Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Dec 31, 2013

Sinopsis ~ Ariana Rose - The Wedding Breaker -


Sedikit info Berkaitan dengan drama terbaru slot Akasia:

Saksikan Ariana Rose..





ARIANA ROSE mengisahkan tentang Ariana Rose yang telah menyamar sebagai kekasih Tengku Adam ketika di majlis pernikahan Tengku Adam dan Tengku Juwita. Ariana bersetuju untuk berlakon kononnya dia sedang mengandungkan anak Tengku Adam demi membantu sahabat baiknya, Tengku Juwita agar perkahwinan itu gagal  diteruskan. Tengku Juwita sememangnya tidak mahu bersama  dengan Tengku Adam yang terkenal dengan sikap kaki perempuan.

Pengakuan palsu itu telah memporak-perandakan majlis itu dan perkahwinan Tengku Adam dan Tengku Juwita juga dibatalkan. Bukan reputasi Tengku Adam sahaja di pandang rendah malah maruah keluarga Tengku Adam turut tercalar. Tengku Adam berang dengan keadaan yang berlaku kerana dia memang tidak mengenali Ariana. Jadi, Tengku Adam mengupah pengintip upahan untuk menyiasat siapakah wanita yang telah melakukan pembohongan di majlisnya.

Setelah berjaya mendapat maklumat tentang Ariana, Adam nekad untuk menculik Ariana dan membawa gadis itu ke Cameron Highlands. Tengku Adam cuba untuk memerangkap Ariana dengan memaksa Ariana membuat pemeriksaan kehamilan. Namun, Ariana tetap bertegas dengan mengatakan Tengku Adam adalah bapa kepada anaknya kerana Ariana telah berjanji dengan Tengku Juwita untuk menyimpan rahsia mereka berdua walau apa pun terjadi.

Tengku Adam masih tidak berpuas hati. Kemudian dia terpaksa menggunakan cara kotor dengan meragut kesucian Ariana. Ariana menyesal dan akhirnya mengakui kebenarannya. Ariana mula membenci Tengku Adam dan sejak itu dia tidak pernah lagi bertemu lelaki yang telah memperkosanya.

Selepas 2 bulan kejadian itu berlaku, Ariana meneruskan kehidupannya dengan melakukan kerja-kerja amal. Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang terbesar bagi dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Ketika majlis amal diadakan Ariana hadir bersama rakan sepejabatnya, Harith. Entah mengapa Tengku Adam cemburu melihat kemesraan mereka berdua.

Tengku Adam mula menyukai Ariana. Namun, perasaan benci Ariana pada Tengku Adam dituduh tidak pernah berubah. Cara Ariana melayan Tengku Adam juga ternyata berbeza jika dibandingkan dengan layanan yang diberikan kepada Harith yang jauh lebih mesra. Tengku Adam bertambah hilang pertimbangan apabila Ariana turut mesra dengan bekas sahabat baiknya, Ramzul.

Tengku Adam bermusuh dengan Ramzul kerana Tengku Adam tidak bertanggungjawab setelah mengandungkan adiknya, Liyana suatu ketika dahulu. Liyana juga kini kembali untuk mendapatkan cinta Tengku Adam semula. Liyana sanggup melakukan apa sahaja asalkan Tengku Adam hidup bersamanya. Liyana bertambah tidak keruan apabila cinta Tengku Adam pada Ariana makin mendalam.Tengku Adam pula rimas dengan kehadiran Liyana kerana baginya kewujudan Liyana membuatkan dia lebih jauh dari Ariana.

Sementara itu, Ariana pulang ke kampung setelah diminta oleh ibu bapanya. Ibu bapa Ariana telah merancang untuk menyatukan Ariana dengan pemuda pilihan mereka. Tengku Adam mendapat tahu Ariana akan disatukan mengikut pilihan keluarga. Tengku Adam tidak mahu kehilangan Ariana. Malah Tengku Adam yang selama ini penuh dengan sikap ego, sanggup melutut dan merayu kepada Ariana agar menerimanya sebagai suami. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Adakah Ariana akur dengan pilihan orang tuanya atau dia sebenarnya mula menyimpan perasaan pada Tengku Adam yang sudah berubah menjadi lebih baik?


