Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Aug 29, 2015

29.08.15~ Happy 6th Birthday Anakanda Aqil Jauhari

Semoga membesar dengan Bijak..

Semoga kejayaan sentiasa bersamamu anak..

Oh ..tetiba touching pulak nak buat entry ni..

Sebab Aqil saya tu sangatlah the besar one..

Dia kan..kalau saya cakap tak larat..saya letih..dia akan cakap..

"mommy meh Aqil bawakkan beg lagi satu tu" (bila dia nampak saya bawak beg berbanyak banyak..huhu..)

"mommy..cakap je nak buat ape?aqil buatkan.."

kemas rumah memang nombor satu..saya order je..aqil tolong susun bantal2 ni..sepahlah..

dia buat..

Menjelang birthday dia semalam pun, dia sangat mengharapkan saya akan buat surprise yang mengharukan dia tau..entahlah saya touching sangat..dia siap menggambarkan lagi keadaan itu..

"nantikan..mommy bawak kek..lepas tu semua orang nyanyi happy birthday Aqil..tiga bahasa tau..melayu.english n chinese..lepas tu semua orang tepuk tangan..yeayy"

so sweetkan..hopefully ape yang dia bayangkan akan menjadi kenyataan..InsyaALLAH..Amin!

Happy birthday sayang..

Semoga terus berjaya dunia akhirat dan menjadi doktor sebagai cita cita yang satu..Amin!


Throwback sikit gambar Aqil 3-4bulan dulu..


Photobucket

Aug 28, 2015

Seisi Rumah Sakit! - Aqil yang masih kental!

Akhirnya Mommy n Medina rebah jua..

huhuhuhu..

Kuat betul virus Ammar sebarkan sampaikan kami kami ni tak tertahan..

selalu selalu mommy paling kental! (jangan tak percaya ok)

tapi kali ni mommy tak kuat..huhuhu..

Mommy start jatuh sakit, selasa malam..sakit tekak..n nak batuk..luckily daddy mula kembali sembuh..(kalau dia tak sembuh,memang dia takkan tolong buat pape pun tau!)

Subuh rabu tu gagahkan jugak bangun, masak bubur Ammar kekonon nak gagahkan jugak pergi kerja..

Lepas pump susu..arghhh tak larat..taknak pergi kerja lah..


suruh husband hantar anak-anak dan saya terus berehat..

pergi klinik,dapat injection sbb body saya dah weak sangat,sampaikan air mata mengalir je panas sangat2..MC pun dapat 2 hari..dapatlah saya berehat rehat jugak..

TAPI..kita ni kan mak-mak, mana bleh rehat sangat even doctor tu dah warned husband dah suruh jaga anak-anak (malam time), tapi husband saya..haih...mana reti berdikari..mana reti buat semuanya sendiri..cuma towards the end tu je la,dia tidurkan ammar dalam buai sebab Ammar mengamuk all the time during this week..mungkin sebab dia tak sihat lagi kan..huhu..so pkul 6 am baru husband dapat tidur selepas bersihkan muntah medina..huhuh..

Medina pun demam sehari selepas mommy..kesiannya lah hai..semuanya ada pakej ubat masing masing..nasib baik medina still aktif..siap pergi klinik,duduk sendiri kat kerusi sebelah doktor..

Dialog pun bermula..

"ok ye..adik sakit ape?"
"Doktor..kakak demam..kakak batuk..."
"aiyoo..(indian doctor) pandainyaa cakap..clever girl..ada sakit dada?"
"Takde"
"Selsema ada?"
"Ada!"

Adoidoi..saya pun kekadang nak tergelak dengar n tengok medina ni cakap..cukuplah menghiburkan orang..tak taulah dia ni belajar jadi budak pandai ni dari mana..

Nak kata daddy memang taklah kan..sebab daddy bukan friendly pun..hihi

so daripada mommy pun bukan!

so hari kedua malam tu baru saya rasa ok sikit dan Medina pun tak demam sangat cuma batuk je..

