Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Jan 25, 2016

25.01.16 ~ Happy 3rd Birthday Medina Amani~

Assalammualaikum..

Hari ni..genap 3 tahun usia Anakanda Medina Amani Binti Mohd Jeffry..

Alhamdulillah semoga kamu terus membesar dengan sihat dan bijak dunia akhirat..Amin..

Medina..Medina..

Ok lately ni, dia sangat menunjukkan perangai yang memeningkan saya dan husband ..dimana dia sangat Very like a diva..

Kalau time tidur dia terganggu, confirm akan menangis mengamuk satu mid valley boleh dengar!

Contoh..kitorang memang every weekend akan tak lekat kat rumah..ada je lah memana nak pergi kan..sebab reward for mommy sebab settlekan all housechores..chewahh..

So setiap kali keluar mesti lepas pukul 4 petang selepas mengenyangkan perut memasing supaya boleh save duit bila keluar..takdelah asik nak makan kat luar je kan ..so perut dah terisi boleh jalan jalan dengan senang hati..hihihi..

So time tu adalah crucial time for Medina..dia punya waktu tidur..selalu pun on the way ke Sunway pun dia dah selamat beradu (walaupun within 15mins je)..memang macam no function bawak dia keluar sebab bila kitorang dah nak balik, baru dia bangun..bayangkan je lah kan..hihihi..

So hari tu..pergi MidV..dia punya mengamuk sebab dia tak dapat melelapkan mata! so kitorang just bawak dia pergi main main kat Area Aeon Big yang ada Kids Playland tu..lepas tu mengamuk kat situ after main  pn tak payah citerlah kan..dapat jugak pujuk..lepas tu singgah Big Apple jap sebab nak beli Donut..Lepas tu..dia bleh mengamuk sebab nak beli Ais Krim kat Big Apple!

Mana ada Aiskrim kat kedai Donut kan?takde!!

Sekali tu dia taknak faham, boleh pulak dia berguling ala ala pelakon hindustan kat situ semata nak ice cream jugak kat situ!

Stresss!!

Mommy 1st time tau Dina, ada anak yang sanggup baring baring atas lantai..bila orang tengok pun memalukanla jugak sbb kalau nak ikutkan hati kental mommy ni, mommy tinggal je dia kat situ...tapi bila makcik2 berdekatan start pandang-pandang, terpaksa jugak dukung dia dalam keadaan meronta macam tu!

Serik!!

So hangkut pergi McDonalds..dapat ice cream terus diam wlaupun ice cream Oreo tu milik dia sorang!arghh..grrrr..

Dan beberapa insiden lagi selepas itu!

So dengan pertambahan usia Medina yang ke 3 tahun, Mommy harap sangattt Medina dapat berubah dan lebih mendengar kata..bukan nak dengar cakap kakak je!Lebih berlemah lembut dan kurang kan nangis..karang Mommy hantar kakak pergi Gua jumpa Jin Ahmad Albab baru tau!lepas tu baru kakak dah tak nangis dan Mommy akan jadi kaya...Ahahahahha..

Semoga terus Bijak dunia akhirat..jadikan Abang Aqil sebagai contoh dan role model pleaseee..Amin!


1st year.. 



2nd Year..



3rd Year..!

Yeayy!!Rambut dah banyak!hihihi..


P/s: For those who may concern, please stop spoiling my Daughter like no one ever do!like seriously..please STOP!it really makes us struggle to raise her up!

Thank you..



Photobucket

Jan 18, 2016

18.01.85-18.01.16 - 31 Tahun yang penuh warna warni..

Assalammualaikum..

January 18, 2016 ~ Isnin

Alhamdulillah..hari ni genap usia saya yang ke 31 tahun..syukur ke hadrat Ilahi sebab masih dipinjam kan lagi nyawa untuk saya mengecapi umur yang hampir senja..ceh ceh ceh..hihihi..

Semoga segala kejayaan akan menjadi milik saya..semoga kebahagiaan akan tetap dan terus utuh dalam kehidupan kami sekeluarga..dan semoga saya akan terus istiqamah untuk menjadi Isteri dan Ibu yang solehah dan tak terlalu garang lagi..

Amin amin..Amin Ya Rabbal a'lamin..

















Hobi saya yang suka selfie~hihihi..

Photobucket

Jan 14, 2016

Jom dapatkan Jam Tangan Kasual Anda di Zalora Malaysia Sekarang!!

Assalammualaikum..

Hello readers! Lama sungguh tak bercerita kat sini dan tiba tiba nak buat satu review pulak?heheheee..accept je lah kan..

