Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Apr 16, 2014

Day II - Danau Toba ke Beras Tagi

Day II –

Keadaan di sini agak janggal jugak bagi saya sebab waktunya yang lebih lewat satu jam dari waktu Malaysia..Jadinya saya ni agak tak biasa dan selalu je terbangun-bangun ketika tidur sebab takut terlepas Subuh sebab masuk waktu Solat nya seawal pukul 5.15 pagi waktu Indonesia dan pukul 6.15 pagi waktu Malaysia..

Selepas solat Subuh saya sempat menikmati keindahan alam kerana hotel yang kami duduki itu sangat berada di atas bukit dan Seluruh Danau Toba dapat dilihat dengan jelas..













Oh lupa..kami menginap di Danau Toba International Cottage ..Hotel Rate : RM150/cottage yang tiada aircond atau kipas sebab keadaan di sana sangat mendinginkan sampaikan malamnya kami trtidur kesejukan!!

Pagi itu..activity kami makan at Hotel n swimming time..Saya tak pulak terasa nak berenang padahal saya ni kaki pool..entahlah malas nak basahkan baju..hanya menemankan anak-anak dan melihat mereka berenang..Air dia sangatttt sehjukkk!!Tapi Medina memang tahan…asyik nak terjun je..hehee..

















Tepat pukul 11.30 pagi kami pun memulakan perjalanan kembali ke Beras Tagi..Antara tempat terkenal di Medan selain Taman Semalam dan Niagara Falls mereka..kami tak sempat mengunjungi lagi tempat2 menarik seperti itu sebab sangat kesuntukan masa..hanya berkesempatan ke Beras tagi sementara itu berhenti makan di pertengahan untuk menikmati makanan tengahari..Jam ketika itu tepat pukul 3.30 petang..





















Sesampai di Beras Tagi memang ingin menaiki Kuda dan menunggang secara sendiri tapi tak berkesempatan pulak kerana kuda-kuda yang ada masih dalam training..so terpaksa ditarik sahaja..

Kami menghabiskan masa di sana hanya 1 jam dan memulakan kembali perjalanan ke Bandaraya Medan..Akan terus ke belakang Hotel Soechi sebelum pukul 7 ptg kerana kedai-kedai di sana akan tutup..di sana ibarat Jalan TAR yang banyak menjual seperti alatan Sukan Handbag Branded dan Mainan kanak-kanak dan beberapa lagi barangan..

Sayangnya ketika kami sampai di sana,tepat pukul 6ptg kedai kebanyakannya dah tutup..dalam 100 kedai hanya 15 kedai je yang bukak dan semuanya kedai bag 10 kedai,kedai sukan 3 kedai n kedai mainan 2 kedai sahaja yang bukak..aduhaii..nak shopping dalam keadaan rushing memang bukan sayalah..menyusahkan je kan..So saya just survey..tapi MIL dah stuck kat satu kedai tu dan borong sampai 7,8 bag kat situ je..huuh
Saya pergi dari satu kedai ke satu kedai semuanya tak berkenan di hati..sampai lah terjumpa satu kedai dengan berteman kan hubby sebab saya kena melalui QC dari dia dulu..kalau dia kata ok,baru saya beli..kalau tak,saya tak beli pun..akhirnya membeli lah jugak saya satu handbag Micheal Kors dengan harga IDR200,000.00 sahaja..murah!!hehee..

Selepas itu..terus kami ke Grand Aston Hotel untuk menginap disana..













Selesai mandi,kami bergegas pulak ke Restaurant Wirama for Birthday Celebration For Aina..Adik bongsu hubby..Makan,memang marveless..udang..sotong..fuh heaven..memang sedap ggileee..

Lepas tu kami ke Merdeka Walk yang berhadapan dengan Hotel kami sahaja..untuk berjimba-jimba sebab kat situ ada mini Fun Fair..heheee





Hotel kami di belakang saya tuu..

Tepat pukul 12 sampai hotel dan memulakan sesi berurut pulak..urut satu badan di bilik..tapi tak best sangat pon orang tu urut..maybe dia rushing nak balik..huhuhu

Seterusnya Tidooo..

NEXT!!




Pssss: Nanti saya Blog walking tau..InsyaALLAH hari Sabtu nanti..Rindu nak jengah 'rumah' kalian semuaaa..Tunggu yeee..





Photobucket

7 comments:

Farah Waheda Wahid said...

cantiknya pemandangan dan amboiii sukanya si kecik tu dapat main air... hik hik hik...

Raihan said...

kalau shopping...mmg kena ambil masa sikit..kalau rushing..nanti xpuas ...

Sha said...

best nyee jalan..nk jalan jugak..

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen said...

alahaiiii..canteknye pemandangan danau toba..akak mmg jenis 'cair' dgn pemandangan2 mcm nih..hahahaha..nway, suka sgt tgk gmbar aida bertiga ngan aqil n medina kat restoren tuh..nmpak ceria sgt!! ^_^

IDAZS said...

cantiknya pemandangan kat danau toba tu. bila lah dapat pergi.

handbag Mk??? syoknyaaaaa.. nak jugaaaaa

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, wallah. bestnya. nanti sambung lagi ye.. sheila suka tengok muka akak pakai tudung sarung kelabu hitam tu.. manis je... singgah menabung YES ~~~

FarahFerraDotCom said...

Best jugak medan nie yer aida.. tempat2 dia cantik.. Best la dua beradik tue dapat naik kuda.. =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...