Wah..mungkin akan menjadi suatu naskhah yang baik walaupun saya tak pernah lagi membaca novelnya..Tak sabar jugak nak tau pengakhiran kisah ini..

Sama-sama kita tercongok depan Tv kembali after Love you Mr Arrogant wlaupun saya tau takde sapa yang dapat menandingi chemistry terbaik Zara Zya dan Azlee Khairi..hehee

P/s: saya tak berapa suka Keith foo sebab macam kayu..boley??hahahahha

Photobucket

2013 - Tinggal Kenangan..


2013 – In Memories..


January ..
Babymoon at Gold Coast Resort Morib ..1St time holiday with our small family ever..Happy dan seronok sangat!rasa macam nak repeat again!

Kelahiran January Baby terus dinanti..dan Alhamdulillah tepat pukul 3.20 ptg @ 25.01.13 lahirnya seorang puteri kesayangan..Alhamdulillah semuanya dipermudahkan….

February – Pantang Mode On..Nothing special except for Majlis Cukur Jambul dan Aqiqah Medina..

March – Birthday Daddy..no celebration..just wish Happy Birthday Daddy!! Holiday at end month..Desaru _ Singapore! 1st visit to Singapore..new Experience..

April – May – No Special months for us.. (as usual for every year)

June – Holiday at Genting Highlandsduring school Holidays … 1st time Medina demam..1st time Medina warded due to her platelet was very low..Stayed for 4days 3Nights at SDMC and its really a boring days.. Travel to China for the 1st time and again 1st experience and new environment!really enjoyed with our 4days 3 nights vacation..

July – Mommy berpindah tempat kerja  ..New tasks new colleague everything new and hopefully Mommy will stay here longer than before..InsyaALLAH..Fasting month still continues with new challenge as Bf-ing mommy! (but mommy managed it! Puasa penuh tau! Alhamdulillah..)

August – Raya oh Raya..Raya kat Kajang..Best jugak walaupun sedikit boring sebab tak tau kemana..dan Tema kaler tahun ni sangat colourful!hehee..We managed to celebrate Aqil’s Birthday with small open house at our own house!Alhamdulillah..Birthday Aqil!ya..Happy Birthday Aqil Jauhari!

Sep-Oct – Nothing special

Nov – family gathering at PD with my own families!Seronot!!

Dec – Nothing and just do some preparation for Aqil’s kindy next Year! (No!!to be exact next two days!)





Kejadian TERPENTING sepanjang 2013 ni adalah..

Lahirnyaa My Medina Amani binti Mohd Jeffry..

Precious gift !

Priceless Moment!

Anak bertuah sangat..sebab Medina adalah anak yang paling senang..paling menyenangkan!setiap kali bersama mak saya ,mak saya pasti akan kata

"Budak ni senang..senyap je..bagus!"

"Bagusnya Medina..rileks je..Tenang"

Mungkin pemilihan nama pon sangat penting rasanya..

Medina - Kota Madinah
Amani - Ketenanganku..lemah lembut..

Harapan 2014:

Semoga ketenangan..kebahagian..kekayaan, keimanan terus menjadi milik saya dan anda sekeluarga!

Amin ya rabbal'alamin..



Photobucket

Weekend ~ Aqil demam panas ~

Actually dia demam since hari Jumaat lepas..

So pagi sabtu tu dia bangun tetiba terus datang kat saya cakap..

"mommy cuba rasa belakang Aqil"
"Panas"
"Panas kan?tu la Aqil dah cakap"

Bila masa dia cakap entah!

