Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Nov 23, 2013

MommyCha 1st Giveway - Mommy & Baby Moment

Assalammualaikum..

Nak join gak Giveway from Mommy Cha..

Moment yang dipertaruhkan adalah..

Taraaaaaaaa..


Moment paling Epic!

Walaupun ada anak kecik bukan alasan untuk tidak menjalankan tugas sebagai Mommy dan Isteri ..

Masak sambil berbaby wearing kan Medina..

Multi Tasking Sangattt!!

Walaupun kualiti gambar agak tak memuaskan,tapi MAKNA gambar ini sangat mendalam..

Semoga MOmmy n Medina berjaya!

Amin!

hihihi..

Nak join?

Jom ramai-ramai join..


Hello korang.
Mommycha dengan rasa sukacite nak buat 1st ever giveaway yang mudah.
Hadiah vavavava sangat amazingly SUPERB!


Theme:
  • mommy&baby moments
  • tak kisah sama ada korang ade sweet, sour, pahit, kelat, sugarcandy, candycrush, scrumptious sugar moment bersama anak-anak tersayang.

How it work:
  • JOIN/FOLLOW blog mommycha dulu.
  • Buat satu entry paling ringkas mengenai gambar yang korang hantar. 
  • Ikut KREATIF/INOVATIF masing-masing.
  • Silalah letak link di entry anda mengenai GA ini.
  • Dalam gambar tu mesti ade gambar korang & anak masing-masing. 
  • SATU gambar sahaja, okeh?
  • Kalo anak orang lain dikira DISQUALIFIED hahahahaha!
  • Pastu tinggalkan jejak link entry dekat RUANGAN KOMEN sticky post ini.
  • Tarikh Tutup: 1.12.2013 (AHAD)

 Winners akan dipilih berdasarkan gambar paling MENARIK.  
Entrynye biase-biase pon takpe.

Hadiah akan diberi kepada winners 1st - 6th place :)


Photobucket

Nov 22, 2013

Aurat Ketika Bersalin ~ Semanis Kurma TV9

Assalammualaikum..

Copy Paste dari FB

Ringkasan dari "AURAT KETIKA BERSALIN" dari Semanis Kurma TV9:

1. Suami WAJIB pelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan.
2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat.
3. WAJIB mendahulukan doktor perempuan.
4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang.
5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.

Lagi satu pesanan 'mereka' dalam Semanis Kurma TV9... dlm keadaan isteri dh SAKIT sangat, hilang punca, tak boleh berfikir maka :-

1. PERANAN SUAMI sgt3 penting dan mustahak... suami yg kena bt keputusan utk menjaga aurat dan maruah isteri... kalau suami sendiri tak mampu nk bertegas utk buat pilihan... amat mgecewakan ( merujuk kepada dlm keadaan yg tidak darurat serta masih ada pilihan. )
2. Suami WAJIB jaga & pelihara aurat isteri ketika dalam wad.. LR dll... jgn dah msk wad semua terbang... tudung tak pakai, kain terselak sana-sini, berlengan pendek shj, menyusu ikut dan... sbb kena ingt kdg-kdg ada juga staff lelaki, pemberi makanan yang lelaki dll yang kuar msk wad..
3. WAJIB.... WAJIB.... WAJIB.... ada MAHRAM temankan ketika dtgnya darurat yg mengizinkan aurat terbuka. Pertama SUAMI... kedua SAUDARA PEREMPUAN.. ketiga nurse perempuan dan sterus3nya. Macamana pun keutamaan adalah SUAMI.

Ini TITIPAN sayang buat semua WANITA:

1. NIAT- Niat dari AWAL even sebelum disahkan hamil... ingin bersalin dengan disambut oleh doktor perempuan atau bidan wanita.
2. DOA - ISTIQOMAH dari remaja juga boleh.... Doa moga Allah pelihara aurat dan maruah kita sekalipun dalam keadaan darurat khususnya kita wanita ketika saat kelahiran bayi.
3. AMALAN - Selarikan dengan niat dan doa... pemeriksaan ibu mengandung, scan baby dsbnya WAJIB dilakukan dengan doktor perempuan dan bukan doktor lelaki. Malah jaga aurat dlam berpakaian juga selama mana bergelar muslim. Apa sekalipun berusaha dengan kudrat kita.. Allah akan hitung tindakan kita.
4. YAKIN - Insyaallah... bilaman kita telah KUAT berusaha seperti di atas PASTInya DIA bantu kita, pelihara aurat dan maruah kita maruah suami.

p/s : Moga Allah terus pelihara AURAT & MARUAH kita semua untuk proses kelahiran yang seterus-seterusnya. Untuk yang telah berlalu dlm keadaan tidak mampu BERTEGAS, TIDAK cukup bersedia dsbnya maka bartaubat dan muhasabah diri. Insyaallah DIA murah dengan keampunan.



