Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Jul 26, 2019

Bersunat di Klinik Qistina Equine Park 2017-Aqil Jauhari


Major Throwback SEBENARNYA..

Hehe..

Kami decide untuk sunatkan Aqil ketika umurnya 8 tahun..

kami survey banyak jugak klinik area Puchong ni untuk sunatkan Aqil..

Masjid yg buat kenduri bersunat pun kami survey tapi kebanyakannya dah penuh sbb kami mungkin lambat bertindak..hehe..

Lastly, jumpa jugak Klinik yang available dengan date yg kami pilih..

so pada 25/11 petang kami pun bersiap untuk ke klinik tersebut..Aqil dijadualkan untuk bersunat pada pukul 5 petang..


memula ni mmg tak nervous langsung..muka bahagia!haha


Their 1st cucu nak sunat..hehe



Before bersunat, aqil diarahkan untuk mandi pool..bergembira dlu..haha

Dan..bila sampai masanya, daddy masuk untuk temankan dia, sekali tu dah bunyi menjerit melolong..cakap daddy kejam la ape la..nak lari la..padahal dah bius tu..daddy mcm dah give up memula..sekali tu, paksa jugakla dengan dibantu 5 org nurse n doctor..hahaha..Akhirnya selamat jugak disunatkan..


muka sedih dah sunat..


time ni bius dah nak habis..dan menangis la dia tak berhenti..huhu..

COST - RM160.00
dapat goodies bag jugak dan segala treatment..
Kaedah: Laser







 

Jul 25, 2019

Resepi Sambal ala 3 Budak Gemuk & Tips Telur Dadar Gebu

Semalam berkesempatan masak simple je sebenarnya untuk husband..

Kalau nak diikutkan, saya ni jarang masak kalau weekdays sbb penat..haha

So smlm dia nak jugak makan masakan rumah, so gagah perkasa masak, pukul 8 siapp!

Saya masak apa?

simple je..

Ikan keli Goreng
Kentang Goreng
Telur dadar
Sambal penyet ala 3 Budak Gemuk..

Kalau area KL/Selangor ni 3 Budak Gemuk mmg famous sangat dan terkenal dengan sambal penyet dia yang super pedasss!!

Tiap2 minggu saya pasti makan 3 Budak gemuk ni sbb kebetulan berdekatan dengan ofis saya (Rock Cafe Branch)

So malam tadi, saya acah acah je nak masak sambal tu ikut deria rasa saya yang saya makan tiap2 minggu tu..hehe

Sekali tu..perghh jadii!!hahahaa..padahal saya syok sendiri je masak dia..Husband makan sampai habis nasi 1 stgh pot, ikan keli 1 stgh ekor n telur dadar..dia kata mmg sedap..hahaha..Thank you LOVE!

So resepi?

Sambal Penyet Ala 3 Budak Gemuk
Bahan-bahan:
1. Cili akar dalam 15 biji (kalau nak pedas lagi sila tambah ye)*
2. Cili padi merah 5 biji*
3. Sedikit belacan
4. Bawang merah (kecik) 3 biji*
5. Bawang putih 3 biji*
6. Limau nipis Stgh biji
7. Garam dan serbuk perasa
8. Minyak untuk menggoreng

Langkah-langkah nya:
1. Panaskan minyak dan Goreng semua yang bertanda *
2. selepas di goreng, sejukkan terlebih dahulu, kemudian tumbuk bawang putih n merah dan asingkan di tempat lain
3. Tumbuk pula cili
4. Tumis bawang sampai naik bau dan kemudian masukkan belacan
5. Setelah belacan larut dalam minyak, Masukkan cili api yang telah ditumbuk
6. masukkan sedikit air
7. Goreng sampai cili dan bawang pecah minyak
8. perahkan limau nipis
9. perasakan dengan garam dan serbuk perasa
10. Siap Untuk dihidang

TIPS TELUR DADAR GEBU
masukkan telur kedalam mangkuk dan sedikit garam..kemudian PERAHKAN SEDIKIT LIMAU NIPIS..kacau and goreng!

Serious tips ni buat TELUR DADAR kita jadi GEBU macam kat kedai Thai..

hehe..



Selamat mencuba semua!






Jul 24, 2019

2019-Hotel Murah di Penang, Hotel Sentral Seaview

Latepost..

Sebenarnya singgah Penang after pergi kenduri cousin husband kat Alor Star on 30/03/2019..

Planned sebenarnya sbb kebetulan saya mmg amik cuti Isnin tu sbb taknak bersesak balik Ahad tu sebab sekolah baru habis cuti minggu tu..

So kami ke Penang Ahad tu, sampai Penang around pukul 3 kot kalau tak silap..and from Tanah Besar decide naik Ferry sbb mmg purpose nak bagi Ammar rasa naik Ferry.. He's the only one tak pernah naik Ferry..hehe




Saya dah book Hotel awal awal lagi..actually booked twice sbb at 1st, book hotel area Batu Feringghi..tapi tak lama tu, usha lagi sbb nak ada swimming pool pulak..last2 booked hotel yg murah amat ni..serious murah gilaaa...



Murah kan??so hotel ni terletak di Tg Bungah..saya ingat hotel ni dulu nama dia lain..Nama dia Naza Tallya Hotel..sbb saya pernah pg Annual Dinner kampus saya dlu..(baca:saya Alumni USM)


Satu katil utk Saya n husband ..satu lagi utk Ammar n Aqil..Medina je kena tido atas toto kat bawah..dia ok je..sbb bilik ni besar.. 






Toilet pun bersih

Hotel ni masih berhadapan dengan laut..cuma nak ke laut direct from hotel, kena ikut jalan lain..sbb tangga from swimming pool tu pecah sbb dilanda ombak katanya..
So weolss tak turun laut pun,just bagi diorang mandi je puas 2 dalam pool..mmg puas gila diorang mandi sbb kebetulan mmg takde org dah kat situ..maybe org semua dah balik sbb esoknya sekolah..hehe



Laut depan hotel ni je..nampak kan laut tu?
hehe





Then..after bermandian sampai tak ingat dunia..malam tu kitorang just jalan2 kat area padang kota lama..n kebetulan, perut Aqil masuk angin..agak stress jugak sbb dia tak berhenti nangis..sampai tak boleh jalan..pada saya sakit tu biasa je..tapi dia yg tak tahan..so before makan kat Padang Kota Lama tu, saya sorang pg cari farmasi kat dalam Gurney Mall ..yg lain kena tunggu dalam kereta sbb Ammar tido n Aqil menjerit jerit sakit..Dh beli ubat semua, suruh dia makan, dia still menjerit jerit sakit..STRESSSSSSSSSSSSSS

Sudahnya.. waze, cari klinik yg still buka at 9.30pm (SUNDAY)..Alhamdulillah, tak lama tu jumpa jugak kliniknya..n doktor bgtau ini,itu..advise mcm2..sudahnya, ok je dia lepas jumpa doktor tu..boleh jalan cam biasa n stop nangis..stress gilaa saya dengan dia..

Makan..

Balik..

Tido..

Mandi pool lagi..

Check out..

plan nak naik Bukit Bendera,tapi tak kesampaian sebab hujan pulak ..huhuhu..









So..Penang,till next time!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...