Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!
Tabung Aqil's Junior
Sep 20, 2013
Review - Sehalus dan selembut kulit Bayi.. Johnson's baby
Persamaan dan perbezaan - Adik Abang ~ Aqil ~ Medina
Sep 19, 2013
REVIEW tentang BOBA 3G Baby Carrier
Sep 17, 2013
Suami Degil..Grrrrr!!
Suami saya sendiri..huhuhu..
Hurm...kalau bab berhutang memang dia suka sangat..yang nak membayar pon memang dia jugak yang suka..yang sengsaranya sapa?saya jugak!!
Sebab ape?
Sebab ia telah menghalang saya dari mengumpul duit untuk pergi bercuti..atau kumpul duit untuk bershopping untuk diri saya dan anak-anak..
Sebab?
Semua duit tiap2 bulan kena bayar hutang..sengsara tak??
Sengsara sangat kannnn..
GGgrrrrrr!!
Every month weolls kena spent bout RM700 untuk langsaikan hutang nan satu..satu-satunya hutang yang saya rasa macam menyampah!!hahahha..hutang credit card!!arghh..ade 7months to go nak langsaikan semua hutang..
Sebab..yelahh..hutang berganda bila weollss ade beli barang (camera n LCD ) guna easy payment within 1 year...n now alhamdulillah this month gonna be last payment n lepas tuu..Yeayy Merdeka!!
TAPIIII..
Suami saya nak tambah hutang baru pulak lagii..
Omaigaadddd..
Tensi..dia tak pernah nak belajar dari kesilapan..macam dia memang boros amat..plus takde background accounting..memang dia pandai kira-kira ..tapi bile berdepan dengan KEINGINAN memang tiba-tiba dia tak tau kira..
Makkk ni jugak yang terpaksa tahan Nafsu!!ouhh perasaan yang paling sukar nak kawal..
Nasib lah..NEXT YEAR dah ade dua tiket Air Asia dalam tangan..kalau tak, mau meroyan jugakla nak pergi bercutii...huhuhu..
A year to go tuk langsaikan hutang lagiiii..
uhuk!!
Sep 14, 2013
5 DAYS SALE at Fabulous Mom! Lets shop with them now!!
Sep 13, 2013
Vaccine Or Not? Ini Jawapan terbaik...
Please OPEN YOUR HEART and MIND WIDELY..
AGAINST "vaccination........
Beraya di rumah saudara-mara, dan seperti biasa soalan cepu cemas anak dah berapa bulan?,
berat berapa kg?,
minum susu badan ke campur susu formula?,
dan yg paling best soalan bila baby nak kena cucuk lagi? .
Hihi, soalan lain semua saya boleh jawab tapi yg last tu pasti ramai terkejut bila di beritahu saya memilih untuk tidak suntik vaksin anak saya. Respond pertama yg akan kedengaran adalah kenapa tak cucuk?, bahaya la tak cucuk!!?, dan yang pasti mesti nak tahu sebab apa tak cucuk vaksin, tak sayang anak ke??..
Hehe, maaf la sebab sy tak sempat nak buat list reason sy memilih untuk tidak vaksin anak, lepas ni insyaAllah sy akan printkan siap2 sebab musabab mengapa sy tidak ambil vaksin untuk penjelasan ye..
1). Sebab utama sy tidak ambil vaksin adalah kerana tiada satu pun vaksin yg di sahkan HALAL di Malaysia buat setakat ini. ramai di antara kita makan mcD/Kfc pun intai logo halal jakim, takkan nak suntik anak sendiri buat buta je mata tu. Namun, jika ada sila berikan nama dan pengeluar vaksin tersebut, then sure i will think again about that..
2). Alhamdulillah setakat ini anak sy telah di kurniakan vaksin yang paling baik pernah ada di atas muka bumi ini iaitu vaksin SUSU IBU. Thats mean my baby fully breastfeeding. So, sy amat percaya dan yakin bahawa susu ibu adalah imunisasi terbaik untuk setiap bayi mengikut apa yang disarankan di dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 233. Semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi anak2 kita daripada sebarang penyakit merbahaya pada masa kini mahupun pada masa akan datang, sesungguhnya Dia lah yg Maha Melindungi lagi Maha Mengetahui.
