Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Showing posts with label Salam Maal Hijrah. Show all posts
Showing posts with label Salam Maal Hijrah. Show all posts

Oct 14, 2015

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam~ Salam 1437H ~Semoga terus Istiqamah

Assalammualaikum..

Bukan untuk menunjuk dan bukan juga untuk berasa riak..

Tapi saya perasan..setiap kali saya selesai melahirkan seorang permata hati kami, setiap kali itulah akan wujud perasaan untuk berhijrah..

Alhamdulillah sebuah perasaan yang membantu saya untuk berhijrah ke arah yang lebih baik..

Alhamdulillah..

Bermula dengan lahirnya Medina, saya berusaha untuk menjadi seorang muslimah yang lebih islamic dengan mengenakan tudung di bawah paras dada,cuba untuk mengelakkan pakaian yang ketat dan sewaktu dengannya..

Dan ketika lahirnya Ammar, Allah telah mengurniakan saya sebuah perasaan lagi untuk berhijrah ke arah yang lebih baik lagi dengan terbukanya hati saya untuk mengenakan Handsocks dan stokin..

Alhamdulillah perasaan itu sebuah perasaan yang sangat indah sebenarnya..

cuma akan ada jugak perasaan syaitan yang menghasut sebab iman saya pun belum cukup kuat..

So far Alhamdulillah setiap kali pergi kerja saya pasti mengenakan handsocks sebab bila tak pakai rasa macam bogel and terasa sejuk dia lain macam tau..huhuhu.. -ini perasaan saya semata

tapi bila nak pergi dekat dekat atau pergi makan dekat kawasan sekitar, saya tak pakai sebab dekat je and sekejap.. - perasaan syaitan

Cuma masalah saya sekarang stokin..saya ada masalah kaki berpeluh tau, so bila nak pakai stokin tu rasa macam satu kekangan buat saya..rasa tak selesa..tak confident..so memula tu saya tak pakai..

Tapi Alhamdulillah sekarang saya dah start pakai..even keluar jenjalan pun saya dah start pakai..InsyaALLAH semoga kekal selamanya..Amin

Dan semoga kita semua berhijrah ke arah yang lebih baik dan menjadi seorang muslim yang sempurna..InsyaALLAH amin..

Salam Maal Hijrah~

Ampunkan kesalahan saya sekiranya ada terkasar bahasa dan salah tingkah laku sepanjang ber blog di sini..dan semoga tahun yang baru ini akan menjadi tahun yang lebih baik buat kita semua..Amin!



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...