"Takpe..Mommy pergi work dulu,nanti kita pergi Klinik ye"

"Ok mommy"

Balik dari shopping hari tu,terus saya bersiap dan bawak Aqil ke Klinik..


Dan as usual..kalau sakit ke demam ke.. memang macam ni lah..

Taknak berenggang dan berpisah langsung!

Sampai klinik,terus masuk ubat bontot sebab demam Aqil tinggi sangat..Almost 40 celcius..

Lepas tu,dia rest dan rileks je..

Malam tu memang tak tido lena sangat pon sebab demam dia still tak turun..saya risau jugaklah kan sebab demam panas ni bahaya..still monitor dia pny suhu..

Pagi tu Alhamdulillah getting better but on n off..


They all taknak bangun lagi dan Daddy  n Aqil memang kena berpisah jauh sangat!sebab antibody daddy tak kuat senang dan mudah ter jangkit!



dah happy sikit..


Adik tak habis-habis nak masuk mulut..


Malam tu Mak n Abah saya datang nak melawat Aqil..Meriah jugak lah rumah saya sebab tetiba diorang beli durian dengan harga RM30.00 sahaja..dah lah durian yang melambak haq, memang puas gile dapat makan durian banyak macam tu..hehee


Rambutan pon ada!


Khusyuk melantak!

hehee..

Alhamdulillah malam tu Aqil dah kembali sihat dan badan dia pon dah tak panas..Alhamdulillah..





Photobucket

Dec 30, 2013

Borong Baju kat Hytex Warehouse Sale

Hari Sabtu lepas after work,saya bergegas ke Dewan Kinrara untuk sesi memborong baju bajan Medina after cuci mata on previous day..

Alhamdulillah orang sangat lah tak ramai dan saya boleh shopping sakan after anak2 saya tinggalkan kat rumah.. (Aqil demam! :'( )

Dan hasilnya..

Taraaa...


Yang ni baju bajan saya belikan untuk Kwn saya yang berada nun jauh di Melaka..

Dia kirim..

Hopefully dia suka dengan pilihan saya..hehee

Total semua ni? 

RM84.00 only..

Ada 5 sets baju siang..

1 set baju tidur

2 helai T-shirt gigirl..

Berbaloi!!


Dan ini tambahan baju bajan Medina sekali..

Ada je sama corak sebab tak banyak choice kan..huhuhu..

Total part saya pulak RM106.00

1 set Baju Tidur anak kakak saya..

5 set baju siang..

3 helai T-shirt 

2 helai seluar siang Aqil..

Lepas ni fokus kat Abang Aqil pny baju pulak since kat sini takde pilihan langsung untuk si abang..

Kesiann...huhuhu



Photobucket

Dec 27, 2013

Cuci mata kat Hytex Warehouse Sale (Dewan Kinrara)

Tadi saya sempat cuci mata kat Hytex Warehouse Sale yang berlangsung pada hari ni (27/12/13-29/12/13)
Kat Dewan Kinrara..


Longgokan kat sini semuanya RM10.00

Kena rajin punggah!


Baju gantung-gantung ni range RM15-RM30


Seluar Toddler RM20.00


T-Shirt Adult n Toddler pun banyak!


Seluar Jeans Adult jenama Pooh RM15.00 sahaja..


Campuran skirt RM10-RM15


Wet Tissue pn ada..

Tapi tak sure berapa..



Feeding bottle RM8.00


T-shirt gigirl..RM5.00 sehelai..


Comey kan?

6-12 months..


Baju boys!

RM8.00 sehelai..



Set Pyjama RM15.00

RM12.00 pn ada..kena pandai pilih..

Hurm..so far..ok-ok je sales ni sebab tak banyak choice sangat..t-shirt,baju memang berlambak!
Tapi seluar takde pulak!
Yang set punya pulak limited sangat choice yang ada..

Haih..esok akan menelaah lagi dan borong terus!

Sesapa yang nak pergi still sempat lagi..

Jom Shopping!!
Photobucket

25.12.13 - 11 Months sudah my Baby..

