Perjalanan kami hari tu bermula seawal pukul 0530 pagi Sabtu
(sepatutnya pukul 0500,tapi biasalah Hubby saya tu always tak menepati masa).
Kemudian kami berhenti di Bentong untuk menunaikan solat
Subuh, (Alhamdulillah dapat berjemaah)..kemudian kami teruskan lagi perjalanan
dengan berconvoy 4 buah kereta..
Selepas berhenti di sana sini,akhirnya kami sampai di Marang
Terengganu tepat pukul 12.30 tghari.. Letih capek semuanya ada sebab perjalanan
yang agak jauh dan terpaksa jugak melayan kerenah anak-anak dalam kereta
tu,memang challenging lah jugak kan..
Seterusnya kami teruskan ke Homestay kami di belakang rumah
Mak Lang saya yang pada mulanya saya berdebar-debar jugak dengan keadaan
Homestay tersebut sebab takut kondisi yang tak menepati selera kami..
Alhamdulillah..Homestay kami sangatlah memuaskan dan rasanya
tinggal sebulan kat situ pun kami tak kisah..hiihih..Rumah Lot yang baru dibina
dan segala fasiliti di sana sangat TERBAIK..nanti saya bagi full review about
the Homestay ye..
Lepas tu kami keluar dari HS untuk menikmati makan tengahari
di rumah Mak Lang saya dan seterusnya kami terus ke Pasar Payang..cuci mata je
sebenarnya..tapi sempat jugak saya rembat 1kaftan untuk saya dan Medina…hehee..
Lepas tu nak ke Pantai Batu Burok utnuk menikmati angin petang…tapi
orang terlalu ramai dan jammed terus kami patah balik ke HS..Malam tu ada
kenduri sikit di rumah mak lang saya dan sempatlah kami menikmati juadah Nasi
Dagang yang marveles di sana..Alhamdulillah..
Malam tu saya tidur pukul 12.30 tgh malam sebab anak-anak
sakan bergusti berlarian-lari an di HS sebab sesekali dapat berkumpul bersama
kan..
Esoknya..pagi-pagi ke Masjid..Majlis pernikahan..selesai
pukul 11 pagi..terus kami ke HS untuk mengemas barang-barang dan keluar semula
ke Losong untuk beli kepok lekor..lepas tu balik ke HS dan kembali untuk
menikmati makanan kenduri..Alhamdulillah tepat pukul 4.30petang, kami pun
memulakan perjalanan ke KL..
Berhenti di sana sini dan menempuh perjalanan dengan keadaan
kereta dan lorry yang banyak,akhirnya saya selamat sampai di Puchong tepat
pukul 11.30 malam..
Alhamdulillah..walaupun penat dan singkat percutian kami
ini..moments yang ada sangat bermakna..Alhamdulillah..
Last but not least..Selamat Pengantin Baru Nonie dan
Afiq..semoga kekal hingga ke syurga..Amin!
Jom layan momentos kami melalui lensa camera Iphone adik saya yang cun melecun..(perlu ke mention?)hahahhaa..
Gopro sangaaatttt..
Momy n Dady nak bercinta pon Medina tak bagi can..huhuhu
Semua anak-anak dah enterframe..
With jelitawanss
With my lovely cousins n sisterss
Mommy dotter bercinta sat..
Pengantin kecik..
alolololo...
8 comments:
best kan..walau penat tapi yang seronok dapat jumpa saudara mara kenduri kawin ni...dah jadi kebiasaan kalau cuti sekolah...memang sesak sikit....
HEY, COMEY SGT PIC YG BWH TU.AMBOI MEDINA..BERCINTA YE? HIKHIK...opss sory tercaplock...
** pic atas tu yg medina pakai pampers je xde seluar.hahaha.lucu sgt..mummy daddy nak bcinta cbuk dia enterprem gak
KALAU GI WEDDING MESTI NAK ADA PICCA ATAS PELAMIN KAN...HHEE
klasikk gitewww gambar2nya, dah macam raya pun ada jugak tu...
Assalamualaikum kak, wahh lawa dan simple sangat pelamin. hehee sana sini monofie ya ~~~
medina tak kasik chance kat mummy n daddy.. hihihihi..
oh pergi pasar payang hari sabtu ya, kami pergi hari ahad. Memang ramai sgt org. Kami yang balik 4 hari ni pun tak puas rasanya. next time kena plan cuti lama sikit.
cute je gambar last tu
Cantik rumah tu.
Post a Comment