Kesiankan cuma kat Ammar lah sebab dia minum susu saya yang bercampur ubat ubatan yang disahkan selamat oleh doktor, tapi sudahnya Ammar cirit birit berak hijau pekat..kesian dia sampai kan melecet terluka alat sulit dia..sedih saya tengok Ammar..sekarang ni memang dia tak ceria langsung...

So untuk prevent dia cirit lagi..saya pun just makan ubat hari pertama je..hari kedua saya dah tak makan ubat dah,,demimu Ammar..ecehceh..tapi tau dek husband mau membebel satu hari suntuk sebab kata dia membazir je pg klinik tapi ubat tak makan..

Only mommy knows the reason daddy..rela berkorban apa saja..ecehceh..hihi

Jangan touching ok!

hihihi..

So sekarang nak pergi cari supplement!semoga sesuai dengan diri ini..Amin!

Eh..esok birthday abg Aqil tau!dah 6 tahun dah mamat tu..kejap je dia membesar..huhuhu

***Mood :terharu!
Photobucket

Aug 26, 2015

Ammar Jauhari Sakit! - Suspect Pneumonia/Bronchitis

Assalammualaikum..

Tima kasih sangat kat kawan-kawan yang sudi singgah blog saya ni even saya tak berkesempatan lagi nak ziarah kalian.. wuwuwuw..

Alkisah..sebenarnya dua entry sebelum ni adalah scheduled entry which is saya dah siap2kan seawal hari Jumaat hari tu..

Sebenarnya Ammar dah start batuk batuk hari khamis hari tu selepas dia jilat meja makan kat kedai Tom yam yang kitorang pergi makan malam tu..kebetulan meja tu ada taik lalat hitam2 tu kan..so bayangkan jelah camana kuman tersebut terjadi..huhuhu..

Pagi khamis tu dia dah start batuk kuat..

Saya rasa mungkin penyebabnya adalah meja tersebut..

Lepas dah batuk,confirm demam malam tu..lepas tu selesema pulak..wuwuwuw..sedihnya rasa..

Jumaat pun takde perubahan walaupun dah consumed ubat demam n finally hari Ahad tu baru terpaksa bagi ubat batuk bila batuk dia dah teruk sangat..nafas pun bunyi..saya sendiri pantau kat rumah bila en daddy pun demam panas akibat berjangkit dari si ammar..huhuhu..keletihan berganda lagi bagi Mommy selepas kes denggi hari tu..nasib baik abg n kakak sihat walafiat..Alhamdulillah..

So Ahad tu hari lumpuh bagi kami jugakla..since Ammar tak bleh nak tidur lena..asik nak berayun..asik nak berpeluk..Medina pulak asik nak menempel jugak..haih stress!rasa macam nak hantar medina duduk dengan Nanny dia je..huhuhu..saya tak masak, just order Pizza n nasi bungkus je..huhuhu..

Malam tu Daddy nak pergi klinik sebab demam tak kebah,panggil Mil n sil jaga anak2 kejap n ke klinik but bukan untuk Ammar sbb sy decide Monday tu nak bawak dia pg KPMC..

Pagi Isnin saya tak jadi ke KPMC sbb takde sapa nak teman, saya just bawak dia ke Klinik Kesihatan je..BerBoba lah jugak dengan dia, dan cek demam, 38.2 lepas tu masuk ubat bontot cek demam lagi 37.7..jumpa doktor terus..doktor cek paru paru..terus kena refer PPUM atau HKL sbb paru paru dia ada bunyi n suspect pneumonia..wuwuwu..saya dah susah hati dah sebab dahlah saya seorang nak bawak dia ke hosp sana sini..sudahnya saya mintak tolong MIL teman..ALhamdulillah MIL ada..huhuhu..

Sampai PPUM..terus nurse baca surat referral tu,terus doc kat situ cakap

"Adoi..saya takde katil, macamana nak admit"

Saya terkejut!belum pape, takkan dah nak kena admit kot?

Oh according to Nurse, cara doktor kat KK tu tulis memang dah kena admit dah..so takpe..doc cek dlu..

Dok cek Paru2 dia guna stetoskop, seems macam bronchitis n not pneumonia..bronchitis pulak..takpe, kita neb dlu ye..wuwuwuwu..

Lepas tu, amik bp,cek demam n bermulalah sesi bertarung dengan Ammar sebab kena NEB..huhuhu..

Memula rileks je dia..tapi lelama tu tak selesa agaknya, terus menangis melolong satu hosp boleh dengar..huhuh..kesiann..

Lepas dah neb terus jumpa doktor..nasib baik semuanya tak lama sebab emergency kan..huhu..

Doktor cek balik paru2,Alhamdulillah dah takde bunyi..Alhamdulillah sangat..

So tak payah sedut kahak dah..just pergi cek darah je sbb demam dah 4 hari..

Amik darah pun nangis jerit-jerit..lepas tu dah, tunggu sejam untuk result..


Sementara tunggu blood test result..

After result came out..Alhamdulillah..semuanya ok..bukan denggi pun..Alhamdulillah..

So mungkin viral fever je..so doctor bagi ubat demam sahaja untuk dimakan 4 kali sehari..itu je tau..so keadaan Ammar sehingga sekarang still no progress.asik muntah bila masuk makanan..badan pun dah susut sangat..huhuhu ..demam pun still tak kebah..

***Nangis makk...

Semoga Ammar lekas sembuh..dah lah Ammar belum ada insurans tau!wuwuwuw..actually dah submit dah form since dia 48hari lagi..tapi tetiba Daddy masuk hosp sebab denggi, terus return balik sebab kena dapatkan doctor result dari semua doctor daddy..Leceh sangatt..withdraw..

guna nama mommy plk..dah sign semua siap nak submit dah..tetiba Medina pergi conteng semua form yang mommy dah isi..dah kena tunggu agent bwk form baru..  form ketiga mommy dah sign, letak atas meja lagi..lupa plk ada budak suka menconteng lagi..terus dia conteng lagi form tu senyap2..stress mak!

Skrg ni tgh tunggu agent bawak form baru lagi..sign depan dia senang..wuwuwu..

Ammar..cepat sihat ye nak..kita nak celebrate bithday Abang Aqil Sabtu ni..mihmihmih..

Photobucket

Aug 25, 2015

25.08.15 - Medina 2 Tahun 7 bulan~

Assalammualaikum..

Dah lama rasanya tak update pasal anak-anak..So kali ni giliran Medina Amani yang lebih selesa dipanggil KAKAK! "Medina ke kakak?" "Kakak" "Kakak ke Amani? "Kakak!" okla kakak pun kakak la..

Sedikit info:

Sebenarnya saya tak suka dengan panggilan Kakak, Abang, kepada anak-anak saya, sebab saya pernah terbaca atau mendengar Ustaz (tak ingat) pernah membincangkan bahawa seeloknya panggillah anak anak kita dengan panggilan nama mereka sendiri..Ini kerana sekiranya jika kita memanggil anak2 kita dengan panggilan Kakak, Abang, dikhuatiri mereka susah untuk mendengar dan mengikut cakap ibu bapanya kerana kita telah memanggil mereka dengan panggilan yang lebih tua (pangkat kakak dan abang )..jadi seeloknya jauhkan dengan panggilan sebegitu.. Waalahua'lam..

Ok berbalik dengan Milestones Medina yang saya rasa sangat positif seiring dengan usianya..

Medina ni saya kena treat dia lain sikit..dia sangat sangat sangattt berbeza dengan Aqil..Aqil sangat mendengar kata dan menurut perintah yang jitu..Kalau Medina ni jangan harap nak buat dia ikut cakap kita..saya n hubs tak boleh berkeras langsung dengan dia..kalau kita berkeras, dia takkan ikut dan dengar..kalau cakap baik-baik secepat itu dia akan ikut!oleh kerana itulah Medina ni sangat lah manja..kita kena ikut cakap dia, tak boleh tidak, kalau tak, dia akan mengamuk dan menangis tapi sekejapan, dalam masa sesaat pon boleh berhenti tangisan tersebut bila kita pujuk dia balik.. Sooo drama queen!

Sekarang ni hobi dia adalah make up..menyanyi dan menyanyi..sampai tak larat nak dengar suara dia yang taklah sedap mana kan..hihihi..Kalau dah bersiap tu, cecepat tadah muka..nak make up..nak pakai lip tik!adoi doi lah anak..(Belajar dari mil's side)huhuhu

Dah pandai baca doa tidur..

