Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Showing posts with label Favourite Tv Show. Show all posts
Showing posts with label Favourite Tv Show. Show all posts

May 23, 2014

Weekend Yang FULL..Weekend ni Aqil's Sports Day!!

Assalammualaikum..

Ouh rindunya nak mencoret sesuatu..

Saya pon pelik ..kenapa lah lately ni idea begitu susah nak menjelma...sebab saya sibuk sangat kah..atau disebabkan pembawakan baby yang tak banyak ragam ni?.. (so far..)hehehe..

So accept je lah keadaan saya yang tenggelam timbul selepas ni..hehehee

Sekarang ni memang saya looking forward for this weekend sebab terlalu banyak benda nak buat..hehehe..

So esok after work nak cari barang-barang nak masak Nasi Carrot + Rendang Ayam + Acar Timun..Bukan sebab ada orang nak datang rumah saya esok..tapi di sebabkan teringin dan tetiba mood rajin saya datang nak masak sesuatu yang istimewa..ecehh..heheheh..So tak sabar nak masak!!hehe

Lepas tu nak lepak depan TV layan Kilauan Emas Semi Final sebab saya dah termissed live episode hari tu..Almaklumlah pukul 10 anak2 dah ajak naik atas tidur so memang tak berkesempatan nak tunggu sampai habis..huhuhu..

Malam tu terpaksa bersulam TV plak..TV1 nak layan SEL Vs JDT (game penting GILA!!)hehee..TV3 ada ABPBH plk..aduyaiii..pening yang mana nak tengok dulu..huhuhu..rumah takde PVR..sorry..kalau ada pun tak feel xtgk live..hehehee..

ESOKnyaa..

Sports Day Aqil!

Yeayyy..hehehe..actually nama dia more to Family Day lah kan..so mak n pak kena join jugak game yang ada..so saya agak tak dapat bayangkan lah jugak camana nak handle Medina si cik peramah tu..aduhaii..dia tu tak takut orang langsung tau!semua orang nak tegur..semua orang nak sentuh..saya yang jadi segan..haih!!

So kita tunggu dan lihat..Event starts at 8.30am until 12pm at Sunway Extreme Park.. ***Tak sabar nak suruh Aqil menang semua game!hahahaha..

Lepas tu balik rumah TIDUR!!!hahahah..qada' tido balik..aci kan?hehehe

Kemudian baru lah nak pergi MYDIN USJ kot..husband nak beli barang Office..

Then malam tu kalau Malaysia berjaya masuk Final, memang akan tercongok depan TV layan FINAL yang penuh prestige..itupun kalau masuk FINAL..mintak2 sangat dapat masuk FINAL sebab banyak bakat2 muda dah mula terserlah.. so malam ni saya akan layan TV sengsorang sebab husband and the geng pergi main badminton pulak..heheee.. #PialaThomas

Isnin..back to normal..KERJAAA..










Gambar anak-anak yang dah lama tak tempek kat sini..huhuhu




Photobucket

Dec 31, 2013

Sinopsis ~ Ariana Rose - The Wedding Breaker -


Sedikit info Berkaitan dengan drama terbaru slot Akasia:

Saksikan Ariana Rose..





ARIANA ROSE mengisahkan tentang Ariana Rose yang telah menyamar sebagai kekasih Tengku Adam ketika di majlis pernikahan Tengku Adam dan Tengku Juwita. Ariana bersetuju untuk berlakon kononnya dia sedang mengandungkan anak Tengku Adam demi membantu sahabat baiknya, Tengku Juwita agar perkahwinan itu gagal  diteruskan. Tengku Juwita sememangnya tidak mahu bersama  dengan Tengku Adam yang terkenal dengan sikap kaki perempuan.

