Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Jan 14, 2016

Jom dapatkan Jam Tangan Kasual Anda di Zalora Malaysia Sekarang!!

Assalammualaikum..

Hello readers! Lama sungguh tak bercerita kat sini dan tiba tiba nak buat satu review pulak?heheheee..accept je lah kan..

Actually saya nak bagi satu review and overview pasal “Fesyen Jam Tangan Kasual”.. Sounds Interesting kan sebab kebanyakan dari kita mesti suka pakai jam tangan bukan?termasuk jugak dengan saya!kalau tak pakai jam tu rasa macam kehilangan sesuatu dan rasa tak lengkap ?Jadi entry ini sangat berguna untuk anda terutama Pencinta Jam!hihihi.. Tiba tiba je dapat idea ni sebab sekarang ni saya memang sedang mengumpul koleksi jam tangan ..heheee..


Ok Jom kita mulakan!
Fesyen Jam Tangan Kasual


Seperti pakaian dan kasut, koleksi jam tangan juga terbahagi kepada kasual dan formal. Atau dengan kata lain, ada koleksi jam tangan yang sesuai digayakan untuk aktiviti kasual atau santai dan ada juga jenis jam tangan yang hanya sesuai dipakai ketika majlis formal. Untuk pemilihan jam tangan kasual khususnya, ia sering dikaitkan dengan rekaan jam tangan yang lebih ‘happening’ dan berwarna-warni. Material jam tangan tersebut juga memainkan peranan yang penting. Misalnya, jam tangan bertali kulit adalah lebih sesuai digayakan bersama pemakaian formal ke pejabat. Jadi, jenis jam tangan apakah yang boleh dikategorikan sebagai koleksi jam tangan kasual?

Silicone strap watch. Jam tangan jenis ini sememangnya sesuai digayakan bersama pakaian kasual dan tali jam yang diperbuat daripada silikon memberikan keselesaan kepada si pemakai sepanjang pemakaian. Selain itu ia juga ia nampak classy dan elegan.Sangat sesuai untuk kita keluar bersama rakan terutama sekiranya kita mempunyai “movie date”, rasa memang sesuai sangat dengan tema!

Synthetic Strap Watch juga merupakan jenis jam tangan kasual yang paling diminati ramai. Ia menjadikan si pemakai tampak lebih simple dan santai. Jenia tali yang menyerap peluh, sangat memberi keselesaan yang maksimum kepada si pemakai. Dan Ia juga memberi mood ceria kepada yang memakai jam jenis ini.


Dan seterusnya adalah koleksi Digital Watch atau jam tangan digital. Ini merupakan jenis jam tangan yang paling digemari oleh individu yang sukakan aktiviti lasak. Koleksi jam tangan digital seumpama ini sesuai di pakai ketika melakukan aktiviti sukan dan outdoor kerana ia dilengkapi dengan ciri-ciri istimewa seperti water resistant, shock resistant dan lain-lain lagi. Selain itu juga ciri ciri keselamatan yang ada pada Jam tangan jenis ini sangat membuatkan si pemakai berasa yakin terhadap semua aktiviti yang mereka lakukan.

Dan juga beberapa jenis lain lagi Jam Tangan Kasual yang anda boleh dapatkan di Zalora Malaysia. Ada lebih beratus jenis dan jenama di sana!


Jom dapatkan jam baru 2016 masing masing di Zalora Malaysia!
Photobucket

2 comments:

dalila said...

hahaha..same la ila aida..lame xupdate..tetibe kene review plak..xpe..servis zalora dh tip top skang..byk brg2 best n murah..

Fiqah Feeona said...

Zalora memang tempat yang fiqa selalu shopping..murah..Tak payah keluar rumah..Tau-tau duit habis..;(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget