuatkan orang beranggapan yang bukan2..seorang Isteri harus menjaga maruah suami selama mana dia masih bergelar isteri..

(kalau salah tolong betulkan)

Ok STOP!!bukan itu yang saya ingin bincangkan..tapi..

Saya nak menyeru semua kaum wanita di luar sana supaya sentiasa menjaga penampilan di depan mata suami..Kalo boleh pertontonkan yang indah2 saja..

Maksud yang indah2 di sini, tolong jaga penampilan kamu terutamanya  dr segi IMEJ..yup imej sangat penting..especially yg masih MUDA..definisi MUDA di sini sangat Universal..selagi kamu merasakan diri kamu muda sila lah berpenampilan yang Up To Date sikit..

UP To Date bukan menjolok mata tapi sesuai dengan imej kita yang bertudung dan beragama Islam..Pada saya tak salah kalo kita berfesyen sikit asalkan suami mengizinkan dan menutup aurat..

(say bukan pakar tetapi cuba untuk mengingatkan sesama kita)

La ni saya tgk ada yang masih MUDA..YUP Muda..seusia saya..iaitu 26 tahun baru tapi penampilan sangatlah seperti makcikmakcik yg dh middle 45 an..seriyess.itu yg saya perhatikan pada kawan saya..pakai T-shirt nak pg pasar,tudung EKin yg sgt ala kadar dan kasut pengawas yang kaler hitam n berkulit  lg tanpa heel..dan keluar pg Zoo negara atau keluar bersama keluarga..atau kadang-kadang pakai T-shirt lengan pendek n tudung Segera!!

Heeiiii..Kamon lah!!kamu masih muda kenapa nak kelihatan seperti mak-mak kita..nak kata tutup aurat sangat pon takdela tapi penampilan kamu sangat tak sesuai la..Please make some changes on ur appearances for the sake of ur relationship between u n huby..Please ya..

Nak kata saya Up To date sangat takdela..tapi as long as huby saya suka, saya ok je..Cuma saya ade terbaca dlm Utusan "ramai ISteri terlupa berhias untuk  suami"

After saya reviewed article tu saya jadi panic ya amat..terus saya tanya huby..
"abg..bie ade bc artikel ni tau,abg suka ke kalo kat rumah bie pakai Jeans sentiasa sebab kalo kita jenjalan bie pakai jeans"
"Gila ape nk pakai Jeans kat rumah??Simple sudahh"
"Pakai kain batik boleh??"
"Pakai la ape yang bie nak pakai.."
"heheheh..thanks abg!!"

(kengkadang pakai kain batik nmpk seksi uolllssssss..hihihi..tp sy bkn peminat kain batik pon!!hukhuk)

SO saya dah dpt green light nak pakai ape yang saya suke (saya prefer yang islamic sikit)..Jadi all wifeysss plz ask ur huby ya Imej ape yang disukai mereka...

Semoga Rumah Tangga kita semua dirahmati OlehNya..

Amin...

Photobucket

Mar 29, 2011

Pemandu wanita bahaya?????????????

KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.



Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.



Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon.



‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita.



‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini.



Kenyataan itu membangkitkan kemarahan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) yang serta-merta meminta Bung Moktar menarik balik kenyataan itu kerana tuduhan tersebut bersifat umum.



‘‘Minta tarik balik Yang Berhormat (YB) terutama perkara berkaitan pemandu wanita kerana ia terlalu umum,” katanya.



Bung Moktar ketika mempertahankan kenyataannya itu dengan tegas berkata, beliau ikhlas menegur kerana ia melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya yang lain.



‘‘Saya tidak berhujah berdasarkan emosi dan itu juga tidak bermakna saya tidak menghormati wanita. Saya tetap menghormati mereka.



‘‘Namun perkara ini perlu diambil perhatian lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pemandu wanita yang baru lulus daripada ujian memandu,” katanya.



Nancy Syukri (BN-Batang Sadong) ketika mencelah berkata, kecenderungan pemandu-pemandu wanita yang baru lulus memandu secara perlahan adalah kerana mereka amat berhati-hati.