Pengakuan palsu itu telah memporak-perandakan majlis itu dan perkahwinan Tengku Adam dan Tengku Juwita juga dibatalkan. Bukan reputasi Tengku Adam sahaja di pandang rendah malah maruah keluarga Tengku Adam turut tercalar. Tengku Adam berang dengan keadaan yang berlaku kerana dia memang tidak mengenali Ariana. Jadi, Tengku Adam mengupah pengintip upahan untuk menyiasat siapakah wanita yang telah melakukan pembohongan di majlisnya.

Setelah berjaya mendapat maklumat tentang Ariana, Adam nekad untuk menculik Ariana dan membawa gadis itu ke Cameron Highlands. Tengku Adam cuba untuk memerangkap Ariana dengan memaksa Ariana membuat pemeriksaan kehamilan. Namun, Ariana tetap bertegas dengan mengatakan Tengku Adam adalah bapa kepada anaknya kerana Ariana telah berjanji dengan Tengku Juwita untuk menyimpan rahsia mereka berdua walau apa pun terjadi.

Tengku Adam masih tidak berpuas hati. Kemudian dia terpaksa menggunakan cara kotor dengan meragut kesucian Ariana. Ariana menyesal dan akhirnya mengakui kebenarannya. Ariana mula membenci Tengku Adam dan sejak itu dia tidak pernah lagi bertemu lelaki yang telah memperkosanya.

Selepas 2 bulan kejadian itu berlaku, Ariana meneruskan kehidupannya dengan melakukan kerja-kerja amal. Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang terbesar bagi dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Ketika majlis amal diadakan Ariana hadir bersama rakan sepejabatnya, Harith. Entah mengapa Tengku Adam cemburu melihat kemesraan mereka berdua.

Tengku Adam mula menyukai Ariana. Namun, perasaan benci Ariana pada Tengku Adam dituduh tidak pernah berubah. Cara Ariana melayan Tengku Adam juga ternyata berbeza jika dibandingkan dengan layanan yang diberikan kepada Harith yang jauh lebih mesra. Tengku Adam bertambah hilang pertimbangan apabila Ariana turut mesra dengan bekas sahabat baiknya, Ramzul.

Tengku Adam bermusuh dengan Ramzul kerana Tengku Adam tidak bertanggungjawab setelah mengandungkan adiknya, Liyana suatu ketika dahulu. Liyana juga kini kembali untuk mendapatkan cinta Tengku Adam semula. Liyana sanggup melakukan apa sahaja asalkan Tengku Adam hidup bersamanya. Liyana bertambah tidak keruan apabila cinta Tengku Adam pada Ariana makin mendalam.Tengku Adam pula rimas dengan kehadiran Liyana kerana baginya kewujudan Liyana membuatkan dia lebih jauh dari Ariana.

Sementara itu, Ariana pulang ke kampung setelah diminta oleh ibu bapanya. Ibu bapa Ariana telah merancang untuk menyatukan Ariana dengan pemuda pilihan mereka. Tengku Adam mendapat tahu Ariana akan disatukan mengikut pilihan keluarga. Tengku Adam tidak mahu kehilangan Ariana. Malah Tengku Adam yang selama ini penuh dengan sikap ego, sanggup melutut dan merayu kepada Ariana agar menerimanya sebagai suami. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Adakah Ariana akur dengan pilihan orang tuanya atau dia sebenarnya mula menyimpan perasaan pada Tengku Adam yang sudah berubah menjadi lebih baik?


Wah..mungkin akan menjadi suatu naskhah yang baik walaupun saya tak pernah lagi membaca novelnya..Tak sabar jugak nak tau pengakhiran kisah ini..

Sama-sama kita tercongok depan Tv kembali after Love you Mr Arrogant wlaupun saya tau takde sapa yang dapat menandingi chemistry terbaik Zara Zya dan Azlee Khairi..hehee

P/s: saya tak berapa suka Keith foo sebab macam kayu..boley??hahahahha

Photobucket

Sep 27, 2013

Love you Mr Arrogant - 1st time Jatuh Cinta after DDK

Assalammualaikum..

hahahah hari ni nak cerita pasal cerita Love you Mr Arrogant kat slot Akasia (TV3-7 mlm) sekarang..