Pengalaman saya ketika Aqil:
Jatuh hukum DARURAT-tak mampu-berserah kepada Allah-selamat melahirkan Aqil dengan bantuan Bidan perempuan India,Doktor Perempuan Cina dan Nurse Melayu perempuan-Sebelum tu,cek VE dengan Doktor lelaki Cina-after delivery cek kuman dengan doktor lelaki Melayu- (1st and last bersalin kat Hospital Serdang)

Pengalaman saya ketika Medina:
Alhamdulillah-Mampu memilih yang terbaik -sepanjang mengandung hanya berurusan dengan Doktor Perempuan Melayu Islam- Alhamdulillah - di LR KPMC hanya Nurses,Bidan,Doktor Perempuan Melayu Islam sahaja yang menguruskan saya - Sepanjang di Wad pon hanya berurusan dengan Nurses Perempuan Islam-Berurusan dengan Paed Medina lelaki Dr Azuwan sahaja dan sememangnya takde kaitan dengan Aurat Saya..Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan jika masih dipinjamkan rezeki,saya masih dan tetap akan memilih KPMC untuk masa akan datang dan jika Doktor Melayu Perempuan Islam masih berada di sana..InsyaALLAH..
Photobucket

Nov 21, 2013

Mengingati M.A.T.I

Mengingati M.A.T.I

Pernah tak Antara kita semua terdetik perasaan betapa dekatnya kita dengan hari kematian kita?

Saya sudah melalui DUA KALI perasaan ini (1st time waktu awal tahun lepas)..dan ketika ini perasaan itu masih menghantui..

Perasaan tidak tenteram..tak sedap hati..rasa tak sempat..rasa sikitnya amalan yang telah dibuat dan lebih sayu adalah perasaan untuk meninggalkan anak-anak..

Entahlah..perasaan itu lebih kepada perasaan takut..Takutnya pada azab kubur..takutnya pada balasan Allah..dan seterusnya menjadikan saya insaf yang teramat sangat..Sungguh..saya takut akan kematian..Saya tau setiap yang hidup pasti akan merasa mati..Bila dan dimana ia tetap menjadi rahsia Allah..

Cuma apa yang mampu saya dan kita semua lakukan adalah memperbaiki kehidupan sekarang dan dekatkan diri lebih lagi dengan Allah dan kurangkan membuat dosa..Semoga saya mampu untuk menghadapi saat kematian dengan tenang dan semoga semua amalan saya diterima oleh Allah..

Saya juga berdoa semoga anak-anak saya akan turut bersama saya supaya mereka tidak akan merasa kehilangan..sebab hanya Allah sahaja yang tau betapa rapat nya hubungan kami sehinggakan mereka tidak akan mampu berpisah dengan saya..lenanya di bawah lengan kiri dan kanan saya ..celik mata mereka hanya akan ternampakkan saya…Mereka hanya mahukan saya..dan saya tahu Allah telah merancangkan sesuatu yang indah buat kami..InsyaAllah..
Semoga perasaan yang saya lalui ketika ini lebih kepada peringatan untuk saya untuk menjadi seorang mukmin yang sejati..InsyaALLAH..

#MuhasabahDiriDiHariKhamisYangIndah

P/s:Nanti saya blogwalking ye kawan-kawan..Promised!InsyaALLAH..

Photobucket

Special Project for this coming J.a.N.u.A.r.y :')


Okla..baru semalam tetiba ideas ni came across to my mind!

Saya ada angan-angan lah jugak..

nak buat Special project for my one n only Medina Amani..

Kebetulan, hari itu akan jatuh pada Sabtu dan saya sangat excited nak celebrate.. (uuppss dah terbocor lah pulak project ape kan..hihi)

Tapi..as usual, pasti semua perancangan di luar pengetahuan Encik Daddy lah kan..Dia tak suka dan tak minat..So Mommy lah yang akan arrange seorang diri.. (any volunteers?heheee..)

Cuma all the menus dah ada dalam kepala ni dan sememangnya bukan akan di masak oleh Mommy lah kan..