Source:UtusanOnline

Komen saya:
Tak semua pemandu wanita bahaya dan tak semua pemandu lelaki tak bahaya..Mungkin tak semua pemandu wanita yang memandu secara berbahaya mungkin % nya melebihi pemandu lelaki dan terpaksa juga akui yang pemandu wanita ni kurang PEKA dengan sekeliling itu yang kadang-kadang sipi2 pun kena langgar..ALASAN:tak perasan la..tak nampak...tak taula pulak paip air ade kat depan...eh..ade motor ke kt belakang??...ingatkan kereta depan dah jalan...huhuhu..

Pikir-pikirkan dan selamat beramal...hihihih..

***Rahsia Besar:yang bagi alasan tu semua adalah tuan punya blog ini sendiri..hikhikhikhik..Jangan Marah naaaa....

Photobucket

Mar 25, 2011

"Pasangan Dingin"

Semalam Khamis malam Jumaat..betul??
So ape ade pada malam Khamis malam Jumaat??(ahahahah..saje je buat suspense)
Semalam kan ade siaran langsung Semanis Kurma..saya pon sempat la follow rancangan tu sampai habis ditemani oleh budak botak n his daddy kat sebelah tapi asyik sibuk dengan SGTab dia..huh!!

(dingin betol la abg ni)..hikhikhihik..

Semanis Kurma..
Saya mmg SUKA sangat tgk citer ni sampaikan kengkadang ulangan pon saya layan sebab sedikit banyak boleh menyedarkan kita tentang alam rumah tangga and kalo ade mana2 yang salah boleh kita perbetulkan..betul tak??
So semalam punya Topic was 'Pasangan Dingin' and tetamu jemputan were Tn Hj Mohd Hushim (my favourite kaunselor perkahwinan), Syed Aiman and Linda Rafar..

Discussion went on well..very well..infact got so many callers..but most of them having the same problem which more about poligami..urghhh..takde kena mengena sangat dengan saya tapi mana points yg kene2 skit tu saya pon cepat-cepat la take note..
(chewahh take note kunun!!)

Tapi bestla..actually tak semua pasangan dingin tu disebabkan suami sebab kengkadang di pihak isteri pon ade kekurangan jugak..mcm ade satu caller semalam cakap yang dia sendiri (isteri) yang dingin..Dia pon tak tau kenape tapi bile suami dia nak belai2 or sentuh2..dia tak suka..dia rasa benci..padahal dia sayang suami dia..dia pon musykil..

SO Tn Hj ni buat conclusion yang mungkin suami dia ni nak bermesra tak kena tempat..mungkin ketika itu si isteri ni kepenatan jadi belaian or sentuhan tersebut sangat tidak sesuai pada masanya..mungkin juga..tapi Ustazah Nor Ba'yah cakap mungkin juga ade faktor sihir atau ilmu hitam dalam rumah tangga tersebut..Mungkin...

Dan tak semua pasangan dingin disebabkan isteri jugak..Suami pon boleh jadi dingin n kebanyakan caller call bila dah poligami suami terus jadi dingin sedinginnya..Kesian kat isteri pertama sebab suami asyik angau dengan bini baru..huh!!sampai anak-anak pon diabaikan ..sedih kan..hurmm..donia..

SO conclusion sket yang saya bleh buat after tgk Semanis Kurma semalam ialah..ape-ape masalah yang timbul diantara masing masing harus BERTERUS TERANG samada pahit atau manis untuk ditelan..
Lagi..sentiasa luangkan masa untuk melakukan aktiviti bersama pasangan masing-masing dan imarahkan lagi hubungan yang telah terjalin..
Lagi..jika berkesempatan pergilah bercuti dan hargai masa-masa yang dilalui bersama..

Lagi???...heheheh...dah macam pakar pulak padahal baru je cecah angka tiga bukan tigaploh pon la Pn Aida oi!!so tak payah berangan nak bagi kaunseling perkahwinan pulak..

Happy Friday Uolssss!!!
 Photobucket

Feb 17, 2011

Perihal tentang hutang PTPTN~Saman~Mahkamah~Kos Guaman-Kelihatan Sudah Sangat Desperate!!!

