Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Jul 5, 2010

Blog yang menyentuh hati...

Since saya baru lagi membuat blog ni, saya pun rajinla menjelajah ke blog-blog org lain untuk mendapatkan ilmu...tiba-tiba...
Tanpa disengajakan saya terbaca sebuah blog yang begitu menyetuh hati saya iaitu blog 'Doa buat Alanna'...rindu dan kasih seorang ibu dan ayah yang tidak bertepi..saya meruntun pilu tatkala terbaca beberapa bingkisan daripada mama Alanna..sedih bila kehilangan anak yang telah kita kandung selama sembilan bulan dan tidak sampai setahun anak itu telah pergi menghadap Allah yang Esa..sayunya rasa...
Kebetulan di blog tersebut terdapat satu label dimana ia dinamakan 'buat dia yang telah pergi'..bila saya klik dekat dua blog itu, rupanya ia juga merupakan blog ibu dan ayah yang kehilangan anaknya..aduhhh!!saya tersentuh lagi..terutama apabila membaca blog 'bila hati berbicara'..hampir menitis air mata saya apabila membaca saat-saat kehilangan seorang bayi yang dinamakan Mia...keadaan Mia ketika lahir hampir sama serupa dengan keadaan Aqil ketika lahir..kedua-duanya tertelan najis sendiri, kedua-duanya dimasukkan ke NICU..cuma saya tidak diuji seperti mama Mia dimana beliau kehilangan bayinya hanya selepas dua hari Mia dilahirkan..sedih dan sangat terasa kehilangan seorang bayi yang comel..saya rasa tersangat dekat dengan mama Mia kerana apa yang dialami oleh beliau telah juga saya lalui cuma saya masih bernasib baik kerana masih memiliki Aqil Jauhari yang makin membesar di depan mata....
Buat anak-anak yang telah pergi..damailah dikau disana...Allah lebih menyayangi dirimu sayang...

3 comments:

Mamanurin said...

salam mama aqil,

thanks..aduhai, tgk gambar aqil berselirat wayar, airmata terus mengalir teringatkan "budak kecik" bernama Mia tu..kesian sgt..sakit kan hati kita sebagai ibu bila baby dlm keadaaan mcm tu..

Aqil, besar nanti jadi anak yg soleh yer..sayang mummy dgn daddy!! muahhh

NrlAidaHml said...

wsalam Mama Mia...

maaf sekiranya entri saya begitu menyentuh hati...saya sangat tidak mahu Mama Mia terus bersedih kerana saya faham dan tahu erti sebuah kehilangan..sangat perit untuk menghadapinya kan..apapun,saya harap Mama Mia terus tabah dan cekal menempuh dugaan2 yang telah Allah utuskan..Doa buat Mia agar sentiasa bahagia dan damai disisi PENCIPTANYA...Aminnn...

Mamanurin said...

pinkylady,

it's ok..biaslaah hati seorg ibu kan mudah sensitif..insyallah, dia mmg dah bahagia kat sana, hoping dia pun turut doakan mama dia ada peneman kat sini..amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...