Tempah percuma sudah!hahahah.. (nak paksa MIL masak ...Nak suruh adik saya masak teettt..dan mungkin nak suruh mak saya masak ..ttuuuut..) yang simple-simple je.. Minum petang katanya..hahaha

Venue pon dah pilih..tema pon dah ada..eceh..hopefully semuanya berjalan lancar lah kan?

kenapa plan terlalu awal?

Sebab saya ingat nak buat semuanya sendiri.. DIY lah kononnya..hahahah..

So part saya sekarang adalah memikirkan Goodies bag n Candy Buffet serta Deco yang sweet muiitt sangattt..tapi yang penting simple dan sendirian berhad sahaja..

So pabila memikirkan bajet, haruslah slowly keluar kan..takde lah terkejut beruk nanti nak membayornya..


Simple but yet easy..hihihi..


Sekarang ni tengah fikir macamana nak Deco goodies bag dan beli kat mana..itu je dulu..lain-lain, nanti saya share k...hihihi..

Jom kira Budget dulu!hihihi
Photobucket

Nov 20, 2013

Percutian itu Seronok dalam duka.. PNB Ilham Resort..

Assalammualaikum..

Kembali ke arena blog dan beradanya saya di sini hanyalah ingin menceritakan sesuatu..hehehe.. (skema tak ayat?)

Oklah..di sebabkan berlaku kematian pada hari sabtu yang lepas (hari yang sepatutnya kami sampai di PD)..maka kami hanya bertolak dari Kajang pada pukul 8.26 pm dan sampai di Ilham Resort tepat pukul 9.26 pm (genap 1 jam sahaja perjalanan)..

Sesampai di sana, lebih kepada memilih bilik yang berkenan dan bersantai bersama anak cucu dan menyusun-nyusun barang..Ouh ya lupa..Husb saya masih tidak sihat dek kerana perut nya masuk angin terlalu banyak dan meragam di sana sini..Cerry berry bermula dan nasib kami baik sebab kami berkongsi kereta dengan family along saya dan Abang ipar saya yang memandu kereta kami sepanjang perjalanan ke PD...


Acara bergambar bile memula sampai..with my beautiful Mak!


With my Mak n Son!


Aktiviti malam diorang..main snooker..








Ahad
Breakfast - free voucher for 6 persons only tapi orang Ilham tu tak buat spot check pun, then 6 orang menjadi ke 8 orang..cuma saya n family je yang tak pergi breakfast sebab husb saya tak larat bangun,makan n minum..(nightmares-ketidakseronokan langsung)huhuhu...jadinya around pukul 9 macam tu, saya tinggalkan Aqil yang seronok mandi pool dan Medina yang baru bangun tidur, kami terus ke Klinik Mesra,Telok Kemang untuk membawa husb saya yang tiada tenaga langsung bilamana asyik ke toilet membuang..

According to Doctor,bukan keracunan makanan (saya pon merasa begitu - condition yang sama ketika saya kena sakit perut last week-tapi husb saya ni tak suka minum air kelapa,so terpaksa hadaplah kan)- perut pon tak menggelegak - doc bagi Ubat tahan cirit.ubat tahan muntah dan air garam..-balik klinik singgah kedai mamak kat area situ untuk makan breakfast dan balik hotel semula.


Balik klinik,Mommy insists jugak nak berendam dengan Princess..so tetap layannn jugak...hihihi









I'm a happy girl!!

Tengah hari takde ape aktiviti pon cuma makan nasi lemak yang mak saya masak (sepatutnya tak boleh masak,tapi kitorang masak jugak..hahha)..lepas dah pekena nasi lemak,. semuanya mengantuk dan tidooo..cuma saya je..gagahkan diri berjalan-jalan di pantai bersama Aqil dan Asyraff (anak along saya)..sebab saya agak keboringan melepak di bilik tanpa aktiviti sementelah Medina dan Daddy asyiklah tidooonyaaa..huhuhu..


Dua kawan..kadang-kadang musuh..kadang-kadang adik abg..


Si kurus Mommy..


Budak dua orang yang geli dengan pasir...


Ada playground jugak kat Blue Lagoon ni..








Air belum pasang..




Petang..

Barulah aktiviti pantai bermula..yeay!!tapi sebelum tu kami spent time together kat dalam swimming pool dulu around pukul 4ptg..luckily hari Ahad tu cuaca sangat warm je..so memang best sangat merendam-rendamkan diri..hihih..yang syoknyaa abah saya pon sporting sangat main bola beracun dalam pool sampaikan habis semua anak-anaknya dia buli..hihihi..yang tak syok,husb saya n suami along saya tak join pon..sedehh..husb sy still sakit dan terbaring di bilik..huhuhu..suami along saya kena jaga anak bongsu dia yang tak suka main air..




lepas aktiviti di kolam renang,terus kami ke pantai untuk bermain Banana Boat..semua turun pantai kecuali husb saya n husb along saya..huhuhu..so memang hati tergedik-gedik sangat nak naik Banana Boat tu so kena bayar RM15 per person (dulu RM10 je kan..itu dulu..) so naik lah saya,suami angah saya,ain.,aisyah,Fatin,saya dan abah saya..wow!bestnya naik ni walau kena terbalik dua kali..best gilehhh..hihihi..sementara tu,Aqil pon sangat excited nak naik Banana tu tapi mana boleh kan..dia kecik lagi..sampaikan kitorang semua dah naik Banana Boat tu dan ada satu tempat kosong lagi,dia pon kata

"Mommy !Tu..ada tempat kosong lagi.."(Dia nak naik sangat lah tu..)
"Tak boleh..Aqil kecik lagi.."
"alaaaa"..hahaha..kesian kan..


Nampak tak muka excited semuanya..hahahha..


Aqil berkayak dengan Nanny dan Atuk..





Lepas tu diorang naik kayak n Aqil sampai tertido dlm kayak tu dek kerana layann sangat angin laut agaknya...hihihi..dia naik kayak dengan atuknya..

Malam..

Semua bersiap untuk preparation BBQ session..seronoklah jugak walau suami saya tak dapat turut serta..huhuhu..makan pon sedap..ikan pon fresh sangattt...Ayam pon sedap amat..haihlaa..tapi tak sempat ambik gambar plus mood saya ke laut lah jugak sebab tak larat nak handle anak2 sorang diri..Penat!!kendong Medina lah..kejar kan si Aqil lah..haih..memang tak terlarat rasanya..BBQ pon habis awal sebab tak ramai kan..so aktiviti pon takde sangat..hurrmmm..


Sempat celebrate Birthday Asyraff..Happy Birthday Abg Long..


Lepas layan AF sat..terus tido..Husb saya bangun only at 10pm lepas dia kata perut dia dah ok sikit after consumed ubat tahan cirit n muntah.. huhuhu...

Esoknya..


Abah n mak n anak dara


Aqil merajuk -king

Medina mengantuk-king..

hehehehhe








Family angah saya..all the way from Malim Nawar




Muka happy mereka!!


breakfast..mandi pool lagi..pukul 11.30 pagi gerak balik..daaa...lepas tu pergi Sg Gadut N9 untuk rasa Cendol Leman Dawi yang femes tu..then balik!!Yeah..


bubbye Ilham yang Indah!


Till we meet again..


Highly recommended ok!


P/s:so far mood bercuti sangat lah ke laut nya..gambar pon tak tangkap sangat!sebab saya takde masa dan tak menang tangan dek kerana nak layan anak-anak yang dua orang dan husb berubah jadi macam budak2 jugak  memang kudrat saya tak kuat..Letih dan penat!tu je yang saya rasanya..selebihnya,saya rasa fun lah jugak..sapa tak suka kan dapat sepnt time with beloved family..I love my family so much..


Layan cendol pakcik ni..

pakcik ni pun ber baby wearing jugak !

Salute lah Pakcik Leman..


So gambar2 yang ada hanyalah picisan..so nak buat Hotel Review memang tak dapek!MAAF!!



Photobucket

Nov 16, 2013

Tentang Kematian..Kesakitan...Kekeluargaan

Assalammualaikum..

Salam di hari Sabtu yang Indah..

Kematian itu...

Pagi ni kami dikejutkan dengan berita pemergian Makcik saya iaitu Mak Ngah Suliah ke rahmatullah..Permergiannya sememangnya telah dijangka setelah beberapa hari terlantar tidak sedarkan diri di sebabkan kegagalan organ dalaman untuk terus berfungsi..

Doktor memberi kami masa dalam masa seminggu dari hari Rabu yang lepas, dan hari ini Mak Ngah pergi jua..Beliau telah menghidap Kanser Payudara dan telah melalui proses rawatan sejak dua tahun lepas dan hari ni mak ngah tidak mampu lagi bertahan..

Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..Amin..

Saya tidak dapat menziarah Jenazah arwah buat kali terakhir disebabkan tuntutan kerja..Partner saya telah bercuti untuk menghadiri konvo beliau, maka saya TIDAK BOLEH cuti..sedihnya rasa.. Alhamdulillah saya dapat mengucup dahi panas Arwah semasa melawatnya di rumahnya pada malam Khamis yang lalu..