Asik nyanyi nursery rhymes..twinkle2..baa baa blackship..

Addicted to tab..(lately dah kurang sikit sbb mommy sorok tab dia)..huhuhu

Bila bukak tab, asik bukak utube..

Bila mommy tak bagi bukak tab.."Bagilah mommy..sikiittt je..satuu jee kakak nak tengok mother finger"dahlah siap bukak mimik muka tau!

Bila kita marah marah dia..dia akan ckp plk camni.."ape ni?asyik marah jee"

"tak boleh cubit tau..tak baik"

Kalau adik nangis,"takpe takpe..jangan nangis..kakak ada" sambil peluk adik padahal adik paling lah tak suka dia..sebab dia suka sakt adik..letak tangan kat muka adik dia lah..cucuk mata adik la..haih..annoying sangat adik dia pun!hihih

Potty Train:

Actually Medina dah berjaya lah jugak untuk tidak memakai pampers since dia pandai cakap kan..so bila weekend, saya train dia bebetul, dan hari Ahad tu selalunya dia berjayalah seharian tak pakai pampers walaupun pernah Ter Poo poo dalam seluar sambil dia berjalan datang kat Mommy dan sedang memegang taik dia..kikiki..tapi itu dimaafkan!

So bila weekdays, saya pesanlah jugak kat bibik yang dia dah pandai tak pakai pampers, so tak payahlah pakai pampers tau..TAPI ..bila sekali Medina terkucil atas kerusi ke mana ke, terus dianggap tak berjaya dan diorang give up!

So saya sangatlah frustrated!sebab diorang xnak usaha dan membantu saya..terus saya feel like nak berhenti kerja lah,!ahahah semata..sebab time Aqil dulu,saya jugak lah yang train dia walaupun dua minggu terkucil sana sini..standardlah kan?time tu saya tak kerja..so saya yang train Aqil..

Haih..ntahlah..hopefully diorang akn lebih supportive lepas ni..Amin!


Overall..perkembangan Medina ni sebenarnya sedikit cepat berbanding Aqil esp on non educational activities like Cakap,nyanyi..tapi kalau bab educational like ABC order 123 semua menang kat Aqil..

For me..cukuplah Medina pandai berkawan, bawak diri dan menjaga diri sendiri dengan baik itupun cukup menggembirakan hati saya..

Cuma tak tahan, suka merengek dan buat bising bila Adik dalam buaian..tab addictive tu perlu dikurangkan dan all negativity must faster go away from her life..

Semoga Medina membesar dengan sihat dan bijak dunia akhirat..Amin!






Photobucket

Aug 24, 2015

15.08.15 (hari tu) -Ammar 8 bulan

Entry Throwback namanya ni..

eheeehe..

Kebetulan 15 hari bulan tu Sabtu, so kat IG pun mommy tak update..sibuk kekdahnya sbb FIL buat open house tu yang tak terupdate..

Alhamdulillah genap 8 bulan sudah Ammar Jauhari Mommy..

Milestone~

Dah buat rumah, merangkak selangkah jugak..

Menyusur memang lajulah kan..hihi

Sekarang ni activity feveret memanjat..semua nak dipanjat nya..memang advance betul..duduk pun belum dah sibuk memanjat..huhuhu

Biasalah boboyboi kan..

Suka makan..tak kisah makan ape pun.. (so far home made bubur puree jelah ye Ammar) memang mommy tak sumbat bebenda lain..so far masih disiplin..hihih

Setakat buah-buah fresh tu selalu lah kan..Pear,apple,pisang..selamba je dia telan..

Gigi belum ada..selamat mommy..hihi

Masih menyusu badan sepenuhnya..Alhamdulillah walaupun stok dah tinggal tak sampai 20 botol pun..huhuhu..takpelah kan janji supply tu still ada..and mencukupi untuk menampung bekalan harian..hopefully dapat menyusukan Ammar sampai 2 tahun..InsyaALLAH..