3). Kandungan vaksin. Sy rasa antara sepuluh ribu ibubapa yg menghantar anak untuk di suntik mungkin hanya seorang terfikir untuk melihat, membaca dan memahami akan kandungan didalam vaksin. Sebagai contoh, sy berikan isi kandungan,
Vaksin Polio content ; 2phenoxyethanol, formaldehyde, neomycin, streptomycin, polymyxin B, monkey kidney cells, Eagle MEM modified medium, calf serum protein.
Ok wait2, cuba baca sekali lagi, "monkey kidney cells, Eagle MEM modified medium, calf serum protein"? apekejadah tu? answer? senang sahaja jawapannya hanya ada 2, first, bagi ibubapa yg terlalu banyak makan fastfood terutama mcD,kfc,pizzahut,burgerking,etc. pasti akan memberikan jawapan ah lantaklah janji anak aku sihat!! sihat?betul ke anak anda sihat??
Jawapan kedua pula, monkey kidney cells adalah sel-sel buah pinggang monyet, Eagle MEM modified medium adalah M.E.M burung helang yang separuh diubahsuai, calf serum protein adalah serum protein anak lembu. Hurm, cuba fikir sejenak, apakah tujuan memasukkan sel-sel buah pinggang monyet, M.E.M burung helang yang separuh diubahsuai, serum protein anak lembu ke dalam tubuh badan bayi kita? Apa tujuannya? Adakah anda memerlukan pHD untuk memikirkannya? Apa pula hukum memasukkan sel-sel buah pinggang monyet, mem burung helang yg diubahsuai, serum protien anak lembu yg saya pasti tidak di 'sembelih' mengikut cara Islam tetapkan?? Setakat ini jika anda mulai merasa ragu-ragu mengenai kandungan vaksin Polio ini saya cabar anda ke mana2 klinik/hospital dan dapatkan label kandungan vaksin tersebut. Baca dengan mata kepala anda sendiri baru anda perlu percaya. Di dalam Islam sendiri menyarankan apabila anda mendapat sesuatu berita itu kaji dan selidik dahulu KESAHIHANNYA, baru buat keputusan dan terpulanglah kepada anda untuk menentukannya. Mungkin saya perlu selitkan sekali kandungan Vaksin Campak a.k.a
M.M.R (Measles, Mumps & Rubella) ;
content vitamins, amino acids, fetal bovine serum, sucrose, sodium phosphate, glutamate, recombinant human albumin, chick embryo cell culture, WI-38 human diploid lung fibroblasts, neomycin, sorbitol, hydrolyzed gelatin. Ok please read again, ' recombinant human albumin, chick embryo cell culture, WI-38 human diploid lung fibroblasts '. Apakah??, recombinant human albumin adalah campuran albumin(sel darah) manusia, chick embryo cell culture adalah sel emrio kultur ayam, WI-38 human diploid lung fibroblasts adalah WI-38 diploid fibroblas paru-paru manusia yg mana code WI-38 sy pun tidak tahu kod apa dan sy sendiri tertanya2 dari mana datangnya diploid paru-paru manusia yg di masukkan ke dalam berjuta-juta vaksin MMR di seluruh dunia?.(adakah paru-paru ini di dapatkan melalui bedah siasat kematian?) Wallah'ualam...
to be continued, insyaAllah...
* Please educated before vaccinated!
p/s : Learn from experience, Not learn to repeat the mistakes.
PRO VACCINATION
ini ulasan dari dr sy @hairin anisa tajuddin (peadiatrician)
Assalam everybody....
Sebelum kita pergi secara detail tentang pembuatan vaksin, mari kita lihat hukum vaksinasi dlam Islam spt dlm muzakarah tahun 1989 :
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-24 yang bersidang pada 5-6 Jun 1989 telah membincangkan Pandangan Islam Terhadap Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus Dan Polio. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
Program imunisasi campak, tibi, batuk kokol, dipteria, tetanus dan polio adalah harus di segi syarak kerana berdasarkan kaedah درء المفاسد مقدم على جلب المصالح" menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan " dalam perundangan Islam.
Vaksin-vaksin yang digunakan dalam imunisasi bagi penyakit-penyakit tersebut hendaklah diambil daripada bahan yang suci, sekiranya vaksin daripada bahan suci tidak diperolehi atau sukar diperolehi, maka penggunaan vaksin yang sedia ada adalah diharuskan.
Keterangan/Hujah:
Imunisasi adalah satu-satunya cara pencegahan yang dapat dilakukan bagi mengelakkan penyakit seperti campak, tibi, batuk kokol, dipteria, tetanus atau polio. Mengikut kaedah fiqhiah iaitu درء المفاسد مقدم على جلب المصالح “menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”, maka program imunisasi bagi mengelak bahaya penyakit-penyakit yang berkenaan adalah sampai kepada peringkat hajat. Maka program tersebut adalah harus, kerana sesuatu kerosakan akan cepat berkembang dan bahayanya adalah lebih besar. Oleh hal yang demikian penggunaan vaksin dalam imunisasi itu adalah harus dari segi syarak.
Keharusan ini juga adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t. dalam surah Al- Baqarah, ayat 195 :
ولاتلقوابأيدكم الى التهلكة
"Dan janganlah kamu sengaja mencampakan diri kamu kedalam bahaya kebinasaan".
Maka sebelum kita memutuskn sesuatu itu haram & tidak boleh, kita perlu ada ilmu yg mendalam & dalil yg cukup.
Saya ingin bertanya, adakah semua yg tanpa logo halal itu...Haram???
Ada beberapa produk yg diluar kuasa jakim utk mmberikan logo halal spt ubat2an. Adakah anda pernah lihat logo halal pd antibiotik?? Berbeza dgn supplement @ produk makanan & kosmetik yg perlu mndapat logo halal. Sedangkan semua vaksin yg diperkenalkan di malaysia telah mendapat hukum penggunaannya drpd mereka yg arif, & bukan orang2 biasa spt kita utk MENSAHIHKAN hukum. Tentang semua vaksin yg ada skrg telah lama di bawa ke Muzakarah oleh para alim ulama kita. Hanya vaksin yg menggunakan unsur khinzir shj yg disahkan haram & tidak diberikan di Malaysia.
Ok sekarang kita pergi kpd sejarah pembuatan vaksin....
Pada abad sblm 19 iaitu 1700-1800, kadar kematian terutama bayi & kanak2 berumur 5 tahun amat tinggi kerana serangan kuman2 spt batuk kering,batuk kokol, lumpuh polio & sbgainya. Kita perlu percaya setiap musibah, adalah ujian Allah swt kpd hambaNya. Tetapi Allah swt Maha Penyayang krn Dia mengurniakan akal yg cerdik kpd para saintis utk mengkaji cara utk mengurangkn kadar kematian tersebut. Contohnya saintis Islam yg bernama Ibnu Nafis yg menemui vaksin cholera pd tahun 1830an...maka bioteknologi perubatan berkembang untuk mencari penyelesaian & penemuan vaksin satu persatu e.g BCG ditemui pada 1927...
Sebelum anda melatah tanpa ilmu, saya akan berkongsi ilmu tntg cara vaksin bertindak melalui 2 jenis
1) Vaksin yg menggunakan particle/sebahagian protein dari kuman & ia dimasukkan ke dlm tubuh kita.
Apabila tubuh kita mengenal bhgn tersebut, tubuh menghasilkn antibodi yg spesifik utk kuman tersebut.
Jika kuman sebenar datang menyerang, antibodi yg telah terhasil kan melawan kuman yg menyerang.
2) vaksin yg menggunakan virus hidup yg telah dilemahkn...macam ular yg dah hilang bisa. Virus hidup ini dimasukkan ke badan kita & tubuh kita akan menghasilkn antibodi yg juga specifik kpd virus ini.
Contohnya, mumps rubella, measles...tapi, sbb kuman ni dah lemah, antibodi yg dihasilkn oleh tubuh akan membunuhnya.
