Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Sep 27, 2013

Love you Mr Arrogant - 1st time Jatuh Cinta after DDK

Assalammualaikum..

hahahah hari ni nak cerita pasal cerita Love you Mr Arrogant kat slot Akasia (TV3-7 mlm) sekarang..

Aduiyaiii..macamana boleh ter sangkut tengok 1st episode hari tu pun saya tak tahu..tapi 1st time tengok terus jatuh cinta!

Seiously..in fact saya pon ade baca Novel tu kan..So far memang pelakon yang berlakon semuanya menyerupai macam novel tu tau..Sangat menghayati watak..

Walaupun Heroin dia saya tak kenal pon tau!Walaupun dia tak se cantik Tiz Zaqyah (my fav actress Ever!)
Tapi dia pandai berlakon!serious!..kalau pejam mata, suara dia macam Izreen Azminda sangattt..So saya pon terima jela hakikat yang dia pandai berlakon n pandai bawa watak Zara tu..hehehe..

Hero?memang fav hero jugakla..walaupun tak se kacak Aqasha..walaupun tak se romantik Aqasha..Tapi saya terima dia dengan rela hati..heheee..So saya tetap terima Azlee Khairi sebagai Irham..

Synopsis:

"Drama rangkaian 26 episod ini mengisahkan tentang dua hati yang disatukan tanpa rasa cinta akhirnya terpaksa mengakui bahawa perasaan tersebut mulai timbul setelah mereka berdua disatukan dan Azlee Khairi (Irham) anak orang kaya yang luarannya tampak sombong namun jauh di sudut hatinya tidak sanggup melihat isterinya diperlakukan sedemikian oleh ibunya lakonan Norish Karman sebagai Puan Sri Maryam dan Hanez Suraya (Sherry) yang kecewa tidak dapat berkahwin dengan Irham.

Dari situlah bibit-bibit cinta mulai tersimpul apabila Zaraa (Zara Zya) dapat merasakan bahawa Irham mulai sayangkan dirinya.
Baru sahaja kecapi bahagia setelah masing-masing mengakui perasaan cinta mula bersemi, dugaan mulai muncul apabila kehidupan rumah tangga mereka diganggu oleh Faisal lelaki yang psiko dan juga Hardy sepupunya yang cuba mendekati Zaraa.
Tekanan Irham bertambah apabila Puan Sri Maryam disahkan mengalami masalah sakit jantung.
Mampukah Irham menyelamatkan rumah tangganya setelah ibunya meminta untuk dia berkahwin dengan Sherry sebagai permintaan terakhirnya sebelum pergi.
Irham tersepit dengan keadaan yang menghimpit dirinya. Adakah Irham akan mengotakan hajat terakhir emaknya atau mempertahankan rumah tangga bersama isteri yang baru dicintainya itu?

Diarahkan oleh sutradara Eoon Shuhaini dan nukilan skrip oleh Chinta Nadeepha, Lee Chonz serta Mahbob ini turut dibintangi Keith Foo, Anzalna Nasir, Mustapha Kamal, Fadilah Mansor, Alex Yanz, Aishah Illias.
Nantikan drama yang sarat dengan emosi yang bakal menemani petang anda bermula pada 25 September 2013 setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 petang di TV3.

Arghh cant wait for the next episode!!

***1st time saya jatuh cinta pandang pertama dengan cerita ni after Dejavu Di Kinabalu..huhuhu..











Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...