Kesakitan itu..

Suami saya sedang demam ketika ini..Demam urat..iya..saya tahu..setiap kali kami ingin pergi bercuti,pasti suami saya demam..adakah hanya kebetulan atau ketentuan.. saya tidak tahu (Time pergi China pon suami saya demam)..saya hanya berserah..

Al kisah..Suami saya telah kesakitan di bahagian tangan nya sejak sekian lama..Maka hari Khamis yang lepas, suami saya panggil seorang Indonesia untuk mengurut tangannya..Sakit nya ketika itu hanya Allah saja yang tau..dan bila bangun di pagi Jumaat, semerta tangan Suami saya bengkak..dan angin sudah masuk ke seluruh badannya dan akhirnya cerry berry pon bermula..

Balik kerja semalam, habis satu badan suami, saya picit dan urut..dan

Malam tadi juga, perut nya tidak lega dan disertakan dengan demam..Makan panadol malam dan pagi tadi sebelum saya ke tempat kerja dan mungkin saya akan belikan air kelapa muda buatnya untuk melegakan perut yang meragam..Semoga kondisi suami saya baik-baik sahaja dan semoga dia mampu untuk memandu kereta ke PD nanti..AMin!

Kekeluargaan kami..

Disebabkan kami tidak tahu yang berita sedih ini akan menimpa kami sekeluarga..dan tanpa prejudis, duit hotel telah kami bayar,maka acara kekeluargaan yang telah kami rancang, tetap kami jalankan..

Mungkin kami akan sampai di PD lewat sedikit hari ini sementelah mak saya dan keluarga yang lainnya masih di Selayang untuk menziarah keluarga Pakngah saya..dan mungkin juga saya akan bertolak sedikit lewat untuk menguruskan kereta terlebih dahulu dan kemudian petangnya barulah akan sampai di sana.. InsyaALLAH..

Perancangan asal tetap diteruskan..dan semoga segalanya dipermudahkan dan selamat..Amin..

Selamat berhujung minggu buat semua..

***Bulan lepas kami kehilangan nenek tersayang..bulan ini kami kehilangan makcik tersayang..setiap yang hidup pastikan mati..Al-Fatihah!


Photobucket

Nov 14, 2013

Rosena Spa, Puchong yang AWESOME!

Assalammualaikum..

Saya just nak share info dan experience saya selama ber spa kat Rosena Spa tu..

One word! AWESOME!!

Highly recommended!

Okla saya cerita in details ya..

Rentetan pembelian Voucher full Body Massage + Facial kat Groupon tu kan..

Rupanya pakej tu tak termasuk
Body Scrub
Mandi (Rempah (For yang dah berkahwin)/Mandi Susu (Pengantin)
Sengkak (Optional)
Facial Treatment (Collagen+Vitamin)

Tapi di sebabkan saya perlukan semua treatments kat atas tu..maka saya pon tambah duit lagi..each treatment kena add on RM30.00 only (buat sesapa yang ada voucher tu je..kalau tak, lebih mahal sikitlah)

So sesampainya saya di sana sekitar pukul 10.15 berpandukan GPS semata..sebab rumah orang dan saya agak tak familiar dengan tempat tu..

Oh ya..supposely, saya pergi dengan MIL..sekali tu MIL tak dpaat pergi, maka terus saya bagi Voucher MIL tu kat Along saya..so kami pon sampai,terus tekan loceng..luckily rumah Nurul tu sebelah spa tu je,so memang dah ada orang kat dalam tu..terus masuk..


Signage kat luar pagar..


Bila dah masuk dalam terus bau aromatherapy yang sangat menyenangkan dan kedengaran musik ala-ala bali telah dipasang..wahh..syoknyaaa..hihihi..

Kami diminta duduk sekejap dan tangkap2 gambar dulu..hihih..sementara kami menunggu Foot Spa yang akan dibuat oleh Mama a.k.a. Mama Rosena (pengasas spa ni)..

Sebenarnya Spa ni di asaskan oleh Puan Rosena yang telah bertapak di Kuantan sejak 15 tahun lepas..cuma Branch Puchong ni je baru je di buka February lepas..So saya rasa kami sangat beruntung sebab Mama akan terlibat secara tidak langsung sepanjang sesi rawatan kami..Seronoknyaaaaaaaa..


Us..before treatment..