Oh hari tu ada pergi KKIA..just untuk timbang jelah..So far Ammar memang tak berat pun baru 7.3kg je..halus kan? (sebab dia minum susu sikit je esp kat rumah bibik..dalam 9-10oz je)huhuh..makan 3 kali sehari..

Tinggi 65cm..takpelah asalkan bukan di zon kuning pun dah buat mommy happy..

Semoga membesar dengan sihat dan terus kuat..










Photobucket

Aug 20, 2015

Rabu lepas - Accident!

Salam all readers..

Rabu lepas..time tu hujan takdelah lebat sanagt..lepas je amik anak-anak kat rumah MIL, sy berhenti lah  kat traffice light kat simpang tiga jalan Puchong tu..Elok je Hijau (dah lama jugak hijau) sebab saya sibuk layan anak-anak dalam kereta, saya teruskan perjalanan..elok je sampai lane tengah nak belok kanan (saya tak laju tau sebab hujan.)saya nampak kereta Vios sebelah kanan saya taknak berhenti..jalan je tanpa tekan brake..(lampu isyarat dia merah)

So bila macam tu, saya terkejut dan berhenti kat tengah dan dia dengan selamba berjalan dan melanggar depan kereta saya..dia pun terkejut dan dia pun berhenti kat tepi..kitorang bincang maamana,amik nombor phone semua..

Chinese girl..decide nak buat report n on the way nak pergi buat report tu, dia call, cakap taknak buat report, n dia akan bayar saya atau saya pergi bengkel keta kawan dia.. kitorang settle tepi lagi..dia tengok2 keta saya, dia kata dia nak bayar seratus je..Memang taklah saya nak accept kan..huhuhu..

Saya cakap nanti saya discuss dengan husband saya dulu..lepas tu baru contact dia lagi..

At the end saya pergi je buat report sbb according to mak long saya (Sjn Polis) dia advise sruh buat report jugak sebab takut tetiba dia buat report n twist cerita..huhuhu..so buat report..then bagitau dia jugak saya buat report..dan sekarang masih menunggu result dari polis lagi..huhuhu..








Keadaan kereta dia..


kereta saya..calar je sikit..n no plate tertanggal..clip bumper patah..

Husband kata orang nak bagi 100 tu amik je la..(mata duitan betul mamat tu)

***kereta saya kuat kan..Vios tu teruk lah jugak..so kalau sesapa nak beli kereta, better beli forte k..ahahahah


Photobucket

Aug 18, 2015

Cerita Syawal 1436h K.a.M.i~ Gambar banyak tak hingat!

Assalammualaikum..

Maaflah..syawal dah habis baru terhegeh-hegeh nak cerita pasal Syawal plk kan..so time Syawal hari tu memang saya tak berkesempatan langsung nak buat pape..asik fokus kat kerja n moving time from old office to new office..

Alhamdulillah sekarang dah beroperasi dari New office yang separuh siap..walaupun baru separuh yang siap, still cantik lagi..hihihi..no worries.. tak percaya meh tengok..







Haa..tu office saya..kat belakang tu tempat duduk saya dan saya share bilik ni dengan 2 Manager saya..huhuhu



Tak habis kemas lagi..hihih


Workstations..


Tricor-ians..

So jom kembali bercerita pasal Syawal kami sekeluarga..

Sebenarnya Syawal tahun ni kami sangat dengan penuh kesederhanaan due to beberapa hari sebelum raya tu ada masalah keluarga sikit.. (hubs's side)..so raya kali ni boleh kata sangatlah tak best dan tak meriah pun!huhuhuhu...

Sampaikan shopping raya pun sehari sebelum..balik Kajang pun lepas berbuka puasa Ramadhan terakhir tu dan sangatlah kelam kabut dan rushing (makna sama eh?)hihihi..so bersederhana sahajalah kami..

Dan tak lupa jugak..tahun ni Raya sangat tak best, bila mak saya jatuh sakit dan batuk berterusan tanpa henti sampaikan asik tercungap-cungap kena amik neb kat Hosp Kajang tiap tiap malam..sampaikan raya pertama malam tu terpaksa pergi hosp nak amik neb..sekali tu doctor sruh masuk wad..sementara tunggu turn nak masuk wad tu, mak saya boleh lari,tanggal drip semua kat rumah..sabar jelah kan?mak saya semangat sikit nak raya tahun ni sebab semua ank-anak balik beraya..tu yang dia kuatkan semangat utk sihat..huhuhu..