Alhamdulillah Medina Amani dah pun 11 bulan on 25.12.13 hari tu..

Mile stones:

  • -          Jalan tak boleh lagi..3 tapak,jatuh,lepas tu malas dah jalan
  • -          Gigi baru nak tumbuh dua batang.. (Finally Medina dah ada gigi!!)
  • -          Rambut halus je but still Nampak botak
  • -          Dah melasak tak hingat..asyik nak memanjat je keja nya
  • -          Dah pandai punggah almari..laci-laci..dah mengorak langkah nak jadi orang dapur..
  •       Masih Fully Breastfeeding.. Alhamdulillah..semoga mampu mencecah ke umur 2 tahun nanti
  •       Masih bebas makan makanan masin,manis cuma kadang-kadang je orang-orang akan suap makanan rubbish..huhhuh

Dah tu je kot..

Yang saya paling terasa sekarang ni bile orang sibuk je cakap Medina botak dah macam orang laki je..
Rambut mana ni?tak Nampak macam perempuan pun..

Sakit hati lah jugak..

Dedulu..saya macam tak kisah lah jugak tau..sebab saya tau Medina memang perempuan sejati..

Tapi bile dah lelama..saya macam fed up jugak dengan orang-orang yang sengaja nak bertanya jugak walau sejak azali,diorang dah sememangnya tau Medina tu Perempuan..sebab diorang kenal dan tau Medina tu perempuan..yang baru Nampak Medina tu saya tak kisah sangatlah nak tanya Medina ni girl ke boy..kekalau lah mereka tak Nampak Medina pakai rantai besar gedabak tu!tapi buat yang dah lama kenal and well known Medina ni girl,please stop lah nak Tanya atau nak cakap

“Rambut mana?dah serupa lelaki dah!” sakit hati mak tau..

Tak suka! Please stop cakap macam tu..

Walaupun daddy kata lantak p lah orang nak cakap ape pun,tapi bagi saya bile dah kerap sangat orang dok cakap macam tu, buat saya macam menyampah!

Nak je jerit!

“Heii!tak Nampak ke Medina pakai skirt pakai baju bunga-bunga ni? Tak nampakk ke Medina pakai RANTAI EMAS ni? Tak Nampak??”

Urghh!!

Ape-apepun..


Happy 11 months baby..
May Allah bless you all the time..

I love u forever!!























Photobucket

Dec 26, 2013

Christmas Activity - Play Time!

Semalam last minute saya dapat cuti dari company.. (sepatutnya company saya tak cuti on Christmas,tetiba baik hati pulak kan..hehee)


Pagi tu Medina bangun awal pulak..tak dapat Mommy nak sambung tido sampai pukul 10..hahahha..

Turun bawah..

Basuh kain,masak bubur Medina,kemas sikit2 rumah sebab Bibik takde..sidai kain..lepas pukul 10 baru Abg Aqil bangun..lepak-lepak kat depan TV sambil bagi Medina makan,bersiap dan terus pergi breakfast at 11am..

Breakfast kat BK4 sebab restaurant Mamak kat situ sedap..makanya kami bertiga pon sampai di situ lebih kurang pukul 11.15pagi..as usual daddy dok tidoq lagi kat rumah..

Kebetulan sepupu hubby pon ada kat Restaurant tu dengan whole family,kami tiga beranak ni pun join sekali..hehe…(Alhamdulillah depa belanja..rezeki..)

Next..bawak anak-anak main kat Playground Giant..

Tengah syok-syok depa main,tetiba perut saya meragam..memang meragam tahap tak boleh tahan..saya dah gelabah ni..susah jugak kan kalau outing bertiga,,kalau ikut cakap Aqil,memang lah dia kata boleh jaga Medina..tapi saya tak harap..huhuhu..