Aduiyaiii..macamana boleh ter sangkut tengok 1st episode hari tu pun saya tak tahu..tapi 1st time tengok terus jatuh cinta!

Seiously..in fact saya pon ade baca Novel tu kan..So far memang pelakon yang berlakon semuanya menyerupai macam novel tu tau..Sangat menghayati watak..

Walaupun Heroin dia saya tak kenal pon tau!Walaupun dia tak se cantik Tiz Zaqyah (my fav actress Ever!)
Tapi dia pandai berlakon!serious!..kalau pejam mata, suara dia macam Izreen Azminda sangattt..So saya pon terima jela hakikat yang dia pandai berlakon n pandai bawa watak Zara tu..hehehe..

Hero?memang fav hero jugakla..walaupun tak se kacak Aqasha..walaupun tak se romantik Aqasha..Tapi saya terima dia dengan rela hati..heheee..So saya tetap terima Azlee Khairi sebagai Irham..

Synopsis:

"Drama rangkaian 26 episod ini mengisahkan tentang dua hati yang disatukan tanpa rasa cinta akhirnya terpaksa mengakui bahawa perasaan tersebut mulai timbul setelah mereka berdua disatukan dan Azlee Khairi (Irham) anak orang kaya yang luarannya tampak sombong namun jauh di sudut hatinya tidak sanggup melihat isterinya diperlakukan sedemikian oleh ibunya lakonan Norish Karman sebagai Puan Sri Maryam dan Hanez Suraya (Sherry) yang kecewa tidak dapat berkahwin dengan Irham.

Dari situlah bibit-bibit cinta mulai tersimpul apabila Zaraa (Zara Zya) dapat merasakan bahawa Irham mulai sayangkan dirinya.
Baru sahaja kecapi bahagia setelah masing-masing mengakui perasaan cinta mula bersemi, dugaan mulai muncul apabila kehidupan rumah tangga mereka diganggu oleh Faisal lelaki yang psiko dan juga Hardy sepupunya yang cuba mendekati Zaraa.
Tekanan Irham bertambah apabila Puan Sri Maryam disahkan mengalami masalah sakit jantung.
Mampukah Irham menyelamatkan rumah tangganya setelah ibunya meminta untuk dia berkahwin dengan Sherry sebagai permintaan terakhirnya sebelum pergi.
Irham tersepit dengan keadaan yang menghimpit dirinya. Adakah Irham akan mengotakan hajat terakhir emaknya atau mempertahankan rumah tangga bersama isteri yang baru dicintainya itu?

Diarahkan oleh sutradara Eoon Shuhaini dan nukilan skrip oleh Chinta Nadeepha, Lee Chonz serta Mahbob ini turut dibintangi Keith Foo, Anzalna Nasir, Mustapha Kamal, Fadilah Mansor, Alex Yanz, Aishah Illias.
Nantikan drama yang sarat dengan emosi yang bakal menemani petang anda bermula pada 25 September 2013 setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 petang di TV3.

Arghh cant wait for the next episode!!

***1st time saya jatuh cinta pandang pertama dengan cerita ni after Dejavu Di Kinabalu..huhuhu..











Photobucket

Jun 13, 2013

#TeduhanKasih - Pujian ouh..kembang mak!!

Okla sekarang ni saya confirm raaamai orang yang follow cerita pukul 7 mlm kat TV3 tu kan?sampai maghrib pon pukul 8 kan?

**Cepat Ngaku!!

Saya tak ye..sebab takdelah fanatik sangat tengok citer tu sebab jalan cerita cam sama je dengan Sehangat Asmara..sama je dengan Setia hujung nyawa..lebih kurang lah walau tak 100% pon!!

So agak tak fanatik sangat lah kan..

Sapa yang gilakan Adi Putra..Of kos..tercongok depan TV kul 7 kan??

hikhikhik..