Mak saya di malam raya..huhuhu


Pagi raya macam biasa bersalaman..dan bersiap lah kami sesiapnya..dengan Ammar baju besar nak mampush..dengan Aqil Samping pendek atas lutut...haih macam-macam..

But the sweetest thing this Raya is Aqil managed to Puasa PENUH This Ramadhan..Alhamdulillah..I really happy for him even ada sehari tak bangun sahur, dia still gagah perkasa Puasa jugak..Alhamdulillah..I'm proud of u son!






Tgk baju Ammar..boleh masuk kan lagi sorang kan?hihihi





My precious family!


My Little Family..


tgk mak saya?sampaikan bergambar pun asik terbatuk..kesian sangat!!huhuhu


My big family.. (abah's side)


Tgk mak saya yang tak sihat di pagi raya..huhuhu


Mommy daughter always melawa..hihihi












 Lepas bersalaman dirumah mak saya, kami ke rumah Makngah (my Abah's side) saya yang terletak hanya diatas bukit je (sebelah taman je)..dan berkampung di situ jugak setengah hari..sebab arwah nenek saya dah takde so kami hanya beraya di rumah makcik sulung saya jelah kan..selepas itu baru ke rumah pak cik tertua saya (my mak's side) kat Selayang plk.. lepas pekena lemang, nasi impit , laksa (saya pantang laksa lagi, terliur tengok laksa),kami pun kembali ke rumah mak saya..tidur kat sana..






Esoknya..sepatutnya keluar dalam tengahri, tapi tetiba ada kawan abah saya meninggal on second Syawal, so Abah saya bergegas ke Hosp Kajang untuk menziarah, dan only dah selesai mandikan Jenazah baru Abah saya balik dan dalam petang jugak lah kami keluar ke rumah adik adik mak saya yang terletak di Damansar Damai dan Sg buloh..Lepas tu terus kami ke Klang..ziarah Abg abah saya yang menginap di Pusat Zakat Selangor..










Pak yob saya ni decide tinggal kat sini since dia nak belajar agama dan berkawan..isteri pun dah lama meninggal, so thats y dia nak duduk sini..rumah anak dia pun selang sejalan je dari tempat ni, so selalu je lah dia jumpa anak-anak dia..












Dan raya ketiga kami sekeluarga balik ke kampung Abah saya di Sg Besar Selangor..ALhamdulillah..kami menginap di Homestay kat sana since rumah kampung n tanah semua dah takde..huhuhu..kat sini ramai sepupu-sepupu abah yang ada, so berjalanlah kami dari rumah ke rumah..kat sini baru terasa haih Meriahnya Raya!hihii











Merasalah jugak beraya di kampung..hihihi..


Sempat lah jugak beraya dan berjumpa Ahmad Muhammad Kembar siam Negara tu..hihihi..Ahmad Muhammad ni anak arwah sepupu Abah saya..kira diorang ni dua pupu ktrg lah kan?hihihi

Malangnya saya n family tak bermalam pun di Sg Besar sebab masalah keluarga Hubs side yang harus diselesaikan..so hanya itulah raya saya..seterusnya hanya menumpukan kepada Hubs's family dan KERJAAA....wuwuwuwuw..sedih makk!makan makanan raya pun tak puas..mihmihmih..








Dan Syawal saya hanya bersambung Sabtu lepas which is 30 Syawal yang mengukhwahkan semua sedara mara sebab FIL's open house!

Nantikan entry seterusnya ye!!

daaa..nanti saya berjalan jalan ke rumah masing-masing ye..saja lepas geram sebab dah lama gila tak update blog kan!huhuhuhu


***Baju raya tahun ni tak mengancam sangat kan?samlah dengan tak mengancamnya mood raya kitorang!huhuhu..dan tahun ni pun tak sempat jumpa Family belah Kedah..duit raya pun tak luak!tukar balik lah duit raya jadi duit mommy plk..hihihihihih

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...