Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Jul 25, 2019

Resepi Sambal ala 3 Budak Gemuk & Tips Telur Dadar Gebu

Semalam berkesempatan masak simple je sebenarnya untuk husband..

Kalau nak diikutkan, saya ni jarang masak kalau weekdays sbb penat..haha

So smlm dia nak jugak makan masakan rumah, so gagah perkasa masak, pukul 8 siapp!

Saya masak apa?

simple je..

Ikan keli Goreng
Kentang Goreng
Telur dadar
Sambal penyet ala 3 Budak Gemuk..

Kalau area KL/Selangor ni 3 Budak Gemuk mmg famous sangat dan terkenal dengan sambal penyet dia yang super pedasss!!

Tiap2 minggu saya pasti makan 3 Budak gemuk ni sbb kebetulan berdekatan dengan ofis saya (Rock Cafe Branch)

So malam tadi, saya acah acah je nak masak sambal tu ikut deria rasa saya yang saya makan tiap2 minggu tu..hehe

Sekali tu..perghh jadii!!hahahaa..padahal saya syok sendiri je masak dia..Husband makan sampai habis nasi 1 stgh pot, ikan keli 1 stgh ekor n telur dadar..dia kata mmg sedap..hahaha..Thank you LOVE!

So resepi?

Sambal Penyet Ala 3 Budak Gemuk
Bahan-bahan:
1. Cili akar dalam 15 biji (kalau nak pedas lagi sila tambah ye)*
2. Cili padi merah 5 biji*
3. Sedikit belacan
4. Bawang merah (kecik) 3 biji*
5. Bawang putih 3 biji*
6. Limau nipis Stgh biji
7. Garam dan serbuk perasa
8. Minyak untuk menggoreng

Langkah-langkah nya:
1. Panaskan minyak dan Goreng semua yang bertanda *
2. selepas di goreng, sejukkan terlebih dahulu, kemudian tumbuk bawang putih n merah dan asingkan di tempat lain
3. Tumbuk pula cili
4. Tumis bawang sampai naik bau dan kemudian masukkan belacan
5. Setelah belacan larut dalam minyak, Masukkan cili api yang telah ditumbuk
6. masukkan sedikit air
7. Goreng sampai cili dan bawang pecah minyak
8. perahkan limau nipis
9. perasakan dengan garam dan serbuk perasa
10. Siap Untuk dihidang

TIPS TELUR DADAR GEBU
masukkan telur kedalam mangkuk dan sedikit garam..kemudian PERAHKAN SEDIKIT LIMAU NIPIS..kacau and goreng!

Serious tips ni buat TELUR DADAR kita jadi GEBU macam kat kedai Thai..

hehe..



Selamat mencuba semua!






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...