Hari ni baru hari ke dua saya berpuasa...hahaha..dah macam budak tujuh tahun yang baru belajar berpuasa je gamaknya..hahahha..
Alhamdulillah..tenaga saya masih ade n mode mengepam semakin kerap dari biasa dan MIND SETTING sentiasa saya perbetulkan..
"PUASA TIDAK MENJEJASKAN LANGSUNG BEKALAN SUSU YANG INGIN DISALURKAN..
InsyaALLAH"
Semoga saya mampu berpuasa penuh tahun ni tanpa melibatkan sebarang kemudaratan dan Susu yang akan dibekalkan kepada Medina akan terus 'dipinjamkan' buat saya..Amin!!
Di sini saya nak kongsikan beberapa info yang saya ambil daripada KIM di FB..Memandangkan Group tersebut adalah closed group maka saya tidak akan membuat sebarang LINK..
Puasa tidak jejas susu ibu
Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
afzan@bharian.com.my
2011/08/04
Ibu perlu perbetul tanggapan salah
JIKA anda fikir puasa mengurangkan kualiti serta pengeluaran susu badan lantaran tidak makan dan minum, dari terbit fajar hingga terbenam mentari, tanggapan itu adalah meleset sama sekali. Ini kerana ‘kerancakan’ pengeluaran susu sebenarnya berpunca daripada semangat, tanggapan serta minda positif untuk si ibu terus menyusukan bayi mereka. Salah tanggapan berkenaan timbul lantaran kurang maklumat mengenai penyusuan. Ketua Pegawai Eksekutif dan Perunding Laktasi, Rita Rahayu Omar, berkata banyak kajian membuktikan puasa tidak menjejaskan komposisi susu ibu kerana tubuh wanita berkemampuan menghasilkan beberapa adaptasi metabolik, untuk memastikan pengeluaran susu tidak terjejas sungguhpun berpuasa.
“Tetapi jika berlaku dehidrasi yang kritikal, ia mungkin terjejas sedikit. Oleh itu, ibu perlu pastikan mengambil jumlah cecair mencukupi, di samping tahu menilai keadaan kesihatan sendiri. Jika ia memudaratkan kesihatan anda atau bayi anda, maka haruslah berbuka.
“Sebetulnya penghasilan susu tidak bergantung kepada amalan pemakanan atau ubat-ubatan. Ia bergantung kepada keupayaan ibu untuk mengosongkan payudara secara efektif dan penyusuan dengan kerap. Pengambilan sebarang ubat-ubatan hanya memberi kesan untuk sementara waktu jika ibu tidak melakukan perkara asas dalam penyusuan,” katanya.
Beliau berkata demikian mengenai penyusuan ketika Ramadan. Daripada pandangan Islam, wanita hamil dan menyusukan bayi diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa terutama jika ibu bimbang berlaku kemudaratan kepada diri, bayi atau kedua-duanya.
Mengenai operasi memerah susu pula, Rita Rahayu berkata, waktu memerah susu seharusnya sama saja seperti hari biasa, cuma dalam bulan Ramadan ia boleh dimulakan awal pagi ketika bersahur kerana kuantiti susu biasanya lebih banyak ketika itu dan selepas berbuka.
Tiada persediaan khas yang diperlukan ibu. Yang penting si ibu perlu berfikiran positif, pasangkan niat untuk meneruskan penyusuan sepanjang bulan puasa yang mulia ini serta memastikan mengambil makanan yang menyihatkan.
“Minum banyak air waktu berbuka bagi mengelakkan dehidrasi, pada masa sama, berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Ketahuilah, berpuasa adalah ibadat dan seperti disebut dalam surah al-Baqarah 185, yang bermaksud `Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran’,” katanya.
Segelintir wanita hari ini terlalu cepat mengalah untuk penyusuan dengan alasan ‘tidak ada susu’ sedangkan ia tidak begitu. Lima puluh peratus daripada wanita yang sedang menyusu melaporkan masalah kekurangan susu sepanjang tempoh penyusuan dan ia adalah antara sebab utama mengapa mereka bercerai susu awal.
Kajian mendapati lebih 90 peratus adalah ‘falsely perceived’ bererti ia adalah disebabkan oleh asas dan amalan penyusuan yang tidak betul. Hanya lima peratus wanita yang tidak berupaya untuk menghasilkan susu secukupnya dan ia berpunca daripada masalah tifoid, prolactin, PCOS (infertility) dan Hypoplasia.
“Kesimpulannya, 95 peratus wanita normal dan mampu menyusukan anaknya. Perkara yang menyebabkan seseorang ibu mempunyai persepsi yang salah (kekurangan penghasilan susu) adalah kekurangan ilmu mengenai penyusuan; payu dara kelihatan lembik dan proses lonjakan tumbesaran yang menyebabkan bayi menyusu dengan lebih kerap.