Saya ni kurus je tau,memang saja pakai baju besarrrr..hahahhahaha...


Along saya..


Ni gambar tak gemuk dia....hahahha..


Foot Spa bermula..

Alhamdulillah dengan Mama kitorang dapat special treat..Selalu buat cara lain, cuma kali ni Mama buat cara perubatan Islam..Guna Kapur dan batu gunung...baca2 sikit dan berendam..Seriously,rasa sakit sikit kat betis ketika rendaman kaki dilakukan dan according to Mama,ada masalah dengan perut kalau kita terasa sakit kalau buat treatment ni..wah!

Decide untuk buat sengkak treatment (naikkan rahim dan peranakan..)


Lepas buat Foot Spa,terus Mama bagi kitorang minum Air teh+Madu+Jamu = untuk rawatan dalaman..Wah..macam minum jamu dan air tu sedap!Alhamdulillah..nampak Mama sangat ikhlas dalam melayan setiap rawatan yang kami lalui..Minum2 air so-called jamu ni tak termasuk dlaam pakej tau..hanya orang2 yang beruntung macam kami yang dapat..hihihihi


Bilik Massage+Scrub n Facial muka..


Ouh yaaa..Sebelum kami kenalkan diri masing-masing..Mama buat tekaan dulu tau..

Mama teka saya adalah kakak dan Along saya tu adalah adik..

Adusss..sedeh mak..

hahahhaha..

Sebab Mama kata selalunya anak sulung ni akan nampak kurus dari yang lain sebab dalam hidup dia banyak tekanan...

Haaa kalau kes aida ni mesti banyak buat kerja..banyak buat kerja berat-berat lepas tu suami pun tak membantu sangat kan?

muahahahahahah..ye..tidak..ye..tidakk..

hahahahahahah

Ok..Treatment bermula dengan Scrub satu badan..habis satu badan saya Kakak tu sental..memang puas hati sangat dengan sentalan yang di buat..

Lepas dah Scrub..Massage pulak..wah sedapnya..rasa hilang segala penat lelah selama ni..eceh..depan belakang dia urut...Lepas dah urut each bahagian, diorang akan tungku pulak tau..memang rasa macam lepas bersalin je..hahahhaha..

Lepas dah urut satu badan..Mama datang untuk buat Sengkak Treatment

How mama buat?
Dia urut saya punya betis..untuk betulkan urat perut..

lepas tu urut pangkal peha..Betulkan Urat kelamin..

Memang sakit tak payah cakaplah kan..tapi berbaloi...

Lepas tu baru sesi sengkak sebetulnya untuk naikkan rahim dan peranakan ke tempat asal..

tapi taklah sesakit waktu naikkan time lepas bersalin dulu..just ok-ok je..hihihi..

Lepas dah siap..almost 1pm (dah dekat 3jam kan?)

Kitorang akan pergi Sauna pulak..

Kitorang akan ditempatkan di bilik Sauna yang comel yang diperbuat daripada kayu..

lepas badan dan muka2 kami mengeluarkan peluh dengan dahsyatnya, (lebih kurang 18mins),

barulah kitorang mandi rempah..

Purpose?

Untuk rawatan dalaman..hihihi..

berendam dengan rempah sambil berjakuzi..

Memang best gileee...







Almost 1 hour kat dalam tu..dan pukul 2 siap mandi..

Terus ke depan, minum air teh ubat lagi..hihihi..

Fuh,memang rawatan luar dan dalam di buatnyaa..kikikiki..

Lepas tu..Facial muka..

Tapi facial ni juzt basic je..kalau nak tambah collagen and all that, kena tambah lagi RM30..

Malangnyaaa

kitorang dah kehabisan duit..sebab mana nak bajet kan kena tambah segala mala..hihihi..

takpelah..next time datang lagi...

tepat pukul 3 petang, baru siap semua treatment!

Total hours: Straight 5 hours!

TAPI ape yang boleh saya cakap?

Berbaloi!

Puas!!

Badan selembut dan sehalus bayi..

Eceh!!hihihihi..

Dan rawatan dalamn tu sangat berkesan..

Alhamdulillah...


Muka Happy Along saya..hihihi


We're happy customer with Soleha (pekerja) , saya,  , Mama, Along saya dan Nurul (owner spa Puchong )..Comel je walau tengah preggy 6 months..hihihih


Jom singgah Spa ni kalau anda sedang mencari-cari Spa yang terbaik..

Pakej Bride to be pn ada tau!

Jom terjah Rosena Spa sekarang jugak!!


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...