Tubuh kita ada memory cell yg akan menyimpan data tentang kuman yg kita telah terdedah secara natural @ vaksinasi. Tapi, bila kuman menyerang secara natural, hakikatnya lebih sakit & boleh bawa kematian kpd bayi @ kanak2 yg belum kuat sistem imunisasi tubuhnya. Apabila telah diberikan vaksin, memory cell akan menyuruh semua askar tubuh kita menghasilkn antibodi & membunuh kuman yg menyerang.
Justeru, vaksinasi adalah langkah pencegahan terbaik sblm ramai kanak2 dijangkiti. Malah, kuman zaman sekarang banyak yg sudah kebal antibiotic.
Saya percaya sangat dengan penyusuan ibu sangat baik untuk bayi. Sebab itu saya berjuang dlm penyusuan ibu. Namun, bukan semua antibodi yg specific utk semua kuman di dunia ada dalam susu ibu. Yang banyak dlm susu ibu adalah IgA yg menghalang perlekatan kuman & toksin terutama dlm usus bayi. Namun, antibodi yg specific spt IgM & IgG hanya sedikit. Kandungannya amat bergantung kpd kandungan antibodi specific dlm tubuh ibu. Jika ibu tiada antibodi e.g pertusis & bayi pula dijangkiti pertusis....bayi akan mengalami simptom yg boleh mmbawa maut!! Kita orang dewasa punya askar yg kuat utk melawan kuman...tetapi bayi tidak kuat!! Malah, vaksin yg kita dapat sms kecil bukannya mmberi perlindungan sepanjang hayat..antibodi yg terhasil dulu sudah berkurangan dlm tubuh kita. Justeru, para ibu janganlah ingat kita ada semua antibodi dr vaksin yg kita pernah dapat. Kita orang dewasa bolehlah mengamalkan semua mknn sunnah spt madu, kurma...tpi bayi kecil belum boleh diberikan mknn tersebut. Mereka perlu dibantu dgn pemberian vaksin juga utk mencegah.
Sekiranya anda khuatir tentang proses pembuatannya, maka anda kena belajar dulu untuk jadi saintis, baru anda boleh mengatakan keburukannya.
Anda tidak faham apa maksud rekombinan sbb itu anda melatah.
Ok, rekombinan adalah teknik yg menggunakan unsur asal spt mengambil serum @ darah manusia utk mendapatkan DNA, & melakukan pengubahsuaian spt memotong, menyambung rngkaian DNA tersebut & menghasilkan rekombinan serum albumin. Pengklonan berlaku utk menghasilkn produk yg banyk & bukannya saintis menggunakan serum manusia yg sebenar!! Ok, ttg monkey kidney cell : mereka yg cerdik pandai telah menghasilkan kultur sel dari yg sel yg sebenar dari monkey. Sel asal dikembang biakkan utk jadi banyak dlm makmal & digunakan pula utk membiakkan virus. Para saintis tidaklah kejam samgat nak bunuh beribu ribu monyet just utk produce vaksin. Mereka mengambil cell asal tu pun bukan dengan membunuh monyet tersebut. Dan yang saintis ambil, bukan sel monyet tuh untuk masuk dlm tubuh manusi. Mereka ambil particle bacteria @ virus yg telah dibiakkan itu je...mcam kita tanam sayur, kita bukan makan tanahnya kan... Kita ambil sayurnya aje....
Then, Eagle MEM modified medium tuh pulak bukannya ambil cell dari helang!!! Klu tak tau...bertanya dulu yer!! Itu adalah larutan medium yg digunakan utk mengkultur sel secara sintetik!! Eagle tuh adalah sempena nama saintis yg menemui kaedah tersebut iaitu Harry Eagle. Hmm...tuh laa, cepat sangat buat spekulasi!!
Serum protein anak lembu...bukan perlu membunuh anak lembu utk dapatkan darahnya. Macam kita diambil darah, adakah doktor bunuh kita dulu? Hehe...lawak betul pemikiran anda yg benci sgt dgn vaksin nih. Dah tak perlu pikir pasal sembelih @ tidak!!
