Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Jan 14, 2016

Jom dapatkan Jam Tangan Kasual Anda di Zalora Malaysia Sekarang!!

Assalammualaikum..

Hello readers! Lama sungguh tak bercerita kat sini dan tiba tiba nak buat satu review pulak?heheheee..accept je lah kan..

Actually saya nak bagi satu review and overview pasal “Fesyen Jam Tangan Kasual”.. Sounds Interesting kan sebab kebanyakan dari kita mesti suka pakai jam tangan bukan?termasuk jugak dengan saya!kalau tak pakai jam tu rasa macam kehilangan sesuatu dan rasa tak lengkap ?Jadi entry ini sangat berguna untuk anda terutama Pencinta Jam!hihihi.. Tiba tiba je dapat idea ni sebab sekarang ni saya memang sedang mengumpul koleksi jam tangan ..heheee..


Ok Jom kita mulakan!
Fesyen Jam Tangan Kasual


Seperti pakaian dan kasut, koleksi jam tangan juga terbahagi kepada kasual dan formal. Atau dengan kata lain, ada koleksi jam tangan yang sesuai digayakan untuk aktiviti kasual atau santai dan ada juga jenis jam tangan yang hanya sesuai dipakai ketika majlis formal. Untuk pemilihan jam tangan kasual khususnya, ia sering dikaitkan dengan rekaan jam tangan yang lebih ‘happening’ dan berwarna-warni. Material jam tangan tersebut juga memainkan peranan yang penting. Misalnya, jam tangan bertali kulit adalah lebih sesuai digayakan bersama pemakaian formal ke pejabat. Jadi, jenis jam tangan apakah yang boleh dikategorikan sebagai koleksi jam tangan kasual?

Silicone strap watch. Jam tangan jenis ini sememangnya sesuai digayakan bersama pakaian kasual dan tali jam yang diperbuat daripada silikon memberikan keselesaan kepada si pemakai sepanjang pemakaian. Selain itu ia juga ia nampak classy dan elegan.Sangat sesuai untuk kita keluar bersama rakan terutama sekiranya kita mempunyai “movie date”, rasa memang sesuai sangat dengan tema!

Synthetic Strap Watch juga merupakan jenis jam tangan kasual yang paling diminati ramai. Ia menjadikan si pemakai tampak lebih simple dan santai. Jenia tali yang menyerap peluh, sangat memberi keselesaan yang maksimum kepada si pemakai. Dan Ia juga memberi mood ceria kepada yang memakai jam jenis ini.


Dan seterusnya adalah koleksi Digital Watch atau jam tangan digital. Ini merupakan jenis jam tangan yang paling digemari oleh individu yang sukakan aktiviti lasak. Koleksi jam tangan digital seumpama ini sesuai di pakai ketika melakukan aktiviti sukan dan outdoor kerana ia dilengkapi dengan ciri-ciri istimewa seperti water resistant, shock resistant dan lain-lain lagi. Selain itu juga ciri ciri keselamatan yang ada pada Jam tangan jenis ini sangat membuatkan si pemakai berasa yakin terhadap semua aktiviti yang mereka lakukan.

Dan juga beberapa jenis lain lagi Jam Tangan Kasual yang anda boleh dapatkan di Zalora Malaysia. Ada lebih beratus jenis dan jenama di sana!


Jom dapatkan jam baru 2016 masing masing di Zalora Malaysia!
Photobucket

Oct 15, 2014

Review Pampers : Goon:: Pet Pet::Drypers::Huggies::Whoopiee::Diapex

Hari ni rajin sikit update Blog walaupun bz kemaennn..hihih..

So hari ni nak buat special review sikit pasal pampers jenama2 kat atas..

jenama2 tu semua Medina pernah try..dan bagi saya antara yang terbaik adalah..

Goon~
Sebenarnya brand ni saya baru je beli dan guna. Memandangkan ia agak mahal (mahal daripada pampers lelain tapi murah dari mamy Poko) so expectation saya sangatlah tinggi!saya pon sangat berharaplah kan ia akan berbaloi dengan ape yang saya bayar..eceh.. Sekali tu kan after half month pakai, OMG!kualiti dia sangat lah low..kita pegang material dia pon kita dah tau..lepas tu kalau Medina Wee je kita dapat rasa dan berbau!Ouh tensi!tak sabar nak habiskan cecepat so that saya boleh beli yang lain..bagi saya tak berbaloi dengan Harga dia RM53.90 size L 64. Tapi size dia memang besar dan selesa..