Saya pon minat lah jugak dengan dia..sbb sifat penyayang n kehensemannyaa...hahahah

TAPI..saya tak minat sangat dengan heroin Citer tu..Sherry Ibrahim tuuu..huhuhu..

Ntah..tak minat sangat dari dulu sampai sekarang..tak minat cara dia berlakon..tak minat tengok muka dia..hahahah..Ntah TAK MINAT!!kikiki..

Tapi disebabkan semua orang layan n bercerita pasal citer tu, so saya pon folo je lah..

Tersabit sama of kos lah En husb kan..gara-gara kitorang bercuti kat Genting hari tu..terus ter folo sbb orang2 tua kat situ semua nya gilakan cerita tu..huhuhu

So hari Selasa lepas...kitorang pon layan lah citer tu sambil baring atas katil..sambil teman Medina Tidur..sambil menatap TV buruk 33inch kat dlm bilik kami..tetiba En husb mengeluarkan ayat seperti ini..

"hisy..abg pelik lah..camana lah diorang ni boleh ambil perempuan ni berlakon jadi Heroin?dah la muka kampung..tak cantik pulak tu..(Uuuppsss) Abg rasa..Bie lagi cantik dari perempuan tu!"

saya yang mendengar ni haruslah tersengih -sengih n tak terkata apa...hahahahh

cuma mengiyakan lah sahaja..kakakka..

"ambik lah heroin cam Tiz Zaqyah ke..Izara Aishah ke..barulah best"uhuk!!

malam tu..saya tidur dengan senyum penuh di bibir..kahkahkah..

Sebab seperti semua maklum, husb saya bukan lah orangnya yang suka puji Isteri or anak-anaknya..So saya hargai sangaaattttt Pujian seperti itu..kikikikikiki...

***Mode perasan tak sudah!!hahahahahahhahaahah






Photobucket

Apr 14, 2011

Kerana MAHARAJA LAWAK...Pakej Mustika Harus dibeli!!

Yup!!Since Maharaja Lawak hanya bersiaran dua minggu sahaja bagi tayangan Astro Prima maka Encik Hubby dengan sukahatinya telah menukarkan Pakej Kartun kepada Pakej Mustika!!

Dengan Alasan...

Aqil mana reti tgk kartun lagi...Dia buat tak layan je kartun tu..So Abang tukarla..

Takpela bang..janji abg yang bayar..Bukan Bie!!ahaksssssssssss...

Peminat Maharaja Lawak mmg ramai ...
boleh kata semua menonton Maharaja Lawak ni..
Termasuk anda!!betul tak??

hihihi..

Saya pon jugak...........
(Jambu n Jozan)

Dan saya amat pasti Astro telah berjaya dalam strategi pemasarannya untuk meningkatkan penjualan Pakej Mustika dengan menarik pelanggan melanggan Pakej ini dengan hanya bermodalkan MAHARAJA LAWAK sahaja..

Pandai kan??

uhukkk...

Dulu boleh kata tak pandang gak la Pakej Mustika ni sebab....
 yerla yg ade dlm tu just ulangan ulangan cerita dan kalo bukan ulangan pon akan dimainkan jugak di Astro Warna or Astro Prima...Mcm Adnan Sempit the Series...FIlem-filem yg dah banyak kali ulang..Cerita Hindustan yang pelik-pelik n mcm tak menarikk..
sape nak langgan??betul tak??

Ohh pada sapa yang tak tau Pakej Mustika ni consists of tiga saluran..



AStro Citra ade cerita-cerita bersiri mcm suatu ketika..Si Tanggang..dan filem-filem Melayu yang lain ..mcm Duyung, Cinta SI Pari-pari n mcm2 lagi..

AStro Warna more focus on Lawak...Gelak ketawa n cerita komedi-komedi yang lain...Maharaja Lawak ade dlm saluran ni..