Ok, human lung fibroblast tuh, mereka saintis nak buat kajian perlu mengikut protokol & etika perubatan. Mereka bukan semberono ambil tisu paru2 manusia then bagi kat baby!! Mereka ambil tisu fibroblast dr paru paru2 janin yg telah keguguran. Itupun mereka ambil setelah mendapat keizinan dari ibu bapa yg tidak mahu menanam fetus yg lebih kurang 10-16 minggu. Tisu paru2 tersebut di kultur & dibiakkan dgn banyak...untuk menjadi medium pembiakan bacteria @ virus. Mereka bukan mengambil beribu ribu janin utk ambil fibroblast tuh. Kalian ni ingat senang ke nak ambil tisu fibroblast dr janin yg kecil mcm tuh.?? Sbb itu mereka guna teknik kultur!! Ada faham?? Dan macam monkey kidney cell tuh juga, bukan mereka ambil lung fibroblast tuh masuk dlm vaksin! Mereka ambil virusnya aje.
Then, dlam insert kertas dlm vaccine tersebut amat tulus memberitahu professional perubatan ttg apa medium & bahan kimia yg digunakan dlm proses pembuatan vaksin. Mereka yg bukan ahli perubatan tidsk layak & sepatutnya membaca apa yg tertuilis sbb bila anda membacanya, semua akan jadi melatah macam kes nih lah
Pernah tak anda tengok mee segera & mknn segera yg anda makan dgn tulusnya menceritakan cara pemprosesan & apa sebenarnya bahan kimia yg digunakan?? Tak da kan?? Mereka sbnrnya menggunkan bahan kima yg juga merbahaya pada manusia spt saccharin, cyclamate (dlm proses minuman segera), nitrosamin (proses buat keju, korney, ham) dll yg semua toksik. Tapi, klu mereka bgtau, pasti semua manusia dah tak beli produk makanan dr kilang. So, fikir fikirkanlah, sebenarnya apa yg anda mkan termasuk sayur yg anda beli kat pasar tuh pun semua mengandungi bhn kimia berbahaya. Tapi tubuh kita pandai, & insya Allah mampu utk menyahbuangkn toksik tersebut dgn amalan pemakanan Rasulullah saw.
Berblik kpd vaksin, memang bahan kimia tersebut ada digunakan utk pembuatannya. Klu tak da bahan kimia dalam dunia nih, tak taulah kita semua nih jadi macam zaman neopolitan lagi kot...semua guna sumber bahan asli...hehe
Formaldehyde bukan dimasukkan dlm vaksin tetapi digunskan dlm proses mengkulturkan sel supaya sentiasa segar utk pembiakan virus. Klu saya cerita panjang ttg bahan kimia yg lain, alamatnya saya tak makan & mandi berhari2 sbb ceritanya terlalu panjang. So, dipendekkan disini, tiada bahan kimia, tiadalah sebarang prouk dari kilang di muka bumi ini ok...Wassalam
INFO: Yuran Genius Aulad untuk tahun 2014
Buat pengetahuan semua..
Bayaran yuran untuk tahun 2014..
Sebenarnya saya plan hantar Aqil kat GA Bandar Kinrara next year..
Maka diorang pon emailkan saya details fees for next year..
Alhamdulillah..within budget and yang penting fees tahun ni tak naik pon dari tahun lepas..hihih..
Sep 12, 2013
Jawapan kepada Unimom Pump yang ROSAK - Switch Kit!
Disebabkan rasa hampa yang teramat sangat sebab Pump Unimom Allergo saya rosak..
maka pagi ni saya terus google kedai baby yang dekat supaya senang untuk saya keluar time lunch karang..
Tetiba kan..bile saya google kat OneBabyWorld ..Tetiba diorang ade jual Switch Kit for Unimom Allergo/Forte.. Kira pump electric kita convert kpd Manual... So tak payah beli whole set manual yang berharga RM100..sebab Breast shield saya ada..cuma tang manual part je saya takde..
Jadinya..pukul 12 tghari saya pon mintak kebenaran Superior saya untuk keluar awal disebabkan bla..bal..blaa...nasib baik Ms Leong faham..terus saya bergegas dari puchong Ke Cheras..Sanggup okeh!!
Pergi pukul 12pm balik ngam ngam pukul 1pm..sempat singgah tapau Nasi Kukus Ayam Berempah kat RnR Awan Besar..hhihihi..
Nak tau rupanya camana?
Pam Unimom rosak! Takde backup pump..