Pagi ni terasa macam - macam info telah diperolehi...
Malam tadi My MIL mengadu bil astro dah naik...naik quite 1% even rasa cam sikit tapi tetap terkesan jugak rasanya buat saya yang bukan berpendapatan tinggi...
Pagi ni pulak..baru je received bil astro rumah saya..and Again..dah naik jugak!!!
***Subject to Government service tax***
Yes!saya sangat alert bila PM announce service tax dah increase..effective 2011...memula tu rs cam tak kisah sgt , tapi bila Utility bills rumah saya dah cecah RM 700 per month tetiba rasa cam tak mampu!!!huuuuu...

Pagi ni plak..bila bukak FB..ade status kwn huby cakap dia dah kena muflis sbb tak pernah bayar PTPTN since he was graduated on 2007..(salah dia la kan..sapa suruh dia tak bayar langsung!!huh)..minta2 saya tak la dikenakan muflis..even saya dah kena pegi mahkamah but still sy byr RM 100 per month jgk!!But then bila saya tengok komen-komen kt status dia tu,ade sorang tu cakap..PTPTN sekarang sgt strict n akan cari penghutang-penghutang depa tu sampai ke lubang cacing..and even Govt servant pon depa akan sekat kenaikan pengkat!!dahsyat betull laaaaaaaa...No komen rasanya kat sini!!Malas nk komen ttg PTPTN..cuma ade sedikit rasa sesal sebab tak pernah tau kewujudan channel lain yg boleh biaya study sy dulu instead of PTPTN yg agak cekik darah..(that was my own opinion!)

Sekarang ni sesiapa yang ade saman trafik pulak kena settle kan dalam masa 3 bulan sahaja n not later that that because the amount will increase due to interest charges..Dahsyat tak?dan lagi semua kesalahan trafik akan di centralize kan tak kisahla saman tu dari JPJ ke polis ke PBT ke semua la...tak tau what actually their purposes...Yang penting As of now saya tak pernah kena saman lagi..Alhamdulillah...

Another info..Kos guaman akan meningkat kepada 400%? WTH!!!quite huge amount..dengan alasan tangunggjawab peguam semakin berat sebab peguam-peguam kt Malaysia ni kena selesaikan satu-satu kes dalam masa 3 bulan jugak!!kalo lambat, saya tak tau diorang kena ape..400% tu!!dahsyat toll..Bayangkan kalo sebelum ni kos guaman yang saya kena coz PTPTN RM 200.00..kalo naik 400% maknanya sekarang ni kos dia akan jadi RM 800.00 la instead of RM 200 before ni??hurmmmm...duit..duit..boleh melayang mcm tu je!!!

What will happen next??I've no idea but then have to be more careful in spent of our money because everything can be unpredictable now!!!urghhhh...hard to think of if our loan to buy our 1st car has approved...Cant think of it Now!!!


***bulan ni dah kurangkan habit shopaholic dlm diri sebab big commitment just on its way!!hahaha...(susah kot untuk tidak pandang pada baju yg cantik2..shawls yg menawan!!baju-baju Aqil yg comell make up yg mengujakan...ohh semua itu harus dipandang sepi!!-MODE: Sedih!!)

Photobucket

Jan 14, 2011

Diana Amir kembar saya?????

Sape yg tak kenal Diana Amir?
Hurmm.. she's now 1 of actress yg sedang meningkat naik skrg ni..kire Newcomer for Industri hiburan la..
Penah berlakon few malay dramas n Impian Ilyana juge!!

Ok stop sesi perkenalan dgn Diana Amir ni...
hihihih..
Tajuk cam gempak je kan..
Actually tgk macam saya je yg perasan lebih kan..
ahahah..sebenarnya tak pon!!In Fact saya cukup marah kalo ade orang cuba nak kaitkan saya dengan dia..
huhuhuhu...

Dulu kan...
Time saya tgh Study kt USM la...
Saya amik Accountancy..waktu 2nd year ade orientasi n saya one of fasi yg involve tuk alu-alukan freshies ni..
n Diana Amir quite top freshies jugakla sebab??
sebab dia cantik...ayu...comel..bertudung litup lagi tau..
pendek kata sebijik macam saya..(depa kata yer..saya tak kata!!)

Sekali tu ade event,pastu Dodi ni  (panggilan tuk Diana Amir ) get involve dlm tarian tradidsional..
pastu ade close frens saya kata
"weh budak tu mcam ko la!sebijik!!gaya dia ..liuk lentuk dia..sebijk mcam ko"
"isy!!tak sama langsung ok"
"takla..tgk dari bawah ni (n Dodi waktu tgh menari kt ats pentas) mmg kalo tak tau ko ade kt bawah, dh lama aku ingat ko yg menrai kt atas tu..."
pastu ramai lagi la yg kata benda yg serupa..senior2 pon sama..