Pet Pet ~
Bagi saya ok jugak brand ni..sebab Medina takde rashes atau bocor..Quality material dia pon ok n kukuh..tapi masalah dia, kalau kencing sikit je berbau..so agak tak selesa buat saya menggomol Medina (hehe) yang membuatkan saya akan cepat-cepat tukar dan pembaziran pon berlaku..hihi..harga sebenar mahal lah jugak kot RM43.90 tapi saya takkan beli harga semahal itu..saya beli selalu time promotion..hehee..RM32.90 kat Speedmart..Berjimat itu perlu..hehee



Drypers~
Antara brand yang saya pangkah sebab kulit anak2 saya sangat tak tahan dengan Drypers ni..baik Aqil baik Medina..Montot diorang akan cepat je merah n kena rashes..kesian sangat..walaupun harga sangatlah affordable within RM30.00 tapi memang saya takkan beli Drypers..Melukakan..hehee



Huggies~
Yup..antara yang ok jugak dari yang lain-lain..Tak berbau dan tak cepat penuh..selesa dan dapat berjimat jugak..Cuma saya tak suka dia akan leaking sebab design pampers tu sendiri sangat lah kecik..tempat nak tap tu sikit dan bila kita lekat, kat tepi tu still tak cover..so saya tak berapa gemar sangat.. Harga Huggies Dry tu RM29.90 pon dapat..tapi saya ingat nak beli yang Huggies Comfort Dry RM36.90 after this..




Nak cuba yang merah ni pulak nanti..hehe


Whoopiee/Diapex~

Quality tak sebagus Pet Pet tapi harga memang murah gile..kalau kat Expo dapat yang pek Jumbo tu RM25.00 je tau..kdg2 pn Tesco rajin buat sale n harga RM25 pon boleh dapat..kalau pakai cepat bocor n penuh..so Husband tak bagi dah beli brand ni..dia punya kapas pn nipis je..Not advisable la kalau nak beli walaupun murah..hehee

After all saya rasa brand Mamy Poko tetap yang terbaik!seriously..tapi macam biasa memang pricey dan saya tak mampu..hehee..tapi kan semahal-mahal Mamy Poko..mahal lagi brand Pampers tau!OMG harga dia tak menahannn..hehehe..

Kita pakai Huggies je la ye Medina..

Tapi kalau New Born memang saya beli Mamy poko je siap-siap sebab kulit New Born sensitif n kita tak tau tahap ketahanan dia..membayar sikit takpe kot..hehee

Sekian info tak berbayar saya untuk hari ni..hehee..



Photobucket

Apr 5, 2014

Terjah Mydin USJ sekarang - Sale sampai esok!!

Alkisah..hari Khamis hari tu, saya tergerak hati nak pergi Mydin untuk beli barang dapur sebab saya plan nak beli sekali A4 paper Double A kat mydin for Office use sebab only kat Mydin je Murah Gile!! RM9.80 per ream.. So bila dah sampai sana!! (saya borong dua kotak Double A paper)

Mydin tengah SALE GILE!!

Tapi untuk pakaian dan mainan sahaja lah kan!

Itu saya tak kisah jugak lah sebab mana ada pasaraya yang buat sale untuk barang dapur kan..

Ape yang memeranjatkan saya semua baju 50% tau..Semua baju!!

Saya pon saja jelah nak test market..beli lah baju harian Medina at RM7.00 (price tag)...beli lah dua helai sebab hari Khamis tu rushing sangat nak shopping..

Sekali tu kan..

Rupanya baju tu belum diskaun lagi!!

Bayangkan lah kalau harga baju RM7.00 after 50% disc berape??

RM3.50 bukan??

Oh em giee..MURAH GILEEE!!

Baju harian je pon!!

jadinya..semalam saya repeat lagi pergi Mydin USJ semata nak shopping baju Medina lagi 4 helai n satu Pyjamas Ben 10 Aqil..

Nanti saya tempek gambar ye..sebab semalam tak sempat nak tangkap gambar sebab shopping dengan Bibiks je ,daddy tak ikut..huhuhu..

So sesapa yang nak shopping baju harian anak-anak,cepatlah ke Mydin USJ (Mydin lain saya tak pasti)..sebab esok last!

nanti saya tempek gambar ye..murah bukan sebab material ..maybe sebab memang nak bersedekah..hehe..Kain pon best okay!

***Pss: Diskaun ni hanya applicable buat pemegang kad Meriah Mania je..so sesapa yang takde Kad Biru tu, boleh buat pendaftaran kat pintu masuk dengan bayaran RM12.00 setahun akan dikenakan..harap maklum..

Thanks for reading this entry yang tak berbayar ni..hehehee


Photobucket

Mar 3, 2014

Beli Botol Susu Murah kat SINI!

Assalammualaikum..

dah lama pulak menyepi..bukan takde cerita..tapi sibuk kemainnn...huhuhu..

Maafkan saya ye..

So hari ni juz nak bagi review je dulu..

Selalunya sebelum saya 'membeli' (tak kisah BELI APE PUN!) saya pasti mensurvey dulu..(Nak murah-murah je k- Orang Account lah katakan).. Survey ke serata blog n serata online shop..

Saya sebenarnya tengah mencari botol susu for Medina after 6 months plus tak tukar..huhuhu..Botol susu Aqil jugak! Dan akhirnya..lepas pening memilih itu dan ini ..lepas survey harga sana sini..akhirnya saya terpaksa jugak mengakui yang LITTLEKIDS (online shop) adalah online n physical shops yang TERRR MURAH Ok! in terms of BOTOL SUSU !

Tak kisah jenama ape dan bentuk bagaimana,memang harga diorang yang paling murah..

So saya decide belikan Medina botol susu Tommee Tippee (Twin Pack-color PINK) dengan harga RM45.34 sahaja.. (Kat tempat atau kedai lain RM60 plus) - MURAH GILEEHHH..hehee..

So kat sini kalau beli RM100 n over akan dapat free postage..

Maka saya menggunakan kuasa Mak -mak kepada pak mereka dengan mencukupkan semua barang RM103.54..hehee..(Semata nak dapatkan FREE POSTAGE)kikiki

Ape yang saya tambah?

Hahahah..(Tak berkaitan dan takde urgency pon tapi bolehlah kalau nak tukar sesekali..) - PEMBAZIRAN


Excited masa baru-baru sampai..hehee


Taraaa...


Actually Cooler Bag ni saya bukan beli kat Littlekids tu..

saya jumpa kat Mudah (PON HARGA TERMURAH JUGAK)

RM40 incl postage..

Murah gile kan..kat tempat lain RM47.00 ke atas..

Membeli kena bijak dan RAJIN..hihihi



So taraaa..

Botol Air saya + Botol AIr Medina + Bekas comel = Tupperware

Tak beli pon botol susu Aqil sebab ingat nak beli botol susu Avent kat kakak saya..dia tak pakai langsung lagi..uhhuhu..

Botol susu lain pon murah-murah jugak tau..Seriously!


Hasil membeli kat Littlekids

Nak DISCOUNT 10%?


lepas tu masukkan coupon code - likefbfan-10

dan akan automatik tolak 10%


Dan saya tambah accessories kat Tumbler saya ni supaya senang nak carry..

Kalau beli Strap Tupperware harga RM10.00

tapi saya beli strap jenama BROS kat Jusco..

RM7.90 je..ehheehhe


Dan..kenapa tiba-tiba botol air Medina bertukar wajah?

Saya nak jualla balik Tumbler Medina jenama Tupperware tu..

Sebab?

TAKDE STRAW!

Saya tak check dulu pulak..

haih..

Nak jual murah-murah je..

nanti bgtau ye kalau berkenan..

hehehe...

daa..sekian

terima kasih!

Photobucket

Sep 20, 2013

Review - Sehalus dan selembut kulit Bayi.. Johnson's baby

Orang selalu tanya saya..

"heii geram..macamana kulit anak-anak alang boleh licin lembut je.."

"kalau mandikan Aqil, kulit dia lembut n licin sangat.."

"halusnya kulit...licin je..."

Jawapannya??


Mandikan Baby dengan Mandian Johnson Milk Bath



Sapukan dengan Lotion Milk Bath..

Seriously..cubalah..

Saya kan..

Sebenarnya suka yang wangi-wangi sahaja..

Jadi saya akan pastikan Baby saya akan sentiasa wangi..

Seriously..

Plus..MIL saya agak Hygienic+ Wangi punya type..

So kalau baby tu tak wangi atau tak bersih, dia akn bising..

Samalah jugak dengan saya..

heheee..

Aqil tu..

sampai sekarang dok tumpang adik dia punya Mandian and kadang-kadang lotion..

Saya stop pakaikan Aqil lotion at 3 years old..

Tapi..

Bibik still pakaikan dia lotion supaya wangi...

Tapi saya taknak dah pakaikan dia lotion..

Sebab dia dah besar..

Lagipun dia lelaki kot..

Tak payah nak kulit licin sangat lah..

hehehe..

Tapi seriously 

best sangat pakai 

Milk Bath n Milk lotion ni...

It really works for:

Wangi Amat + Kulit Licin + Kulit halus..

Selembut sehalus kulit bayi...

Mommy pon kadang-kadang pakai milk bath diorang..

hehee..

tapi nan ado lah nak dapat kulit licin macam diorang..

Tak lutt dah!!

kikikikiki

Photobucket

Sep 10, 2013

REVIEW: Bersalin di KPMC Puchong 2013

ENTRY MEMBANTU (Ecehh..)

Sebenarnya saya memang dah lama gile nak buat entry membantu ni..sebab saya aware,info yang akan saya kongsikan nanti,tak ramai yang dah kongsikan di blog mereka.. Entry ini hanya sebagai perkongsian maklumat..tiada niat lain..

Lagipun rakan blogger saya Aanie, telah me request entry ini diadakan..hihihi..

Ok…Jom kita start..

SebenarnyaKPMC Puchong mempunyai 3 Pakej Bersalin yang telah disediakan…
Seperti yang disertakan pada gambar di bawah ye..





Yang ni semua untuk pakej Normal delivery without any assists and untuk Caeserian, ade harga lain..boleh direct call kat Nombor kat atas ye..


Tapi ikut pengalaman saya…

Memula,saya memang nak ambik pakej paling murah..yela kan…nak kata saya prepare duit yang banyak tak jugak..sebab takut tetiba kena Emergency caeser ke kan..tak ke pengsan mak time tu..so untuk play safe,saya pon ambik pakej 3 bedded sebaik sahaja saya dipaksa untuk masuk wad malam Khamis 24/01/13.. (ESOK PAGI NAK Induce)

Tetapi malam tu saya hanya duduk kat 3 bedded room untuk 2 jam sahaja sebab FIL suruh saya pindah bilik single sebab nak suruh hubby tidur sekali dengan saya malam tu sebab takut ape-ape jadi kan..(PAdahal tak terjadi ape-ape pun) hahahha..

So saya pon berpindah ke bilik Bunga Raya..

Bilik ni..wow! bilik air besar giler..tapi bilik tidur kecik je lah kan..cukup untuk katil n ruang solat..TV,cupboard semua adalah tau..





Gambar tah pape je la yang saya tangkap kan..hahhaha...

So esok pagi Induce at 9 am..lepas makan Breakfast Mee goreng..tengahari sempat makan nasi lauk ikan goreng..Lepas tu terus ke Labor Room BERJUANG!!hahahah..pukul 2 ptg, pegi Labor room, pukul 4 dah masuk bilik..Alhamdulillah..semuanya di permudahkan..

Esoknya pukul 4 petang saya pon dah dibenarkan balik after Doktor cek condition saya n baby semuanya bagus.. (Balik petang pon sebab tunggu hubby balik dari kenduri..padahal pukul 12 tghari dah boleh balik dah)..huhu..

TOTAL BILL: RM2,250.00

(3 days/2 nights)



Review saya tentang service KPMC PUCHONG ni?

Alhamdulillah saya sangat berpuas hati dengan setiap service yang di berikan..

Doktor yang sangat berpengalaman.. (Dr. Haslinda..sebelum ni kerja kat Hospital Ampang)..So every time dengan dia, saya rasa secure and tak terbit langsung rasa tak confident bile dia treat saya..Rajin sembang and selalu advise ape yang terbaik..memang sangat bez lah doctor Haslinda ni..hehehee..

Nurses? Kat sini ade dua jenis Nurses ..yang pakai Baju PINK TERANG memang staff nurse yang sangat cekap dan bertanggung jawab..manakala yang memakai baju kaler PEACH adalah assistant nurses….Semuanya sangat friendly and helpful..Yelah private kan, harus Service at the top of their priority…

Midwife? Adalah orang yang sangat-sangat membantu during labor time..Seriously saya rasa kalau midwife tu takde , saya rasa semangat saya tak cukup kuat..nasib baik makcik tu ada..Alhamdulillah..

So far saya berpuas hati dengan setiap service yang diberikan..

Anda yang preggy dan tinggal di area Puchong boleh mencuba pakej yang telah disediakan..

BOLEH REFER SINI untuk mengetahui tentang pengalaman bersalin saya di sana..

Maceh!!


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...