B4U pulak focus on Cerita-cerita Hindustan..ade yg dah pernah tgk n ade jugak yang belum tgk..tp most of them yg tak pernah tgkla..
(tp tak best pn!!)

Dan harga bagi ketiga-tiga saluran ni hanyalah..



Sapa yang berminat dengan pakej ni secara amnya dan Maharaja Lawak secara khususnya silalah langgan Pakej ni secepat mungkin sebab Gelanggang Maharaja LAwak untuk esok HANYA ditanyangkan di Astro Warna Sahaja...

Jom Kita meng kaya kan ASTROOOOOOOOOOO...

Uhukkkk...
Photobucket

Mar 1, 2011

Jalan-jalan kt Uptown sekali terjumpa Raja Lawak la...

Malam tadi wealls pg Uptown Danau Kota..ouhh heaven bila pg UPTOWN or Downtown!!Mommy superrr Likeeeeee..Rambang mata bile tgk baju cantek2 n murah plus tudung yang murah GILA....bayangkan ade satu kedai tu jual semua shawl RM10 je...10 je babe!!!arghh murah nak mati..kedai2 lain suma standard je RM15 /shawls..apelagi..Mommy pon borong la baju n shawl kt kedai tu!!***bukan borong sgt pon..juz amik satu baju satu shawl je..hikhikhik...Gaji belum masuk maaa...


Sekali tu kan...ade Geng Raja Lawak buat mini performance kt situ..walawehhh...tak sangka plak depa ade kt sini...Sekali tu dapat jumpa Balas, Epy, R2, Man n Nazmi...tapi nak tangkap gambar, Mommy asik sibuk pilih shawl..mmg melepas la..cuma Paklang Owm je dapat salam depa semua ***siap dengan tiba2 mengaku org Kg kt Epy... Apelg..Balas ngn Epy pon kelam kabut nak salam ngn Pak Lang owm...hikhikhik...***depa takut kut kalo sombong kang org kg mengata plk...hihihihi...taktik menjadiiiii...kuikuikuikui...

Mommy n Daddy juz pandang je la..segan nk ngaku org kg...hikhikhik...yg penting Weall dpt jmpa Raja Lawak yg supeerrrr lawak...


***okla..mommy nak balik dh ni ..nk g klinik bwk Aqil check up!!bubbyeeeee...



Photobucket

Feb 11, 2011

~Ungunya Cinta~

Wahhh..semalam kan khamis pastu malam jumaat pulak tu..(ahaaha takde kena mengena la)...Sebenarnya nak cerita skit..Malam tadi lepas je kami dinner..(dinner kat rumah je) Saya masak Ikan sambal PEDAAAAAASSS versi melaka,Kobis panjang goreng, n telur mata kerbau di banjiri dengan kicap!!fuhh memang berpeluh la makan semalam...Huby mkn sampai bertambah 3 pinggan..gile dahsyat la...huhuhu...Sedap sangat ke??ahahhaha..

Lepas je makan..saya pon tanya Huby..ok malam ni kita nak tgk cite ape??(selalu mesti we all spent time kt bilik Tv tuk tgk movie yang belum tgk or dah tgk banyak kali pon)..huhuhu...
'kita tgk cite tamil'
'ala...asyik citer tamil je?boring la..' boring kut asik-asik tamil..saya tak berapa suka sangat citer tamil walaupun ade certain citer bleh gak la layan...

Sementara tunggu huby hisap rokok kt luar n Aqil main panjat-panjat..Saya pon try tgk info kt astro ade citer ape yang best..sekali tu ter tengok Astro Ria ada citer 'UNGUNYA CINTA'...
Hari tu saya ade tgk review kt Gala TV pasal citer ni..and saya rasa mcm best even pelakon laki dia tak berapa kenal tapi handsome kut cuma suara dia agak kelakar...hihihi..n heroin dia Leez AF..

