Alhamdulillah..semalam genap lah usia saya yang ke 30..(30 tau bukan 3 tahun) huhuhu..
So semalam nak buat entry ni sangatlah tak mengizinkan sebab kebetulan, semalam orang tak berhenti datang rumah saya nak tengok Baby Ammar..so sangat busy! wuwuwuww..
Dan semalam berlalu tanpa apa-apa celebration pon sebab saya pon tak semangat!haha..yelah kan..still in pantang mode!memang tak membawa apa-apa makna pon!hahaha..
Ape-ape pun saya bersyukur kerana masih dipinjamkan nyawa oleh Allah s.w.t. sehingga ke usia ini..dan semoga kehidupan saya akan bertambah baik dan dimurahkan rezeki sentiasa dan berjaya dunia akhirat..Amin!doakan saya terus istiqamah ya..sebab saya sangat mengimpikan untuk menjadi seorang muslimah sejati tapi keberanian dan kesungguhan tu belum ada..
Jadi dengan pertambahan umur yang ke tiga puluh ni saya hanya mendoakan yang baik-baik sahaja..InsyaAllah..semoga keluarga kecil kami akan terus bahagia dengan ditunjangi oleh Mommy yang terbaik buat mereka..Amin! Ya rabbala'lamin.. (tetiba rasa cukup lah 3 anak)..hihih..
Cuma malam hari kelahiran saya, saya dapat lah moment yang jarang saya dan suami kecapi (sejak ber anak) ..kami dapat bercerita dan bersembang hati ke hati..Jarang okay dapat moment sebegitu sebab sibuk sangat dengan anak-anak..huhuhu..so di ketika jam 4pagi, kami sempat berbual dan bercerita tentang hala tuju keluarga kami..
Mungkin selepas ini behenti beranak (sekejap atau terus berhenti tak pasti lagi)..sebab kami nak fokuskan terhadap 3anak kami yang masih kecil comel molek itu..Mungkin jugak selepas ini kami akan luangkan masa kami BERDUA yang sebelum ni teramat payah nak dapat best moments itu..huhuhu..Seterusnya dan seterusnya..Semoga selepas ini perancangan yang kami rancangkan akan terlaksana..InsyaALLAH..
So Happy Belated Birthday to me.. Stay young stay healthy.. Amin!
Meh belanja gambar Mommy dalam pantang..hehehe..
***Tak sabar nak abis pantang..nak pergi spa..nak shopping kat Padini sebab dapat 30% disc..tak sabar nak celebrate birthday (triple celebrations) kat Morib.. tak sabar nak shopping kat Kenanga..tak sabar semuanya tak sabar..hahahahah..