Actually saya nak bagi satu review and overview pasal “Fesyen Jam Tangan Kasual”.. Sounds Interesting kan sebab kebanyakan dari kita mesti suka pakai jam tangan bukan?termasuk jugak dengan saya!kalau tak pakai jam tu rasa macam kehilangan sesuatu dan rasa tak lengkap ?Jadi entry ini sangat berguna untuk anda terutama Pencinta Jam!hihihi.. Tiba tiba je dapat idea ni sebab sekarang ni saya memang sedang mengumpul koleksi jam tangan ..heheee..


Ok Jom kita mulakan!
Fesyen Jam Tangan Kasual


Seperti pakaian dan kasut, koleksi jam tangan juga terbahagi kepada kasual dan formal. Atau dengan kata lain, ada koleksi jam tangan yang sesuai digayakan untuk aktiviti kasual atau santai dan ada juga jenis jam tangan yang hanya sesuai dipakai ketika majlis formal. Untuk pemilihan jam tangan kasual khususnya, ia sering dikaitkan dengan rekaan jam tangan yang lebih ‘happening’ dan berwarna-warni. Material jam tangan tersebut juga memainkan peranan yang penting. Misalnya, jam tangan bertali kulit adalah lebih sesuai digayakan bersama pemakaian formal ke pejabat. Jadi, jenis jam tangan apakah yang boleh dikategorikan sebagai koleksi jam tangan kasual?

Silicone strap watch. Jam tangan jenis ini sememangnya sesuai digayakan bersama pakaian kasual dan tali jam yang diperbuat daripada silikon memberikan keselesaan kepada si pemakai sepanjang pemakaian. Selain itu ia juga ia nampak classy dan elegan.Sangat sesuai untuk kita keluar bersama rakan terutama sekiranya kita mempunyai “movie date”, rasa memang sesuai sangat dengan tema!

Synthetic Strap Watch juga merupakan jenis jam tangan kasual yang paling diminati ramai. Ia menjadikan si pemakai tampak lebih simple dan santai. Jenia tali yang menyerap peluh, sangat memberi keselesaan yang maksimum kepada si pemakai. Dan Ia juga memberi mood ceria kepada yang memakai jam jenis ini.


Dan seterusnya adalah koleksi Digital Watch atau jam tangan digital. Ini merupakan jenis jam tangan yang paling digemari oleh individu yang sukakan aktiviti lasak. Koleksi jam tangan digital seumpama ini sesuai di pakai ketika melakukan aktiviti sukan dan outdoor kerana ia dilengkapi dengan ciri-ciri istimewa seperti water resistant, shock resistant dan lain-lain lagi. Selain itu juga ciri ciri keselamatan yang ada pada Jam tangan jenis ini sangat membuatkan si pemakai berasa yakin terhadap semua aktiviti yang mereka lakukan.

Dan juga beberapa jenis lain lagi Jam Tangan Kasual yang anda boleh dapatkan di Zalora Malaysia. Ada lebih beratus jenis dan jenama di sana!


Jom dapatkan jam baru 2016 masing masing di Zalora Malaysia!
Photobucket

Jan 7, 2016

Personal Shopper Butik COUSIN saya MINAZ~

Assalammualaikum..

maaflah buat entry mengejut pulak macam ni..sebenarnya lidah saya kelu nak bercerita panjang..banyak entry yang dah di karang tapi susah betul nak tekan button publish dek kerana karangan tersebut belum lengkap..so saya hold dulu..

Banyak nak cerita..tapi hari ni saya jump story dulu..

Hari ni Officially saya jadi personal shopper to butik cousin saya yang menjadi kegilaan ramai wanita di luar sana dek kerana collection mereka yang sangat OHSEHHMM!

Alhamdulillah..

1st step going to WAHM and hopefully many steps will foot in ,so that many dreams will come true..

InsyaALLAH..

So buat mereka yang mengejar koleksi Minaz yang terbaru yang akan launch pada 30 January ni, cecepat follow IG PS saya ye..harga sama dengan butik cuma bayar postage and mungkin akan ada yang dapat hadiah special nanti..

Pssttt- doa doa la saya dapat harga yang meletop so that boleh bagi diskaun kat korang jugak nanti..

heheee..


Jom Follow

Nanti saya update lagi info terbaru..pecah rahsia sikit- Minaz akan keluarkan Perfume pertama diorang yang sememangnya setanding dengan perfume Obersea tau!Haa meh Follow Ahkak cecepat!


Hurmm ape lagi..meh followw Ahkak meh!supaya tak ketinggalan jauh ..

Nak order or book slot ROSELLE MINAZ boleh wasap saya cecepat k.. 019-3256041..

Thank you lovelies..



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget