Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Nov 17, 2014

Medina dan Eczema berpisahnya tiada - Refer KPMC Puchong

Medina di kesan menghidap Eczema ni right after Stop BREASTFEEDING..immediately effect!seriously..kesian kan..Memula sikit je tompokannya.. sekali tu makin lama makin besar..makin merah..saya ada tukar-tukar susu jugak, tapi tak jalan..still sama..

Saya refer gov, diorang bagi cream ape nama ntah..sampai ubat tu habis, eczema tak pernah kurang..makin teruk adalah..so saya pon beli cream kat Farmasi..



***Tak Jalan langsung!Frust!

Sampailah ke bulan ni..eczema dah merebak kat kaki, telinga, leher,ketiak..oh kesian sangat tengok dia..walaupun dia tak pernah merengek, tapi kita tau dia tak selesa..

Minggu lepas, eczema dia dah merebak ke bahagian mata..so saya rasa this is the time!moh kita jumpa pakar!

Dan semalam , barulah ada masa yang sesuai untuk jumpa Dr Azwan, (Paeds Medina since lahir)kat KPMC Puchong..as usual Dr Azwan memang tersngatlah bagusnya dalam bab penerangan n good listener jugak!

Masuk je bilik Doctor, terus Dr Azwan tu bangun n sambut kitorang dekat pintu  n salam each of us except Mommy..terus jemput duduk, lepas tu Medina pon as practiced sbb dia kan peramah ( practiced kat dalam keta, tunjuk tempat sakit) terus Dr cakap ini ECZEMA!

Doctor tanya cream ape pakai all this while?ni eczema dah lama, Eczema dia dah makin tebal n dry sangat!so condition dia memang teruk!huhuhu..Sedihh..

Lepas tu cerita itu ini..n Doctor tu advise how to treat Eczema in correct ways:


  • Kena selalu pakai pelembap..esp kat bahagian yang kering n merah tu..Beli pelembap murah-murah pun takpe tapi janji kena pakai sekerap yang mungkin..So dia suggest beli brand Acqua kat Farmasi.. (RM20++ 500g)
  • Kena kerapkan mandi..supaya kulit dia sentiasa lembap..kalau boleh mandikan dia dalam 3,4 kali sehari.. InsyaALLAH Eczema dia akan terawat
  • Eczema Medina bukan disebabkan susu atau pemakanan sebab kalau dia allergy disebabkan susu n makanan, habis satu badan akan terkena infections. Tapi Medina tak, hanya spot-spot yang tertentu je esp kat pelipat kulit.. (Lengan, Telinga, leher n kelopak mata) so no need to jaga on makan dia n susu..just boleh bagi susu macam biasa.
  • Pastikan kuku dia sentiasa pendek dan bersih.
  • Dan Doctor Azwan ada bekalkan Ubat Syrup untuk tahan gatal yang boleh makan bila nak tidur je supaya dia tak menggaru ketika tidur.
  • Doctor bekalkan jugak Lippocream which is ada steroid sapu kat spot yang infected so that Eczema Medina akan cure..sapu senipis yang mungkin 2 kali sehari.
  • Follow up balik dengan dia dalam masa seminggu dari sekarang.
Semoga Eczema Medina cepat hilang dan sembuh!Amin..





Gambar ni 2 bulan lepas..Gambar sebelum letak KPMC Puchong tak sempat nak tangkap..tak ingat..huhuhu..



Dan ini ubat yang Dr Azwan bagi..

***Alhamdulillah ada improvement..nanti saya update lagi k..


Total cost Hari Khamis hari tu RM124.00 Charge Doctor tak mahal RM30.00 je tapi Ubat yang mahal RM79.00..So far saya puas hati sangat dengan service Dr Azwan ni sebab nampak sangat keikhlasan dia nak membantu n bukan sebab duit semata..dari dulu lagi saya perasan..Hubby pun suka dengan service dia n kalau lah Insurance cover kat KPMC Puchong ni dah lama kalau anak-anak sakit je, senang refer kat sini je..sebab very satisfied with all services provided!kalau anak demam pon. ingat nak refer sini je..sebab puas hati sangat..dari pergi klinik yang tah pape je tu kan..

Okla daa..

Photobucket

15 comments:

QasehnyaRania said...

.semoga cepat sembuh yr medina..
thanks mommy berkongsi ilmu ni..

Unknown said...

Allah...kesiannye..moga cepat sembuh....

mila said...

kesian medina, cpt sembuh ye syg..x lama lg nk jadi kakak, so kena kuat tau :-)

Syima Syaz said...

Salam...
saya pun ada pengalaman anak eczema tapi skrg alhamdulillah dah baik..

ubat-ubat yang doc bagi yang nama belakang ada -'cort' tu ialah steroid dan ubat syrup tu pun steroid. Based on doctor homeopati, steroid ni macam pisau cukur, 2 mata. 1 dia hilangkan kesan tapi 2nd mata pisau tu menipiskan kulit. lama-lama kulit makin menipis n ubat steroid dos kecik dah tak jalan, dia mintak dose kuat pula. lepas tu kalau stop, kulit akan jadi terruuuukkk sangat. tapi kalau stop terus dan start guna natural cream without steroid, ulit akan melalui fasa topical steroid withdraw yang mana bisa-bisa steroid tu akan keluar dan kawasan yang disapu steroid tu akan menjadi teruk. amik masa berbulan untuk baik semula tapi itu adalah jalan selamat....
kesan-kesan steroid, boleh google. tapi antaranya ialah sakit buah pinggang. di London, steroid cream diharamkan untuk pesakit kulit/eczema atau baby... tapi di Malaysia, masih berleluasa

saya sekadar berkongsi, terpulang pada awak.. =). anak saya alhamdulilah sudah baik dari E nya. kalau nak belajar lebih pasal eczema dan penyembuhan secara natural, boleh join group Eczema Malaysia (NAAE) di FB...

Lynn Huraiza said...

kesiannya...dah cuba bagi minum meal shake, omega guard shaklee?

Anonymous said...

semoga cepat baik medina

Mar Mansor said...

semoga medina cepat sembuh.
cuba guna minyak kelapa dara.nak kawan saya ok lepas dia rajin sapu VCO.
http://jnjikita.blogspot.com/2014/10/kenali-ekzema.html

mommychaa said...

baru nk komen ade my fren yg byk info pasal eczema sekai di dah muncul di atas 'syima syaz" tu hihihihi.

Mikha pon untill now eczema cuma kaki jer penuh berparut ntah kejap ade kejap takde. kita sapu myk je and sabun kasi special sikit lupa dah nama sabun ape.

i feel u aida :(

Raihan said...

semoga medina cepat sembuh...kdg risau juga xsembuh²...harap aida bersabar.. dengan keadaan sarat lagi dan nak pantau lagi keadaan medina..

FarahFerraDotCom said...

Kesiannya medina.. mesti dia tak selesa... tak per aida berhabis sikit .yg penting medina sembuh..

dalila said...

aida..danish pun eczema..sejak 6 bulan lg..skang pakai cream fabancort..mmg ok..sebab nmpk ubat tu je serasi ngan die..tp risau pulak lps baca komen pn syima syaz kt atas..huwaaa..doc kate eczema ni ms kecik je..dh besar nnt die akan elok sndr..tp spi bile?sian tgk danish..medina pun nmpk teruk jgk tu..siann medina

Unknown said...

Kesiannya Medina.Semoga cepat sembuh. Kak anim ada entry pasal eczema ni. kalau adik rajin boleh baca ye.

http://souqvitamin.blogspot.com/2014/11/rawat-eczema-tanpa-steroid-yang.html

mama eija said...

ksian sgt bila si kecil sakit.. get well soon baby medina...

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen said...

zara baru2 ni kena gak ekzema..tiba2 jek umur 6 thn kena tp dia punya lain sket dr medina..lama nk share psl tu tp tak menyempat..hahaha..nway, akak bwk gi dermatologist kat specialist kuantan..total bill dek rm500 pengsann nasib baik leh claim kat comp..hhaha.nway, skang dh nmpak sgt kurang mslh dia tuh cuma kat kulit kepala tu masih ada kerak2 kering mcm kelumumur yg buat kepala gatal sgt..huhuhuh

lailemohd said...

Salam.
anak saya pun ada E. sebelum ni mmg saya jumpa pakar di private hospital. mcm biasalah, ubat yg ada steroid akan diberi. bila dah masuk 2 thn, semakin byk yg saya research. kesan steroid sgt sgt sgt merbahaya. sekarang saya sedang berusaha memulihkan E anak saya dgn cara natural & homeopathy. homeopath yg saya percayai ialah Dr. Suriyakhatun. pemakanan anak kena di ubah. betulkan kebocoran ususnya terlebih dahulu & tingkatkan sistem imun dia kerana pesakit E ni mempunyai sistem imun yg songsang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...