Hurmmm saya pon terpikir..serupa sangat ke?saya rasa mcm tak!!
dah lelama tu..saya pon selalu terserempak dengan dia..saya pon noticed benda yg sama..
ade sikit persamaan..
sikitla..saya tak kata dari segi rupa..tapi dari segi gaya...

Saya dulu obsessed ngn Pink color..kalo bole baju,tudung,beg,kasut , gelang suma nak kaler pink!!Seriously Obsessed!!Saya pon tak faham kenapa saya begitu Obsessed..

Sekali tu...saya tgk Dodi ni pon sama..Obsessed ngn Pink gk!!haish kebetulan ke ape..selalu pakai tudung pink seluar pink..n mostly in Pink color..1 PERSAMAAN

Saya dulu..agak ranggi la..suka pakai gelang yg besar..jenis loose pny gelang n mcm1 kaler n Pink adalah kaler yg wajib!!

Sekali tu..dia pon sama gk la!!suka pakai gelang yg type cm yg saya suka..

Saya suka pakai kasut vincci..dia pon suka jugakk!!

Gaya saya pakai tudung pun sama dengan dia..hujung dua2 side akn pin kt bahu kiri dan kanan..mmg serupa la..

Dahla satu fakulti or satu School n kekadang terserempak, dia suka pandang saya dengan satu pandangan yg hormat pada senior yg look alike her..ahahahha..

Saya rasa dia pon tahu org dok kata yg dia mcm kembar saya...huhuhu...tapi saya buat tak reti jer...malas nak amik port!!sbb saya tak suka ade kembar..Ahahhaah..Boleh ke macam tu???

Banyak persamman tapi CONFIRM bukan saya yg tiru dia eh..lagi-lagi plak dia tu kan junior saya..mana mungkin saya ade hati nak tiru dia..tak kuasa ok!!Mungkin hanya kebetulan sahaja..




Photobucket

Jan 13, 2011

Fakta dan pendirian yg rapuh oleh Mama Fasha Sandha..

Assalammualaikum..
Pepagi dah selak Kosmo!!Almaklumla Front Page Fasha Sandha!!Sape yg taknak baca kan..Besar plak tu gambar dia..
HUHUHU..
Jgn ter percaya saya ni peminat Fasha Sandha Ok!!Tak Langsung!!Tak Minat!!Tak Suka..cuma nk share something oleh kenyataan Mama FS dlm Kosmo M/s 3..(uuppps kenyataan ni adalah kenyataan balas tentang gambarnya berbikini di Bali)

Sedikit kenyataan dia yg saya rasa macam pelik..
"SAya dapat tahu selepas kakak FS, Baby beritahu mengenai isu tersebut yg mula diperkatakan di Internet. Apabila Isu tersebut mula-mula di laporkan KOSMO! pada 10 Januari 2011 lalu, saya buat tidak kisah kerana ingat ia akan reda tetapi nampaknya semakin berpanjangan. Sebagai seorang ibu, saya malu dan sedih kerana ia seolah-olah menunjukkan saya tidak memberi didikan agama kepada anak saya"

Alhamdulillah..
Sekurang-kurangnya ada terbit rasa kesal dari hati si ibu tentang perihal anaknya..
Sekali tu kan...
Haaa bacalah...

Kosmo: Apakah Pandangan Mama tentang Imej FS berbikini?
Mama FS: Kalau di sana (Bali) tak kisahlah tetapi jika di Malaysia memang tak bagi pakai. Kami pun selalu pergi mandi manda disini, tetapi FS hanya pakai Baju T dan seluar panjang. Kami sekeluarga pernah bercuti di Phuket, Thailand sebelum ini dan Fasha pakai pakaian yang sama (bikini) tetapi tidak masuk surat khabar sebab kami tidak memuat naik gambar tersebut.

Haihla Mama Fasha SAndha oiii...
Ape-apelah...Lu Fikirlah sendiri!!!


***Nora Danish lagi sweet kan..ahaks....Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...