Arghh..layan jap la..bukak2 je terus  keluar dialog kelakar antara Didie Alias (as mak hero) n Sharifah Shahirah (as mak heroin)..Kunun2 didie ni orang kaya n Datin plak tu..sheera ni plak ibu tunggal miskin..jual tempe kt tepi jalan je... tapi anak Didie ni stupid (antara dialog kalakar Didie) so dia nak cari cikgu tuisyen ajar anak dia yg skrg form 6 ajar kt rumah...Kebetulan anak sheera ni pandai..tapi amik diploma je sebab duit tak cukup nak sambung degree... Kebetulan pulak Ungu ni (lakonan Leez) tgh cuti sem n kerja part time..so Sheera ni pon mengoffer kan diri tuk anak dia ajar anak Didie (andy) yg dikatakan Stupid tu...

Tetiba huby masuk rumah n duduk depan TV..saya dah mula rasa tak syok sebab huby tak suka layan citer melayu..so dia akan condemn n tukar channel cecepat..tapi..tetiba dia tanya saya...
'bie..ni citer ape ni?'
'ungunya cinta'
Pastu kitorang layan kejap...wahh huby mcm dah suka..so we all pon layan la citer ni sampai abis..sebab kelakar sgt!!

REVIEW Ungunya Cinta
Ungu (lakonan Leez AF) mempunyai diploma dan Andy (Lakonan Sharnaaz Ahmad) pernah menyambung pelajaran nya di Australia..tetapi disebabkan dia gagal dalam peperiksaannya dia diarah pulang dan menyambung pelajarannya di Malaysia dan menyambung kembali Tingkatan Enam nya di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.

Ibu Andy telah mengupah Ungu yang juga anak kepada kawan baik nya untuk mengajar Andy di rumah.. Hari pertama pengajaran bermula, Andy mula menunjukkakn tanda protes dan tidak mahu Ungu mengajar ape-ape sekali pun..Antara dialog menarik dan kelakar lagi selamba..
'ok hari ni awak nak belajar ape?' tanya Leez yang rilek-rilek je dtg nak mengajar..
'kau nampak jam ni?-sambil menunjukkan jam loceng- sekarang pukul 3 lagi dua jam pukul 5 lepas tu aku taknak tgk muka ko lagi'
Terus Leez terkedu..tetiba...
'cik..cik nak minum?' Tanya maid Andy.
' a a a aaa' Ungu tergagap ingin menjawab kerna telah disergah oleh Andy sebentar tadi
lantas Andy menjawab kan bagi pihak Ungu
' Dia tak payah minum kak yam.Dia bukan orang' (kerna namanya Ungu) dan Andy terus buat muka selamba sambil bermain PS3 n Leez buat muka tak puas hati...

Best tau..banyak lagi la dialog yang best-best and kitorang terpaku sampai citer ni habis..tapi mmg tak rugi la tgk citer ni sampaikan huby kata..
"citer melayu mcm ni la best..walaupun banyak yang tak logic tapi still bleh tgk n layan"
Sungguh!citer ni mmg best pon..ditambah pulak semua pelakon dia bleh bawak watak memasing dgn baik sekali..Pujian harus di berikan pada Leez n Sharnaaz sebab lakonan yang best n sempoi!!series..best..selamba je tgk..huhuhu...
Mak-mak diorang pon best..Lawak giler Didie n Sheera..kelakar giler..huhuhu..

So apa kesudahannya?ape yang akan jadi antara cikgu dan pelajar..apekah konflik mereka dan akhirnya apa akan terjadi??
Silalah rajin-rajin tekan butang info untuk tgk ulangan citer ni.. sapae-sape yang ter miss citer ni semalam n nk tau kesudahan citer ni..bleh tgk lagi rasanya..sbb astro kan suka ulang-ulang citer diorang...SO No worries k..

Inilah pelakon2 yang saya rasa bleh pg jauh dalam industri ni..(1st time tgk lakonan Sharnaaz terus jatuh hati..hahahah..)



Si Hensem yang Selamba tapi suara cam katun...


Ungu yang coollllll...
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...