“Selain itu, tidak dapat menghasilkan susu dalam kuantiti yang banyak serta kurang pengalaman mengenai pengeluaran susu atau ‘Milk Ejection Reflexs’ (MER) atau let-down, serta bayi sentiasa meragam,” katanya.
Jelasnya penyusuan susu ibu juga adalah cara yang paling baik untuk menangani tekanan. Ia berlaku kerana hormon penyusuan secara semula jadi akan bertindak balas dan bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan mental seseorang wanita itu terpelihara.
“Hormon Prolaktin iaitu hormon yang menimbulkan perasaan keibuan dan menjadikan si ibu tenang. Hormon oksitoksin pula adalah hormon yang mencetuskan perasaan kasih sayang. Kesan psikologi ini berkekalan sepanjang si ibu mengamalkan penyusuan ibu. Di sinilah keunikan yang ada pada penyusuan ibu jika si ibu mengamalkannya dalam erti kata sebenar.
“Ibu bekerjaya harus memperbanyakkan amalan penyusuan secara terus pada setiap peluang yang ada dan jangan terlalu bergantung kepada pemberian susu perahan. Amalan lebih banyak memberi susu perahan saja inilah yang menyebabkan ramai ibu berkerjaya tidak mendapat manfaat menyusu. Menyusu adalah titik permulaan ikatan kasih sayang sesebuah institusi keluarga dan melahirkan keluarga yang penuh kasih sayang,” katanya.
INFO:
Persediaan puasa ibu menyusu
•Melewatkan sahur
•Berbuka di awal waktu dengan mengambil makanan sihat seimbang. Minum cukup air.
•Moreh
•Memerah susu di awal hari
•Berdoa
•Bertawakal
Kebaikan menyusu buat ibu
•Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
•Menjarakkan kehamilan secara semula jadi
•Mengurangkan risiko kanser payu dara dan ovari
•Mengurangkan risiko penyakit osteoperosis
•Membantu ibu kembali ke berat badan asal selepas melahirkan bayi
•Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
Kebaikan susu ibu kepada bayi
•Kolostrum adalah sumber imunisasi pertama bayi
•Mengurangkan masalah alahan
•Mengurangkan masalah sistem penghadaman
•Membekalkan zat untuk tumbesaran optimum
•Mengurangkan risiko obesiti dan juga diabetes untuk bayi apabila dewasa kelak
•Kajian menunjukkan bayi yang menyusu badan mempunyai perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ yang lebih tinggi iaitu sebanyak lima mata berbanding dengan bayi yang menyusu susu formula)
Kebaikan ibu menyusu kepada keluarga dan masyarakat
•Mengurangkan kos perbelanjaan kerana tidak perlu membeli susu formula
•Mengurangkan kos perubatan kerana bayi kurang sakit
•Merapatkan hubungan kekeluargaan
•Mesra alam - mengurangkan pencemaran dan melindungi alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan sebarang pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran
•Menjimatkan kos perbelanjaan perubatan sesebuah negara untuk merawat masalah seperti jangkitan telinga, cirit-birit dan masalah pernafasan yang sering berlaku kepada bayi dan kanak-kanak
•Mengurangkan kos untuk mengimport susu formula dari luar negara.
Alhamdulillah..jumlah yang dibekalkan untuk Medina masih sama ketika saya tidak berpuasa..Semoga kekuatan ini terus utuh dengan menjelangnya RAMADAN dalam 28 hari sahaja lagi..Amin!!
***Oh yaa..kenapa saya ganti puasa jugak sedangkan tahun lepas saya mengandung??hihihi..ibu mengandung pun ada waktu uzurnya tau..so plus minus hampir 6 hari saya tidak berpuasa..so jom habiskan puasa ganti ini!!hikhikhik..
5 comments:
nice sharing kak..boleh la sy amalkan nanti..hehee tp insha Allah bb sy kluar sempat raya dulu..hehee
selamat menggantikn puasa aida...minum air masak banyak2 ye...chaiyyoookkk!!!
erkkkk..akak lah tu antara yg baru ganti pose..baru ganti 3 ari..ada lagi 4 ari..wuwuwuwu
nway, semoga terus murah rezeki susu utk medina spjg berpuasa nnti ya..=)
Selamat Berpuasa Aida..moga semuanya dipermudahkan.. InsyaAllah puasa tidak akan memudaratkan..sebalik nya menyihatkan...:)
aida..akak nak mintak alamat leh tak..nnti tinggalkan kat ruang komen blog akak ek..arituh nama aida tersenarai utk dpt fm zara zareef tu..time tu aida bz aqil sakit kot sbb aida tak tinggal respond kat entry akak..ingat nak pos fm tu minggu ni..=)
Post a Comment