Ouh stress!
After 8months baru nak ade masalah ni..Alhamdulillah..
Semalam petang..time pumping session pukul 6,tiba2 bunyi motor pump mcm lain sangat..suction pn tak kuat..sy pelik..puas adjust kt mana2,pn still sama..sy syak mesti ada masalah ni..huhuhu..
Saya tny kwn sy yg pnh pump rosak jugak..then sy diagnose prob yg sama..motor dah rosak .huhuhu..sedehh..warranty dh takde..kena hantar repair lg..
Sy nk minta org yg repair tu nanti bg quotation dlu,kalau kos repair over 150 ,saya xnk repairlah..baik sy beli pump baru kan..huhu..
Tgklah macamana nanti..
Sekarang ni hati tak tenang sangat..betul lah org kata,kalau pump takde jiwa rasa tak tenang,hati runsing sangat..huhu..rutin pn bertukar 360 darjah dh..huhu
So hopefully sgt kejap lg bos bg saya keluar kejap..nk g bli pump manual kt fab mom..terpaksa ajar diri susah sikit..huhu..
Kesimpulan:Nak taknak tetap kena ada backup pump Okehhh!
Sep 11, 2013
Baby's Food - Simple Recipe
Jomla layan..
Puree Apple,Pear, Lai, Carrot, Potato n etc:
1) Apple,Pear, Lai, Carrot, Potato (buang kulit - potong dadu)
2) Steam (Lagi bagus steam dari rebus..Khasiat akn lebih 'tersimpan')
3) Blend
Puree Nasi + Carot + Cheese+ Isi Ayam+ Kurma
1) Tanak beras segenggam
2) lepas dah sedikit masak
3) Masuk Carot (potong dadu) + Cheddar Cheese (Yang disiat-siat kecik) + Isi Ayam yang di carik-carik halus + Kurma yang di siat-siat jugak
4) dah kering air sikit..Blend
5) Siap..
***Carrot tu saya selalu tukar dengan Bayam,Kentang, Broccoli,
****Ayam tu pun selalu saya tukar dengan Ikan Bilis n isi ikan lain..
So lepas ni saya teringin nak buat Western Food pulak untuk Medina..So here's options which we can try in our cook...
Pasta Chicken Stew
1) 2 cube stok ayam
2) 1/2 cup of pasta
3) 1 chicken breast
4) 1/4 cup frozen peas
5) 1/2 biji bawang besar - cincang halus
6) Carrot - ikut suka
-Didihkan stok ayam dan masukkan semua bahan. Masak hingga ayam masak dan bahan-bahan lain lembut.
Blend - Puree
Spaghetti with Spinach Pesto
1) Patah-patahkan spaghetti dan masak spaghetti mcm biasa.
2) Utk spinach pesto, buat puree bayam, peas dan cheese.
3) Gaul dan campurkan dengan Spaghetti yang dah direbus tu
4) Blend (puree)
Cheezy Orange Pasta
1) 2 cube stok ayam
2) Spaghetti / Elbow / Alphabet pasta
3) Carrot
4) Cheese
5) Potato
6) Kurma/kismis
-Didihkan stok ayam. Masukkan semua bahan (kecuali cheese) dan masak hingga semuanya lembut.
-Puree dgn cheese
CARA NAK BUAT STOK AYAM?
1) Isi ayam / tulang temulang ayam.. (terpulang nak ambik yang mana) -saya ambik kedua-duanya
2) bawang Holland
3) Daun saderi/daun bawang
4) Rempah 4 beradik (Kulit kayu manis,Bunga Lawang, Cengkih, yang putih tu saya tak ingat..TERUK)
5) Halia
Semua bawang,Halia di hiris halus..
Daun bawang di potong2..
Masukkan ayam dalam air rebusan..dan campak semua bahan..rebus dalam 3 jam ke 7 jam..then tuang dalam bekas untuk membentuk cube (Ditapis dulu ye..kita hanya amik air rebusan sahaja)..
Medina suka yang manis-manis..so semua makanan dia memang saya letak kurma or kismis..Memang habis satu tupperware besar selalunya..























.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)