Terus saya bawak Medina,tinggalkan Aqil..letak Medina dalam stroller letak depan pintu toilet sementara saya tengah membuang..memang azab lah jugak tau sebab dengan sakit perut nya…dengan Medina menjerit menangis sebab kena ikat kat dalam stroller tu..lepas tu dahhh..LEGA…hahahha…























Sambung main lagi..makan ais krim..

Pukul 1.30 balik dengan Medina cranky nak tido..letak dalam car seat menjerit jugak sebab mengantuk tak hingat..last2 tertido dalam car seat tu..hehee..





Akhirnya dua-dua tido kepenatan sampai pukul 3.30 ptg..memang penat gilehh la kan..

yang anehnya..diorang tido,Mommy pulak tak boleh tido..sedehhh..


Petang pulak..dating dengan daddy pergi Sunway Pyramid..Maghrib kat sana..Beli stationeries Aqil n Botol air..beli J Co Donut..Lepas tu balik..

Memang syok seharian jalan-jalan..heheee..

***Saya tak boleh duduk rumah..kalau kat rumah pon bukan saya boleh rehat so baik keluar..jalan-jalan..dapat releasekan tension!hehee..saya ada penyakit tak boleh tido siang..so rehat kan maknanya tido,kalau tak boleh tido,baik keluar..hehee
Photobucket

Preparation Aqil nak pergi School -Fees Smart Reader Kids 2014

Rentetan dari cerita hari Selasa..


Ber gedix sebab tunggu daddy lambat sangat bersiap..


Kami sampai di Smart Reader tepat jam 10.15 pagi selepas breakfast kat Gerai Jusoh..

Kedatangan kami di sambut oleh Principal SRK iaitu Puan Roshan..

Seperti biasa, senyuman memang tak lekang dari bibir dia dan saya as usual,sangat tak sabar nak dengar explanation dari dia lagi tentang everything..

(dengar banyak-banyak kali pon takpe sebab ini investment kot kan..Keputusan besar yang kitorang ambil untuk Aqil..so consideration n discussion adalah amat penting sekali)

So here is the details about the fees: (as per requested!)



Total yang kami bayar semalam RM1,305.00 (termasuk Jan'14 dan Dec'14 pny fees)

Bagi kami affordable jugak sebab semuanya inclusive esp on Uniform Set!

Dalam Uniform Set tu Aqil dapat:
T-Shirt   - 2 Helai
Seluar    - 2 helai (Boleh pilih n mixed out nak pilih seluar panjang ke seluar pendek..tapi kami prefer seluar panjang...tutup aurat sikit..hahahah)
Stokin   - 2 Pasang
Kasut    - 1 pasang
Bag Sekolah  - 1pc..

Semuanya Brand Smart Reader Kids!costly us RM115.00 only!

Bagi saya sangat berbaloi-baloi sebab kami dah tak payah pikir pape dah nak beli itu ini sebab semuanya SRK bagi..


Fitting kasut


Fitting baju


Aqil happy la jugak sebab banyak mainan kan..


Ade art class n Science jugak diajar nanti..






Luas


Berangan nak pergi sekolah dah..


Head to toe from Smart Reader Kids


Dan semalam pon dah pergi Jusco Sunway Pyramid beli stationeries pilihan Aqil n Daddy..


Daddy excited nak hantar anak pergi school..heheeee



Dan akhirnyaa..Lengkaplah sudah preparation untuk Aqil pergi School next week!

Dan bermula Khamis depan,bertukarlah Mommy seperti ROBOT di kala pagi..dan tak pasti lagi flow macamana..hopefully saya dapat adapt dengan Environment baru nanti.. (Environment!dahsat..hahah)

Ouh yaa..pasal Transportation,actually SRK ada provide jugak tapi huh..Feesnya..amik RM100 per month return..hurm..takpelah kot..baik mommy n DADDY bersusah payah hantar dan ambil dan baiklah meminta tolong sesiapa untuk mengambil Aqil nanti..InsyaALLAH semoga segalanya akan dipermudahkan..Amin!

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget